Selasa, 4 Julai 2017

PETANDA

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Hari nie dah tak ingat hari keberapa tak sihat.
Tapi rasa macam seminggu dah ๐Ÿ˜‚.

Sebelum jatuh sakit nie, memang muncul beberapa petanda yang saya bakal jatuh sakit. Cuma malas nak fikir dan tak kisah sangat memandangkan masih berbaki tiga hari lagi Ramadan.

Antara petanda tu, gusi bengkak. Bila gosok gigi, akan mula berdarah. Berlarutan dalam tiga hari juga la macam tu sampai rasa tak nak gosok gigi, Huhuhu… 1 syawal baru rasa okey sikit dan mula banyak minum air kosong. Bila gusi bengkak dan berdarah, 1 je saya fikir bakal berlaku nanti iaitu demam panas. Bila badan panas dan suhu tiba-tiba naik, memang gusi akan bengkak dan berdarah.

Ais memang saya elak dan minum air kosong je bila pergi beraya rumah saudara mara. Tapi 5 syawal, rasa terliur sangat. Ditambah plak cuaca panas, minta husband beli ice mocha. Malam esoknya dah mula rasa tak sedap badan. Pagi esok tu demam selsema. Malam, husband pergi ambil ubat homeopaty. Alhamdulillah dah makin surut demam. Senyum sampai telinga ๐Ÿ˜.

Saya sangat yakin, tiap apa yang berlaku, Allah mesti cipta sesuatu untuk bagi ‘signal’ pada kita. Maksudnya asbab atau petanda sebelum sesuatu tu berlaku. Selalunya bila kita dengar khabar ada orang meninggal, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa? Sakit apa? Walaupun kita tahu ajal itu di tangan Allah, Malaikat Izrail melakukan tugas tanpa tertangguh walau sesaat, pasti ada asbab yang menyebabkan berlaku kematian.

Sama juga macam apa yang berlaku pada saya.
Dah ada petanda / punca nak demam. Layan juga nafsu nak minum ais. Sekarang, merasalah padahnya sendiri. Huhuhu…

Begitulah juga berlaku pada arwah tok ayah saya Januari tahun lepas. Abah bagitahu, arwah tok abah asyik sesak nafas dan keluar masuk hospital, pergi sedut oksigen. Lepas tu, kena tahan dalam wad sebab doktor nak check darah. Rupanya, paru-paru arwah tok ayah sudah dijangkiti kuman dan sedang merebak menuju ke organ lain. Masa melawat arwah tok ayah, saya nampak tanda yang menunjukkan arwah tok ayah bakal pergi menemui Allah.

Masih saya ingat senyuman arwah tok ayah waktu melawat di hospital. Dari jauh, raut wajahnya yang sudah tua, tersenyum lebar memandang ke arah saya dan suami. Tangannya terus dihulur untuk bersalam sebaik saja kami sampai. Senyuman itu terus melekat dalam ingatan saya. Hanya itu satu-satunya kenangan manis terakhir yang saya ada bersamanya ๐Ÿ’—.

Dua minggu selepas keluar masuk hospital, kuman sudah merebak hampir ke seluruh organ. Sudah cuba pelbagai cara tetapi tetap melalui jalan buntu. Akhirnya, kuman menyerang otak membuatkan arwah tok ayah koma. Jantung masih berdegup dan bergantung pada mesin penyokong hayat.

Doktor bagitahu sudah tiada apa yang boleh dilakukan sebagai kudrat seorang manusia perubatan, hanya keajaiban dari Allah saja yang mampu menyembuhkannnya. Tanda akhir kematian sudah jelas nampak pada arwah tok ayah. Kaki, hidung, telinga semuanya sudah luruh atau jatuh ke bawah. Dua hari lepas koma, arwah tok ayah pergi untuk selamanya. Wajahnya bersih sangat, seperti sedang tidur pun ada. Tersenyum manis seolah-olah sudah tahu apa yang bakal diterimanya. MasyaAllah…

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡
(Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu)


"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"


Allah Lebih Tahu ๐Ÿ˜Š