Selasa, 29 Disember 2009

PERSAHABATAN BERSULAMKAN KEIMANAN


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi, masih diberi peluang lagi dalam mengembara di Bumi Allah sw.t. ini.. Selawat dan salam kepada insan yang teramat ku cintai, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga kepada para sahabat & para anbiya’ yang amat ku kagumi…
Hari nie merupakan hari kedua kuliah, mungkin juga minggu yang agak “free” bagi mereka yang tidak menghadapi masalah dengan jadual kuliah tetapi bagi mereka yang masih “berjuang” untuk mendapatkan kelas yang masih berbaki, mungkin ini minggu yang agak sibuk bagi mereka. Apa pun ana doakan, moga sahabat-sahabat memperolehi apa yang diinginkan…amen..
Kerinduan kepada sahabat-sahabat sekuliah, sekelas, satu kos juga seperjuangan akhirnya terubat jua bilamana terserempak dengan mereka. Lantas kaki ini mendekati mereka sambil bersalam dan berpelukan serta bertanya khabar masing-masing. Sudah lama tidak bersua, masing-masing berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang cuti semester yang sudah menutup tirainya.
Walau apa pun, kerinduan hati ini kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang lepas tetap terasa dan keadaannya sudah tidak sama seperti sebelumnya. Namun, yang patah akan berganti, yang pergi akan ada penggantinya. Inilah rasanya bilamana sesuatu ukhuwah itu terbina berasaskan keimanan kepada Allah s.w.t.
“sahabat yang beriman..
Ibarat mentari yang menyinar..
Sahabat yang setia..
Bagai pewangi yang mengharumkan..
Sahabat sejati..
Menjadi pendorong impian..
Sahabat yang berhati mulia..
Membawa kita ke jalan Allah..”
(Saidina Ali bin Abi Talib)
Itulah hebatnya sebuah persahabatan sekiranya disulami dengan keimanan. “cubit paha kanan, paha kiri juga terasa sakit”, ibarat begitulah sekiranya sebuah persahabatan itu ikhlas kerana Allah s.w.t. sehinggakan ada dikalangan sahabat-sahabat yang menyatakan:
“jika ana masuk syurga, ana ingin bawak ukhty bersama-sama dengan ana”
“jika ukhty masuk neraka, ana akan terjun ke dalam neraka untuk menarik ukhty keluar dari neraka”
Ini bermakna, jika sahabat kita nampak sudah semakin lagha dan lalai dari jalan kebenaran..maka, kitalah yang kena mendekatinya dan juga membawanya kembali kepada Allah s.w.t..dan
Jika sahabat kita nampak kurang dari segi amalan ibadatnya, maka kita kenalah mengajaknya supaya melakukannya bersama-sama dengan kita.
Inilah erti sebuah persahabatan yang sebenar, bukan hanya pentingkan diri kita sendiri bak kata sesetengah orang “kubur lain-lain”. Tidak diambil peduli sekiranya sahabat kita itu makin jauh dariNYA.
Carilah sahabat, yang bilamana memandang wajahnya, teringat kita akan Allah s.w.t. apabila mendengar perbualannya, iman kita akan bertambah. Apabila mendampinginya, hati akan menjadi tenang…itulah diantaranya terdapat tanda seorang sahabat yang sejati.
Ana teringat kata-kata seorang akak senior,“kalu boleh, akak tak nak hubungan kita renggang atau putus hanya sebab kita berjauhan. Akak sayang ukhuwah nie, tak sanggup rasanya memutuskan ikatan yang sudah terjalin. Bukan mudah nak dapat sahabat yang sanggup bersama dengan kita dalam susah dan senang, selalu mengingatkan saat iman kita dalam keadaan berkurang…”
Benar, ana juga tidak sanggup untuk memutuskan persahabatan nie kerna kami saling mencintai hanya kerana Allah, saling menyayangi hanya kerana Allah, saling membahagiakan hanya kerana Allah, kerana Allah lah yang dapat menyulamkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.
Semuanya indah jika keranaNYA…
Wassalam…

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(^_^)

blog comments powered by Disqus