Ahad, 13 November 2011

Lemah…?

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan kepada hamba ini untuk mencoret sesuatu dalam diari maya nie. Terasa agak kekok untuk menulis walaupun hampir satu minggu tak menulis..hehe..

Terasa agak bersalah sebab sudah ada yang bertanya dalam mesej dan juga komen dalam catatan yang lepas. Ada sesuatu yang berlaku membuatkan hati ini jadi tidak keruan. Mendengar berita itu dari mulut yang pakar membuatkan hati ini menangis. Sampai je kat rumah, menangis sorang-sorang dalam bilik..huhu

Ketika itu minda terfikir, “macam mana dengan plan untuk sambung master dan tubuhkan consultancy..? iaa…sudah ku jangka semua ini pasti akan tiba, cuma tidak menyangka seawal ini Engkau mengambil semuanya.”

Entah dari mana kekuatan itu datang, air mata terus disapu dan bangkit dari katil meneruskan agenda yang tergendala. Lantas hati berbisik, “jiwaku, hatiku! tak pernah sekalipun terfikir untuk berundur!”.

Lalu tersenyum sendiri pabila teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh seorang murobbi ana.

“saya ada seorang sahabat, dirinya memang hebat dan amat berpengaruh. Sudahlah punya IQ yang bijak, diilimpahkan rezeki yang banyak dan dianugerahkan pula isteri yang sama hebat dengannya. Kalau tengok dia, pasti orang akan kagum dan teringin untuk menjadi sepertinya kerana mempunyai kehidupan yang orang lain idam-idamkan”

“Namun, disebalik semua itu tersimpan sesuatu yang orang lain tidak tahu melainkan keluarga dan sahabat terdekat. Walaupun dilimpahkan dengan pelbagai kurniaan dan nikmat dari Allah s.w.t. dari segi kekayaan, kerjaya, kuasa dan banyak lagi. Allah ‘tempangkan’ dia dengan satu kelemahan iaitu mempunyai anak-anak yang semuanya adalah istimewa atau OKU yang sudah pastinya tidak mampu untuk mewarisi segala bakat dan kekayaan yang dia ada.”

“bila ditanya…tak malu ke ada kesemua anak yang macam tu?”

“dan dia menjawab,“taklah..buat apa nak malu. Anak adalah anugerah Allah s.w.t. Malah saya bersyukur, Allah jadikan keempat-empat anak saya macam tu supaya saya nie reti untuk bersyukur dan tidak merasakan diri ini sempurna. Allah ciptakan kelemahan itu supaya saya nie beringat yang saya tetap manusia biasa yang tidak sempurna dan ada kekurangan…”

Benar…kelemahan yang kita miliki itu bukannya suatu yang memalukan tetapi itu adalah fitrah seorang manusia kerna tidak ada seorang manusia pun yang sempurna melainkan manusia Agung iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Kelemahan yang kita miliki itu adalah ‘peringatan’ dari Allah s.w.t. bahawa kita ini hanya hamba dan sentiasa bergantung dan mengharap pertolongan dari Allah s.w.t. Dari kelemahan itulah kita belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada. Dari rasa lemah itulah juga kita tunduk kepada Yang Maha Sempurna, Allah s.w.t…(^^,)

Mungkin selepas ini, ana ‘dipaksa rela’ untuk mengurangkan pergerakan dan juga program-program yang ada. Satu minggu nie, lama betul ana tidur. Baru terasa nikmat tidur kerna selalunya mata ini tidak lena kerna memikirkan umat. Roomate pun rasa pelik dengan perubahan yang berlaku, tapi alhamdulillah dia sudah lama mengerti…(^^,)

“Mungkin suatu masa nanti, badan ini sudah tidak mampu untuk bergerak. Tapi ku masih punya minda dan semangat. Berbakti selagi mampu untuk ummah”


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(^^,)
blog comments powered by Disqus