“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah
Ya Allah atas keizinan nadi yang masih berdenyut ini. Semoga ianya memberi
peluang dan kesempatan untuk bertaubat dari dosa lalu dalam menggapai redha Mu.
Selawat dan salam buat pembawa rahmat seluruh alam, Nabi Muhammad s.a.w. dan
kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in
dan seterusnya.
Soalan
berkaitan pekerjaan selalu ditanya kepada ana sebaik sahaja selesai praktikal.
Itu perkara biasa bagi mereka yang baru selesai pengajian di kolej atau
universiti. Jawapan yang paling popular bagi soalan tersebut adalah “masih
tanam ‘anggur’, tak tahulah bila boleh ‘berbuah’..”. :p
Tapi,
apabila soalan itu ditanya kepada ana, ana jawab “saya duduk kat rumah je”
sambil tersenyum. Orang tanya tu pun diam dan tak teruskan soalan. hehe! Bukan
tak mahu cerita, malas nak terangkan panjang lebar. Biar dia tahu sendiri…:p
Semalam,
ada seorang pekerja dari sebuah syarikat telefon dan meminta ana untuk hadir
temuduga bagi syarikatnya sabtu ini. Katanya dia sudah teliti resume peribadi
ana. Yang hairannya, bila masa pula ana bagi resume kat mana-mana syarikat?
ajaib-ajaib.
Sebenarnya,
semasa jalani praktikal lagi pihak universiti meminta para pelajar tahun akhir
untuk mengemaskini data peribadi secara oline dalam sistem. Pihak Kementarian
Pengajian Tinggi (KPT) juga begitu, kerana itu ana sering dapat maklumat
berkaitan jawatan kosong di mana-mana syarikat.
Cuma,
sebelum ana ambil jubah konvo hari tu, ana sudah mengisi borang yang pihak KPT
minta dan menyatakan diri sendiri sudah bekerja. (Sengaja letak, kerja sendiri
pun dikira bekerja juga kan?). Nampak sangat sistem tak update…:p
Tekan untuk tumbesaran...:p |
Seperti
yang ana tulis dalam facebook semalam, faktor kesihatan yang kadang-kala turun
naik juga buatkan ana tidak gemar bekerja dengan majikan. Nanti asyik ambil
cuti je bila terover dos tenaga...:p
Sebab
itu fitrah seorang wanita tempatnya di rumah. Tapi, ada ke wanita zaman
sekarang yang mahu menjawat jawatan sebagai suri rumah? Yakinlah, masih ada
yang mahukan jawatan itu…(^^,)
Teringat
pula perdebatan yang berlangsung dalam kelas semasa belajar dulu. Isu yang
diperdebatkan adalah “adakah wanita perlu keluar bekerja atau hanya duduk di
rumah?”.
Bagi
kumpulan lelaki, mereka perlu lontarkan hujah dan pendapat kenapa wanita perlu
keluar bekerja. Bagi kumpulan perempuan pula, kenapa wanita perlu duduk di
rumah.
Ana
jadi teringat sebab ada seorang ahli debat yang lontarkan satu soalan kepada
ana, mungkin sudah kematian idea barangkali. “Secara jujurnya, jika ukhty
diberi pilihan antara bekerja dan duduk di rumah, mana yang akan ukhty pilih?”.
Ana
senyum. Dengan penuh yakin ana jawab, “jauh dilubuk hati saya, jika diberi
pilihan saya akan duduk di rumah”. Dia terdiam seketika dengan jawapan ana.
Mungkin dia tidak menyangka insan yang begitu aktif berpersatuan, kelab, secretariat
pelajar dan menyertai badan NGO boleh berkata sedemikian…(^^,)
Dan
memang benar, saya hanya duduk dirumah tetapi dapat menjana pendapatan sendiri
dengan membuat perniagaan online. Cuma, apabila ada keperluan yang memerlukan
ana keluar untuk berprogram, ana akan cuba usahakan untuk hadir. (dengan bawa
barang-barang untuk menjahit…:p )
Pagi
tadi, ana ikuti perbincangan yang disiarkan dalam rancangan Malaysia Hari Ini
(MHI) dan satu topik yang menarik minat ana adalah usahawan internat. Baru ana
tahu yang Persatuan Usahawan Internat Malaysia(PUIM) ini wujud dan mereka
menjaga kebajikan para usahawan oline disamping perkhidmatan lain.
President
PUIM ini berkata, “hari ini pengguna internat meningkat sebanyak 17 juta
orang tetapi sayangnya tidak ramai yang bijak mengambil peluang ini untuk
menjana pendapatan mereka”. Tiba-tiba je rasa bersemangat mahu teruskan
kerjaya nie…(^^,)
Semalam
sudah memikirkan pelan, impian dan misi untuk Bidadari Solehah Enterprise.
Punya impian untuk bina satu bangunan dua tingkat yang membekalkan pakaian
muslimah. Di tingkat bawah bangunan dijadikan tempat operasi perniagaan
barangan muslimah. Di tingkat atas bangunan pula dijadikan pusat penyebaran
ilmu. Ana boleh buat program motivasi, kuliah pengajian kitab, ceramah dan
sebagainya.
“kalau mahu
bermimpi, mimpilah sampai ke bintang. Jika tak dapat, gapai langit pun jadilah”.
Nampak
menarik kan? Ana tahu ianya akan ambil tempoh masa yang lama untuk tunaikan
impian ini. Tetapi ianya tidak mustahil suatu masa nanti jika diberi kesempatan
umur, nikmat kesihatan yang baik, kewangan yang mencukupi, ilmu yang bermanfaat
dan keizinan dari Allah s.w.t.
Tekan untuk tumbesaran...:p |
Peluang
ini ana buka kepada para muslimat sahaja yang pandai menjahit dan minat
berniaga untuk mulakan perniagaan sendiri. Ana boleh bekalkan kain untuk kalian
jahit, boleh pasarkan di kolej atau kampus bagi mereka yang masih bergelar
pelajar. Bagi yang sudah bekerja atau menjadi suri rumah, boleh cuba untuk
pasarkan secara online.
Bagi
yang berminat, boleh bagi pesanan di page facebook Bidadari Collection yang ada
diblog nie di bahagian atas sebelah kiri ya. Ada yang sudah ana kongsikan ilmu
bagaimana caranya ana jahit tudung & niqab. Juga kongsi sedikit sebanyak
ilmu berkaitan operasi perniagaan online.
Ana
pun ada tulis asas memulakan perniagaan online, boleh buka link nie ya "Bidadari Collectin 1". Mungkin
ada yang berkata ana akan rugi sebab wujudkan banyak persaingan. Ana hanya akan
senyum dan teruskan usaha dakwah ini.
Tekan untuk tumbesaran...:p |
Jika
diberi keizinan dan peluang, InsyaAllah ana bakal sambung belajar pada tahun
hadapan. Surat tawaran untuk sambung master sudah ana perolehi tetapi masih
dalam tempoh pertimbangan kerana ianya hadir dalam tawaran tidak seperti yang
ana mahukan.
Tahap
kemampuan ana juga terhad apabila tempahan banyak masuk. Perkhidmatan yang ana
berikan sangat rendah hingga ambil masa 2 minggu untuk siapkan satu tempahan
tudung.
Masa
untuk ana baca buku, telaah kitab, menulis, jaga adik dan bergaul dengan
masyarakat, rehat dan sebagainya jadi terhad apabila kebanyakan masa sebelum
ini dicurahkan untuk menjahit. Allahu Allah.
Kerana
itu ana buka peluang kepada orang lain untuk turut bersama-sama dengan ana bagi
memasarkan barangan muslimah ini. Mungkin rugi dimata manusia, tetapi diakhirat?
MasyaAllah…(^^,)
Wallahua’lam.
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)