“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi peluang untuk mengembara dibumiNYA. Tidak lupa juga buat kekasih yang amat ku cintai Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda serta para sahabat & anbiya’.
Alhamdulillah, pada 30 Januari 2010 ana dan beberapa orang sahabat telah menghadiri Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa yang telah diadakan di UNITEN. Suatu program yang cukup membuka minda para hadirin yang hadir bagaimana hebatnya pemikiran insan yang diberi nama Hassan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna ini.
Alhamdulillah, pada 30 Januari 2010 ana dan beberapa orang sahabat telah menghadiri Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa yang telah diadakan di UNITEN. Suatu program yang cukup membuka minda para hadirin yang hadir bagaimana hebatnya pemikiran insan yang diberi nama Hassan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna ini.
Tidak ku bilang berapa ribu ikhwan wa akhowat yang hadir dari pelbagai negeri untuk mendengar pembentangan kertas kerja hasil kajian daripada mereka yang ahli dalam bidang tersebut. Saat tiba di UNITEN, ana merasakan seolah-olah sedang berada di negara Islam tika memandang muslimin dan muslimat yang hadir. Subhanallah…
XXXXXXXXXXXXXXXXX
Pihak penganjur mengambil Hassan Al-Banna sebagai rujukan kerna pemikiran beliau kekal segar sebagai pelapor pemikiran alternative yang mendominasi pemikiran perubahan pada abad ini serta seorang yang hebat memahami cabaran pada zamannya. Pemikirannya merupakan gagasan kebangkitan sebuah ummah atau bangsa yang dikaji daripada sejarah perjuangan berbagai-bagai bangsa di dunia sama ada Timur dan Barat.
Kajian yang dibuat membuktikan betapa hebatnya Imam Al-Banna Al-Mulham Al-Mauhub (orang yang diberikan ilham oleh Allah dengan idea yang hebat) ini dari sudut agenda pembangunan bangsa dan Nasionalisme. Bagaimana beliau berhujah menyatakan “Dakwah agama tanpa asobiah tidak sempurna” melalui satu hadis sahih yang bermaksud:“Allah s.w.t. tidak membangkitkan seorang nabi kecuali didokong oleh kaumnya”
Sejarah menunjukkan bahawa kuasa-kuasa Islam ditujangi oleh sebuah bangsa yang kuat. Tanpa bangsa yang kuat yang mendokong risalah Islam, agenda umat tidak mungkin akan dapat ditegakkan. Sepertimana kata-kata ini:
Islam lemah di Tanah Arab kerana bangsa Arab lemah
Islam lemah di Turki kerana bangsa Turki lemah
Islam lemah di Tanah Melayu kerana bangsa Melayu lemah
Dan begitulah seterusnya.
Daripada kajian yang dibuat inilah, pihak penganjur mencadangkan perdamaian antara Islam dengan Nasionalis atas satu agenda membangunkan sebuah bangsa yang kuat kerna salah satu factor yang menghalang kepada bangsa Melayu hari ini untuk menjadi bangsa kehormat dan memimpin ialah isu perpecahan.
Malaysia adalah sebuah negara yang dihuni oleh berbagai bangsa dan agama. Orang Melayu merupakan golongan majoriti. Mereka sepatutnya boleh memaksa kehendak mereka dalam hal ehwal kenegeraan, apa lagi sejarah dan struktur masih sedikit sebanyak memihak kepada mereka.
Tetapi itu tidak berlaku kerna isu perpecahan dan kepartian yang melampau. Dengan sebab perpecahan ini, mereka hilang kekuatan pengaruh dan dominasi yang mengizinkan mereka memaksa kehendak, menjaga kedaulatan negara dan mempertahankan kehormatan.
Jadi, bersatu atas satu agenda merupakan satu kefardhuan yang mesti dilaksanakan.
XXXXXXXXXXXXXXXXX
Itulah rumusan yang dapat ana rumuskan dari kertas kerjanya dan berkongsi dengan para pembaca. Jadi, nilailah sendiri dan bukalah minda seluasnya.
Dari sudut pandangan ana pula, Hassan Al-Banna adalah seorang pemimpin yang berjiwa kental sehingga mampu mengasaskan Ikhwanul Muslimin di zamannya sekaligus menggegarkan negara Islam pada masa itu. Dengan berbekalkan ilmu yang dimiliki serta pengaruh yang begitu kuat membuatkan ramai yang menyokong usaha beliau dalam membawa perubahan paradigm kepada negara Islam.
Pandangan Hassan Al-Banna:
“sesungguhnya perkara pertama yang ditujui ikhwan muslimun ialah mentarbiyah jiwa, memperbaharui roh, memperkuatkan akhlak, membangunkan al-rujulah (kejantanan) yang betul pada diri umat. Mereka menganggap ia adalah asas pertama kepada kebangkitan mana-mana umat dan bangsa. Mereka (ikhwan) telah membentangkan semua wasilah dan jalan untuk sampai kepadanya, mereka tidak temui jalan yang paling hampir dan berkesan selain fikrah agama dan berpegang pada perca-percanya”
Beliau jugalah yang membawa manhaj perubahan dan inti darinya adalah membentuk “individu Muslim” lalu “keluarga Islam”, “Masyarakat Islam”, lalu “pemerintahan Islam”, “Negara dan Khilafah Islam” dan akhirnya tercapailah “ustadziyatul alam”.
Begitulah hebatnya Muslim yang professional. Ayuh sahabat-sahabat, sama-sama kita bangkit mendukung agenda yang telah dilakar oleh Imam al-Syahid Hassan Al-Banna ini dengan membina individu muslim yang hebat tarbiyahnya, mulia akhlaknya, dan mantap imannya supaya sejarah kegemilangan Islam kembali berulang…insyaAllah…