Khamis, 9 September 2010

Pelita atau Bunga Api…???



“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…Allah s.w.t. kurniakan ilham kepada ku kali ini untuk berkongsi sesuatu. Semalam, selepas “dating” denganNya, ana ke ruang tamu untuk mendengar pengistiharan hari raya aidilfitri. Adik beradik ana juga berkumpul sekali.
Adik bongsu ana, “akak, cepatlah…nak main bunga api nie…”. ana hanya tersenyum dengan telatahnya, dari waktu berbuka puasa tadi lagi keinginannya itu diluahkan. Adik perempuan ana memujuk, “sabarlah…akak nak dengar pengumuman raya dulu…nanti kita mainlah ye…”.
Abah dan umie ana pula tiada di rumah kerna menjemput adik di stesen bas. Alhamdulillah…akhirnya kami semua boleh berkumpul bersama lagi…ana punya adik 7 orang dan seorang kakak…memang meriah walaupun kadang-kadang agak menguji kesabaran…huhu
Setelah pengistiharan di umumkan, adik-adik ana turun ke halaman rumah untuk bermain bunga api. Riuh rendah dibuatnya, dengan bermacam-macam gelagat. Lantas ana tersenyum sendiri, mendapat suatu hikmah dan untuk muhasabah diri sendiri.
Mungkin nampak simple dan tidak punya apa-apa erti tetapi bagi ana, setiap hal yang berlaku tidak kira samaada yang kecil mahupun yang besar. Ianya tetap bernilai jika kita pandai menilai hikmahnya.
Teringat kata-kata dari blog adik junior ana, “kita seringkali berfikir sesuatu yang besar untuk muhasabah diri, sedangkan hal kecil yang berada di depan mata tidak dihiraukan padahal kedua-duanya punya hikmah tersendiri”.
Jadi, antara pelita dan bunga api? Mana yang lebih baik dan kenapa ya?
XXXXXXXXXXXXXXX

Ana buka diskusi dalam facebook, “sahabat-sahabat...jika diberi pilihan antara bunga api dan pelita...mana yang kalian akan pilih? dan kenapa ya?. Berbagai pendapat dan pandangan diberikan oleh rakan-rakan facebook. Ana raikan dan hargai pendapat tiap dari mereka.

Baek, jika diberi pilihan kepada ana. Sudah semestinya ana memilih pelita berbanding bunga api. Kenapa? Ada sahabat facebook menyatakan, bunga api membawa mudarat buat diri sendiri. Lihat sahaja di dada akhbar, ada sahaja yang melecur badannya, putus tangan dan sebagainya. Apa yang dikhabarkan itu adalah mercun dan bukannya bunga api.

Ini adalah pendapat ana. Jika dilihat pada gambar di bawah ini. Bandingan antara keduanya, dari segi kecantikan. Sudah tentu bunga api lebih cantik menghiasi kegelapan malam dengan gelak tawa kanak-kanak kecil yang sedang seronok bermain. Tetapi pelita pula, cahayanya hanya biasa sahaja, tidak memberi apa-apa impak besar namun cukup indah jika bekas pelita tersebut diukir indah.

Dari sudut tahan lama pula, sudah tentu pelita yang menjuarainya kerna selagi minyaknya masih ada. Selagai itu ianya akan terus menyala dan akan terus menyala jika minyaknya terus diisi berbanding bunga api yang ibarat “pakai, buang”.

XXXXXXXXXXXXXXX

Ada juga yang membandingkan antara pelita dan lilin. Namun, ana tetap memihak pada pelita kerna lilin juga seperti bunga api cuma dari sudut ketahannya, lilin lebih tahan lama berbanding bunga api.


Jadi, apa moralnya disini. Cuba kita renung seketika antara kedua-duanya atau ketiga-tiganya….antara pelita, bunga api dan lilin….

Yang pasti, ketiga-tiganya mengeluarkan cahayanya untuk menerangi kegelapan malam.  Bunga api atau lilin sanggup membakar diri demi menghiburkan orang lain, cahayanya hanya sementara cuma dan keseronokannya hanya seketika. Pabila habis digunakan, pasti yang lain pula akan dicari.

Tetapi berbeza dengan pelita, kita akan terus menerus menggunakannya sehingga ianya sudah terlalu “tua” atau uzur atau rosak. Walaupun pelita mungkin tidak seindah bunga api mahupun sewangi atau secantik lilin dalam menerangi kegelapan malam, namun ia tetap berguna hingga akhirnya.

Ini bermaksud, pelita ini begitu bijaksana. Tidak hanya sanggup berkorban untuk memberikan cahaya buat teman-teman disekelilinganya, namun pandai menjaga dirinya dari terus menerus hanyut dalam arus kegelapan malam. Juga tetap berguna walaupun ditinggalkan oleh teman-teman.

Selain itu, lilin mahupun bunga api. Ianya hanya keseronokan sementara untuk menghiburkan hati dan bergelak ketawa kerna ia tetap akan hilang cahayanya. Begitu juga dengan dunia ini, hanya tempat untuk bermain dan senda gurau sahaja.

Tetapi pelita itu, minyaknya ibarat keimanan dan ketakwaan kita buat Pemilik Dunia dan akhirat. Makin ditambah, makin kekal cahayanya dan makin mekar keimanan kita pada Allah s.w.t.

Jadi…pilihlah mana yang terbaik buat dirimu… Alhamdulillah…umur ku di dunia makin bertambah hari ini….(^_^)….namun, umur ku untuk ke akhirat semakin berkurang…………….dan hari ini juga puasa terakhir kita untuk ramadhan tahun ini…rebutlah sebaiknya…

~Ya Allah…letakkanlah akhirat di hatiku, dan letakkanlah dunia di tanganku agar mudah untuk ku melemparnya……~

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI….(“,)

blog comments powered by Disqus