“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Subhanallah…alhamdulillah…allahuakbar… puji-pujian hanya layak buat Mu, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan untuk hamba ini untuk terus mencoret sesuatu dalam diari maya nie. Moga ianya sentiasa memberi manfaat buat yang membacanya. Terima kasih kepada yang sudi melanjutkan ukhuwah antara kita dengan ta’ruf di facebook…(^^,)
Bagi yang dah add tapi ana belum approve, mohon untuk bagitahu dalam pesanan ye sebab ruang untuk friend list dalam facebook tinggal sikit je lagi. Jadi ana approve bagi yang kenal sahaja.
Nak cerita ke tak nak? Cerita jelah yek…:p actually…dua hari lepas kepala rasa pening sangat. Tak pernah lagi rasa macam tu, sebab peningnya terasa dari pagi sampai malam. Dah mula risau sebab tak rasa sakit, just pening je. Mesej sahabat yang arif bab ‘medik’ nie untuk tanya apa sebabnya dan minta solusi.
Tapi hari nie tergelak sendiri…hehe… rupanya-rupanya diri sendiri demam…:p Mungkin sebab dah selalu macam tu, jadi tak perasan. Asyik main hujan je sebelum nie masa pergi ambil hero-hero kat sekolah. Diaorang tak demam, tapi kak ngah dia yang demam…ish3..:p
Umie dah mula suruh makan macam-macam ubat, tapi diri sendiri yang ‘liat’ dan agak alergik bila dengar perkataan ubat..hehe… Yelah, bak kata sahabat ana. “orang tu…bila sakit, mesti teruk. Kalu tak teruk, sakit-sakit tu pun dia boleh ke hulu ke hilir lagi…huhu”.
Cuma sedikit risau sebab tempahan untuk tudung labuh dan niqob masih belum siap. Assigment yang masih ada nie baru separuh sempat dibuat. Cuti dah tinggal satu minggu je lagi. Tapi sudah ‘dipaksa’ untuk rehat..huhu.. Redha ke tak dengan situasi nie?
“it’s your choice”
Tarik nafas….dan katakan pada diri, “Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kita, pasti ada hikmah…”. Jadi…senyumlah pada ujian…(^^,)
Mungkin suatu masa nanti,
badan ini sudah tidak mampu berdiri teguh,
tapi ku masih punya minda dan semangat,
berbakti selagi mampu untuk ummah
[tarik bantal, menyandar dibahu katil…dan menulis…(^^,)]
XXXXXXXXXXXXXXX
Tadi, disapa oleh adik junior. Dia hantar mesej dekat ana, bagitahu mimpi jumpa seorang perempuan berniqob dan rasa dekat je hati. Rupanya Allah sudah aturkan suatu ‘perasa’ untuk ana lengkapkan artikel nie dan berkongsi dengan pembaca sekalian. Alhamdulillah…syukran dik atas keizinan untuk berkongsi kisah kamu dengan orang lain…(^^,)
Dia memulakan cerita tentang apa yang sedang dilaluinya kini, ana yang baca segala apa yang tertulis dalam mesej pun terasa peritnya apa yang sedang dilaluinya sekarang.
‘pura-pura tabah, insyaAllah lama-lama kuat…”
Katanya, “memang pada mulanya nak pergi jadi tenaga pengajar kat sana. Hajatnya nak pergi dengan motor je, tapi bila pergi ke bengkel untuk tukar minyak hitam dan rupanya lubang tu kena gam. Jadi, balik semula ke kampus untuk pergi dengan bas. Tergerak hati untuk lalu jalan belakang. Tetiba ada masalah masa tu dan saya jatuh kat longkang dan terpelanting ke zink yang jadi pagar untuk binaan sampai tercabut salah satu zink tu.”
“Bila X-ray, kaki patah. Lepas tu kena masukkan 2 besi, satu untuk dalam tulang dan satu lagi untuk sokongan tulang. Jadi sekarang nie, hari-hari saya kena cuci luka tu. Memang pedih dan selalu berteriak masa cuci tu.”
Bila ana tanya, “nie redha ke tak dengan apa berlaku?”.
Dan dia menjawab, “Yup, redha je sebab ada sesuatu yang amat sukar saya ceritakan yang membawa makna besar kat saya. Terasa seperti semua perjalanan nie sudah ditentukan oleh Allah s.w.t.”
“Malam sebelum tu, hati terasa berat sangat nak pergi. Seolah-olah macam nak tinggalkan semua nie. Lepas tu telefon kawan baik dan berbual dengan dia, mesej senior dan lain untuk minta doa supaya dipermudahkan segala urusan. Pagi tu sebelum kejadian, telefon mama dan cakap-cakap dengan mama. Bagitahu rindu kat mama, terasa kejauhan sebab rancang tak balik raya.”
“beberapa minggu pergi melawat kawan kemalangan dan tertanya kat diri sendiri, macam mana keadaan aku kalau kemalangan. Mula-mula tu memang rasa nak marah, tapi lepas tu timbul keredhaan dihati….”
Alhamdulillah…itulah sedikit sebanyak cerita yang boleh ana kongsikan. Cerita dia dalam mesej lebih kurang macam tu la, ana edit sikit-sikit je untuk memudahkan para pembaca faham.
Jujur ana katakan, adik junior ana nie punya kelebihan dan kebolehan yang tidak ada pada semua orang. Dalam usia yang masih muda, diberi kepercayaan dan amanah yang besar oleh orang yang berpengaruh. Dilantik sebagai President dalam sebuah kelab dikampus dan macam-macam lagi.
Sekiranya ana ada program, mesti ana jemput dia sebab kebolehan yang dia ada memang amat-amat diperlukan walaupun kerjanya cuma dibelakang tabir. Dan apabila berinteraksi dengannya, mesti ada yang tak percaya usianya begitu muda.
Jadi, ana dapat simpulkan disini. Sehebat mana pun seorang tu, dia tetap akan melalui fasa-fasa seperti ini iaitu merasa ‘jatuh’ dan lemah dihadapan Allah s.w.t. Walaupun dia mampu pergi jauh, tapi dia tetap tidak boleh jauhkan takdir dan ketentuan yang Allah s.w.t. sudah sediakan buatnya.
Ana katakan padanya, “anggaplah kesakitan dan kepedihan yang kamu lalui semasa cuci luka tu untuk ‘mencuci’ dosa-dosa kamu yang lalu. Kerna adalah lebih baik dosa itu ‘dicuci’ di dunia berbanding ‘dicuci’ di akhirat. Kerna kita semua tahu, diakhirat…Allah yang akan mengadili semua itu. Allah s.w.t. sudah bagi peluang untuk kamu, pilihlah samaada kamu mahu mengeluh atau redha dengan semua ini…”
“it’s your choice”
“akak tahu, dengan kebolehan dan kelebihan yang awak miliki nie, awak mampu pergi jauh lagi. Anggaplah juga semua yang berlaku ini sebagai ‘didikan’ dari Allah s.w.t. supaya hati kamu itu terus kuat untuk hadapi dugaan lain. Kerna sekiranya orang lain yang ‘didik’ kamu seperti ini, pasti kamu akan marah. Tapi ujian ini terus dari Allah s.w.t…”. sambung ana lagi.
Daripada cerita yang dia bagitahu dalam mesej, dia kemalangan seorang diri. Dia sendiri yang nak ikut jalan belakang kampus. Hatinya sendiri terasa berat untuk pergi jadi tenaga pengajar. Dan siapa yang gerakkan semua itu? Siapa lagi kalau bukan Allah s.w.t…
Dan percayalah…tiada satu musibah pun yang menimpa seseorang melainkan untuk menghapuskan dosa-dosanya dan diberikan pahala sekiranya dia redha dan bersabar dengan segala takdir yang telah tertulis buatnya.
“dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpakan musibah mereka akan mengucapkan “innalillahi wainna illahi raajiuun” (maksudnya, sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali). Mereka yang akan mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk”
(al-baqarah, ayat 155-157)
“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon menggugurkan daunnya..”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sewaktu Rasulullah s.a.w menjenguk Salman Al-Farisi yang sakit, Baginda s.a.w. bersabda “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah s.w.t., doamu dikabulkanNya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu…”
Cuma satu sahaja yang ana mahu pesan, ‘pesakit’ yang menceritakan masalah itu kepada mu, tidak bermakna mereka mengeluh atau tidak redha dengan apa yang berlaku. Tidak juga bermaksud mahu simpati dari kamu.
Cuma mereka mahu kamu menjadi tempat mereka mengadu dan meluahkan apa yang mereka rasa. Jika kita berada di tempat mereka iaitu menjadi ‘pesakit’, kita juga akan mengadu tentang apa yang kita rasa. betul tak?
Maka, tadahlah tangan dan berdoalah kepada Allah s.w.t.,
“Ya Allah, ampunilah aku atas sikapku yang suka mengeluh setiap kali berhadapan dengan musibah. Aku adalah insan yang sangat lemah, maka berilah aku kekuatan untuk menghadapi kesedihan ini. Sesungguhnya Engkau Maha Kuat dan Pengasih kepada hamba-hamba Mu”
“Ya Allah, jauhkanlah aku daripada perasaan keliru, jauhkanlah aku daripada perasaan tidak tahu, dan jauhkanlah aku daripada kebodohan. Berilah ketenangan dalam jiwa dan fikiranku supaya aku menerima dugaan daripadaMu dengan lapang dada…” ameen…
Jadi, buat para pembaca sekalian. Ana juga mohon doa daripada kalian supaya adik junior ana nie yang juga salah seorang daripada sahabat seperjuangan ana dikampus cepat sembuh dan dikuatkan hati untuk menghadapi semua ini.
Redha atau mengeluh dengan ujian?, “it’s your choice!”. wallahua’lam.
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)