“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Subhanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar.
Selawat dan salam buat kekasih hati yang membawa rahmat seluruh alam, Nabi Muhammad
s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat, tabi’in,
tabi’ tabi’in dan seterusnya.
“Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan
kamu tidak mengetahui”.
(Surah
Al-Baqarah, ayat 216)
Ana
renung ayat ini sedalamnya, ana semak tafsiran ayat ini dalam penjelasan kitab
yang ditulis oleh para ulama’. Akhirnya ana tersenyum, inilah jawapan kepada
persoalan yang sering bermain diminda dan diajukan oleh sahabat-sahabat.
Apakah
kita bertemu dengan orang yang salah? Apakah aturan atau impian yang kita
mahukan sering tidak tercapai? Apakah jalan hidup kita sering ditimpa musibah
dan bermasalah?
Jawapannya
adalah TIDAK. Kenapa?
Dalam
‘basmalah’ sudah cukup membawa erti betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya
Allah kepada makhluk yang diciptanya. Allah
tahu apa yang terbaik buat hambaNya, pastilah Allah akan aturkan hal yang
baik-baik kepada kita.
Ana
renung semula apa yang telah ana lalui sepanjang umur dan masa yang lalu.
Terlalu banyak hal yang berlaku diluar perancangan dan kadang-kala ianya
berlaku tanpa dapat dijangka kehadirannya.
Kisah
ini ana sudah nukilkan pada artikel-artikel yang lalu seperti ini ‘Detik permulaan langkahku’. Ana diminta untuk tukar sekolah dari Maahad ke sekolah
menengah biasa. Menurut akal manusia yang terbatas ini, ana jadi terlalu gerun
dan bimbang jika ‘kematian’ iman dalam diri kerana sudah maklum, sekolah
menengah biasa jauh daripada persekitaran yang solehah.
Saat
diberitahu hal tersebut, peritnya untuk menerima kerana ana bercita-cita mahu menyambung
pengajian ke Timur Tengah. Tetapi disebabkan keputusan Bahasa Arab yang jatuh
menjunam, abah mengambil inisiatif untuk meningkatkan akademik anaknya dengan
menukarkan ana ke sekolah yang pernah menobatkan beliau sebagai pelajar
cemerlang sekolah tersebut. Allahu Allah.
Dua
tahun berada disekolah tersebut, peritnya masih terasa hingga kini. Saban hari
mata sendiri melihat pergaulan bebas yang tidak terjaga, mulut yang sering
bergosip dan mengumpat, apatah lagi pergaduhan dan bertumbuk menjadi ‘makanan’
para pelajar disana.
Sebelum
melangkah ke sekolah, mental dan fizikal perlu bersiap sedia untuk melalui hari
yang mencabar dalam bergaul dengan manusia yang jauh dari fitrah Islam yang
sebenar. Semua itu ana telan sendirian.
Tetapi,
langsung tidak terlintas difikiran dan akal yang terbatas ini. Percaturan Allah
sangat hebat. Hasil ‘didikan’ dari sekolah biasa tersebut, ianya berjaya
membuatkan ana sedar bahawa dibahu ini terpikul satu amanah dan tanggungjawab
sosial yang sangat besar.
Persekitaran
yang dilalui dalam tempoh dua tahun itu berjaya membuka mata ana sendiri bahawa
itulah realiti dan keadaan umat Islam kini yang sedang menuju ambang kemusnahan
jika tidak ditangani dengan segera.
Maka,
apakah apa yang ana lalui itu merugikan diri dan ditempatkan dalam posisi yang
salah? Ya, pada mulanya. Tetapi tidak, pada akhirnya. Malah ana bersyukur
diizinkan oleh Allah untuk belajar disekolah tersebut. Jika tidak bertukar
sekolah, mungkin ana berasa selesa berada dizon selamat yang dikelilingi oleh para
ustaz dan ustazah yang baik-baik tanpa menyedari dibahu ini terpikul amanah
yang berat.
Ana
teringat kata-kata seorang sahabat, “Kalau kita seorang yang kurang sabar
atau panas baran, Allah akan beri kita sesuatu yang boleh ‘mengajar dan
mendidik’ kita untuk menjadi seorang yang penyabar dan lebih tenang orangnya”.
Benar,
ana setuju dengan kata-katanya. Adakalanya Allah hadirkan insan yang suka
membuatkan kita sakit hati, marah dan kesabaran teruji. Kita merasakan
sangatlah bahagia dan aman hidup jika tidak berjumpa dengan insan sebegini,
padahal Allah mendidik kita dengan asbab melalui mereka untuk membuatkan kita
lebih sabar.
Kadang-kala
pula, Allah letakkan kita dalam situasi atau keadaan untuk membuatkan kita
sedar bahawa kita buat silap. Boleh jadi ada sesuatu yang buatkan kita terasa ‘ditegur’
atau dimuhasabah sendiri tatkala melaluinya.
Ana
suka kata-kata ini. Ianya ditulis oleh penulis yang dikenali ramai. Sangat
benar apa yang beliau kongsikan dalam facebook peribadinya. Indahkan punya
peribadi seperti ini? (^^,)
----------------------------------------------------------------------
Kita punya
impian,
kita juga
punya misi hidup.
Jika takdir
ditangan manusia,
Pasti kita
mahu aturkan yang baik-baik sahaja.
Tapi
yakinlah, pelangi yang hadir setelah hujan sangatlah cantik! (^^,)
Merasa cukup dengan
yang sedikit.
Merasa syukur dengan yang banyak.
"sesiapa yang menyerahkan seluruh urusannya kepada Allah, Allah akan mencukupkan keperluannya".
Merasa syukur dengan yang banyak.
"sesiapa yang menyerahkan seluruh urusannya kepada Allah, Allah akan mencukupkan keperluannya".
.:: Wallahua’lam
::.
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)