Khamis, 30 Julai 2009

LAKARAN UNIK DARI SANG PENCIPTA

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Mataku memandang lagi ke langit, Subhanallah… tidak jemu mataku memandang walaupun berjuta-juta kali. aku perhatikan langit semalam bermula selepas waktu subuh sehinggalah waktu hampir masuk isya’. Bermula dengan keadaan malap pada waktu subuh, seterusnya terbitlah matahari dengan membawa sekali cahayanya, kemudian terbenamnya matahari dan membawa sekali cahayanya dan akhirnya terbitlah bintang dan bulan. Subhanallah…Sungguh unik, bagaikan sebuah potret lukisan “bergerak” dari sang pelukis yang hebat.











Bukan itu sahaja, jika kita memandang ke langit, kita dapat melihat berbagai bentuk awan yang menhiasi dada langit. Adakalanya imaginasi kita menerjah fikiran sambil meneka apakah bentuk awan itu ya??? mungkinkah bentuk haiwan, tumbuhan, benda @ tulisan? Pentafsiran awan itu bergantung pada imaginasi masing-masing, menguji betapa kreatifnya otak kanan kita berimaginasi. Kita dapat melihat pelangi yang berbagai warna di langit selepas hujan, juga dapat melihat buruj pada waktu malam tika langit cerah. Sungguh unikkan?






Namun Allah s.w.t. juga membuktikan kebesaranNYA dengan dapat dilihat oleh mata kepala kita sendiri supaya bertambah keimanan kita kepadaNYA. Lihatlah gambar ini, Subhanallah…Hebatnya kuasa Allah s.w.t.




Dengan berbagai sentuhan warna yang unik, ditambah pula dengan berbagai “hiasan” yang bergerak menjadikan lukisan itu bertambah unik dah hebat…Subhanallah. hanya perkataan itu yang keluar dari mulutku, menggambarkan betapa hebatnya lukisan tersebut. Lihatlah dan perhatikanlah, langit dan “hiasannya” yang tiada tiang untuk menahannya daripada jatuh. Itulah kehebatanNYA, sepertimana firman Allah s.w.t:

“.langit itu ditinggikan Allah dengan tidak ada tiang yang kamu lihat (melainkan dengan kekuatan tarik menarik)…
surah ar-ra’d ayat 2

Sesungguhnya Allah s.w.t. meninggikan langit (matahari, bulan dan bintang-bintang) dengan tiada tiang yang dapat kamu lihat, semua tidak jatuh ke bumi, kerana Allah s.w.t. telah mengadakan satu kekuatan tarik-menarik (graviti) antara bintang-bintang itu sehingga tidak boleh jatuh kepada yang lain. kekuatan tarik menarik itu ialah sebagai tiang yang tidak dapat dilihat dengan mata. Jika tidak, nescaya terjatuhlah ia sejauh-jauhnya. Allah s.w.t. menjadikan matahari dan bulan beredar menurut waktu yang ditentukan.Dan hanya DIA yang mampu menahannya daripada jatuh, tidak ada seorang pun yang mampu menandingi kehebatanNYA. sepertimana firman Allah s.w.t.:

“sesunguhnya Allah menahan langit dan bumi, supaya keduanya jangan tergelincir (jatuh). Demi, jika keduanya tergelincir, maka tiadalah seorang juga yang dapat menahan keduannya, selain daripadaNYA. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun Lagi Maha Pengampun”
Surah Faathir, ayat 41

Lihat, renung, perhatikan dan berfikirlah…betapa hebatnya Allah s.w.t. mencipta alam ini, Aku menamakan potret lukisan tersebut sebagai “LAKARAN UNIK DARI SANG PENCIPTA”. Subhanallah…ini baru sedikit kehebatanNYA, tetapi mengapa ada manusia yang menganggap dirinya “tuhan”. Bongkak, takbur, sombong, riak dan terasa dirinya hebat, tidakkah dia terfikir bahawa ada yang lebih hebat daripadanya??? tidakkah dia terfikir???Renung-renungkan, moga-moga kita menjadi hambaNYA yang soleh dan solehah…amin. InsyaAllah…

JOM KITA MENGEMBARA LAGI...(^_^)

Selasa, 28 Julai 2009

PENANGAN H1N1

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah… syukur ke hadrat ilahi, akhirnya aku selamat pulang ke pantai timur tempat asalku dilahirkan meninggalkan bumi utara untuk beberapa hari dek kerana penangan daripada H1N1 yang makin galak menyerang mangsa. Hanya waktu cuti begini sajalah aku dapat bersama keluarga, merehatkan minda dan memuhasabah diri semula mengenai apa yang telah aku lakukan sepanjang berada dalam pengembaraan dan kembali semula ke bumi utara dengan semangat yang baru.

Kebanyakan sahabatku yang lain bersorak girang apabila pihak atasan memaklumkan bahawa pelajar di beri cuti selama satu minggu untuk mengelakkan lebih ramai yang terkena jangkitan H1N1. Keadaan menjadi bising, orang ramai mula bercakap tidak kira di kediaman pelajar, dewan kuliah mahupun di peringkat kepimpinan tertinggi iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengenai berita yang baru diterima dan hanya dalam masa dua jam sahaja selepas pengumuman dibuat kampus yang didiami hampir 20,000 pelajar menjadi sunyi sepi bagaikan tiada penghuni. Berpuluh buah bas keluar masuk mengambil pelajar sehingga dikatakan berlaku kesesakan lalu lintas, ada juga pelajar yang sanggup tidur di stesen bas kerana menaiki bas pada keesokan harinya. Melihatkan suasana yang berlaku, terdetik di hati kecil ini “adakah suasana ini seperti di Palestin, Afganistan, Iraq dan Negara Arab yang lain apabila Israel dan sekutunya mengisytiharkan akan menyerang Negara mereka???” persoalan yang masih belum kutemu jawapannya.


Benar…persoalan yang masih belum kutemu jawapannya. Melihatkan sahabat-sahabatku yang begitu teruja apabila diberitahu kampus akan bercuti selama satu minggu, senyuman terukir di bibir masing-masing dan otak mereka begitu ligat memikirkan bagaimanakah caranya untuk pulang pada saat itu juga. Tetapi… bagaimana pula bagi mereka yang sudah di jangkiti H1N1, adakah mereka juga gembira seperti sahabat-sahabatku tadi??? Moga-moga mereka kuat menghadapi dugaan yang Allah s.w.t. berikan. Sepertimana firman Allah s.w.t. :

“dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

-Surah al-baqarah ayat 155-

Diakhir ayat tersebut Allah s.w.t. memberitahu… Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar… ini mengambarkan kesabaran insan yang diuji dibalas dengan khabar gembira dari Allah s.w.t. sekiranya dia bersabar dengan ujian yang Allah s.w.t. berikan.

Isnin, 27 Julai 2009

Salam Syaaban........

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Alhamdulillah...bulan rejab baru sahaja berlalu beberapa hari yang lepas, kini berada di bulan syaaban dan yang bakal menjelma beberapa minggu lagi adalah bulan ramadhan...

Bulan yang ditunggu oleh umat islam yang bergelar muslim kerana bulan ini lah umat islam berlumba-lumba melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. dan ingin merebut ganjaran malam seribu bulan...tetapi ada juga sesetengah orang melupakan ganjaran pada bulan-bulan lain seperti bulan rejab dan syaaban... oleh itu, marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan masing-masing dan mencapai keredhaan dari Allah s.w.t...insyaALLAH seperti mana yang Rasulullah s.a.w. lakukan berdasarkan hadis ini........

alhamdulillah....Maha Suci Allah....(",)

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani"

alhamdulillah, akhirnya matlamatku ingin punya blog sendiri sebagai peringatan dan perkongsian ilmu bersama sahabat2 berjaya ku tunaikan selepas bergelut dengan masa untuk melaksanakan amanah yang telah di wasiatkan kepada ku......
alhamdulillah........................(",)

-bidadari besi-
27.07.09