“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi masih diberi peluang menghirup udara petang yang seakan-akan menyapa ku dengan penuh kelembutan. Selawat dan salam kepada idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. serta kaum kerabat baginda. Juga tidak lupa kepada para sahabat & para anbiya’ yang amat ku hormati..
Malam ini, ana akan kembali semula ke Utara Malaysia bagi meneruskan pengajian di kampus serta amanah dan kepercayaan yang telah sahabat-sahabat berikan. Ana baru sampai ke kampung halaman sebelum subuh pagi semalam selepas berada di Utara Malaysia menguruskan Minggu Suai Kenal seperti yang dikhabarkan pada catatan yang lepas. Dan malam ini ana akan kembali semula ke sana..
Walau apa pun, ana ingin kongsikan “tarbiyah” yang telah Allah s.w.t. berikan kepada ana sepanjang pengembaraan ana ke Utara Malaysia..moga sama-sama peroleh manfaatnya..
XXXXXXXXXX
Dalam keadaan badan yang tidak cukup rehat dan kepenatan yang teramat sangat, ana meneruskan juga niat untuk ke kampus UUM bagi mewakili Pusat Islam dalam memberi pengisian kerohanian kepada pelajar kemasukan baru Minggu Suai kenal kali ini. Disebabkan tidak cukup masa kerna baru balik dari program lain, ana tergesa-gesa berkemas untuk bertolak pada malamnya.
Abah pun memberi “khutbahnya” seperti selalu supaya cepat bersiap kerna takut terlepas bas. Ana pun berdoa dalam hati,“Ya Allah, jika engkau izinkan hambaMU ini meneruskan jihad untuk menyampaikan agamaMU maka permudahkanlah segala urusan ku ini tetapi sekiranya engkau tidak mengizinkan hambaMU ini meneruskan niatnya, maka tunjukkanlah Ya Allah…segalanya aku berserah kepadaMU Ya Allah..”
Alhamdulillah, ana sampai tepat pada masanya. 5 minit lepas ana naik, bas tersebut terus melunjur laju ke destinasi yang dituju. Ana lega kerna ana telah berusaha dan selebihnya DIA yang tentukan. Selepas membaca doa menaiki kenderaan dan niat untuk bermusafir, ana terus dibuai mimpi kerna terlalu mengantuk dan keletihan.
Last sekali ana terjaga sewaktu bas berhenti di Gerik dan sekali lagi “tarbiyah” dari Allah s.w.t. datang bertamu…
Ana sepatutnya turun ke Alor Star, tetapi disebabkan terlalu mengantuk dan keletihan…ana tidak sedar yang ana sudah terlepas destinasi yang patut ana turun, ana sedar bilamana ada seorang perempuan kejutkan ana supaya turun kerna semua orang sudah tiada dalam bas dan itu adalah destinasi yang terakhir iaitu di Kangar. Ana nak ke Kedah tetapi terlepas ke Perlis.
Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan ana ketika itu…
Ana seolah-olah bermimpi, bagaikan tidak percaya boleh terlepas destinasi yang dituju kerna inilah kejadian yang pertama kali berlaku dalam hidup ana. Akal juga bagaikan baru tersedar dari mimpi dan masih tidak mampu berfikir dengan rasional.
Alhamdulillah, driver bas dan rakannnya sudi membantu selepas ana memberitahu apa yang sedang ana alami. Mereka berbincang sesame mereka dan akhirnya mereka memutuskan untuk menghantar ana ke Kuala Perlis kerna ada bas double decker yang akan lalu disitu dan menuju ke Alor Star.
Setelah sampai di Kuala Perlis, ada seorang pak cik yang bertanya apa yang sedang berlaku. Ana pula jadi serba salah dibuatnya kerna dua-dua sudi membantu dan dua-duanya punya “hikmah” tersendiri.
1: ana akan tumpang bas double decker dan akan patah balik ke Alor Star TETAPI, ana tidak tahu keadaan yang seterusnya akan berlaku di hadapan..sempatkah ana solat subuh? Pukul berapa pula ana akan sampai ke uum?
2: ana akan naik teksi pak cik tu TETAPI perlu bayar tambang RM50 dan akan terus sampai ke uum serta sempat untuk lihat pengisian yang fasilitator Pusat Islam berikan.
Akhirnya, ana buat keputusan untuk naik teksi pak cik tu walaupun tambangnya agak mahal…hati ana jadi serba salah kerna tidak dapat ikut rancangan mereka yang asal. Namun, hati ini berdoa untuk pihak mereka tika berada dalam “perut” teksi tersebut.
“Ya Allah, mereka ikhlas membantu pejuang agamaMU tanpa meminta sedikit pun balasan. Aku mohon pertolongan dariMU Ya Allah, makbulkanlah doa yang mereka pinta dariMU dan cukupkanlah segala keperluan mereka Ya Allah..” sambil mataku bergenang dengan manik-manik jernih. Ku benar-benar berharap agar Allah membalas kebaikan yang telah mereka lakukan.
Setibanya di UUM, ana hulurkan duit RM50 kepada pakcik tersebut sambil hatiku berniat sedekah kepadanya juga berdoa moga rezeki halal yang dicarinya akan bertambah dengan keberkatan dariNYA.
Setelah Minggu Suai Kenal hampir menutup tirainya, ana bertolak pulang ke kampung halaman kerna terasa tidak sedap hati sekiranya tidak balik semula berjumpa dengan keluarga tercinta juga memandangkan masih ada barang yang tertinggal. Ana mengambil peluang ini untuk merasai “kemanisan” kasih family kerna ana tahu, ana akan kembali sibuk dengan amanah sebagai pelajar juga sebagai pejuang agamaNYA..
Doakan ana selamat sampai ke kampus ye, juga tidak terlepas bas buat kali ke-2 ye..(^_^)..insyaAllah…
XXXXXXXXXXXXX
Seorang insan kerdil berjiwa da’ie
Tetap memulakan langkah biarpun sudah diuji pada permulaannya
Masih tetap bersangka baik padaNYA
Dan percaya itu adalah hikmah serta tarbiyah dariNYA
Tetap bergantung harapan dan tawakal padaNYA
Walaupun terasa dirinya tidak mampu pada mulanya…
Namun, Demi pemilik jiwanya….
Demi Islam tercinta…
Demi akidah saudaranya…
Dia tetap bangkit dan mengorak langkah menuju seruan jihad…
Ini kerana insan kerdil berjiwa da’ie itu yakin dan percaya,
Itulah…..
Tarbiyah dari Allah s.w.t. buat dirinya…
Wassalam…