Rabu, 30 November 2011

Nostalgia… ♥

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman, Islam dan Ihsan yang telah Engkau berikan ini. Selawat dan salam buat kekasih yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Syukur Ya Allah atas keizinan untuk hamba ini bertinta lagi. Moga-moga diri ini sentiasa istiqomah dalam menulis. InsyaAllah..ameen~

Dua hari lepas lagi punya niat dan keinginan untuk menulis tetapi ditangguhkan dulu supaya benar-benar punya waktu, ditambah pula ketika itu masih terasa keletihan selepas mengikuti program yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis. Jadi, artikel untuk kali ini agak santai.

Banner program...(^^,)

Pada mulanya, rancang untuk pergi program nie dengan dua orang adik junior tetapi dibatalkan last minute sebab ada tawaran yang lebih menarik hati buat diriku yang benar-benar dahagakan ilmu…=)

Ana ke Kolej Matrikulasi Perlis selepas habis pengajian kitab di pondok bersama beberapa orang sahabat lagi yang sudi hantar ana ke sana. alhamdulillah… Sebaik sahaja tiba di matrikulasi.

“akak…meh saya tunjuk kat akak, tempat-tempat yang ada dalam matrik nie…” kataku sambil mengukir senyuman.

“nak…nak...hehe…”

Lantas ana tunjukkan satu persatu tempat dan bangunan yang ada dalam matrikulasi. Ketika masih menuntut disana lagi, ana sudah diberitahu bahawa Kolej Matrikulasi Perlis adalah matrik yang paling kecil antara semua matrik juga merupakan matrikulasi yang paling ramai pelajar jurusan perakaunan.

Setelah itu, ana ajak sahabat-sahabat ana nie sarapan tetapi café belum buka. Hanya makan makanan ringan sahaja, tetapi itu sudah memadai bagi ana. Ana rindu suasana di KMP, rindu dengan segala memori yang masih tersemat kukuh diingati. Agak-agak kan, kalau dah habis belajar kat UUM nie, macam mana plak gayanya ye? hehe

Berkongsi perasaan dan pengalaman dengan sahabat-sahabat adalah part yang paling ana suka. kerna bagi ana, sahabat adalah anugerah terindah dalam hidup ana. Jadi, ana mahu mereka turut merasai betapa berharganya pengalaman ketika menuntut di Kolej Matrikulasi Perlis.

“akak ingat tak semester lepas? yang saya pergi juga ke matrik walaupun esoknya ada paper ‘killer’? hehe…” ana bertanya.

Dia hanya mengangguk sambil tersenyum. Rasanya, itu salah satu perkara ‘gila’ yang ana pernah buat dalam hidup..hehe. kenapa? sebab paper ‘killer’ tu dah dua kali ana ambil sebab tak lulus. Kalau tak lulus semester lepas, maksudnya kena tambah satu semester lagi la…huu~

Bila dapat result, rasa tak percaya pun ada. Sebab dapat lebih dari yang ana fikirkan. alhamdulillah. Kalau nak tahu, masa ana buat kerja ‘gila’ tu. Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dalam persiapan untuk menerima kemasukan pelajar baru. Cuma untuk kali itu ana tak sertai sebab bertembung dengan finale exam. Hebat betul penangan KMP nie…hehe.

Subhanallah....(^^,)

Cantikkan pemandangan gambar tu? nie baru dalam gambar, belum tengok yang real punya..hee~ Gambar nie adik junior ana yang ambil dari tingkat atas bangunan blok. Diaorang nie pun datang dari UKM semata-mata mahu hadiri program nie walaupun cuma untuk satu hari. Kan dah kata, hebat betul penangan KMP nie…;p

Alhamdulillah ketika itu bertembung dengan cuti awal Muharam. Jadi, ramailah juga alumni yang sudah kerja turut serta dan berkongsi tips, pengalaman, pendapat dan sebagainya dengan adik-adik yang masih menuntut di KMP termasuklah ilmu untuk ana.

Bertemu dengan ‘family’ alumni adalah saat-saat yang begitu sukar untuk dilepaskan. Walaupun tidak semua yang turun, tapi itu sudah cukup bagi ana untuk melepaskan rindu. Masa yang begitu singkat itu digunakan sebaiknya untuk berbakti kepada pihak kolej.

Bermula dengan sesi ta’ruf sesama fasilitator dan urusetia, diteruskan pula dengan taklimat program, sesi perkongsian jurusan dan pengajian di universiti bersama dengan adik-adik, menjawab segala persoalan yang diajukan oleh adik-adik dan diakhiri dengan perkongsian dari alumni yang sudah bekerja tentang peluang pekerjaan yang ada.

Ketika Slot Road To University...(^^,)

Tidak kurang juga berkongsi cerita, pengalaman dan ilmu dengan ‘family’ alumni KMP. Berada dalam Dewan Kuliah (DK), café, masjid, kolej kediaman pelajar, bilik gerakan dan banyak lagi benar-benar membuatkan diri ini terkenangkan nostalgia ketika menuntut disini, perasaannya tidak pernah berubah.

Cuma, yang membezakannya adalah ana sudah pun tamat belajar di KMP. Dalam tempoh satu tahun pengajian disana, terlalu banyak benda yang ana belajar hingga sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Hanya insan yang merasai sahaja akan mengerti…=)

Saat yang paling sukar adalah ketika mahu pulang ke destinasi masing-masing setelah program melabuhkan tirainya. Dan sebaik sahaja sampai di UUM, terasa tak percaya pun ada yang ana sudah berada dikampus sebab hati ‘tertinggal’ di KMP. Begitu juga dengan sahabat ana yang lain.

Dan masing-masing buat status tentang perasaan rindu dan sedih nak tinggalkan KMP dalam facebook, termasuklah ana sendiri…hehe.

Mahu tahu sesuatu? hidup ini akan lebih indah apabila kita punya sahabat yang memahami diri kita. Apa sahaja yang diluahkan kepadanya, pasti akan disambut. Apabila menangis, ada sahabat yang sudi untuk menghulurkan tisu. Apabila punya masalah, ada sahabat yang sudi mengulurkan bantuan.

Terima kasih buat warga Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis atas memori dan rasa bahagia hati ini…(^^,)

wallahua’lam…

Saguhati dari pihak kolej...(^^,)


Jumaat, 25 November 2011

Sentap!


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan Mu untuk hamba ini bertinta lagi. Berkira-kira untuk mencoret sesuatu kerna beberapa hari berikutnya ana akan berada di luar kampus menjalankan ‘misi da’wah’. Moga redha Allah mengiringi atas apa yang bakal ku korbankan ketika itu. ameen~

Semalam, insan yang banyak mempengaruhi pemikiran dan tarbiyah diri ini menyapa dalam ym. Benar-benar rindu dengan ‘tangan’ dan hatinya yang banyak mentarbiyah insan kerdil ini. Juga banyak mempengaruhi gerak kerja da’wah ku di kampus. Moga ada saham buatmu jua sang murobbi. ameen~

Masih ana ingat kata-katanya dan kata-kata itu meresap dalam jiwa ana, “duduklah kat mana pun, buatlah kerja apa pun, masuklah program apa pun, berkawanlah dengan siapa pun, gerak kerja Islam mesti dilakukan. Allah tidak melihat hasilmu, tapi usahamu!”.

Sentap!

Dan mata ini jadi saksi. Ketika beliau membeli makanan, da’wah terus berlangsung. Ketika beliau berniaga, da’wah terus berlangsung. Ketika menghadiri program, da’wah terus berlangsung. Hampir segenap ruang dan masa dalam hidupnya diwakafkan untuk ummah. 

Dan semalam, beliau berkongsi sesuatu dengan ana. Suatu kata-kata yang beliau perolehi dari teman baiknya melalui email. 


Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da'wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da'wah hanya untuk mencari calon ikhwah/akhawat sebagai sang suami/isteri,

- Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
- Yang cepat mengalah,
- Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain.
- Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
- Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta'dil harakh ini dan itu.

Da'wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da'wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da'wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da'wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da'wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da'wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da'wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.


SENTAP! Setelah membaca artikel ini. Setelah mendapat khabar berita tersebut, pergerakkan ku jadi perlahan untuk seketika. Allah benar-benar mahu menguji keikhlasan dan ketabahan hatiku untuk menempuhnya. Banyak masa ku dihabiskan dibilik kerna badan yang terasa lemah longlai. 

Lalu ku ingat kata-kata murobbiku, “gerak kerja da’wah tetap perlu diteruskan!”. Saat ku menulis coretan ini, video yang ku rakamkan tentang perjalanan hidupku sebelum ini terpasang. Hatiku jadi sebak melihat foto-foto lalu yang diambil ketika program. Dan hati tetap berbisik walaupun ku tahu badan ini sudah tidak mampu, “jiwaku! hatiku! tidak pernah sekalipun terfikir untuk berundur”.

Dua hari lepas, ada satu nombor yang tidak ku kenali terpampang di skrin telefon. Lantas ku angkat dan terdengar suara, “Assalamualaikum, nie kak asma’ ke? dari UUM?”

“wa’alaikummussalam. Ye saya, ada apa ye?” ana menjawab.

“erm…kenapa kirim kat saya bungkusan ye?”

Ana pun agak blur dan confius ketika itu. Dan akhirnya ku tersenyum sendiri seraya berkata, “owh…itu hadiah dari abang awak. awak ada abang kan? dia yang minta akak buatkan tudung labuh untuk awak sebab dia teringin sangat untuk lihat adik dia pakai tudung labuh. Jadi dia minta akak ubah sikit kelabuhan tudung tu jadi pendek sikit sebagai permulaan untuk awak mula bertudung labuh. Akak doakan awak istiqomah dik…”. 

Cuba sedayanya untuk cover rasa terkejut dan confius tu walaupun ana memang tak tahu yang abang kepada adik nie hadiahkan tudung labuh tu tanpa pengetahuan empunya diri. Bertuah kamu dik punya abang sepertinya.

Saat itu, ana tahu ana punya misi da’wah yang cukup besar. Iaitu kembangkan lagi ‘Bidadari Collection’ untuk menepis tudung-tudung yang ‘tidak cukup’ kain. Ana juga tidak tahu berapa lama ianya akan bertahan, tetapi akan ku cuba sedaya mampu. 

Dan juga diari ini. Ana tahu ada sahabat ana sendiri yang membaca dalam diam. Ku cuba untuk mencari ilham dan idea terbaik untuk menulis supaya ianya terus memberi manfaat untuk ummah.

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad Utama"

(petikan daripada Kitab Fikhul Jihad karangan Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi)

Allah…bertahun-tahun Engkau mendidikku supaya mencari, mengasah dan mencungkil skil dan ilmu yang baru. Dan inilah hasilnya atas apa yang ku korbankan selama ini. Masa cutiku, masa rehatku, dan jadual seharianku begitu padat dengan pelbagai program. Terima kasih Ya Allah… wallahua’lam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(^^,)

Isnin, 21 November 2011

'Fatwa Hati'


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Segala puji hanya buat Mu, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat kekasih hati yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan untuk bertinta lagi, moga diri ini terus istiqomah dalam menulis. Akhirnya, hari itu tiba juga…(^^,).

Sebenarnya, sudah ramai yang meminta untuk ana mengulas tentang pemakaian niqob. Persoalan demi persoalan diajukan kepada ana tentangnya hingga kadang-kala diri ini tersenyum sendiri sambil berkata kepada roommate.

“kalaulah saya tidak belajar dan kaji tentang niqob dengan lebih mendalam, pasti saya tidak akan dapat jawab persoalan-persoalan yang mereka ajukan…”

Ada yang bertanya secara berdepan dengan ana, ada yang bertanya dalam mesej dan tidak kurang juga ada yang bertanya melalui pesanan dalam facebook. Dan kadang-kala persoalan yang diajukan itu tidak pernah orang lain tanya. Pernah juga ana katakan untuk tulis tentangnya, cuma tidak tahu bila hari itu tiba…=)

Tetapi semalam, ada yang memberi mesej dalam pesanan facebook untuk bertanya tentang pendapat ana berkaitan masalah yang dihadapinya. Dan ana rasa sudah tiba masanya untuk ana mengulas tentangnya.

Assalamualaikum w.b.t.(^^,)

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat ana utuskan warkah ini buat ukhtie Bidadari Besi...asif jiddan jika warkah ini mnganggu ukhtie..sebenarnya tujuan ana menulis mesej ini hanyalah untuk mengeratkan lagi ukhwah antara kita..

Insyallah, sesungguhnya ana tertarik untuk mesej kepada ukhtie kerana pada pandangan ana ukhtie adalah antara srikandi islam yang mengenakan niqab pada wajah ukhtie. Senang bicara, ana terus terang sahaja ya, sebenarnya ana berniat untuk memakai niqab dengan istiqamah (walaupun sudah berniqab tetapi ana masih tidak kuat & tidak istiqamah). 

Dalam hati yang kudus ini masih tersingkap perasaan ragu-ragu terhadap pemakaian yang mulia ini. Sejujurnya ana tidak kuat kerana ana masih belajar di sebuah IPT dan di sini dilarang pemakaian niqab ini .Namun ada seorang sahabat ana yang tetap memakai niqab walaupun bermacam tindakan yang dikenakan keatasnya oleh pihak IPT. Sememangnya dia seorang yang tabah. 

Sekarang ana sedang cuti semester, Insyallah bulan 12 nie akan masuk sem 2 pula. Sebenarnya sepanjang cuti nie ana ada buat research tentang kewajipan pemakaian purdah & ternyata pemakaian ini wajib buat wanita yang merasai wajib ke atas dirinya dan hakikatnya ana tidak boleh menipu diri sndiri, ana merasakan wajib juga atas ana dan ana sudah mendapat jawapannya iaitu ana tetap memilih memakai niqab. 

Namun yang menjadi kesulitan ana sekarang adalah mahu memakainya secara istiqamah atau hanya di luar IPT sahaja..apa pandangan ukhtie? semoga melalui ukhtie, Allah memberikan jawapannya..amin

Sebelum ana menjawab persoalan nie, ingin ana nyatakan sesuatu. Ini adalah pendapat ana, Ukhty Asma’ Binti Suardi yang berdasarkan kajian melalui pembacaan dan penulisan para ulama’ berkaitan hukum, pertanyaan dengan para ustaz dan ustazah, pengalaman sahabat-sahabat yang berniqob dan tidak serta pengalaman ana sendiri.

Jadi, jika ada persilihan pendapat atau tidak setuju. Itu adalah diri ana sendiri dan tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak kerna tulisan ini adalah untuk mendapat solusi dan bukan cari salah siapa. Ia juga berdasarkan ‘fatwa hati’ ana sendiri. Moga hati ini tulus berbicara dan dipandu dengan iman serta amanah dengan ilmu yang ada..ameen.

Baiklah, sejujurnya ana bagitahu. Ana sudah mula berniqob sejak 2 tahun lebih yang lalu iaitu ketika berada di semester dua. Keinginan hati begitu membuak-buak setelah melihat ada seorang kakak senior yang berniqob dalam kampus. Dan ana pergi kepadanya dan menyatakan hasrat untuk turut berniqob.

Alhamdulillah niat ana itu disambut baik olehnya dan dia sendiri mengajar ana bagaimana untuk menjahit niqob. Dia juga menceritakan cabaran yang terpaksa dihadapi sebaik sahaja berniqob juga menyatakan kenapa dia berniqob. Ketika itu, ana hanya kaji sedikit sahaja berkaitan niqob dan tidak tahu banyak.

Sebaik sahaja ana balik cuti semester dalam keadaan berniqob. Umie dan abah ana tidak membenarkan ana berniqob serta meminta ana cabut kembali kain yang menutupi wajah nie. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa luluhnya hati ini apabila diminta berbuat demikian. Namun apakan daya, redha Allah ada pada redha ibubapa.

Ana tidak berputus asa setakat itu. Ana bersabar dan terus bersabar serta memohon moga-moga Allah s.w.t. bukakan hati umie dan abah untuk terima anaknya ini berniqob. Tidak kurang juga hubungan antara kami sedikit renggang ketika itu, moga Allah ampunkan khilaf ana saat itu.

Dalam tempoh itu, kata-kata umie dan abah ana tidak membenarkan anaknya ini berniqob ada kebenarannya dan ana bersyukur sangat-sangat dengan takdir itu kerna hikmahnya begitu banyak sekali. 

Bermula saat itu ana cuba tarbiyah hati ini sebaiknya, perbaiki akhlak dan ibadah dengan Allah s.w.t., kaji dengan lebih mendalam berkaitan niqob dan isu-isu semasa berkaitan dengannya. Tidak kurang juga menambahkan skill yang ada. 

Dalam tempoh umie dan abah ana tidak benarkan berniqob, ana pakai ketika berada di luar kampus dan jika berjalan sendirian sahaja kerna syarat itu sahaja yang dibenarkan oleh parents ana. Jujur bagitahu, tidak mudah ketika itu untuk bersangka baik walapun dengan parents ana sendiri.

Tapi itulah didikan yang Allah s.w.t. berikan kepada ana iaitu melalui parents ana supaya hati ini benar-benar yakin dan utuh serta kuat untuk hadapi cabaran apabila mengenakan kain di muka.

Sebelum ana nekad untuk istiqomah berniqob dalam kampus, ana sudah mengkaji terlebih dahulu peraturan dan persekitaran kampus ana. Dan sememangnya ana mengetui tidak boleh berniqob dalam kampus kerna kakak senior yang mengajar ana jahit niqob dipanggil oleh pihak atasan dan disoal siasat seperti ‘penjenayah’. 

Diberi amaran, dipulau oleh sahabatnya dan tidak kurang juga dalam pemerhatian pihak keselamatan. Namun, kerna dia menyatakan dia wajib pakai kerna wajahnya membuatkan lelaki yang melihatnya tertarik dengannya. Dia hadapi semua itu dengan senyuman hinggalah dia tamat belajar disini. Alhamdulillah..

Dan sebaik sahaja ana berniqob semester ini dalam kampus, sudah beberapa kali ana ‘diugut’ dan diberi amaran supaya tanggalkan niqob. Tapi ana tidak akan berbuat demikian selagi tidak ada amaran bertulis dan ana akan jelaskan sendiri kepada pihak atasan sekiranya dipanggil untuk jelaskan kenapa ana berniqob.

Ketika ana tidak istiqomah berniqob, ada sahabat yang tahu ana berniqob hanya ketika diluar kampus bagitahu, “ukhty…ana tahu ukhty kuat. Jadi, pakailah dalam kampus..ana tahu ukhty boleh hadapi semua tu…”

dan ana jawab kata-katanya sambil tersenyum, “ada yang lebih aula untuk diutamakan, sekiranya ana pakai sekarang, ia akan mengundang mudarat yang besar dalam gerakan da’wah di kampus dengan fitnah yang ada…”.

Benar, ada sesuatu yang cukup besar menghalang ana dari berniqob dalam kampus disamping parents yang tidak membenarkan. Ketika itu saat begitu genting hingga beberapa sahabat dalam gerak kerja da’wah dalam pemerhatian pihak keselamatan dan nama ana juga pernah disenarai ‘merah’ atas sebab tertentu. Jadi, ana membuat ‘fatwa hati’ ketika itu untuk pakai di luar kampus sahaja. 

Dan alhamdulillah, saat untuk ana istiqomah akhirnya tiba juga setelah hampir 2 tahun lebih ana bersabar. Ada juga yang ‘mengata’ dibelakang, “orang dah tahu pun muka kau tu macam mana, pakai niqob buat apa?”.

Ahad, 20 November 2011

Luahan Hati Seorang Adik

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Ku simpan memori ini disini, untuk tatapan insan yang lain dengan harapan ada doa buatnya. Kisah benar, luahan hati seorang adik....

Sebagaimana yang kalian tahu awal bulan ini saya menerima berita yang mengejutkan iaitu kematian abang tersayang. Masih dikira muda usianya. Meninggalkan dua orang anak masih kecil dan perjalanan seakan masih jauh. 

Bayangkan tiba-tiba teman luahan jiwa suka duka saya “hilang” sekelip mata. Tidak sempat saya menatap serauk wajah abang  dan menghadiahkan kucupan terakhir di dahinya. Rindunya pada wajah itu.

Bukan berat untuk melepaskan abang “pergi” tapi semuanya terjadi bagai satu mimpi. Air mata ini masih belum bisa terhenti, bila saja mengingati bahawa kini abang tiada lagi. Namun saya gagahi juga untuk menulis coretan ini… 

Abang adalah anugerah terindah oleh Allah kepada kami empat orang adik-adiknya. Zaman remajanya, abang sia-siakan untuk kami, mungkin jarak usia yang membezakan kami dengan abang menyebabkan semua itu terjadi.

Selain Allah, abang adalah insan yang paling dekat dengan saya. Apa jua kesedihan pada jiwa ini hanya pada abang tempat saya meluahkan rasa. Pernah saya utarakan kepada ibu tentang kebimbangan saya jika abang “pergi”. 

Setelah hospital menjadi rumah keduanya sejak empat tahun lalu. Saya sudah siap menghadapi detik-detik ini kerana saya tahu abang “tidak akan lama bersama kami”. Tidak sangka pula ia berlaku secepat ini....

Inilah luahan hati saya. Berat mata memandang berat lagi bahu saya yang memikul. Sesungguhnya berat ujian yang saya lalui tetapi berat lagi ujian kematian yang dihadapi oleh Rasulullah SAW. Mudah-mudahan dengan catatan ringkas ini ada pengajaran untuk saya dan teman-teman tatapi dalam ratapan hati ini…

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. 

Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, saya akan belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. 

Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib. Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi.

Abu Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Tinggallah Rasulullah SAW dengan kekasih hatinya, Khadijah. Namun, tidak berapa lama Khadijah pula mengikut jejak bapa saudaranya. Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan.Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. 

Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin yang sangat dimanjakan.

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”

Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya.

 Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa. Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya: “Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya”. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” begitu juga sebaliknya. Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” begitu jua sebaliknya.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Tulisan ini cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki itu. Mudah-mudahan teman-teman dan saya sendiri akan dapat menghayati kata kunci di sebalik kisah hidup insan yang paling bahagia ini. Setiap insan yang tidak pernah melalui tidak akan merasa berat ujianNya kematian insan yang amat disayangi. 

“Perginya” tidak akan pernah ada gantinya. Bukan niat membuka pekung di dada tapi sekadar luahan rasa, semoga luahan ini dapat meringankan beban yang ada. Al- Fatihan buat satu-satunya abang tersayang arwah Mohd Marzuki Bin Che Soh... amin....

~Terima kasih sayang yang tidak terhingga untuk kalian......~


Rabu, 16 November 2011

Cukup Berharga! (^^,)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman, Islam dan Ihsan yang Engkau berikan ini. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan untuk hamba ini bertinta lagi dalam diari maya. Mencari ilham untuk menulis dan Allah s.w.t. gerakkan hati untuk berkongsi sesuatu. Mencari sesuatu yang santai sebab ana sendiri pun rasa ‘muak’ baca coretan sendiri yang amat la tersirat..hehe

Sedang kemas meja study tadi, terpandang sesuatu yang baru sahaja ana beli semalam. Ada seorang sahabat yang juga pelanggan ‘Bidadari Collection’ yang dikenali dari facebook, meminta untuk ana berikan sesuatu kepadanya sebagai tanda perkenalan. 

Ana tersenyum sendiri dengan permintaannya itu, namun ana mengerti bahawa dia mahukan sesuatu untuk diingati. Lantas akal begitu ligat memikirkan apa yang mahu ana hadiahkan kepadanya. 

Ketika itu, teringat kata-kata seorang Dekan di kampus ana “kalau saya, saya takkan sedekahkan barang-barang terpakai kat orang. Kalau tak nak guna, saya akan bakar semua tu. Prinsip saya, kalau nak bagi, bagi yang baru. Macam baru-baru nie, ada saudara saya yang rumahnya terbakar, saya ajak satu keluarga dia pergi beli pakaian dan keperluan lain kat supermarket. Biarlah duit habis banyak, asalkan diaorang tu gembira dan puas hati”.

Actually, agak terkejut bila dengar tu sebab rasa macam membazir pun ada. Tapi ada kebenaran disebalik prinsip yang beliau lakukan dan ana pun dah mula terikut sedikit demi sedikit prinsip beliau..hehe…:p

Dan semalam, ana carikan sesuatu yang amat-amat berharga ‘dimata’ ana untuk dihadiahkan kepadanya. Ana tidak tahu dia suka ataupun tidak, yang pasti ianya cukup bernilai kepada ana.

Ana teringat soalan yang pernah diajukan oleh pensyarah ana dalam kelas, “apa barang yang paling-paling bernilai kat kamu semua? kalau saya, jam yang saya pakai nie…” dan beliau jelaskan kenapa ianya bernilai baginya.

Tadi, terlintas satu idea diminda. Lantas ana pilih 3 barang yang amat berharga kepada ana. Mesti ada yang tanya, kenapa tiga? sebab ana suka angka tiga. boleh terima tak jawapan tu? hehe… Ada banyak lagi tapi kalau share semua, mesti penat korang nak baca kan? :p

Nie la barang tu...hehe
Pertama, al-Quran yang warna pink tu. Ada seseorang yang hadiahkan al-Quran nie kepada ana, juga keychain yang ada kat situ. Kebetulan masa dia bagi tu, ana memang tercari-cari al-Quran yang ada terjemahan untuk memudahkan ana semak ayat-ayat yang ada. 

Banyakkan pahala orang yang bagi tu? sebab tiap-tiap hari ana baca, maka tiap-tiap harilah pahala mengalir kat dia. Untung-untung…nanti pakat-pakat la hadiah kat kawan-kawan ek…hehe

Al-Quran nie nampak menyerlah dari jauh sebab warna pink. Ana suka sangat-sangat warna pink, sebab tu latar belakang ‘Kembara Sufi Di Bumi Tuhan’ nie warna pink walaupun ada yang kata lebih cantik kalau warna hijau. Nie blog ana, jadi suka hati ana lah nak buat warna apa kan? :p

Adik lelaki ana pun berkenan dengan al-Quran nie, “angah, kita tukar nak? hehe”

‘banyak cantik muka hang! tak nak…huhu”. 

Al-quran penenang jiwa ana, penghibur dikala duka, pengubat rindu kepada Dia, solusi kepada masalah yang ada, tak pernah jemu menatapnya..alhamdulillah.. terima kasih kepada yang hadiahkan kepada ana…(^^,)

Kedua, kertas yang tertulis kata-kata. Itu hadiah daripada umie ana atas keputusan yang cemerlang dalam SPM. Kertas itu juga ana kongsikan kepada adik-adik semasa Slot Akademik Kem Kepimpinan Islam kerna ianya punya nilai yang amat berharga.

Kalau dilihat, ianya cuma sehelai kertas yang mungkin tidak punya nilai bagi sesetengah orang. Mana tidaknya, sudahlah nampak kotor, dibalut dengan solatip plak tu, boleh nak dikatakan kertas terbuang kot..hehe

Tapi disebabkan itulah kali pertama ana terima hadiah dari umie atas kejayaan dalam SPM setelah beberapa kali mengecewakan mereka dengan keputusan yang agak teruk sebelum tu. Maka, ana simpan kertas tu hingga ke hari nie. kalau ada orang nak beli dengan nilai RM 1 juta pun ana takkan jual. Eh, ada ke orang nak beli? hehe..

Ana masih ingat saat itu, betapa gembiranya umie dan abah ketika ana tunjukkan keputusan SPM kat dorang. Itulah kali pertama ana melihat senyuman mereka yang cukup indah dan ana berjanji kepada diri sendiri untuk melihat lagi senyuman mereka tatkala melihat ana diatas pentas sambil memegang ijazah sarjana muda nanti. Tiba-tiba sebak…huhu..

Allah…berikan kesihatan yang baik dan panjangkan umur kedua ibubapaku untuk melihat kejayaan anaknya ini..ameen. 

Ketiga, mug yang ada tertulis COB, Universiti Utara Malaysia. Mug nie ana dapat semasa mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi tahun 2009 bersama sahabat seperjuangan dalam Kelab Pentadbiran Muamalat.

Ana rindukan saat itu. Saat kebangkitan satu-satunya kelab akademik yang Islamic yang ada kat kampus ana. Di bawah kepimpinan seorang president yang amat berkaliber yang dipilih berdasarkan syura dan anggota-anggota yang diangkat naik untuk meneruskan ‘wasiat’ yang diamanahkan oleh mantan kelab.

Masih ana ingat kata-kata yang dibisikkan ke telinga ana tiga tahun yang lepas, “dik…akak harapkan awak untuk jaga kelab nie”. Agak pelik kenapa kata-kata itu dibisikkan ke telinga ana, budak yang baru sahaja beberapa minggu mengenal dunia universiti yang masih mentah. 

Hadiah nie ana dapat kerana team kami ketika itu berjaya melalui ujian yang diberikan oleh urusetia. Tak silap ana hanya tiga kelab yang berjaya termasuk kelab kami. Ketika kami sama-sama mengikuti kursus tersebut, ramai yang memandang ‘sinis’ terhadap kami.

Mana tidaknya, kami sahaja yang nampak ‘pelik’, kot? Kami makan berjemaah dan ada yang mengetui membaca doa sebelum dan selepas makan. Kami solat berjemaah bersama-sama walaupun di kem. Masuk hutan dengan pakai tudung dan t-shirt labuh hingga ada yang cakap, “boleh ke ustazah-ustazah nie? hehe”

Kami telan je semua tu. Dan ajaibnya di hari terakhir kursus tersebut, mata ini menjadi saksi team kelab yang lain makan berjemaah sambil seorang mengetuai membaca doa, turut serta dengan kami solat berjemaah, dan ada seorang non-muslim berminat untuk belajar bahasa arab dengan sahabat muslimin. 

Subhanallah…kenangan yang cukup indah. Amat indah bilamana mug ini menjadi saksi dan bukti ikatan ukhuwah dan da’wah antara kami semua. Dan sebaik sahaja tamat kursus, ada yang tegur ana dalam kelas “awak kan exco Kelab Pentadbiran Muamalat?”, ana hanya mengangguk sambil mengukir senyuman.

Yang bertanya itu adalah free hair, itu bukti bahawa tiada diskriminasi pakaian dijiwa kami, boleh masuk dengan semua. Jadi, dapat ana simpulkan kat sini. Pakaian kami, akhlak kami dan pergaulan kami menjadi contoh kepada yang lain, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. 

Sebab tu bila roommate nak pinjam satu mug ana, ana tak bagi yang nie..hehe.. sebab ana sayang sangat-sangat mug nie…

Baiklah, itu sahaja yang dapat ana kongsikan dengan kalian semua. Dan ana pasti pembaca yang membaca coretan ana ini juga punya barang yang amat-amat berharga kan? =)

Kamu, kamu dan kamu…terima kasih kerna membuatkan diri ini tersenyum. Terima kasih untuk segala memori dan kenangan yang terukur dalam kanvas kehidupan ana, terima kasih juga kerna sudi menjadi warna warni dalam hidup ini.

Hati ini terasa bahagia walaupun hanya memandang hadiah yang kalian berikan, teringat saat indah kita bersama, berpimpin tangan menuju redha ilahi. Ku doakan moga kalin turut mendapat saham akhirat kerna mengembirakan hati ini. Terima kasih! (^^,)…

Sebarkan bahagia…wallahua’lam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)