Ahad, 28 November 2010

Cerpen: Jihad Ilmu

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

“Alhamdulillah Ya Allah…akhirnya amanah ku selesai juga…,”bisik hatinya sambil bibirnya mengukir senyuman.

Hatinya terasa lega sebaik sahaja semuanya tamat. Di jemput oleh pihak pentadbiran sekolah pada saat-saat akhir kerana penceramah yang asal tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Hatinya puas dapat laksanakan amanah ini walaupun kepenatan masih terasa dengan program sebelumnya.

“Terima kasih diucapkan kepada Ukhty Miftahul Jannah diatas penyampaian ceramah motivasi yang disampaikan sebentar tadi. Sebagai penghargaan dari pihak kami, saya menjemput pengetua sekolah untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Ukhty Miftahul Jannah. Dengan segala hormatnya dipersilakan”, ucap pengerusi majlis program motivasi “See U Di IPT”.

Puan Mawaddah berjalan naik ke pentas. Seketika kemudian, Jannah naik ke pentas untuk mengambil cenderahati sebagai tanda penghargaan buat dirinya walaupun pada mulanya dia menolak.

Setelah itu, mereka berjalan beriringan diikuti beberapa lagi guru lain dan ahli jawatankuasa program ke kantin sekolah untuk menjamu jamuan ringan.

“Bagus penyampaian kamu tadi ya, saya suka. Gaya penyampaian dan isi di dalamnya cukup bernas dan membakar semangat sampai saya pun jadi termotivasi bila dengar…hehe…”, puji Puan Mawaddah sambil memegang bahu Jannah.

“Alhamdulillah…semuanya dari Allah s.w.t… masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki puan,” Jannah mengukir senyuman, cuba untuk merendahkan diri.

Rabu, 24 November 2010

Soalan Bocor…?

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam, hanya pada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih hati yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menukilkan sesuatu buat Ummah. Maaf ana pinta buat para pembaca sekalian kerna tidak berkesempatan untuk menupdate “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan nie. Maaf juga ana pohon kepada pembaca yang tertunggu-tunggu catatan terbaru dari ana.

Agak kesempitan waktu untuk menulis kerna masih dan sedang berjuang dengan peperiksaan akhir. Kadang-kadang hadir juga perasaan untuk menulis setelah melihat sudah beberapa hari tidak diupdate, namun terpaksa diabaikan. Moga sahabat pembaca mengerti ye…(^__^)

Ermm…soalan bocor? Mungkin ada sahabat-sahabat yang “sedang” menduduki peperiksaan di kala ini tertanya-tanya. Ana nak bagi tips atau klue untuk soalan-soalan exam ke? Hehe..

Paper pertama ana tiga hari yang lalu. Sebaik melangkah ke dewan peperiksaan, tercari-cari tempat duduk yang disediakan. Dewan yang memuatkan hampir 600 orang calon yang bakal mengambil peperiksaan akhir mengikut subjek masing-masing.

Sementara menunggu sahabat yang lain melangkah masuk ke dewan. Ana menulis segala maklumat yang diperlukan oleh pegawai dan pembantu peperiksaan. Mulut tidak henti-henti membaca selawat, moga hati itu setenang air untuk menjawab peperiksaan setelah bermula beberapa minit sahaja lagi.

Tiba-tiba…Allah… jiwa tersentak, hati ini terus sebak, mata mula berair…terpaku seketika…(T_T)

Khamis, 18 November 2010

Indahnya Hidup Bersyariat

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini, moga diri ini sentiasa dalam jagaan Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, masih punya kesempatan untuk menulis. Amat kesempitan waktu dikala ini kerna ana akan pulang ke kampus malam ini dan tiga hari lagi peperiksaan akhir untuk semester ini bakal berlangsung. Persiapan menyambut kedatangan Aidiladha juga diraikan dengan cukup sederhana.

Tambahan pula sehari sebelum Aidiladha merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah bermula. Malamnya, kami semua sibuk membuat pelbagai juadah untuk tetamu yang bakal hadir. Jika dikenang semua peristiwa sebelumnya, ana tersenyum sendiri…(^_^)

Mana tidaknya, perancangan asal hanyalah beraya di kampus bersama sahabat-sahabat. Perancangan Allah s.w.t. yang mahu ana tetap beraya dengan keluarga di rumah. Alhamdulillah…(“,)

Semalam muhasabah sendiri, koreksi diri yang serba kekurangan ini. Ana teringat satu rancangan yang ditonton sewaktu menziarahi rumah sahabat ana iaitu rancangan bersama Maher Zain di TV9.

Siapa yang tidak kenal dengan Maher Zain? Gelombangnya sudah sampai ke Malaysia, lagu-lagunya sudah sampai ke seluruh dunia. Ana teringat kata-katanya, “InsyaAllah, you find the way…” menerusi lagunya yang bertajuk InsyaAllah.

Maher Zain menyatakan “ya, saya sering menyatakan InsyaAllah, kamu akan jumpa jalannya…tetapi suatu masa dulu saya tersesat jalan. Tiga tahun yang lalu saya masih tidak dapat membaca al-Fatihah dengan lancar”.

Ahad, 14 November 2010

Dunianya…(^_^)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini. Hanya pada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat idola hati ku yang amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk menulis. Hasrat yang terpendam akhirnya ku luahkan jua. Mahu tulis tentangnya lagi. Kala ini, dia ada di hadapan ana. Sedang bermain dengan alat tulisnya. Telatahnya buat ana tergelak sendirian…hehe…
Siapa lagi kalau bukan kanak-kanak ribena nie..(^_^)

Anis Syakirin...(^_^)
Dunianya yang gemarkan buku dan segala peralatan untuk belajar. Dia nampak ana angkat laptop dan letak atas meja makan. Lepas tu, bila nampak ana ambil buku dan duduk atas kerusi untuk ulangkaji subjek undang-undang perniagaan. Dia pun ambil segala bekalan dia, duduk depan ana… Nak study juga agaknya…hehe…

Khusyuknya...cari apa lah tu...(^_^)
Asyik nak tergelak tengok telatah dia. Baby besarlah katakan, mulut terkumat-kamit…hehe.. Entah apa yang dia cakap, ana pun tak tau. Kadang-kadang terdengar dia sebut…abbah.. lepas tu…amma.. hahaha…tak jadi studylah kalau ada dia kat depan ana sebab asyik nak tergelak…hehe..

Itulah dunianya seharian. Ke mana sahaja dia pergi dalam rumah nie pasti ada beg tersandang kat belakang dia, buku dan bekas pensil tak lepas dari tangan dia. Ana yang tiada mood nak study jadi semangat bila tengok dia duduk dengan buku je..(“,)

Ayuh sahabat-sahabat yang bakal dan sedang menduduki peperiksaan, kita study…hehe

Jumaat, 12 November 2010

Cerpen: Tertutup Itu Indah


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Suatu sudut kafetaria Cengkih kelihatan beberapa orang perempuan sedang rancak berbual. Tiba-tiba…

“assalamualaikum…”, terdengar suara orang memberi salam.

“waalaikummussalam…eh, ustazah kita dah sampai la…hehe…”, jawab salah seorang dalam kalangan mereka dengan nada menyindir.

Dia hanya tersenyum lantas berkata, “kamu semua sedang makan ya? Boleh saya turut serta?”

“Err…tak lah ustazah, kitaorang tengah basuh kain nie, tak nampak ke?”, jawab seorang lagi dengan nada ketawa.

“hahaha…adoi la…dah tahu tanya lagi. Eh Iman, engkau tak payahlah nak buat baik dengan kitaorang. Siapalah kitaorang nie kan, jahat…tak macam engkau tu, dah jadi alim sekarang”. 

“erm…maaflah kalau kedatangan saya nie membuatkan kamu semua tidak selesa. Kamu semua tetap sahabat saya, tiada ada yang berubah kecuali penampilan saya ini je. Saya cu..”. tidak sempat Iman menghabiskan kata-katanya.

“Eh! Sudahlah. Kalau engkau nak duduk sini, duduklah. Aku nak blah. Tak lalu nak makan tengok muka engkau yang berlagak suci nie” . dia terus bangun dan berlalu. Kawannya yang lain menurutinya dari belakang.

Hati Iman terluka. Tidak menyangka, perubahannya ke arah kebaikan dipandang hina oleh sahabat yang sentiasa bersamanya dulu. Iman terus berlalu pergi sambil menahan air mata dari membasahi pipinya. 

Ada mata yang memandang apa yang baru sahaja berlaku. 

“Nur, kamu pergi dulu ya. Akak menyusul kemudian, ada hal yang perlu di uruskan.”

“baik kak Husna..” terus dia ambil bungkusan makanan yang Husna hulurkan.

Selasa, 9 November 2010

Cinta Pertama


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat yang tidak putus-putus yang telah Engkau berikan walaupun diri ini sering kali berdosa kepada Mu. Hamba ini mahu jadi hamba Mu yang benar-benar bertakwa. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, masih diberi keizinan oleh Allah s.w.t. untuk menulis. Tangan ini menari-nari di atas papan keyboard laptop sambil nasyid “Kebesaran Mu” yang ada di blog ini berkumandang. Allahhuakbar….

Mesti ada dikalangan pembaca begitu tertarik untuk membaca coretan ana kali ini. Apatah lagi tajuk artikel kali ini adalah cinta pertama. Pasti ada yang mahu tahu tentang cinta pertama ana. atau pun pasti ada di kalangan sahabat sudah tahu dan dapat menekanya.Teringat kata-kata sahabat ana sewaktu menganjurkan program “Lambaian Cinta”.

“Kalau buat ceramah bab cinta ke, bab kahwin ke…mesti ramai yang datang, penuh dewan sampai tak da kerusi nak duduk…tapi bila buat ceramah bab keindahan Islam, Kebesaran Allah s.w.t…sikit sangat orang…”

Ana tersenyum. Reality dan bukan fakta yang sengaja di reka-reka. Sempat juga ana berjenaka dengan seorang sahabat.

“Eh, datang jugak rupanya…”

“Mestilah, tajuk ceramah best…bab cinta…” katanya sambil tersenyum.

Ana juga tersenyum dengan kata-katanya. Yelah, cinta yang memanggil sambil melambai-lambai. Mesti datang punya walau jauh. Hehe..

Baiklah, mahu tahu tentang cinta pertama ana? Teruja nampak…hehe…(^_^)…jom baca coretan ana. Moga sama-sama mendapat manfaatnya ye…(“,)

Ahad, 7 November 2010

Donation Drive: IPSI ' One Stop Centre'

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui dan kasihi, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Sekadar untuk membantu, menyebarkan maklumat bahawa pejuang-pejuang Allah s.w.t. ini sedang memerlukan bantuan dari kalian yang berkemampuan. Kakak ana salah seorang dari mereka. Sedang cuba sedaya yang mampu untuk terus kukuh berdiri untuk menyebarkan Islam.

Sokonglah usaha murni ini dengan menderma. insyaAllah, kalian tidak akan rugi kerna pahalanya akan terus mengalir walaupun sudah dijemput olehNYA “ke sana”.

XXXXXXXXXXXX

PENGENALAN

Islamic Propagation Society International (IPSI) merupakan institusi bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif dalam penyebaran agama Islam kepada masyarakat yang belum Islam di Malaysia khususnya di Pulau Pinang.

Mesej yang disampaikan oleh IPSI adalah ringkas dan tepat iaitu mengingatkan manusia untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyebah Tuhan yang satu iaitu Allah SWT.

Pada awalnya,dakwah yang disampaikan oleh IPSI tertumpu di sekitar Masjid Kapitan Keling. Berfokuskan kepada para pelancong yang hadir ke masjid bersejarah itu, IPSI menyampaikan kebenaran Islam kepada pelancong yang kebanyakannya beragama lain.

Sejak 18 tahun, gerakan IPSI semakin stabil dan dengan izinNYA dengan usaha kerdil ini, IPSI telah menerima hampir 60 syahadah. Kini, IPSI bukan sahaja berdakwah di Masjid Kapitan Keling, bahkan IPSI juga acap kali menganjurkan seminar, kuliah, forum dan pameran di seluruh Malaysia.

Sabtu, 6 November 2010

Kalam Buat Kalian…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan untuk hamba ini terus menerus menghirup udara Mu. Selawat dan salam buat kekasih hati yang amat diri ini cintai, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Kerinduan datang bertamu buat sahabat ana yang berada di kampus di kala ini. Musibah dan ujian yang melanda, moga mereka semua tetap senyum pada ujian. Untuk pengetahuan sahabat pembaca sekalian, ana tidak jadi pulang ke kampus kerna lewat petang dua hari lepas ana mendapat berita bahawa pihak pentadbiran kampus menunda peperiksaan akhir.

Sebaik sahaja berita itu sampai ke pengetahuan ana. Ana membuka facebook dan sebarang sumber dari pihak pentadbiran untuk memastikan kesahihannya. Sempat juga ana membaca respon dari sahabat-sahabat UUM tentang berita ini, berbagai pandangan dan pendapat dilontarkan. 

Peperiksaan ana yang sepatutnya bermula minggu depan ditunda selepas raya Eid Adha. Ana minta pendapat abah dan umie samaada untuk tetap pulang ke kampus atau menunda tarikh. Akhirnya, ana membuat keputusan untuk menunda tarikh iaitu pulang ke kampus pada hari kedua Eid Adha.

Antara sebab utamanya, umie ana tidak berapa sihat. Jadi, ana menjadi suri rumah sepenuh masa menggantikan umie. Berjihad dan berjuang pula untuk keluarga walaupun hati meronta untuk bersama sahabat seperjuangan di kampus membantu mangsa banjir di sana. Moga Allah s.w.t. redha…

Khamis, 4 November 2010

Insan Istimewa


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini, tidak terhitung nilainya Ya Allah…Selawat dan salam buat idola hati ku yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…masa ku untuk kembali ke Utara Malaysia bakal tiba pada penghujungnya. Malam ini ana akan berangkat pulang untuk meneruskan medan perjuangan yang telah ku tinggal beberapa hari.

Terasa ingin menulis tentang seseorang sebelum ana meninggalkannya lagi malam ini. Insan yang paling istimewa dalam keluarga kami. Insan yang paling banyak mengajar kami semua erti kesabaran, pengorbanan, kebahagiaan dan segalanya. Dialah Anis Syakirin, anak ke tujuh dari sembilan orang adik beradik.

Masih terbayang kerenah adik perempuan ana sebaik tiba di rumah. Dek kerana tidak boleh tidur dalam bas, ana tertidur di sofa ruang tamu. Adik ana memujuk kakaknya ini untuk bermain dengannya. Sudah berapa kali dia mengoncang badan ana namun tiada respon, lantas dia cuba pula membuka kelopak mata ana. Terkejut dibuatnya, lantas dia tersenyum pabila ana senyum padanya. 

Rindu barangkali…bisik hati ku.

Ana sering menziarahi blog para ibu yang punya anak istimewa. Mereka menceritakan kehidupan bersama dengan anak istimewa. Lalu ana berkenalan dengan salah seorang dari mereka. Terdetik di hati untuk menceritakan pengalaman kami sekeluarga sewaktu di awal perjuangan untuk cuba sedayanya memulihkan Anis.

Sewaktu Anis lahir, ada sedikit masalah. Kata Umie, anis lemas di saat doktor cuba keluarkannya. Pada mulanya kami menyangka ia tidak ada apa-apa padanya. Kami mula menyedari apabila usianya satu tahun tetapi masih tidak mampu untuk meniarap apatah lagi merangkak. Sebaik usianya dua tahun, dia masih tetap begitu.

Di saat itulah, abah dan umie berusaha sedayanya untuk memulihkannya. sudah banyak doktor pakar kami temui namun tiada hasil. Perubatan secara moden mahupun tradisional juga tidak membuahkan hasil. 

Isnin, 1 November 2010

Senyumlah Pada Ujian…(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus menghirup udara Mu, puji-pujian ku berikan kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa diingati lagi dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, ana selamat tiba di rumah sebelum subuh pagi semalam. Hati terasa damai sebaik sahaja kereta memasuki lorong rumah. Angin yang sepoi-sepoi bahasa ibarat menyambut kepulangan ku. Rindunya….hati ini berbisik. Ku tahu, lima hari tidak akan cukup buat diriku bersama keluarga namun akan ku manfaatkan sepenuhnya.

Sewaktu dalam perjalanan ke stesen menunggu bas, berat juga hatiku untuk meninggalkan sahabat-sahabat yang masih memerlukan bantuan dari ku. Tindakan nekad yang ku ambil untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit mahupun facebook membuatkan beberapa orang sahabat resah. Moga mereka mengerti yang ana juga perlukan waktu untuk bersendirian.

Tersenyum teringat kata-kata seorang kakak yang ku kenal dalam facebook namun tidak pernah sekalipun kami bersua muka. Ada yang berjenaka dengannya,

“rindu kat besi je ke…hoho?” Kata sahabatnya.

Lantas dijawabnya, “Nur….bicara jangan sebarang bicara…besi bukan sebarangan besi ni….tak dapat nak beli kat mana-mana…(^_^)”

Dia banyak mengenali ana melalui penulisan ana melalui “diari” ini. Habis diselongkar segala artikel lepas yang termuat dalam “diari” nie. Rasanya pengembaraannya dalam membaca “diari” ~Kembara Sufi Di Bumi Tuhan~ sudah tamat. Akak, sya pun rindu kat akak…(“,)

Ana meninggalkan kampus dalam keadaan sahabat seperjuangan ana baru sahaja lepas keluar hospital dengan keadaan tangan kirinya bersimen, tangan kanannya berjahit serta kedua-dua kakinya luka. Teman sebiliknya hanya mengalami luka kecil sahaja, exam finale bermula minggu depan. Rasanya dia terpaksa menangguh pengajian hingga kecederaannya sembuh.