Khamis, 10 Disember 2009

JOM BANTU...!


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan izin dariNYA, ku masih menghirup udara kedamaian juga atas nikmat iman & Islam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat baginda, para sahabat dan anbiya’ yang sentiasa dirindui…..
Alhamdulillah, masih punya kesempatan untuk menulis kerna sejak kebelakangan nie keadaan kesihatan ku menjadi huru-hara serta turun naiknya seperti suhu musim tengkujuh yang sedang melanda…namun, Alhamdulillah…(^_^)
Melihat kepada tajuk catatan ku ini, mesti sahabat-sahabat semua tertanya-tanyakan…ana ingin membantu sahabat ana yang prihatin terhadap saudara-saudara seislamnya.
Begini kisahnya, sahabat ana nie membeli beberapa biji burger untuk santapannya, tapi melihatkan penjual tersebut yang tidak membasuh telur tika membuat burger, hajat perutnya yang merayu-rayu untuk disuapkan terus diam. Tidak dimakan burger tersebut kerna takut bercampur dengan najis. Jadi, dengan prihatinnya sahabat ana nie. Dia buat poster nie walaupun sibuk menguruskan program ke Borneo Utara baru-baru nie. Alhamdulillah

Mungkin ada yang menyatakan ini masalah kecil, tapi fikirkanlah…adakah kita sanggup untuk memakannya?
Jadi, bagi mereka yang juga prihatin dan ingin menyebarkan poster ini kepada penjual burger, roti canai dan sebagainya…ambillah…sahabat ana izinkan…moga usaha murni ini mendapat ganjaran disisiNYA…amen… 

Tapi, kena juga ingat…mestilah berlembut dan berhikmah dengan pekedai tersebut ye…wassalam….(“,)



blog comments powered by Disqus