Ahad, 20 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi nikmat Iman & Islam kepada diri ini. Selawat & salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda, juga kepada para sahabat & anbiya’ yang sentiasa diingati.
Masih belum terlambat kiranya, ana mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431H kepada seluruh umat Islam di dunia ini dengan kedatangannya 1 Muharam. Diharap, sahabat-sahabat tidak lupa untuk membaca doa akhir & awal tahun. Ini juga bermakna bahawa umur kita makin berkurang dan dunia semakin uzur ditelan zaman, kitab lama sudah ditukar kepada kitab baru menandakan sudah masuk tahun baru dalam kalender Islam.
Moga-moga azam lepas yang tidak tertunai akan terlaksana pada tahun baru ini, insyaAllah…
Ana juga ingin mohon maaf kerna tidak berkesempatan untuk mengupdate blog, 4 hari yang lepas ana ke Sungai Petani, kedah untuk menghadiri Kem Remaja Harapan sebagai fasilitator dan menjadi sebahagian daripada keluarga Sahsiah Management. insyaAllah, pengalaman sepanjang pengembaraan itu akan ana kongsikan pada artikel yang akan datang..
Apa pun, ana doakan moga Iman kita semakin mantap & bertambah dari sehari ke sehari. Sentiasa mengingati kematian yang akan mengunjungi kita bila-bila masa sahaja. Carilah bekalan di dunia ini seolah-olah kita akan mati pada esok hari…amen..
UNTUK RENUNGAN BERSAMA…
kita sebenarnya lebih gemar menyambut 1 JANUARI daripada 1 MUHARAM,
kita  sebenarnya lebih tahu apa itu 14 FEBRUARI daripada 12 RABIULAWAL,
kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar LAGU daripada AZAN,
kita sebenarnya lebih tahu ARTIS PUJAAN daripada NABI2 kita
kita lebih suka memuji MANUSIA daripada TUHAN
kita sebenarnya lebih cintakan DUNIA daripada AKHIRAT…
Tetapi bila org tanya arah tujuan kita,
kita akan jawab kita sebenarnya lebih suka menuju SYURGA daripada NERAKA…
layakkah kita dengan SYURGA milik ALLAH S.W.T…??


“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNYA, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijranya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.”

 (Surah An-Nisa, ayat 100)



JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI



blog comments powered by Disqus