Rabu, 24 Oktober 2012

Kita bertemu dengan orang yang salah ke?



“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Subhanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar. Selawat dan salam buat kekasih hati yang membawa rahmat seluruh alam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan seterusnya.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Ana renung ayat ini sedalamnya, ana semak tafsiran ayat ini dalam penjelasan kitab yang ditulis oleh para ulama’. Akhirnya ana tersenyum, inilah jawapan kepada persoalan yang sering bermain diminda dan diajukan oleh sahabat-sahabat.

Apakah kita bertemu dengan orang yang salah? Apakah aturan atau impian yang kita mahukan sering tidak tercapai? Apakah jalan hidup kita sering ditimpa musibah dan bermasalah?

Jawapannya adalah TIDAK. Kenapa?

Dalam ‘basmalah’ sudah cukup membawa erti betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah kepada makhluk yang diciptanya.  Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya, pastilah Allah akan aturkan hal yang baik-baik kepada kita.


Ana renung semula apa yang telah ana lalui sepanjang umur dan masa yang lalu. Terlalu banyak hal yang berlaku diluar perancangan dan kadang-kala ianya berlaku tanpa dapat dijangka kehadirannya.

Kisah ini ana sudah nukilkan pada artikel-artikel yang lalu seperti ini ‘Detik permulaan langkahku’. Ana diminta untuk tukar sekolah dari Maahad ke sekolah menengah biasa. Menurut akal manusia yang terbatas ini, ana jadi terlalu gerun dan bimbang jika ‘kematian’ iman dalam diri kerana sudah maklum, sekolah menengah biasa jauh daripada persekitaran yang solehah.

Saat diberitahu hal tersebut, peritnya untuk menerima  kerana ana bercita-cita mahu menyambung pengajian ke Timur Tengah. Tetapi disebabkan keputusan Bahasa Arab yang jatuh menjunam, abah mengambil inisiatif untuk meningkatkan akademik anaknya dengan menukarkan ana ke sekolah yang pernah menobatkan beliau sebagai pelajar cemerlang sekolah tersebut. Allahu Allah.

Dua tahun berada disekolah tersebut, peritnya masih terasa hingga kini. Saban hari mata sendiri melihat pergaulan bebas yang tidak terjaga, mulut yang sering bergosip dan mengumpat, apatah lagi pergaduhan dan bertumbuk menjadi ‘makanan’ para pelajar disana. 

Sebelum melangkah ke sekolah, mental dan fizikal perlu bersiap sedia untuk melalui hari yang mencabar dalam bergaul dengan manusia yang jauh dari fitrah Islam yang sebenar. Semua itu ana telan sendirian.

Tetapi, langsung tidak terlintas difikiran dan akal yang terbatas ini. Percaturan Allah sangat hebat. Hasil ‘didikan’ dari sekolah biasa tersebut, ianya berjaya membuatkan ana sedar bahawa dibahu ini terpikul satu amanah dan tanggungjawab sosial yang sangat besar.
Persekitaran yang dilalui dalam tempoh dua tahun itu berjaya membuka mata ana sendiri bahawa itulah realiti dan keadaan umat Islam kini yang sedang menuju ambang kemusnahan jika tidak ditangani dengan segera.

Maka, apakah apa yang ana lalui itu merugikan diri dan ditempatkan dalam posisi yang salah? Ya, pada mulanya. Tetapi tidak, pada akhirnya. Malah ana bersyukur diizinkan oleh Allah untuk belajar disekolah tersebut. Jika tidak bertukar sekolah, mungkin ana berasa selesa berada dizon selamat yang dikelilingi oleh para ustaz dan ustazah yang baik-baik tanpa menyedari dibahu ini terpikul amanah yang berat.

Ana teringat kata-kata seorang sahabat, “Kalau kita seorang yang kurang sabar atau panas baran, Allah akan beri kita sesuatu yang boleh ‘mengajar dan mendidik’ kita untuk menjadi seorang yang penyabar dan lebih tenang orangnya”.

Benar, ana setuju dengan kata-katanya. Adakalanya Allah hadirkan insan yang suka membuatkan kita sakit hati, marah dan kesabaran teruji. Kita merasakan sangatlah bahagia dan aman hidup jika tidak berjumpa dengan insan sebegini, padahal Allah mendidik kita dengan asbab melalui mereka untuk membuatkan kita lebih sabar.

Kadang-kala pula, Allah letakkan kita dalam situasi atau keadaan untuk membuatkan kita sedar bahawa kita buat silap. Boleh jadi ada sesuatu yang buatkan kita terasa ‘ditegur’ atau dimuhasabah sendiri tatkala melaluinya. 


Ana suka kata-kata ini. Ianya ditulis oleh penulis yang dikenali ramai. Sangat benar apa yang beliau kongsikan dalam facebook peribadinya. Indahkan punya peribadi seperti ini? (^^,)



----------------------------------------------------------------------

Kita punya impian,
kita juga punya misi hidup.
Jika takdir ditangan manusia,
Pasti kita mahu aturkan yang baik-baik sahaja.
Tapi yakinlah, pelangi yang hadir setelah hujan sangatlah cantik! (^^,)

Merasa cukup dengan yang sedikit.
Merasa syukur dengan yang banyak.

"sesiapa yang menyerahkan seluruh urusannya kepada Allah, Allah akan mencukupkan keperluannya".

.:: Wallahua’lam ::.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)

Rabu, 17 Oktober 2012

Kerjaya



“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan nadi yang masih berdenyut ini. Semoga ianya memberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat dari dosa lalu dalam menggapai redha Mu. Selawat dan salam buat pembawa rahmat seluruh alam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan seterusnya.

Soalan berkaitan pekerjaan selalu ditanya kepada ana sebaik sahaja selesai praktikal. Itu perkara biasa bagi mereka yang baru selesai pengajian di kolej atau universiti. Jawapan yang paling popular bagi soalan tersebut adalah “masih tanam ‘anggur’, tak tahulah bila boleh ‘berbuah’..”. :p

Tapi, apabila soalan itu ditanya kepada ana, ana jawab “saya duduk kat rumah je” sambil tersenyum. Orang tanya tu pun diam dan tak teruskan soalan. hehe! Bukan tak mahu cerita, malas nak terangkan panjang lebar. Biar dia tahu sendiri…:p

Semalam, ada seorang pekerja dari sebuah syarikat telefon dan meminta ana untuk hadir temuduga bagi syarikatnya sabtu ini. Katanya dia sudah teliti resume peribadi ana. Yang hairannya, bila masa pula ana bagi resume kat mana-mana syarikat? ajaib-ajaib.

Sebenarnya, semasa jalani praktikal lagi pihak universiti meminta para pelajar tahun akhir untuk mengemaskini data peribadi secara oline dalam sistem. Pihak Kementarian Pengajian Tinggi (KPT) juga begitu, kerana itu ana sering dapat maklumat berkaitan jawatan kosong di mana-mana syarikat.

Cuma, sebelum ana ambil jubah konvo hari tu, ana sudah mengisi borang yang pihak KPT minta dan menyatakan diri sendiri sudah bekerja. (Sengaja letak, kerja sendiri pun dikira bekerja juga kan?). Nampak sangat sistem tak update…:p

Tekan untuk tumbesaran...:p


Seperti yang ana tulis dalam facebook semalam, faktor kesihatan yang kadang-kala turun naik juga buatkan ana tidak gemar bekerja dengan majikan. Nanti asyik ambil cuti je bila terover dos tenaga...:p

Sebab itu fitrah seorang wanita tempatnya di rumah. Tapi, ada ke wanita zaman sekarang yang mahu menjawat jawatan sebagai suri rumah? Yakinlah, masih ada yang mahukan jawatan itu…(^^,)

Teringat pula perdebatan yang berlangsung dalam kelas semasa belajar dulu. Isu yang diperdebatkan adalah “adakah wanita perlu keluar bekerja atau hanya duduk di rumah?”. 

Bagi kumpulan lelaki, mereka perlu lontarkan hujah dan pendapat kenapa wanita perlu keluar bekerja. Bagi kumpulan perempuan pula, kenapa wanita perlu duduk di rumah.

Ana jadi teringat sebab ada seorang ahli debat yang lontarkan satu soalan kepada ana, mungkin sudah kematian idea barangkali. “Secara jujurnya, jika ukhty diberi pilihan antara bekerja dan duduk di rumah, mana yang akan ukhty pilih?”.

Ana senyum. Dengan penuh yakin ana jawab, “jauh dilubuk hati saya, jika diberi pilihan saya akan duduk di rumah”. Dia terdiam seketika dengan jawapan ana. Mungkin dia tidak menyangka insan yang begitu aktif berpersatuan, kelab, secretariat pelajar dan menyertai badan NGO boleh berkata sedemikian…(^^,)

Dan memang benar, saya hanya duduk dirumah tetapi dapat menjana pendapatan sendiri dengan membuat perniagaan online. Cuma, apabila ada keperluan yang memerlukan ana keluar untuk berprogram, ana akan cuba usahakan untuk hadir. (dengan bawa barang-barang untuk menjahit…:p )

Pagi tadi, ana ikuti perbincangan yang disiarkan dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dan satu topik yang menarik minat ana adalah usahawan internat. Baru ana tahu yang Persatuan Usahawan Internat Malaysia(PUIM) ini wujud dan mereka menjaga kebajikan para usahawan oline disamping perkhidmatan lain.

President PUIM ini berkata, “hari ini pengguna internat meningkat sebanyak 17 juta orang tetapi sayangnya tidak ramai yang bijak mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan mereka”. Tiba-tiba je rasa bersemangat mahu teruskan kerjaya nie…(^^,)

Semalam sudah memikirkan pelan, impian dan misi untuk Bidadari Solehah Enterprise. Punya impian untuk bina satu bangunan dua tingkat yang membekalkan pakaian muslimah. Di tingkat bawah bangunan dijadikan tempat operasi perniagaan barangan muslimah. Di tingkat atas bangunan pula dijadikan pusat penyebaran ilmu. Ana boleh buat program motivasi, kuliah pengajian kitab, ceramah dan sebagainya.

“kalau mahu bermimpi, mimpilah sampai ke bintang. Jika tak dapat, gapai langit pun jadilah”.

Nampak menarik kan? Ana tahu ianya akan ambil tempoh masa yang lama untuk tunaikan impian ini. Tetapi ianya tidak mustahil suatu masa nanti jika diberi kesempatan umur, nikmat kesihatan yang baik, kewangan yang mencukupi, ilmu yang bermanfaat dan keizinan dari Allah s.w.t.

Tekan untuk tumbesaran...:p

Peluang ini ana buka kepada para muslimat sahaja yang pandai menjahit dan minat berniaga untuk mulakan perniagaan sendiri. Ana boleh bekalkan kain untuk kalian jahit, boleh pasarkan di kolej atau kampus bagi mereka yang masih bergelar pelajar. Bagi yang sudah bekerja atau menjadi suri rumah, boleh cuba untuk pasarkan secara online.

Bagi yang berminat, boleh bagi pesanan di page facebook Bidadari Collection yang ada diblog nie di bahagian atas sebelah kiri ya. Ada yang sudah ana kongsikan ilmu bagaimana caranya ana jahit tudung & niqab. Juga kongsi sedikit sebanyak ilmu berkaitan operasi perniagaan online.

Ana pun ada tulis asas memulakan perniagaan online, boleh buka link nie ya "Bidadari Collectin 1". Mungkin ada yang berkata ana akan rugi sebab wujudkan banyak persaingan. Ana hanya akan senyum dan teruskan usaha dakwah ini.

Tekan untuk tumbesaran...:p

Jika diberi keizinan dan peluang, InsyaAllah ana bakal sambung belajar pada tahun hadapan. Surat tawaran untuk sambung master sudah ana perolehi tetapi masih dalam tempoh pertimbangan kerana ianya hadir dalam tawaran tidak seperti yang ana mahukan.

Tahap kemampuan ana juga terhad apabila tempahan banyak masuk. Perkhidmatan yang ana berikan sangat rendah hingga ambil masa 2 minggu untuk siapkan satu tempahan tudung. 

Masa untuk ana baca buku, telaah kitab, menulis, jaga adik dan bergaul dengan masyarakat, rehat dan sebagainya jadi terhad apabila kebanyakan masa sebelum ini dicurahkan untuk menjahit. Allahu Allah.

Kerana itu ana buka peluang kepada orang lain untuk turut bersama-sama dengan ana bagi memasarkan barangan muslimah ini. Mungkin rugi dimata manusia, tetapi diakhirat? MasyaAllah…(^^,)

Wallahua’lam.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)

Ahad, 14 Oktober 2012

Satu Minggu Satu Hari



 “Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah wa syukrillah atas nafas yang masih berbaki ini. Maghrib tiga hari lepas, ana selamat sampai ke rumah setelah mengembara selama satu minggu, satu hari di Kedah. Terlalu banyak kenangan indah yang terukir sepanjang pengembaraan disana. 

Pada mulanya agak risau apabila tarikh untuk mengambil jubah konvokesyen semakin dekat kerana masih tidak punya teman untuk ke Kedah. Alhamdulillah Allah aturkan dengan menghadirkan seorang sahabat yang dikenali melalui facebook. Tersenyum sendiri saat kali pertama kami ‘bersua’. hehe!

Kami berjumpa di kedai yang selalu ana borong kain, tetapi masing-masing tidak bertegur sapa. Sebaik sahaja dia beredar dari kedai, ana terima satu mesej darinya yang bertanya adakah muslimat yang berniqab hitam itu ana. Lantas ana ketawa dan mengiakan pertanyaannya. huhu!

Selang beberapa hari, ana bertanya adakah dia punya waktu lapang dan sudi untuk teman ana ke Kedah bagi menghadiri majlis konvokesyen ana nanti. Alhamdulillah dia setuju dan itulah kali pertama kami berta’ruf semasa dalam Kelisa Dakwah, menuju ke Utara Malaysia dan melihat wajah masing-masing. hehe! (kami berdua berniqab).

Kami menumpang bilik seorang adik junior yang ana kenali semasa program Kem Muqarrabin sepanjang berada di Kedah. Sangat-sangat berterima kasih padanya dan teman sebilik kerana sudi tumpangkan kami berdua…^^

Sepanjang berada di Utara Malaysia, cuba sedayanya untuk penuhi setiap hari dengan aktiviti yang bermanfaat. Alhamdulillah dapat bersua semula dengan pegawai dan staf Pusat Islam yang sentiasa ana rindui. 

Apabila melangkah masuk ke Kompleks Pusat Islam, kenangan selama empat tahun bekerjasama dengan Pusat Islam kembali berputar dalam ingatan. Walaupun tidak dapat berjumpa semua kerana mereka ada program, doa tetap ana iringkan semoga mereka semua istiqomah dalam dakwah di kampus dan masyarakat terdekat.

Setelah itu, bertemu semula dengan sahabat-sahabat lama. Sangat gembira apabila dapat bersua kembali. Kami bersalam dan berpelukan semasa sendiri sambil berkongsi cerita semasa sendiri. Benarlah, pertemuan selepas perpisahan sangat indah dan mengamit memori…(^^,)

Keesokan harinya pula, ana berjumpa dengan sebuah keluarga sakinah yang punya ahli istimewa. Sangat gembira apabila dapat berjumpa semula dengan mereka sekeluarga. Berkongsi cerita dan kisah hidup masing-masing disamping bertanya khabar.

Ana kenali Kak Asmin Kassim melalui blognya. Selalu baca catatan yang beliau tulis dalam blog berkaitan perkembangan anaknya, mawaddah. Allahu Allah, sungguh tabah keluarga ini. Ana berjumpa dengan keluarga ini ketika membuat praktikal di Pusat Islam, kebetulan pula Kak Asmin sekeluarga baru pulang dari luar negara. Boleh baca catatan di sini ya, dinoor's blog.

Ana faham bagaimana perasaan Kak Asmin yang punya anak istimewa kerana ana juga punya adik istimewa. Beliau menceritakan satu kisah yang dilihat oleh matanya sendiri ketika Mawaddah ditahan dalam wad. 

Ada seorang kanak-kanak istimewa yang punya penyakit lagi berat dari Mawaddah. Allah uji keluarga itu lebih berat dari ana dan Kak Asmin. Dari situ Kak Asmin katakan, “ingatkan ujian kita paling berat, rupanya ada lagi paling hebat diuji. Sangat tabah keluarga diaorang…”.

"Jika mahu terbit rasa syukur, pandanglah orang dibawah. Kita menangis kerana tidak dapat kasut, tetapi ada yang orang tiada kaki untuk memakai kasut".

"Jika mahu terbit rasa rendah diri, pandanglah orang diatas. Kita bangga punya kereta mewah, tetapi orang lain ada jet peribadi".

Sehari sebelum konvokesyen, sahabat ana dari matrik perlis belanja makan di tapak ekspo konvo. Walaupun tak dapat jumpa semua, alhamdulillah masih ada yang sudi untuk berkumpul bersama. Gambar Kak Elle Elyani tiada dalam nie sebab beliau yang ambil gambar. Hehe!

Di Tapak Ekspo Konvo

Salah seorang senior yang sangat ana hormati. Pemikiran dan pengalaman yang beliau lalui, sangat banyak beliau kongsi dengan ana terutamanya berkaitan perniagaan online. Ana berjumpa dengannya buat kali pertama adalah semasa menyertai Ahli Jawatankuasa Orientasi (AJKO) matrik Perlis.

Family AJKO ibarat keluarga angkat ana. Jika salah seorang dari kami mengadakan majlis perkahwinan atau kematian salah seorang ahli keluarga, ada dalam kalangan kami yang akan turun untuk membantu dan memberi sokongan. Tidak kurang juga saling memberi semangat dan solusi jika ada masalah. 

Teringat perbualan ana dengan seorang junior.
“Akak nak tahu tak? ramai kat sini dari matrik Perlis, terkejut saya. Bila ditanya dari bidang apa, dia jawab Pentadbiran Muamalat. huhu!”.

Ana ketawa, “Hehe! virus akak dah tersebar”.

Ana sendiri terkejut bila dapat tahu kemasukan pelajar baru-baru nie ramai junior dari matrik Perlis untuk bidang Pentadbiran Muamalat. Hasil dari turun padang masa program alumni dan terangkan apa itu Muamalat, alhamdulillah ramai yang berminat untuk ikutinya. Moga lahir lebih ramai lagi para ilmuan Islam.

Tiba dihari yang ana nantikan iaitu hari konvokesyen ana sendiri. Ana ada nukilkan pengalaman yang dilalui sendiri dalam pertahankan niqab sepanjang majlis berlangsung dari awal hingga akhir. Semoga ianya memberi inspirasi kepada muslimat yang lain untuk turut pertahankannya.

Satu perkara yang buatkan ana rasa rendah diri adalah apabila menerima panggilan dari Brother Kamaruddin Abdullah yang turut membaca nukilan tersebut, “Mabruk! Tahniah!”. Beliau ulang kata-kata itu beberapa kali dan menyambung kata, “kamu sangat berani, Brother dapat lihat itu”. Allahu Allah.

Tidak terluah kata-kata saat itu. Insan yang sangat ana hormati, apatah lagi beliau merupakan sifu atau guru kakak sulung ana dan dikenali ramai. Hanya mampu berkata dihujungnya apabila Brother mahu meneruskan ceramah beliau, “Brother, semoga istiqomah dalam jalan dakwah”.

Keluarga ana tiba sehari sebelum majlis. Mereka menginap di Jejawi, Perlis. Ini kali ketiga mereka menginap di homestay tersebut. Kali pertama semasa datang melawat ana ketika masih ikuti pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis. Kali kedua semasa ana mendaftarkan diri di Universiti Utara Malaysia. Memang menggamit memori. hehe!

Allah aturkan. Hujan rahmat turun membasahi bumi Sintok hari itu. Sangat berterima kasih kepada sahabat baik dan adik perempuan ana. Nurul, Rohani, Shila, Yuhaniz dan Izzati  yang sudi jaga adik-adik yang sangat proaktif bagi memberi laluan kepada abah dan ummi untuk melihat anak keduanya ini menerima segulung ijazah. Sangat terharu dengan kebaikan hati mereka.

Alhamdulillah wa syukrillah...^^

Alhamdulillah, sebaik sahaja selesai semuanya, kami bergambar sesama sendiri di depan Dewan Muadzam Shah. Pada sebelah malamnya pula, ana belanja keluarga dan sahabat baik makan di Kuala Perlis bagi menghargai pengorbanan yang mereka lakukan. Walaupun tidak padan dengan apa yang dicurahkan, doa ana iringkan semoga urusan mereka turut dipermudahkan.

Keesokan harinya, ana dan sahabat sempat ikuti pengajian kitab di pondok. Sangat rindu akan pengajian di sini. Alhamdulillah dapat caj semula Iman dengan ilmu yang tok guru curahkan. Ini antara mutiara yang dapat ana kongsi dengan para pembaca sekalian.

Tekan untuk tumbesaran...:p


Disebabkan badan yang terlalu letih dan selalu keluar ke sana ke mari, badan tidak cukup rehat. Ana jatuh sakit. Dua hari dalam keadaan tidak sihat tetapi gagahkan juga untuk menyertai Resepi Cinta Usrah. Tidak mahu hampakan permintaan para sahabat.

Di Masjid Sultan Badlishah, UUM...^^


Ana berkongsi sesuatu berkaitan sahabat akhirat dan akhlak peribadi. Apa yang ana perolehi semasa ikuti pengajian kitab sebelum ini dan juga pengalaman dalam ilmu kehidupan, ana kongsi dengan mereka.

“saya teringat satu status yang sahabat saya tulis di facebooknya. Jika kita punya satu ilmu, iringilah ilmu tersebut dengan 1000 akhlak. Jangan pula kita punya 1000 ilmu tetapi punya satu akhlak”.

Akhlak peribadi sangat penting. Ianya perlu sentiasa diperbaiki mutunya kerana kita bergaul dengan masyarakat berdasarkan akhlak peribadi yang terhias dalam hati kita. Baiklah hati, baiklah layanan kita terhadap insan yang kita temui.

Sempat juga menggunakan ‘kertas magic’. Ana minta sahabat-sahabat senaraikan sikap atau perwatakan kawan yang mereka tidak suka. Ketika menulis senarai tersebut, ada dalam kalangan mereka berkata,”

“erm…kak, macam kena kat diri sendiri je. hehe! Muhasabah-muhasabah”.

Ana ketawa seraya berkata, “hehe! No coment”. Itulah kelebihan menulis, ianya mampu memuhasabahkan hati kita. Tanpa kita sedari, kadang-kala apa yang kita tulis kena tepat pada batang hidung sendiri.

Apabila ana minta mereka tulis akhlak peribadi atau perwatakan yang mereka suka apabila bersahabat dengan seseorang, ada dalam kalangan mereka berkata “banyak pula nak tulis. huhu!”.

Itulah hati manusia, mahu sentiasa yang indah belaka. Jikalau takdir di tangan manusia, mahu sahaja hidup diatur dengan perkara yang positif dan tiada masalah dalam hidup. Tetapi perkara itu mustahil sekali melainkan diubah dengan doa.

Kerana itu, apabila turun ke lapangan masyarakat untuk berdakwah atau bertemu dengan mad’u, ceritakanlah terlebih dahulu perihal keindahan syurga yang indah-indah dan kenikmatan dalam beribadat dengan ganjaran pahala untuk menarik hatinya mencintai kebaikan berbanding menceritakan perihal dosa dan neraka.

Sehari sebelum bertolak pulang ke Kelantan, ana sempat selesaikan butiran penting dalam borang bagi menyambung pengajian master di Universiti Sains Malaysia. Berdoa dan cuba sedayanya untuk mendapat pengajian yang ana mahukan. Mohon doa dari para pembaca sekalian ya. Teringat kata seorang sahabat facebook.

“Tak nak sambung master ke? Jomlah, kita tambahkan lagi para professional Islam”, ana tersenyum membaca ayat yang dia tulis. Sungguh murni niat tersebut…(^^,)

Panjang betul nukilan dalam artikel kali ini ya. Semoga coretan ini turut memberi manfaat buat insan yang membacanya. Wallahu’lam.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)