“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini, moga cinta ku kepada Mu sentiasa kembang mekar. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Hati ini sebak untuk mencoret tentang “tetamu” yang penuh barakah ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi tetamu ini akan berada dengan kita semua. Begitu cepat masa berlalu, hati tertanya-tanya….“adakah layanan ku kepada tetamu ini adalah yang terbaik berbanding kedatangannya tahun lalu?”
Di corong-corong radio dan televisyen, putaran lagu lebaran sudah kedengaran dan hampir sahaja meniti di bibir tiap manusia yang tidak sabar untuk menunggu kedatangan syawal.
Ana akui, kadang-kadang diri ini juga terkesan dan tidak sabar untuk menunggu kedatangan syawal iaitu hari kemenangan buat Umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. Tetapi hati ini juga tidak sanggup untuk berpisah dengan Ramadhan.
Kadang-kadang hati ini terdetik, bagaimana sekiranya ini adalah ramadhan yang terakhir buat diri ini?
XXXXXXXXXXXXX
Alhamdulillah…semalam punya kesempatan dan diizinkan olehNya untuk berbuka puasa di rumah nenek sebelah umie. Terasa keseronokannya, tambahan pula sepupu ana yang sedang belajar di Mesir pulang beraya di Malaysia tahun ini. Sudah lama tidak bertemu dengannya, akhirnya tanpa di rancang, Allah s.w.t. pertemukan kami jua…
Seronok mendengar pengalamannya disana. Diri ini juga punya impian suatu masa dulu untuk menyambung belajar disana. Namun, takdir ku sudah ditetapkan untuk belajar di Malaysia.
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, hati ana tersentuh melihat masjid-masjid masih “hidup”. Masih ada insan yang tidak mahu melepaskan peluang 10 terakhir Ramadhan ini, di saat ada insan yang sibuk membuat persiapan untuk menyambut lebaran…Alhamdulillah….
Keluarga ana juga tidak berkecuali. Siangnya kami sibuk membersih dan mengemas rumah serta membuat sedikit demi sedikit persiapan untuk menyambut lebaran buat tetamu yang hadir nanti. Sebelah malamnya pula kami solat sunat terawih sama-sama. Tetap mahu merebut kedua-duanya tanpa meninggalkan salah satu daripadanya.
Terkenang saat ana bercanda dengan sahabat ana di kampus sebelum pulang ke kampung halaman, “masa awal ramadhan, penuh masjid nie sampai nak ambil wuduk pun kena beratur. Kalau selipar tak letak elok-elok, sure balik nanti tak jumpa nak cari sebab ramai sangat orang”
“nia dah nak akhir ramadhan, orang plak makin lama makin kurang. Selipar kat luar pun boleh bilang berapa kerat, letak merata-rata pun InsyaAllah jumpa…huhu”
Teringat kata-kata seorang ustaz, umpama ahli sunat wal jumaat. Bukan ahli sunnah wal jamaah. Kenapa? Hal yang berkaitan sunat nie lah yang diberi perhatian, contohnya macam solat sunat tarawih, solat hajat dan sealiran dengannya. Penuh masjid berbanding solat fardhu yang wajib. Sama juga macam solat jumaat, berduyun-duyun datang sampai melimpah ruah. Bila solat fardhu, satu saf pun jarang sekali penuh.
XXXXXXXXXXXXX
Benarlah…hanya insan yang dipilih Allah s.w.t. sahaja yang akan memperoleh sebenar-benar kemenangan…
Diri ini sedih untuk melepaskan “tetamu” ini pergi kerna ku takut ibadah yang telah dilakukan akan berkurang sedikit demi sedikit…Nauzubillah… moga-moga diri ini tetap istiqomah…ameen Ya Robb…
Muhasabah sendiri…
.~adakah layanan ku padanya kali ini terbaik dari tahun lepas….?~