Jumaat, 30 Julai 2010

“Teguran” Allah s.w.t. Buat Diriku…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini walaupun diri ini kadang-kala leka dan alpa dalam mengingati Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku yang teramat ku cintai, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Hati ini muhasabah kembali…berjalan, melihat dan mentafsir… Ku melihat hikmah yang tersusun rapi sepanjang pengembaraan ku pada hari ini. Bukannya kebetulan tetapi memang aturanNya. Dan akhirnya, ku tersenyum sendiri dan semakin tenang tika rukuk dan sujud kepadaNya…(^_^)
Ana melihat dua orang pemuda berbangsa arab, datang ke gerai tempat ana berniaga. Sungguh indah ukhuwah itu, mereka berbual mesra ibarat sepasang kekasih. Termenung seketika melihat telatah mereka…ana rindu pada sahabat perjuangan yang sudah tamat belajar..benar-benar rindu…
Rindu untuk bersama dalam gerak kerja da’wah. Bukan bermaksud pimpinan yang sedia ada ini tidak bagus, tetapi perasaan itu tetap lain. Tambahan pula dapat mesej dari sahabat perjuangan yang sudah tamat belajar mendoakan ana moga diri ini terus istiqomah dalam mengislahkan kampus…hati ini bertambah rindu pada mereka semua…
Pernah diri ini mengatakan untuk “undur” diri dari perjuangan ini, hati nekad tika itu untuk letak jawatan dan sudah bersedia untuk berundur. Namun, ramai sahabat-sahabat menolak sekerasnya tika hasrat itu disampaikan pada mereka. Hati ini letih saat itu…jiwaku terseksa…kepenatan yang amat sangat…
Penat dengan semua itu. Bukannya diri ini tidak mampu untuk hadapi mehnah dalam perjuangan kerna di awal perjuangan da’wah ini lagi sudah ku katakan pada jiwa dan hati ini… “perjuangan da’wah ini bukan untuk orang yang manja”.
Diri ini terasa teramat letih tika itu kerna melihat ramai pejuang “gugur” saat diangkat naik menjadi pemimpin. Semakin menjauh dari niat yang asal. Tarbiyah dan istiqomah yang dilaksanakan sebelum ini semakin pudar. Malah nasihat yang diberikan dibalasnya dengan kata-kata sindiran. MasyaAllah..
Seolah-olah diri ini sudah tidak mengenalinya. Terasa keseorangan di kala itu. Mereka membawa fitnah kepada Islam juga persatuan dan kelab-kelab Islamic….dan ana juga terkena tempiasnya…Nauzubillah..
Di saat itulah ku merindui kenangan indah bersama sahabat-sahabat yang sudah tamat belajar.
Alhamdulillah…Allah s.w.t. menguatkan jiwa dan semangat untuk diri ini terus bertahan sehingga kini. Berkat kesabaran dan ujian yang ana lalui, akhirnya ana sudah mampu tersenyum semula pabila pejuang yang dahulunya “kematian” Imannya kembali semula berjuang bersama ana.
Beberapa jam yang lalu…ana terima mesej ini dari seorang sahabat seperjuangan yang ana hormati yang masih setia dengan perjuangan ini walaupun sudah berada di semester akhir…
"Hidup ini indah bila mehnah melanda..bila hati redha tanpa dipaksa...jiwa menangis bila dipuja...itulah jiwa insan yang merdeka bergelar HAMBA..."
~Hubbulhaq~
Subhanallah…sungguh indah dan mendalam bait kata-kata ini. Ditambah pula dengan artikel ini. Membuatkan diri ini terpaku dan terkesima sebentar saat membacanya. “Teguran” Allah s.w.t. buat diri ini, hadir dalam keadaan yang cukup berhikmah….(^_^)….
Ana peroleh artikel ini tika melawat blog Hilal Asyraf. Ada seorang yang memberi komen meletakkan artikel ini… selamat membaca…….

Khamis, 29 Julai 2010

Motivasi: Seka air matamu pejuang.


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan untuk terus menerus beribadat kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, sedang menziarahi blog sahabat-sahabat. Ana tertarik dengan artikel ini, terkesima seketika. Ya Allah…disaat diri ini diuji keikhlasan hati untuk terus berjuang dijalanNya. Allah s.w.t. pertemukan dengan artikel ini sebagai pembakar semangat.
Ana ambil dari blog Hilal Asyraf yang sememangnya kita ketahui adalah seorang penulis buku yang cukup hebat kerna dihadapanNya hanyalah Allah s.w.t. dan bukannya yang lain.
Moga sama-sama peroleh manfaatnya… selamat membaca….(^_^)

Selasa, 27 Julai 2010

Ulang Tahun Pertama “Kembara Sufi Di Bumi Tuhan”


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini yang tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa hati ini rindui untuk bertemu dengan mu, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat Baginda dan tab’in sekalian.
Akhirnya punya kesempatan untuk menulis juga kali ini. Takdir Allah s.w.t. untuk memberi ana kerehatan. Jika difikir semula jadual ana hari ini, bermula jam 9 pagi hinggalah 11 malam punya aktiviti. Disebabkan badan sudah “merenggek” meminta direhatkan, ana membatalkan aktiviti yang ada dan diserah kepada orang lain untuk dihandle… Alhamdulillah…
Hari yang penuh barakah… “diari” kembara sufi di bumi Tuhan menyambut ulang tahun yang pertama hari ini iaitu pada 15 sya’ban..alhamdulillah Ya Allah… masih teringat kali pertama niat untuk membuka blog muncul di sanubari setelah melihat ramai sahabat-sahabat punya blog sendiri.
Bermula dari kosong sehinggalah penuh dengan berbagai pengisian. Alhamdulillah Ya Allah… ana melihat artikel yang ditulis di awal blog ini “lahir”, amat berbeza sekali. Maklumlah budak baru belajar….(“,).
Namun, kekuatan semangat yang diberikan oleh seorang sahabat yang ana hormati membuatkan jari ini terus menari-nari di atas papan keyboard laptop. Mencurah idea dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat buat pembaca sekalian.

Isnin, 26 Julai 2010

Jiwa yang perlu ku kembalikan


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani” 
Alhamdulillah Ya Allah atas limpah kurnia Mu buat hamba ini yang kadang-kala leka dan alpa dalam mengingati Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ku merenung jauh masa-masa yang telah ku lalui sepanjang pengembaraan di Bumi Allah s.w.t. ini. Sudah lama rasanya tidak muhasabah begini, tambahan pula jadual seharianku begitu padat dengan pelbagai aktiviti. Pabila sudah menjejakkan kaki ke bilik, badan ku pula meronta meminta untuk direhatkan namun ku gagahkan jua untuk bertahan menghabiskan sisa-sisa kerja yang masih berbaki.
Sejak diri ini dan beberapa orang sahabat lagi mengorak langkah yang berani iaitu membuka bisnes di cafeteria kolej. Jadual seharian kami menjadi semakin padat, tambahan pula kami semua ini juga merupakan wakil pimpinan di kampus. Perlu membahagi masa dengan amanah sebagai pelajar, da’ie juga usahawan. Tidak lupa jua amanah sebagai hambaNya.
Semalam, ana membaca semula artikel yang ditulis. Perasaan membacanya lain sangat, tidak seperti sebelum ini. Seolah-olah tidak punya jiwa sewaktu menulis, yang ada dalam fikiran hanya mahu memenuhi bilangan artikel yang wajib ditulis tiap bulan buat pembaca sekalian. 

Sabtu, 24 Julai 2010

Hebatnya Kuasa Ikhlas…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini, hamba ini rukuk dan sujud kepada Mu Ya Allah. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…akhirnya diri ini diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk menulis. Keinginan untuk menulis dan mengupdate “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan terpaksa dipendam kerna punya komitmen yang lain. Alhamdulillah, kali ini punya kesempatan.
Ada kisah disebalik catatan kali ini, ana melihatnya sewaktu mengembara di Bumi Allah s.w.t…hikmahnya tersembunyi namun hanya yang berfikir sahaja dapat “melihat” dan menilainya. 

Isnin, 19 Julai 2010

Kerna Kau Menjadi PilihanNya…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih diberi peluang kepada insan kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat idola hati ku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Beberapa hari yang lepas, ana meronda sambil ziarah ke facebook sahabat-sahabat kenalan. Status mereka kebanyakannya meletakkan supaya Allah s.w.t. bantu dan memberikan kekuatan supaya tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang telah ditetapkan buat diri mereka.
Ana suka membaca kisah-kisah kehidupan orang lain kerna ia juga merupakan “guru” kehidupan buat diri ana secara tidak langsung. Ana selak satu persatu kisah perjalanan hidup mereka, merenung dan mentafsir apa yang berlaku kerna mana mungkin Allah s.w.t. jadikan sesuatu dengan sia-sia tanpa hikmahnya yang tersendiri.
punya cerita duka, punya cerita luka,
Itulah namanya arca manusia….
Punya hati suka, namun sakit saat terluka,
Itulah namanya jiwa manusia…
Mengukir saat bahagia, menatap waktu sengsara,
Itulah takdir cinta Yang Esa…

Sabtu, 17 Julai 2010

Nasihat bagi hati


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, baru punya kesempatan untuk menulis. Walau sesibuk mana sekalipun, walau sepadat mana jadual dan aktiviti harian ana. InsyaAllah ana akan cuba untuk terus istiqomah dalam menulis. Ameen…
Doa-doakan ana ye…wahai sahabat-sahabat pembaca sekalian.
Sedikit perkongsian dari ana untuk artikel kali ini. Alhamdulillah, nasihat buat hati sewaktu kembara ilmu pagi tadi. Ringkas sahaja nasihatnya, namun sungguh mendalam maksudnya.
Benarlah kata sang bijaksana, “sucinya hati seseorang maka terpancarlah hikmah dilidahnya”. Makin banyak bicara, makin banyak pula kesalahannya. “mukmin itu diamnya fikir..bicaranya zikir”.

Isnin, 12 Julai 2010

Alhamdulillah….(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini. Selawat dan salam kepada kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ya Allah…. Alhamdulillah….(^_^)
Hanya itu yang mampu ku ucap sebagai tanda syukur kepadaNya. Alhamdulillah, hari ini baru berkesempatan untuk membaiki sistem yang ada dalam “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan nie…
Ana sudah lama perasan ada yang tak kena dengan sistem dalam blog nie beberapa minggu yang lepas, tetapi ana mengandaikan mungkin ana seorang sahaja yang mengalaminya. Sehinggalah ada seorang sahabat yang memberi komen di shout box menyatakan agak sukar untuk post komen. Syukran ye Ikin atas perhatian ukhty..(“,)
Selepas itu, ana cuba untuk membaikinya. Maklumlah, budak baru belajar…hehe.. dah la tak de guru plak nak mengajar untuk ubah sistem dalam blog nie, jadi ana cuba kaedah matematik..try and error…(“,).. sayangnya tak jadi. Bertambah teruk adalah…hehe..

Ahad, 11 Julai 2010

Di Dunia Ada Syurga…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus mengembara di bumi Mu ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana baru sahaja selesai membaca sebuah buku berkaitan kisah-kisah inspirasi dan motivasi jiwa. Bergetar hati ini tiap kali membaca bait-bait ayat yang tertulis, helaian demi helaian yang diselak membuatkan hati ini sebak. Bertambah sayang, kasih dan cinta kepada Yang Maha Esa…Subhanallah..
Teringat kata-kata arwah Ustaz Asri (Rabbani). Katanya….
“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat,aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...”
Kisah-kisah yang ditulis di dalam buku tersebut adalah kisah benar belaka dan ianya di nukilkan untuk menjadi pedoman dan pengajaran buat sesiapa yang membacanya…insyaAllah..


Jumaat, 9 Julai 2010

Senaman Ar-Ruhul Jadid


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna dengan izin dari Mu, hamba ini masih diberi kesempatan untuk beribadat kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih hati, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana masih terkenangkan apa yang berlaku subuh semalam, seolah-olah ingin kembali semula pada saat itu. Terlalu indah kenangan itu untuk dikenang, permulaan yang baik untuk mengislahkan kampus….InsyaAllah akan tersemat dalam “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini…(^_^)
Semalam, selepas subuh seluruh kampus digegarkan dengan senaman ruhul jadid yang pertama kali di perkenalkan di kampus. Merupakan satu alternative bagi mengantikan tarian poco-poco dan chicken dance yang dengan gerak tari dan lagu entah apa-apa. Tahniah kepada Fasilitator Pusat Islam kerna berjaya melaksanakan misi ini.
Kami di ajar senaman ruhul jadid ini sewaktu mengikuti kursus Fasilitator Pusat Islam dan diminta berlatih untuk mengajarkan pula kepada adik-adik. Satu senamrobik secara Islam dengan lirik berkaitan jihad. Cukup membangkitkan semangat apatah lagi maksud “ruhul jadid” adalah semangat baru.
Alhamdulillah Ya Allah kerna dengan izin dari Mu, semua itu berjalan dengan lancar. Moga-moga misi kami untuk mengislahkan kampus berjaya…ameen..

Rabu, 7 Julai 2010

Mimpi Yang Indah…^_^


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in.
Sudah beberapa hari “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini tidak diupdate. Alhamdulillah Allah s.w.t. kurniakan kelapangan dan kesempatan buat hamba yang lemah ini untuk menulis. Maaf wahai pembaca sekalian kerna tidak berkesempatan untuk mengupdate blog nie, juga tidak sempat membalas komen di shout box.
Ana dan sahabat seperjuangan sedang membantu Pusat Islam UUM dalam menguruskan Minggu Suai Kenal, kemasukan pelajar baru sesi 2010/2010. Punya matlamat dan azam yang kukuh untuk mengislahkan kampus, juga syariat Islam yang wajib kami angkat dan julang setingginya. Doa-doakan ye..InsyaAllah…
Kami menggalas amanah yang berat kerna tidak semua orang mampu untuk melakukannya. Diberi kursus “teori” selama dua hari sebelum orientasi sebenar bermula. Kami di asuh dan diberi energy sebagai da’ie juga kepercayaan oleh Pengarah Pusat Islam serta staf yang lain untuk membantu misi mereka dalam mengislahkan kampus.
Dan orientasi ini adalah permulaanya, manakala program susulan akan dilaksanakan supaya misi ini akan berjaya. InsyaAllah, itulah harapan kami semua. Berbagai cabaran yang kami terima sejak hari pertama lagi sehinggalah saat ini. Itulah lumrah bagi insan yang memilih jalan ini.

Khamis, 1 Julai 2010

Jatuhnya seseorang bila……………..


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus beribadat kepada Mu. Selawat dan salam buat pemilik cintaku selepas Allah s.w.t. iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana sedih sebab terlepas satu artikel untuk bulan lepas, tidak cukup satu artikel….. nampaknya untuk bulan nie kena top up lah satu artikel. Harap-harap dapat terus istiqomah…insyaAllah….
Semalam ana buat kajian tentang seseorang tetapi entah kenapa laman web yang pernah ana lawati sebelum ini tidak dapat dibuka, sudah beberapa kali mencuba tetapi tetap tidak dapat. Pagi nie ana cuba alternative lain, dapat juga maklumat yang ana mahu kongsikan walaupun di laman web yang lain. Alhamdulillah…
Beliau adalah insan yang ana jadikan pembakar semangat buat adik-adik STPM sewaktu memberi ceramah dua hari lalu. Jadi, ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat pembaca pula. Moga peroleh manfaatnya ye…