Isnin, 21 November 2011

'Fatwa Hati'


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Segala puji hanya buat Mu, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat kekasih hati yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan untuk bertinta lagi, moga diri ini terus istiqomah dalam menulis. Akhirnya, hari itu tiba juga…(^^,).

Sebenarnya, sudah ramai yang meminta untuk ana mengulas tentang pemakaian niqob. Persoalan demi persoalan diajukan kepada ana tentangnya hingga kadang-kala diri ini tersenyum sendiri sambil berkata kepada roommate.

“kalaulah saya tidak belajar dan kaji tentang niqob dengan lebih mendalam, pasti saya tidak akan dapat jawab persoalan-persoalan yang mereka ajukan…”

Ada yang bertanya secara berdepan dengan ana, ada yang bertanya dalam mesej dan tidak kurang juga ada yang bertanya melalui pesanan dalam facebook. Dan kadang-kala persoalan yang diajukan itu tidak pernah orang lain tanya. Pernah juga ana katakan untuk tulis tentangnya, cuma tidak tahu bila hari itu tiba…=)

Tetapi semalam, ada yang memberi mesej dalam pesanan facebook untuk bertanya tentang pendapat ana berkaitan masalah yang dihadapinya. Dan ana rasa sudah tiba masanya untuk ana mengulas tentangnya.

Assalamualaikum w.b.t.(^^,)

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat ana utuskan warkah ini buat ukhtie Bidadari Besi...asif jiddan jika warkah ini mnganggu ukhtie..sebenarnya tujuan ana menulis mesej ini hanyalah untuk mengeratkan lagi ukhwah antara kita..

Insyallah, sesungguhnya ana tertarik untuk mesej kepada ukhtie kerana pada pandangan ana ukhtie adalah antara srikandi islam yang mengenakan niqab pada wajah ukhtie. Senang bicara, ana terus terang sahaja ya, sebenarnya ana berniat untuk memakai niqab dengan istiqamah (walaupun sudah berniqab tetapi ana masih tidak kuat & tidak istiqamah). 

Dalam hati yang kudus ini masih tersingkap perasaan ragu-ragu terhadap pemakaian yang mulia ini. Sejujurnya ana tidak kuat kerana ana masih belajar di sebuah IPT dan di sini dilarang pemakaian niqab ini .Namun ada seorang sahabat ana yang tetap memakai niqab walaupun bermacam tindakan yang dikenakan keatasnya oleh pihak IPT. Sememangnya dia seorang yang tabah. 

Sekarang ana sedang cuti semester, Insyallah bulan 12 nie akan masuk sem 2 pula. Sebenarnya sepanjang cuti nie ana ada buat research tentang kewajipan pemakaian purdah & ternyata pemakaian ini wajib buat wanita yang merasai wajib ke atas dirinya dan hakikatnya ana tidak boleh menipu diri sndiri, ana merasakan wajib juga atas ana dan ana sudah mendapat jawapannya iaitu ana tetap memilih memakai niqab. 

Namun yang menjadi kesulitan ana sekarang adalah mahu memakainya secara istiqamah atau hanya di luar IPT sahaja..apa pandangan ukhtie? semoga melalui ukhtie, Allah memberikan jawapannya..amin

Sebelum ana menjawab persoalan nie, ingin ana nyatakan sesuatu. Ini adalah pendapat ana, Ukhty Asma’ Binti Suardi yang berdasarkan kajian melalui pembacaan dan penulisan para ulama’ berkaitan hukum, pertanyaan dengan para ustaz dan ustazah, pengalaman sahabat-sahabat yang berniqob dan tidak serta pengalaman ana sendiri.

Jadi, jika ada persilihan pendapat atau tidak setuju. Itu adalah diri ana sendiri dan tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak kerna tulisan ini adalah untuk mendapat solusi dan bukan cari salah siapa. Ia juga berdasarkan ‘fatwa hati’ ana sendiri. Moga hati ini tulus berbicara dan dipandu dengan iman serta amanah dengan ilmu yang ada..ameen.

Baiklah, sejujurnya ana bagitahu. Ana sudah mula berniqob sejak 2 tahun lebih yang lalu iaitu ketika berada di semester dua. Keinginan hati begitu membuak-buak setelah melihat ada seorang kakak senior yang berniqob dalam kampus. Dan ana pergi kepadanya dan menyatakan hasrat untuk turut berniqob.

Alhamdulillah niat ana itu disambut baik olehnya dan dia sendiri mengajar ana bagaimana untuk menjahit niqob. Dia juga menceritakan cabaran yang terpaksa dihadapi sebaik sahaja berniqob juga menyatakan kenapa dia berniqob. Ketika itu, ana hanya kaji sedikit sahaja berkaitan niqob dan tidak tahu banyak.

Sebaik sahaja ana balik cuti semester dalam keadaan berniqob. Umie dan abah ana tidak membenarkan ana berniqob serta meminta ana cabut kembali kain yang menutupi wajah nie. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa luluhnya hati ini apabila diminta berbuat demikian. Namun apakan daya, redha Allah ada pada redha ibubapa.

Ana tidak berputus asa setakat itu. Ana bersabar dan terus bersabar serta memohon moga-moga Allah s.w.t. bukakan hati umie dan abah untuk terima anaknya ini berniqob. Tidak kurang juga hubungan antara kami sedikit renggang ketika itu, moga Allah ampunkan khilaf ana saat itu.

Dalam tempoh itu, kata-kata umie dan abah ana tidak membenarkan anaknya ini berniqob ada kebenarannya dan ana bersyukur sangat-sangat dengan takdir itu kerna hikmahnya begitu banyak sekali. 

Bermula saat itu ana cuba tarbiyah hati ini sebaiknya, perbaiki akhlak dan ibadah dengan Allah s.w.t., kaji dengan lebih mendalam berkaitan niqob dan isu-isu semasa berkaitan dengannya. Tidak kurang juga menambahkan skill yang ada. 

Dalam tempoh umie dan abah ana tidak benarkan berniqob, ana pakai ketika berada di luar kampus dan jika berjalan sendirian sahaja kerna syarat itu sahaja yang dibenarkan oleh parents ana. Jujur bagitahu, tidak mudah ketika itu untuk bersangka baik walapun dengan parents ana sendiri.

Tapi itulah didikan yang Allah s.w.t. berikan kepada ana iaitu melalui parents ana supaya hati ini benar-benar yakin dan utuh serta kuat untuk hadapi cabaran apabila mengenakan kain di muka.

Sebelum ana nekad untuk istiqomah berniqob dalam kampus, ana sudah mengkaji terlebih dahulu peraturan dan persekitaran kampus ana. Dan sememangnya ana mengetui tidak boleh berniqob dalam kampus kerna kakak senior yang mengajar ana jahit niqob dipanggil oleh pihak atasan dan disoal siasat seperti ‘penjenayah’. 

Diberi amaran, dipulau oleh sahabatnya dan tidak kurang juga dalam pemerhatian pihak keselamatan. Namun, kerna dia menyatakan dia wajib pakai kerna wajahnya membuatkan lelaki yang melihatnya tertarik dengannya. Dia hadapi semua itu dengan senyuman hinggalah dia tamat belajar disini. Alhamdulillah..

Dan sebaik sahaja ana berniqob semester ini dalam kampus, sudah beberapa kali ana ‘diugut’ dan diberi amaran supaya tanggalkan niqob. Tapi ana tidak akan berbuat demikian selagi tidak ada amaran bertulis dan ana akan jelaskan sendiri kepada pihak atasan sekiranya dipanggil untuk jelaskan kenapa ana berniqob.

Ketika ana tidak istiqomah berniqob, ada sahabat yang tahu ana berniqob hanya ketika diluar kampus bagitahu, “ukhty…ana tahu ukhty kuat. Jadi, pakailah dalam kampus..ana tahu ukhty boleh hadapi semua tu…”

dan ana jawab kata-katanya sambil tersenyum, “ada yang lebih aula untuk diutamakan, sekiranya ana pakai sekarang, ia akan mengundang mudarat yang besar dalam gerakan da’wah di kampus dengan fitnah yang ada…”.

Benar, ada sesuatu yang cukup besar menghalang ana dari berniqob dalam kampus disamping parents yang tidak membenarkan. Ketika itu saat begitu genting hingga beberapa sahabat dalam gerak kerja da’wah dalam pemerhatian pihak keselamatan dan nama ana juga pernah disenarai ‘merah’ atas sebab tertentu. Jadi, ana membuat ‘fatwa hati’ ketika itu untuk pakai di luar kampus sahaja. 

Dan alhamdulillah, saat untuk ana istiqomah akhirnya tiba juga setelah hampir 2 tahun lebih ana bersabar. Ada juga yang ‘mengata’ dibelakang, “orang dah tahu pun muka kau tu macam mana, pakai niqob buat apa?”.

dan ini jawapan ana, “habis tu, kalau ada lelaki ajnabi yang nampak rambut awak macam mana, awak tak perlu lagi pakai tudung la ye sebab dia dah tahu rambut awak macam mana kan…(^^,)?” Pastinya kewajipan tutup aurat itu tetap wajib keatasnya walaupun lelaki ajnabi sudah lihat rambutnya macam mana. 

Apabila ana dengar ada muslimat yang berniqob dalam kampus, pasti ana akan selidik dalam diam dan tidak kurang juga ada yang ana panggil untuk bertanya dari hati ke hati.
“kenapa adik berniqob?”

“sebab saya teringin sangat nak berniqob kak dan saya dah niat. kalau saya pakai, saya takkan tanggal dah…”

Ana hanya senyum dengan kata-katanya,“keinginan hati itu perlu dipandu dengan iman dan ilmu. awak tahu apa yang akan awak hadapi apabila berniqob dalam kampus?”

“tahu kak, tadi ada yang orang kat pejabat dah tegur yang tak boleh pakai dalam kampus…”

“benar apa yang dia katakan dan akak pun sudah beberapa kali diberi amaran untuk tanggalkan niqob. Dahulu, ada seorang akak yang juga pencetus pemakaian niqob dalam kampus kita. Dia dipanggil oleh pihak atasan dan soal siasat seolah-olah telah melakukan kesalahan berat. Namanya juga tersenarai dalam unit keselamatan dan gerak gerinya dipantau. dan awak mahu jadi seperti itu?”

Dia hanya memandang ana tanpa berkata apa-apa.

“akak bukan nak takutkan awak, tapi itulah yang kita akan hadapi sekiranya pakai niqob dalam kampus. Dan mesti awak dah tahu yang ada seorang pelajar dibuang universiti kerna tidak mahu pakai tie…”

“saya tahu kak…sekarang nie pun tengah fikir samaada nak teruskan berniqob atau pakai diluar kampus sahaja. Risau jugak kalau kena buang universiti, nanti apa pula kata mak dengan ayah saya…”

ana hanya tersenyum, “menolak mudarat itu lebih besar dari mengambil manfaat. kalau dah sampai kena buang universiti, bukankah patut kita dahulukan yang wajib berbanding sunnah…? 

“betul tu kak…saya pun tahu hukum tu. kalau kita anggap niqob nie sunnah, kita boleh pakai dan tanggal ikut keadaan. Tapi kalau kita anggap niqob nie wajib, maka kita tak boleh tanggal dah. Kena tetap pakai walau macam mana pun…”

“benar apa yang dikatakan tu. Ada yang berkata akak wajib berniqob kerna wajah akak mengundang mudarat pada kaum muslimin dan akak akui kata-katanya kerna ada seorang muslimin dalam gerakan da’wah berundur dari dunia da’wah kerna tidak sanggup untuk tengok muka akak. Tapi akak takkan pakai sebab rasa diri cantik, tapi akak nak pakai kerna Allah. Akak juga ada masalah kesihatan dan begitu alah dengan habuk dan asap-asap kenderaan, tapi akak takkan pakai kerna masalah kesihatan sebab akak nak pakai kerna Allah. Jika kamu pakai atas sebab tertentu dan tidak benar-benar niat kerna Allah, akak yakin kamu tidak akan istiqomah dan kamu akan tanggal dengan sendirinya suatu masa nanti. Niat itu juga kena diperbetulkan setiap masa….”

Ana sambung lagi, “akak bagitahu awak semua nie sebab awak lama lagi belajar kat kampus nie sedangkan akak plak dah semester akhir dan akan tamat belajar beberapa bulan sahaja lagi jika Dia izinkan. Kebanyakan yang berniqob adalah dari semester akhir sebab dia dah masak dengan perangai pihak atasan. Dan kadang-kadang akak pun ‘ponteng’ program lagha yang dianjurkan oleh pihak universiti walaupun dorang kata wajib. Bagilah amaran apa pun, akak dah tak kisah sebab dah nak habis pun tak lama lagi. Keadaan kita tak sama dik, awak kena tengok kesan yang bakal awak terima bila berniqob. Sekiranya akak boleh bersabar dalam tempoh dua tahun lebih, mesti awak juga boleh”.

Itu keadaan dalam kampus. Ada juga yang pernah bertanya, bagaimana pula kalau tak dibenarkan pakai ketika kerja? konsepnya tetap sama, buka ketika dalam waktu kerja dan sebaik balik dari kerja, pakai semula. 

Ada juga yang bertanya, kenapa orang Malaysia pakai niqob yang separuh dan warna warni ye? kenapa tak pakai hitam semua macam orang Arab pakai. Ana pernah bincang isu ini dengan mereka yang ahli. Dan mereka berkata, “uruf juga boleh dijadikan sumber hukum. Jadi, oleh kerana masyarakat Malaysia sememangnya memakai pakaian yang bermacam warna, maka tidak ada salahnya jika seseorang yang berniqob itu memakai pakaian yang berwarna selagimana tidak terlalu menyerlah pada pandangan umum”

ada juga sahabat ana yang memberi nasihat, “kalau pakai niqob, janganlah pakai yang berwarna gelap-gelap sebab masyarakat kita belum biasa dengan mereka yang berpurdah. Bimbang sekiranya ada yang tidak berani dekat dengan kita nanti.”.  Dan ada juga berpendapat sebaliknya.

Bagi ana, terpulang pada ‘fatwa hati’ masing-masing kerna orang lain tidak boleh memaksa orang lain untuk mengikuti kehendaknya selagimana apa dilakukan oleh orang tersebut tidak melanggar batas-batas syara’. Mungkin juga ada yang bertanya, apa itu ‘fatwa hati’? 

Ini jawapan yang diberikan oleh Ustazah Fatimah Syarha, “Minta fatwa hati...tidak boleh merubah yang wajib jadi tak wajib, yang haram jadi tak haram...apa yang ana faham, minta fatwa hati merujuk kepada perkara yang asal hukumnya harus namun hukum itu boleh berubah mengikut niat masing-masing... maka, jika kita lakukan perkara harus itu memberi ketenangan hati, itu tanda-tanda ia suatu kebaikan. jika kita lakukan perkara harus itu meresahkan jiwa, itu tanda-tanda ia lari dari niat asalnya. Bentangkan depan Allah, kalau kita yakin kita mampu jawab depan Allah, yakinlah dan teruskan…”

Jika ada yang berkata,”berniqob akan menghalang seorang muslimat dari bergerak aktif dalam dunia da’wah dan mungkin membuatkan mad’u lari darinya…”

Jika ada yang berkata sedemikian, ana akan katakan itu bergantung pada kreativiti dan skill seseorang individu kerna ana sendiri turun lapangan ketika membuat operasi bersama urusetia menangani gejala sosial dalam keadaan berniqob. Dalam kampus juga begitu, tetap aktif menghandle program-program yang ada. Malah lebih aktif lagi, alhamdulillah…

Ketika menghandle 1 slot yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)



Moga dengan segala coretan yang panjang lebar ini menjawab persoalan yang diajukan. Jadi, buat ukhty yang bertanya..mintalah ‘fatwa hati’ disamping ‘bertanya’ sendiri kepada Allah s.w.t. melalui istikhoroh. Fikirlah semasaknya, insyaAllah ada jalan untuk semua itu. Moga Allah permudahkan segalanya…(^^,)

Akhir kalam, buat para niqobis. Kalian sudah memilih untuk berniqob dan pastinya masyarakat memandang tinggi terhadap mu. Hanya melalui pakaian mu itu, Islam dapat disebarkan dan dipandang indah. Dan dengan melalui pakaian mu itu juga, Islam boleh terfitnah…wallahua’lam..

.:: Jaga Diri, Jaga Hati, Jaga Iman::.

Pautan yang berkaitan.
2.      Haram purdah..?
blog comments powered by Disqus