Sabtu, 24 Julai 2010

Hebatnya Kuasa Ikhlas…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini, hamba ini rukuk dan sujud kepada Mu Ya Allah. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…akhirnya diri ini diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk menulis. Keinginan untuk menulis dan mengupdate “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan terpaksa dipendam kerna punya komitmen yang lain. Alhamdulillah, kali ini punya kesempatan.
Ada kisah disebalik catatan kali ini, ana melihatnya sewaktu mengembara di Bumi Allah s.w.t…hikmahnya tersembunyi namun hanya yang berfikir sahaja dapat “melihat” dan menilainya. 

XXXXXXXXXXXXX
Saat itu, ana dan beberapa orang sahabat sedang menjamu selera di café. Terbitlah kata-kata dari seorang sahabat ana nie. “akak tak sangka plak adik-adik tadi boleh menangis bila dengar tazkirah yang diberikan”.
Ana tersenyum sambil menganggukkan kepala seolah-olah membenarkan kata-kata sahabat ana tadi seraya berkata, “betul tu kak, itulah hebatnya kuasa ikhlas.”
Jika difikir semula, tazkirah yang diberikan sudah banyak kali didengar malah sudah boleh tahu isi didalam dan matlamat yang ingin disampaikan. Namun, hati insan yang ikhlas untuk memberi berjaya mengetarkan hati-hati insan yang mendengarnya. Itulah hebatnya kuasa ikhlas. Subhanallah…
Sedang mencari-cari kisah para sahabat untuk dijadikan rujukan dan dimuatkan dalam artikel kali ini. Allah s.w.t. permudahkan dengan menunjukkan kisah ini untuk dikongsi bersama...
Sayyidina ’Abdul Qadir al-Jailani dalam menyampaikan pengajiannya menggunakan bahasa yang sangat sederhana. Anak beliau yang telah banyak menuntut ilmu dan gemar menyampaikan ilmu berbisik di dalam hatinya: Jika aku diizinkan menyampaikan ilmu, tentu akan lebih banyak orang yang menangis.


Maka suatu hari Sayyidina ’Abdul Qadir al-Jailani ingin mendidik anaknya, beliau berkata kepada anaknya: Wahai anakku! Berdirilah dan sampaikan syarahanmu. Anak beliau kemudiannya bersyarah dengan isi dan gaya yang bagus sekali. 


Namun tiada seorang pun yang menangis dan merasa khusyu’. Para hadirin bahkan merasa bosan mendengarnya. Setelah anaknya selesai bersyarah, Sayyidina ’Abdul Qadir al-Jailani naik keatas mimbar lalu berkata: Para hadirin sekelian, malam tadi isteriku ummul fuqaro’, menghidangkan ayam panggang yang sangat lazat, tiba-tiba seekor kucing datang dan memakannya.

Mendengar ucapan ini, para hadirin menangis dan menjerit. Anak beliau berkata: Aneh …. aku bacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka, hadits-hadits Nabi Muhammad s.a.w.  syair dan pelbagai akhbar, tidak seorang pun yang menangis. Tetapi ketika ayahku menyampaikan ucapan yang tidak ada ertinya, mereka justru menangis. Sungguh aneh, apa sebabnya????


Inti ceramah (syarahan, ilmu) bukan terletak pada susunan kalimat tetapi pada kesucian hati dan sifat shidq (benar) orang yang berceramah (bersyarah, berbicara, dan sebagainya)


Sewaktu Sayyidina ’Abdul Qadir al-Jailani berbicara, para hadirin menangis kerana mengertikan ’kucing’ dalam kisah beliau itu dengan syaitan yang mencuri amal anak Adam dengan cara menimbulkan rasa riya’, ujub dan kibr (sombong). Ada yang menangis kerana mengibaratkan cerita itu dengan keadaan su’ul khatimah, yakni ia membayangkan seseorang yang memiliki amal yang sangat banyak, tetapi usianya berakhir dengan su’ul khatimah. Mereka menangis dan merasa takut kepada Allah hanya kerana ucapan biasa.
Sesungguhnya dari ucapan itu telah membuatkan mereka berfikir, menerbitkan cahaya di hati mereka, berkat dari cahaya yang memancar dari hati Sayyidina ’Abdul Qadir al-Jailani.


Diambil dari Habib Umar Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz  menyebut di dalam Irsyadatud Da’iyat (kumpulan pelajaran Habib Umar di Darul Zahra’)
XXXXXXXXXXXXX
Pernahkah kita berfikir sejenak, mengapa teguran, nasihat dan tarbiyah yang kita berikan kepada sahabat kita yang melakukan dosa tidak pernah dihiraukan?
Tanyalah hati kalian, adakah kalian ikhlas tika memberi teguran, nasihat dan tarbiyah tersebut. Kata-kata ikhlas yang terbit dari hati yang bersih malah suci sewaktu menyampaikannya mampu mengetarkan jiwa-jiwa insan yang keras.
Keihklasan tidak semudah yang diucap…hanya insan yang berhati suci akan memperolehnya. Lantas ku teringat akan kekasih hati yang sentiasa diri ini rindui. Betapa ikhlasnya hati Baginda, betapa kasih dan cintanya Baginda kepada Umatnya…Ya Allah, berikanlah diri ini peluang untuk bertemu dengannya…ameen..
“hati yang suci dan penuh keihlasan akan terpancar hikmah dilidahnya tika berbicara”
Wassalam…..
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus