Rabu, 30 Disember 2009

HATIKU DISENTUH OLEH “WANITA ITU”


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi masih diberi kesempatan untuk menghirup udara malam. Selawat dan salam buat insan tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & para anbiya’ yang ku rindui…
Balik dari kuliah tadi, hatiku disapa kerinduan yang teramat tika memandangnya dari jauh. Sebaik kakiku melangkah masuk ke bilik, “wanita itu” muncul di depan pintuku. Lantas ku cium tangannya dan memeluknya dengan erat walaupun “wanita itu” menyatakan dia berada dalam keadaan kotor dan busuk kerna baru menyelesaikan kerjanya.
“wanita itu” hanyalah seorang yang biasa sahaja namun tangannya sudah membesar dan mengasuh anak kandung juga anak saudaranya sehingga mencapai tahap yang amat membanggakan. Alhamdulillah, seorang yang berjiwa besar jika benar-benar mengenalinya.
Ku imbau kembali saat mula-mula mengenalinya. Waktu itu, ana dalam perjalanan ke bilik seorang akak senior untuk memaklumkan bahawa ana mahu menolak jawatan yang telah akak tersebut berikan. Namun, langkah ana terhenti dari terus melangkah naik ke tangga saat “wanita itu” memandang ana beberapa minit sehingga ana jadi kaku. Lantas, “wanita itu” memalingkan muka dan meneruskan tugasnya.
Melihatkan keadaan itu, ana terus memberi salam dan mencuim tangan serta pipinya. air matanya gugur tiba-tiba…
Ana jadi kaget, kot-kot ada buat salah. “wanita itu” terus menceritakan kepada ana,“sebenarnya, mak cik rindu kat anak saudara mak cik. Dia duduk kat Sabah sekarang, ikut suami dia yang kerja kat sana. Dah lama x jumpa dia…bila pandang adik dari jauh, mak cik ingatkan anak saudara mak cik datang nak jumpa sebab adik macam serupa dengan anak saudara mak cik…pakai tudung labuh, berjubah dan bercermin mata macam nie la..” sambil tangannya menunjuk ke arahku dan terus menyeka air matanya dari terus keluar.
Hati ana terusik bila dia menceritakan hal sebenar. Ana terus pegang tangannya seraya berkata,“x pe lah mak cik..sabarlah..insyaAllah mak cik akan jumpa jugak anak mak cik tu ye..”
harap-harap gitulah…mak cik yang jaga dia dari kecik sampai besar lepas arwah ayahnya meninggal, tu yang rindu sangat kat dia..balik plak kadang-kadang je..slalu berhubung melalui telefon je…”kata “wanita itu” lagi yang masih berbaur sebak.
Dan tadi…ana baru sahaja berjumpa dengannya, tak kisah la samaada badannya kotor, bajunya basah atau berbau busuk..ana tetap akan memeluknya walaupun dia menolak kerna ana tahu…dia begitu merindui anak saudaranya…tiap kali ana memeluknya, air matanya pasti akan mengalir keluar. Ana tidak mampu untuk membawa anak saudaranya ke sini, hanya itu yang mampu ana lakukan untuk “wanita itu” bagi melepaskan kerinduan kepada anak saudaranya.
“wanita itu” amat disenangi oleh orang laen kerna sikapnya yang ramah, suka membantu orang lain juga suka memberi dan tadi..dia berikan ana duit walaupun ana menolak dan menyatakan bahawa pinjaman ana baru sahaja masuk semalam. Ana tidak mampu untuk memandang wajahnya lama-lama kerna takut air mata ini juga akan tumpah.
Begitulah kasih seorang mak sedara kepada anak saudaranya. Ana bersyukur kerna dapat mengenalinya kerna dia selalu mendoakan ana, sentiasa berpesan supaya rajin-rajin belajar, selalu membantu ana…
Kerna “hikmah” pertemuan dengan “wanita itu” lah…ana membatalkan hasrat untuk menolak jawatan tersebut dengan izin dariNYA. Dan sekarang ana diamanahkan untuk memimpin barisan kepimpinan muslimat…hanya Allah s.w.t. yang tahu betapa beratnya bahu ini untuk memikul amanah dan kepercayaan yang telah diberikan. Namun, ana bersyukur kerna ana tahu “wanita itu” selalu mendoakan kecermerlangan hidup ana di dunia & akhirat…
Ya Allah…begitu mendalam kasih sayang “wanita itu” kepada anak saudaranya, engkau pertemukanlah mereka Ya Allah supaya kerinduannya terubat..cukupkanlah apa yang dia perlukan, tunaikanlah permintaannya Ya Allah dan permudahkanlah segala urusan kehidupannya, kukuhkanlah imannya, dilindungilah dirinya dari azab api neraka dan permudahkan segala urusan tika menghadapMU serta tempatkan dia di SyurgaMU Ya Allah…hanya kepada engkau aku berharap dan memohon pertolongan…ameen



Selasa, 29 Disember 2009

PERSAHABATAN BERSULAMKAN KEIMANAN


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi, masih diberi peluang lagi dalam mengembara di Bumi Allah sw.t. ini.. Selawat dan salam kepada insan yang teramat ku cintai, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga kepada para sahabat & para anbiya’ yang amat ku kagumi…
Hari nie merupakan hari kedua kuliah, mungkin juga minggu yang agak “free” bagi mereka yang tidak menghadapi masalah dengan jadual kuliah tetapi bagi mereka yang masih “berjuang” untuk mendapatkan kelas yang masih berbaki, mungkin ini minggu yang agak sibuk bagi mereka. Apa pun ana doakan, moga sahabat-sahabat memperolehi apa yang diinginkan…amen..
Kerinduan kepada sahabat-sahabat sekuliah, sekelas, satu kos juga seperjuangan akhirnya terubat jua bilamana terserempak dengan mereka. Lantas kaki ini mendekati mereka sambil bersalam dan berpelukan serta bertanya khabar masing-masing. Sudah lama tidak bersua, masing-masing berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang cuti semester yang sudah menutup tirainya.
Walau apa pun, kerinduan hati ini kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang lepas tetap terasa dan keadaannya sudah tidak sama seperti sebelumnya. Namun, yang patah akan berganti, yang pergi akan ada penggantinya. Inilah rasanya bilamana sesuatu ukhuwah itu terbina berasaskan keimanan kepada Allah s.w.t.
“sahabat yang beriman..
Ibarat mentari yang menyinar..
Sahabat yang setia..
Bagai pewangi yang mengharumkan..
Sahabat sejati..
Menjadi pendorong impian..
Sahabat yang berhati mulia..
Membawa kita ke jalan Allah..”
(Saidina Ali bin Abi Talib)
Itulah hebatnya sebuah persahabatan sekiranya disulami dengan keimanan. “cubit paha kanan, paha kiri juga terasa sakit”, ibarat begitulah sekiranya sebuah persahabatan itu ikhlas kerana Allah s.w.t. sehinggakan ada dikalangan sahabat-sahabat yang menyatakan:
“jika ana masuk syurga, ana ingin bawak ukhty bersama-sama dengan ana”
“jika ukhty masuk neraka, ana akan terjun ke dalam neraka untuk menarik ukhty keluar dari neraka”
Ini bermakna, jika sahabat kita nampak sudah semakin lagha dan lalai dari jalan kebenaran..maka, kitalah yang kena mendekatinya dan juga membawanya kembali kepada Allah s.w.t..dan
Jika sahabat kita nampak kurang dari segi amalan ibadatnya, maka kita kenalah mengajaknya supaya melakukannya bersama-sama dengan kita.
Inilah erti sebuah persahabatan yang sebenar, bukan hanya pentingkan diri kita sendiri bak kata sesetengah orang “kubur lain-lain”. Tidak diambil peduli sekiranya sahabat kita itu makin jauh dariNYA.
Carilah sahabat, yang bilamana memandang wajahnya, teringat kita akan Allah s.w.t. apabila mendengar perbualannya, iman kita akan bertambah. Apabila mendampinginya, hati akan menjadi tenang…itulah diantaranya terdapat tanda seorang sahabat yang sejati.
Ana teringat kata-kata seorang akak senior,“kalu boleh, akak tak nak hubungan kita renggang atau putus hanya sebab kita berjauhan. Akak sayang ukhuwah nie, tak sanggup rasanya memutuskan ikatan yang sudah terjalin. Bukan mudah nak dapat sahabat yang sanggup bersama dengan kita dalam susah dan senang, selalu mengingatkan saat iman kita dalam keadaan berkurang…”
Benar, ana juga tidak sanggup untuk memutuskan persahabatan nie kerna kami saling mencintai hanya kerana Allah, saling menyayangi hanya kerana Allah, saling membahagiakan hanya kerana Allah, kerana Allah lah yang dapat menyulamkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.
Semuanya indah jika keranaNYA…
Wassalam…

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(^_^)

Sabtu, 26 Disember 2009

Munculnya Tarbiyah Dari Allah s.w.t. Di Utara Malaysia


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi masih diberi peluang menghirup udara petang yang seakan-akan menyapa ku dengan penuh kelembutan. Selawat dan salam kepada idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. serta kaum kerabat baginda. Juga tidak lupa kepada para sahabat & para anbiya’ yang amat ku hormati..
Malam ini, ana akan kembali semula ke Utara Malaysia bagi meneruskan pengajian di kampus serta amanah dan kepercayaan yang telah sahabat-sahabat berikan. Ana baru sampai ke kampung halaman sebelum subuh pagi semalam selepas berada di Utara Malaysia menguruskan Minggu Suai Kenal seperti yang dikhabarkan pada catatan yang lepas. Dan malam ini ana akan kembali semula ke sana..
Walau apa pun, ana ingin kongsikan “tarbiyah” yang telah Allah s.w.t. berikan kepada ana sepanjang pengembaraan ana ke Utara Malaysia..moga sama-sama peroleh manfaatnya..

XXXXXXXXXX
Dalam keadaan badan yang tidak cukup rehat dan kepenatan yang teramat sangat, ana meneruskan juga niat untuk ke kampus UUM bagi mewakili Pusat Islam dalam memberi pengisian kerohanian kepada pelajar kemasukan baru Minggu Suai kenal kali ini. Disebabkan tidak cukup masa kerna baru balik dari program lain, ana tergesa-gesa berkemas untuk bertolak pada malamnya.
Abah pun memberi “khutbahnya” seperti selalu supaya cepat bersiap kerna takut terlepas bas. Ana pun berdoa dalam hati,“Ya Allah, jika engkau izinkan hambaMU ini meneruskan jihad untuk menyampaikan agamaMU maka permudahkanlah segala urusan ku ini tetapi sekiranya engkau tidak mengizinkan hambaMU ini meneruskan niatnya, maka tunjukkanlah Ya Allah…segalanya aku berserah kepadaMU Ya Allah..
Alhamdulillah, ana sampai tepat pada masanya. 5 minit lepas ana naik, bas tersebut terus melunjur laju ke destinasi yang dituju. Ana lega kerna ana telah berusaha dan selebihnya DIA yang tentukan. Selepas membaca doa menaiki kenderaan dan niat untuk bermusafir, ana terus dibuai mimpi kerna terlalu mengantuk dan keletihan.
Last sekali ana terjaga sewaktu bas berhenti di Gerik dan sekali lagi “tarbiyah” dari Allah s.w.t. datang bertamu…
Ana sepatutnya turun ke Alor Star, tetapi disebabkan terlalu mengantuk dan keletihan…ana tidak sedar yang ana sudah terlepas destinasi yang patut ana turun, ana sedar bilamana ada seorang perempuan kejutkan ana supaya turun kerna semua orang sudah tiada dalam bas dan itu adalah destinasi yang terakhir iaitu di Kangar. Ana nak ke Kedah tetapi terlepas ke Perlis.
Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan ana ketika itu…
Ana seolah-olah bermimpi, bagaikan tidak percaya boleh terlepas destinasi yang dituju kerna inilah kejadian yang pertama kali berlaku dalam hidup ana. Akal juga bagaikan baru tersedar dari mimpi dan masih tidak mampu berfikir dengan rasional.
Alhamdulillah, driver bas dan rakannnya sudi membantu selepas ana memberitahu apa yang sedang ana alami. Mereka berbincang sesame mereka dan akhirnya mereka memutuskan untuk menghantar ana ke Kuala Perlis kerna ada bas double decker yang akan lalu disitu dan menuju ke Alor Star.
Setelah sampai di Kuala Perlis, ada seorang pak cik yang bertanya apa yang sedang berlaku. Ana pula jadi serba salah dibuatnya kerna dua-dua sudi membantu dan dua-duanya punya “hikmah” tersendiri.
1: ana akan tumpang bas double decker dan akan patah balik ke Alor Star TETAPI, ana tidak tahu keadaan yang seterusnya akan berlaku di hadapan..sempatkah ana solat subuh? Pukul berapa pula ana akan sampai ke uum?
2: ana akan naik teksi pak cik tu TETAPI perlu bayar tambang RM50 dan akan terus sampai ke uum serta sempat untuk lihat pengisian yang fasilitator Pusat Islam berikan.
Akhirnya, ana buat keputusan untuk naik teksi pak cik tu walaupun tambangnya agak mahal…hati ana jadi serba salah kerna tidak dapat ikut rancangan mereka yang asal. Namun, hati ini berdoa untuk pihak mereka tika berada dalam “perut” teksi tersebut.
“Ya Allah, mereka ikhlas membantu pejuang agamaMU tanpa meminta sedikit pun balasan. Aku mohon pertolongan dariMU Ya Allah, makbulkanlah doa yang mereka pinta dariMU dan cukupkanlah segala keperluan mereka Ya Allah..” sambil mataku bergenang dengan manik-manik jernih. Ku benar-benar berharap agar Allah membalas kebaikan yang telah mereka lakukan.
Setibanya di UUM, ana hulurkan duit RM50 kepada pakcik tersebut sambil hatiku berniat sedekah kepadanya juga berdoa moga rezeki halal yang dicarinya akan bertambah dengan keberkatan dariNYA.
Setelah Minggu Suai Kenal hampir menutup tirainya, ana bertolak pulang ke kampung halaman kerna terasa tidak sedap hati sekiranya tidak balik semula berjumpa dengan keluarga tercinta juga memandangkan masih ada barang yang tertinggal. Ana mengambil peluang ini untuk merasai “kemanisan” kasih family kerna ana tahu, ana akan kembali sibuk dengan amanah sebagai pelajar juga sebagai pejuang agamaNYA..
Doakan ana selamat sampai ke kampus ye, juga tidak terlepas bas buat kali ke-2 ye..(^_^)..insyaAllah…


XXXXXXXXXXXXX
Seorang insan kerdil berjiwa da’ie
Tetap memulakan langkah biarpun sudah diuji pada permulaannya
Masih tetap bersangka baik padaNYA
Dan percaya itu adalah hikmah serta tarbiyah dariNYA
Tetap bergantung harapan dan tawakal padaNYA
Walaupun terasa dirinya tidak mampu pada mulanya…
Namun, Demi pemilik jiwanya….
Demi Islam tercinta…
Demi akidah saudaranya…
Dia tetap bangkit dan mengorak langkah menuju seruan jihad…
Ini kerana insan kerdil berjiwa da’ie itu yakin dan percaya,
Itulah…..
Tarbiyah dari Allah s.w.t. buat dirinya…
Wassalam…


Isnin, 21 Disember 2009

KU HARAP DOA DARI KALIAN..


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menghirup udara malam yang cukup nyaman. Selawat & salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda, juga kepada para sahabat & anbiya’ yang sentiasa dirindui.
Allah s.w.t. menguji semangat jihad ku lagi kali ini..
“Ya Allah, ku tak yakin mampu untuk menempuhinya sendiri. Ku cuba buat yang terbaik sedaya upaya yang mungkin dan selebihnya aku bertawakal kepadamu Ya Allah….”
Pagi semalam, ana baru sahaja menjejakkan kaki di kampung halaman dan malam ini akan kembali semula ke utara Malaysia selepas menerima panggilan daripada Pusat Islam di kampus yang memintaku ke sana secepat mungkin. Jika mahu diikutkan keadaan kesihatan yang tidak menentu dek kerana terlalu letih dengan program yang baru sahaja melabuhkan tirainya.
Hasratnya mahu melepaskan lelah sebentar disamping ke kedai untuk membaiki cermin mata dan menyiapkan paperwork untuk perjalanan program sepanjang semester hadapan. Namun, semua itu terpaksa ku tangguhkan demi menyahut laungan jihad yang sedang menunggu ku.
Ana akan kembali ke kampus malam ini untuk menguruskan Minggu Suai Kenal kemasukan pelajar baru memandang fasilitator Pusat Islam tidak mencukupi dan kesemuanya tidak punya pengalaman untuk menguruskannya. Ana tidak yakin mampu memimpin barisan fasilitator yang ada bagi menjayakan Minggu Suai Kenal ini memandang badan tidak cukup rehat serta keadaan kesihatan yang tidak menentu.
Ana harapkan doa dari kalian supaya diri ini kuat menghadapi “Tarbiyah” dari Allah s.w.t. ini. Sekiranya ana tidak berjaya menguruskannya, pengisian kerohanian yang diberikan kepada Pusat Islam akan diambil alih dengan pengisian hiburan..Nauzubillah…
“Ya Allah..hanya engkau aku berserah segalanya..kuatkanlah semangat jihad dalam diriku ini Ya Allah..akan ku cuba sebaik yang mungkin dalam menegakkan agama Mu Ya Allah..sesungguhnya aku bertawakal kepadaMU..”
Ana mohon maaf sekiranya tidak dapat membalas mesej, komen @ email kerna kekangan masa. Khidmat ana amat-amat diperlukan sekarang…juga ana harapkan doa dari kalian moga kaki ini terus melangkah kukuh ke hadapan…insyaAllah..
Wassalam..


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(",)

KEM REMAJA HARAPAN..


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi masih diberi nikmat Iman & Islam juga masih berkesempatan menghirup udara pagi yang penuh nyaman. Selawat & salam kepada kekasih yang teramat dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. & kaum kerabat baginda. Juga kepada para sahabat & anbiya’ yang sentiasa diingati.
Catatan kali nie, ana ingin kongsikan pengalaman sepanjang berada di Sungai Petani, kedah bersama adik-adik sekolah rendah & menengah. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan, namun ana akan singkatkan supaya tidak terlalu panjang. Satu program gabungan bersama TEGAS, SHADANI ENT & SAHSIAH MANAGEMENT untuk remaja yang berumur 11 hingga 17 tahun iaitu KEM REMAJA HARAPAN dalam melahirkan generasi harapan ummah.

 

Suasana di kawasan sekitar kem yang diselaputi kawasan penanaman padi.
Pengisian yang diberikan juga berdasarkan modul yang dicipta oleh Sahsiah Management yang menekankan pembangunan kerohanian seperti:

 


Ceramah berkaitan gejala sosial yang semakin serius dikalangan remaja yang masih bersekolah.
 
Sesi perdebatan @ perbahasan antara kumpulan bagi menguji kemampuan peserta bercakap di hadapan disamping bijak melontarkan hujah serta pendapat masing-masing.
 
Sesi pemberian tazkirah yang disampaikan sendiri oleh peserta untuk menguji tahap ilmu yang ada.
 
Sesi muhasabah diri bagi membersih dan menyucikan semula jiwa yang telah lalai supaya kembali semula ke jalanNYA..
 
 
 
  Kembara di paya bakau, berbagai halangan yang dibuat untuk menguji kecerdasan peserta juga fasilatator.
 
Riadah pada sebelah petang bagi menggantikan syabab game.  
 
 
 
Pentomen yang memuhasabahkan diri sebelum majlis penutup program yang dilakonkan oleh para peserta dan sebahagian fasilitator.
 
 Sesi bersalam salaman selepas majlis penutupan program sebelum bersurai dan berangkat pulang ke tempat masing-masing.
Inilah sedikit sebanyak yang dapat ku coretkan pada catatan kali ini secara gambaran umum semasa Kem Remaja Harapan berlangsung dan catatan secara peribadi mengenai “Tarbiyah” yang ku dapat akan ku nukilkan pada catatan yang akan datang…insyaAllah…
Jadi, bagi sesiapa yang masih bersekolah @ punya adik-adik yang mahu mengikuti program seperti ini semasa cuti sekolah, bolehlah berurusan dengan Sahsiah Management di laman web mereka iaitu www.sahsiahmanagment.blogspot.com.
Wassalam..

Ahad, 20 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi nikmat Iman & Islam kepada diri ini. Selawat & salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda, juga kepada para sahabat & anbiya’ yang sentiasa diingati.
Masih belum terlambat kiranya, ana mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431H kepada seluruh umat Islam di dunia ini dengan kedatangannya 1 Muharam. Diharap, sahabat-sahabat tidak lupa untuk membaca doa akhir & awal tahun. Ini juga bermakna bahawa umur kita makin berkurang dan dunia semakin uzur ditelan zaman, kitab lama sudah ditukar kepada kitab baru menandakan sudah masuk tahun baru dalam kalender Islam.
Moga-moga azam lepas yang tidak tertunai akan terlaksana pada tahun baru ini, insyaAllah…
Ana juga ingin mohon maaf kerna tidak berkesempatan untuk mengupdate blog, 4 hari yang lepas ana ke Sungai Petani, kedah untuk menghadiri Kem Remaja Harapan sebagai fasilitator dan menjadi sebahagian daripada keluarga Sahsiah Management. insyaAllah, pengalaman sepanjang pengembaraan itu akan ana kongsikan pada artikel yang akan datang..
Apa pun, ana doakan moga Iman kita semakin mantap & bertambah dari sehari ke sehari. Sentiasa mengingati kematian yang akan mengunjungi kita bila-bila masa sahaja. Carilah bekalan di dunia ini seolah-olah kita akan mati pada esok hari…amen..
UNTUK RENUNGAN BERSAMA…
kita sebenarnya lebih gemar menyambut 1 JANUARI daripada 1 MUHARAM,
kita  sebenarnya lebih tahu apa itu 14 FEBRUARI daripada 12 RABIULAWAL,
kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar LAGU daripada AZAN,
kita sebenarnya lebih tahu ARTIS PUJAAN daripada NABI2 kita
kita lebih suka memuji MANUSIA daripada TUHAN
kita sebenarnya lebih cintakan DUNIA daripada AKHIRAT…
Tetapi bila org tanya arah tujuan kita,
kita akan jawab kita sebenarnya lebih suka menuju SYURGA daripada NERAKA…
layakkah kita dengan SYURGA milik ALLAH S.W.T…??


“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNYA, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijranya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.”

 (Surah An-Nisa, ayat 100)



JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI