“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…ana selamat sampai ke kampung halaman awal dhuha tadi…terasa damai dihati sebaik sahaja kaki melangkah turun dari bas. Baru beberapa bulan meninggalkan kampung halaman, sudah ada perubahannya. Apa pun, syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi…akhirnya sampai jua ke negeri kelahiranku…(malam tadi, bas rosak…huhu)
Ada yang bertanya, ke mana ana menghilang. Sudah lama “diari” ini tidak diupdate, ku mohon maaf buat pembaca setia blog ini kerna tidak sempat untuk menulis. Kekangan masa yang amat, tambahan pula ada program di luar kampus dan bergelumang dengan assignment sebelum balik.
Hati teringin untuk mencoretkan sesuatu, namun baru kini hajatku kesampaian…Alhamdulillah…
Ana ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca sekalian semasa mengembara ke Pulau Pinang untuk turut serta bersama aktivis lain bagi program “Ops Sayangi Remaja Sempena Malam Kemerdekaan”.
Sudah agak lama tidak turun ke lapangan bertemu dengan masyarakat, terlalu sibuk dengan kegiatan di kampus sehingga menyukarkan ana untuk istiqomah turun ke lapangan.
XXXXXXXXXXXXXX
Mesej yang ana terima dari kakak senior yang menjadi titik permulaan ana mula melibatkan diri dalam aktiviti ini terus ana sahut tanpa banyak soal. Sememangnya acara seperti ini sudah lama ku menunggu, program besar-besaran yang dianjurkan oleh Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) dengan kerjasama oleh beberapa NGO-NGO Islam terus mendapat perhatian masyarakat.
Ana mengumpulkan sahabat-sahabat untuk turut serta, tidak kira samaada yang punya pengalaman atau tidak. Niatku untuk mereka melihat betapa seriusnya masalah gejala sosial yang semakin hari semakin membimbangkan. Jika hanya berada dalam masyarakat kampus sahaja, mereka tidak dapat melihat reality masalah yang Melayu=Islam sedang hadapi kini.
Kami mula bertolak sekitar jam 6.15 petang dan akhirnya terpaksa berbuka puasa di dalam bas. Alhamdulillah sudah diberi peringatan seawalnya supaya bersiap dengan bekalan makanan ringan untuk berbuka. Nikmat rasanya, hati tersenyum sendiri pabila teringat kisah peperangan tentera Islam pada bulan Ramadhan…(^_^)
Sebaik sahaja sampai, kami terus solat jama’ dan sunat tarawih. Sebaik sahaja selesai, barulah kami menjamu selera sambil mendengar taklimat program untuk operasi malam tersebut. Setiap peserta yang hadir diberi ilmu bagaimana untuk mendekati remaja yang bermasalah ini. Uniknya kali ini, “klinik kaunseling” turut disediakan bagi kes-kes yang berat.
Kami menggelarkan ilmu ini sebagai “teknik hemoi” iaitu teknik yang cukup berhikmah dan teramat lembut untuk mendekati remaja bermasalah. Ada yang bertanya, “ustaz, ada tak kes yang kena pukul dengan remaja bermasalah tu?”.
ustaz tersebut ketawa kecil sambil menjawab, “kita pergi dekat dia bukan nak bergaduh, tetapi kita kasihan dengan dia. Jauh dengan Allah….selama ana turun ke lapangan hampir 10 tahun dan 4 tahun kebelakangan nie baru aktif, tidak pernah sekali kena pukul hatta orang tu mabuk dan khayal”
Ikhlaskan hati untuk pimpin dan tunjukkan jalan kebenaran dan bukannya menghentam mereka dengan menyatakan itu jalan terlaknat walaupun kita tahu dia melakukan dosa besar.
Sebaik sahaja selesai taklimat, beberapa kumpulan dibahagikan dan kesemua aktivis dari pelbagai IPTA, Badan NGO dan persatuan digabungkan untuk masing-masing kenal mengenali serta berkongsi pengalaman dan pandangan.
Ana tidak ada kumpulan kerana diberi amanah untuk menjadi pemudah cara kerna pengalaman ana diperlukan untuk membantu mana-mana kumpulan yang kekok untuk mendekati remaja yang bermasalah.
Sebelum kami bergerak, ustaz meminta kami memejamkan mata dan beristighfar untuk betulkan niat, buang perasaan riak dan terasa hebat. Bacaan doa kedengaran selepas itu untuk memohon keredhaan dariNya supaya mempermudahkan segala urusan kami semua.
XXXXXXXXXXXXX
Dengan niat ikhlas kernaNya untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, kami mengatur langkah menuju hentian rehat tempat muda mudi menyambut sambutan kemerdekaan. Hujan renyai-renyai di kala itu, namun sedikit pun tidak mematahkan semangat kami.
Ana hanya tersenyum tika melihat telatah sahabat-sahabat yang agak gementar. Ana juga seperti itu saat kali pertama turun ke lapangan, Alhamdulillah…syukur padaNya kerna ana masih setia pada jalan ini.
Lautan manusia kami redah, dari satu kawasan ke satu kawasan kami bergerak. Sebaik sahaja sampai ke lokasi kejadian, kami mula beraksi. Ana bersama satu kumpulan melihat ada sebuah kereta yang baru sahaja tiba, lantas kami mendekati mereka.
Sudah ku agak, “akak, akak mulalah dulu…nanti kami ikut…” ana ketawa kecil, teringat telatahku saat kali pertama menyapa remaja bermasalah seperti mereka suatu tika dulu.
“ia lah dik, meh tengok akak buat macam mana…” akhirnya, salam ku ucapkan jua tangan ku hulurkan. Alhamdulillah, disambutnya.
Ana bertanya khabar wanita tersebut, tika itu dia sedang menghisap rokok. Pakaiannya usah cakaplah, mengalahkan mat saleh. Sesak nafas ana hidu asap rokok tu, nasib baik dia matikan rokok tu. Ana pegang bahunya dan bertanya soalan yang ringkas.
Akhirnya dia cerita sedikit demi sedikit perihal dirinya. “saya susah nak berhentilah kak walaupun baru je hisap rokok, saya putus tunang. Dia main dengan perempuan lain. Jalan-jalan kat sini sambil hilangkan tension”.
ana mulakan bicara dengan sehikmah yang boleh, “adik tahu kan sekarang nie bulan ramadhan, bukan macam ini caranya untuk hilangkan tension. Adik pun tahu yang rokok nie terlalu bahaya untuk kesihatan, tak kan kerna seorang lelaki..adik pertaruhkan kesihatan adik…”
“caranya teramat mudah dik….ingatlah Allah sebanyaknya, tutuplah aurat mu kerna tiap dari tubuh mu itu begitu bernilai. Akak bagitahu nie kerna adik begitu sayang pada adik…tidak mahu adik jauh dari Allah s.w.t…”
Ana ambil pamplet yang dibekalkan oleh urusetia dan berikan padanya, “nah…akak hadiahkan untuk adik…akak pergi dulu ye dik…”. Lantas ku bersalam dengannya.
XXXXXXXXXXXXX
ana mendengar rintihan hati dari sahabat ana, “sedihnya tengok keadaan nie…hampir 100% Melayu Islam, apa nak jadi tak tahu lah….”.
Cuba bayangkan, lautan manusia yang penuh dengan pelbagai aksi. Ada yang sibuk untuk race kereta, merempit dengan motor dan berlumba dengan basikal. Duduk bercouple merata tempat, pakaian pula mengalahkan orang barat, dengan bau asap rokok yang menyesakkan dada. Yang tengah mabuk arak dan khayal dengan gam pun ada.
Sedang ana duduk rehat dibawah pokok, terlihat beberapa remaja punk lalu dengan rambut trojannya. Ada seorang junior tanya, “ukhty, trojan kat atas kepala dia tu..dia ambil penyapu dan letak atas kepala ka?”.
Ana dah tahan gelak, “tak lah…tu rambut dialah…ada bahan yang boleh buat jadi macam tu…”. Mungkin itu kali pertama dia nampak orang buat rambut macam tu agaknya. Tu belum tengok lagi pakaian dan rambut remaja gothic.
Tak terucap dek kata-kata. Hati sedih dan terkilan, inikah generasi yang bakal memerintah negara Malaysia di masa hadapan?
Lantas ku teringat kata-kata penceramah di radio pagi. Katanya, “apa erti kemerdekaan yang sebenar? Adakah hanya cukup meraikannya dengan membuat konsert, ekspo dan hiburan semata-mata?”
“Dr Yusuf Qardawi ada menyatakan, untuk membina bangunan itu mudah sekali. Sambil makan kacang pun boleh siap bangunan tu. Tetapi untuk mengekalkan bangunan dan isi dalamnya itulah yang susah. Kenapa? Jika orang yang mendiami bangunan itu bertindak di luar batasan dengan memecahkan tingkap, perabot didalamnya, menconteng dinding, membakar bangunan serta sealiran dengannya, bagaimana mungkin bangunan itu mampu kekal lama?”
Nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini tidak mudah sehingga mengorbankan beribu dan mungkin berjuta nyawa…tapi lihatlah apa generasi yang tidak mengenang budi ini lakukan……………………
Fikirkanlah…renunglah sedalamnya…apakah pula peranan kita yang sedar akan hakikat dan reality masalah sosial yang semakin kronik nie…?
wassalam…