“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna dengan izin dari Mu, hamba ini masih diberi kesempatan untuk beribadat kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih hati, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana masih terkenangkan apa yang berlaku subuh semalam, seolah-olah ingin kembali semula pada saat itu. Terlalu indah kenangan itu untuk dikenang, permulaan yang baik untuk mengislahkan kampus….InsyaAllah akan tersemat dalam “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini…(^_^)
Semalam, selepas subuh seluruh kampus digegarkan dengan senaman ruhul jadid yang pertama kali di perkenalkan di kampus. Merupakan satu alternative bagi mengantikan tarian poco-poco dan chicken dance yang dengan gerak tari dan lagu entah apa-apa. Tahniah kepada Fasilitator Pusat Islam kerna berjaya melaksanakan misi ini.
Kami di ajar senaman ruhul jadid ini sewaktu mengikuti kursus Fasilitator Pusat Islam dan diminta berlatih untuk mengajarkan pula kepada adik-adik. Satu senamrobik secara Islam dengan lirik berkaitan jihad. Cukup membangkitkan semangat apatah lagi maksud “ruhul jadid” adalah semangat baru.
Alhamdulillah Ya Allah kerna dengan izin dari Mu, semua itu berjalan dengan lancar. Moga-moga misi kami untuk mengislahkan kampus berjaya…ameen..
XXXXXXXXXXXXX
Di kolej lain, beberapa Fasilitator Pusat Islam membuat latihan selepas subuh dan selepas sarapan, akhirnya mereka sudah dapat mengingati step yang ada dalam senaman ruhul jadid. Manakala Malam sebelum acara ini bermula, di bilik Fasilitator masing-masing termasuk ana, kedengaran nasyid ruhul jadid ini di mainkan. Ana tersenyum sendirian, begitu semangat semuanya. Alhamdulillah….(^_^)
Sebaik sahaja selesai solat subuh, alunan zikir memuji Allah s.w.t. kedengaran dan semua pelajar diminta turun di perkarangan Masjid untuk melaksanakan senaman Ruhul Jadid ini.
Ana yang berada dihadapan, tersenyum puas seolah-olah melihat tentera Islam sedang bersiap sedia untuk bertempur. Senaman ini direka, diolah dan digabungkan dengan gerakan tai chi, tomoi, dan lain-lain seni mempertahankan diri.
adik-adik dan kami semua menjayakan senamrobik secara Islam ini dengan penuh semangat dan energy jihad mengalir dalam tubuh tiap dari kami. Apatah lagi sebaik sahaja nasyid ruhul jadid menunjukkan pengakhiran, laungan takbir kedengaran…Allahuakbar!
Ana berdoa moga senaman ruhuj jadid ini akan terus dilaksanakan bagi mengantikan senamrobik yang entah apa-apa. Tiupkan semangat jihad dalam diri tiap insan yang mendengarnya. insyaAllah…ameen..
Misi kami bukan selesai setakat itu sahaja, sebaliknya akan diteruskan amanah ini sehingga tiap dari Fasilitator Pusat Islam menamatkan pengajian di Kampus. Begitu berat amanah ini, namun permulaan untuk mengislahkan kampus bermula dengan baik. Moga-moga ianya berterusan.
Ar-Ruhul Jadid
Album :
Munsyid : Ar-Ruhul Jadid
http://liriknasyid.com
Munsyid : Ar-Ruhul Jadid
http://liriknasyid.com
Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada
Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia
Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa
Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada
Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia
Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa
Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia
Jadi, kepada sahabat pembaca yang ingin mencuba untuk melakukan senaman ruhul jadid ini dalam program atau acara, bolehlah search dalam youtube iaitu senam ruhul jadid. Ayuh…! Kita sebarkan Ar-Ruhul Jadid….