Rabu, 10 Oktober 2012

7.10.2012

Bismillah~

Ada yang tanya, "akak konvo nanti pakai niqab ke?".

"Asma' konvo nanti boleh pakai niqab ke?".


Ramai la yang tanya soalan nie sebab masing-masing tahu yang kebanyakan universiti tetapkan peraturan tidak benarkan pelajar memakai niqab semasa mengambil skrol diatas pentas. (sebenarnya, dalam dewan lagi).

Jawapan saya semua positif, "pakai, insyaAllah. cuba juga".

Sampai ummi tanya, "masuk nanti pakai macam nie ke? boleh?".

Saya angguk yakin dan cakap, "boleh je...".

                               ------------------------------------------------------------------

Beberapa hari sebelum tu, saya doa sungguh-sungguh minta Allah izin untuk saya tetap istiqomah berniqab di hari bersejarah itu. Jua peringatan kepada saya untuk tahun-tahun yang mendatang supaya ingat semula akan perjuangan ini.

Sebelum pergi ke dewan, saya sempat solat sunat dhuha. Dalam sujud saya minta lagi. Seusai solat, saya tadah tangan dan doa lagi minta Allah makbul dan bagi rezeki untuk tetap berniqab.

Masuk dewan, saya redha dan tawakal dengan aturan yang bakal berlaku. Bersangka baik dengan pegawai yang bertugas di dewan untuk benarkan saya berniqab. Sepanjang pemeriksaan pakaian dan taklimat berlangsung sebelum masuk ke dewan MAS, tiada apa-apa yang berlaku.

Dalam perjalanan masuk, ada yang ambil gambar saya. Mungkin nampak 'pelik' dari biasa sebab saya seorang sesi itu yang berniqab. Tidak kurang juga ada yang berbisik sesama sendiri dengan ayat yang kurang enak telinga saya dengar. Itu hal biasa.

Tiba diatas pentas, sempat seorang pegawai minta saya untuk tanggal sekejap dan pakai semula. Tetapi saya bertegas dan katakan, "bila tanggal, susah untuk pakai semula". (alasan je tu).

Bagaimana mungkin saya setuju sedangkan kamera menghala ke arah saya dan seluruh manusia di dalam dan luar dewan melihat segala pergerakan di atas pentas. Mestilah apabila saya tanggalkan nanti semua manusia yang memandang skrin akan lihat.

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah. saya tetap berniqab dari awal hingga akhir majlis. Allahu Allah. Balik ke bilik, saya sujud syukur atas keizinan ini sambil air mata mengalir atas keizinan Allah kepada saya.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

* Terima kasih buat sahabat yang sudi menemani dan menjaga adik-adik saya yang proaktif sepanjang ummi dan abah masuk ke dewan untuk melihat anak keduanya ini menerima segulung ijazah.

* Terima kasih buat sahabat yang sudi menghadiahkan bunga, coklat dan al-quran serta membelanja saya makan. Semoga Allah murahkan lagi rezeki kalian dengan jalan halal.

* Terima kasih jua buat sahabat yang sudi menziarahi dan bertanya khabar saya serta tumpangkan bilik disamping melayan kerenah saya.

* Terima kasih juga yang sentiasa menyokong saya sepanjang tempoh 4 tahun pengajian ijazah sarjana muda. Terus kirim doa moga perjalanan saya untuk menyambung sarjana diperkenan dan dipermudahkan urusan oleh Allah.

wallahua'lam.

Allahu Allah...

***********************************************
Ini bukan mimpi,
tetapi realiti di alam nyata.

Kita mampu pertahankan hak kita,
tegakkan Islam dalam diri,
Moga Islam tertegak ditanah air mu.

Jika satu masa nanti ku lupa akan secebis kain di wajah,
ingatkan ku akan kisah perjuangan ini.

Alhamdulillah, gambar masa atas pentas yang bakal diterima nanti berniqab! Allahu Allah.

^^

Antara ahli keluarga yang hadir...(^^,)
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(^^,)

blog comments powered by Disqus