Isnin, 26 Julai 2010

Jiwa yang perlu ku kembalikan


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani” 
Alhamdulillah Ya Allah atas limpah kurnia Mu buat hamba ini yang kadang-kala leka dan alpa dalam mengingati Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ku merenung jauh masa-masa yang telah ku lalui sepanjang pengembaraan di Bumi Allah s.w.t. ini. Sudah lama rasanya tidak muhasabah begini, tambahan pula jadual seharianku begitu padat dengan pelbagai aktiviti. Pabila sudah menjejakkan kaki ke bilik, badan ku pula meronta meminta untuk direhatkan namun ku gagahkan jua untuk bertahan menghabiskan sisa-sisa kerja yang masih berbaki.
Sejak diri ini dan beberapa orang sahabat lagi mengorak langkah yang berani iaitu membuka bisnes di cafeteria kolej. Jadual seharian kami menjadi semakin padat, tambahan pula kami semua ini juga merupakan wakil pimpinan di kampus. Perlu membahagi masa dengan amanah sebagai pelajar, da’ie juga usahawan. Tidak lupa jua amanah sebagai hambaNya.
Semalam, ana membaca semula artikel yang ditulis. Perasaan membacanya lain sangat, tidak seperti sebelum ini. Seolah-olah tidak punya jiwa sewaktu menulis, yang ada dalam fikiran hanya mahu memenuhi bilangan artikel yang wajib ditulis tiap bulan buat pembaca sekalian. 

Tidak seperti sebelum ini, blog ini dijadikan wadah untuk ku sebarkan da’wah juga cuba mengikat ilmu yang ku pelajari dengan menulis. Seolah-olah ku hilang rentak…………….jiwa terasa kosong. Ibarat mayat hidup, jasad ada tapi jiwa mati.
Lantas ku teringat nasihat yang pernah ku berikan kepada sahabat seperjuangan ku yang lain. Pabila “pimpinan” syaitan laknatullah bermesyuarat dan berbincang bagaimana untuk menjauhkan anak adam dengan Allah s.w.t., hanya satu perkara sahaja iaitu sibukkan mereka dengan pelbagai aktiviti hingga lupa istiqomah yang telah mereka lakukan sewaktu lapang.
Ya Allah….hamba ini sedang melalui praktikalnya…kuatkanlah kembali jiwa ini Ya Allah untuk sentiasa dekat dengan Mu…
Teringat saat seorang sahabat bertanya kepada ku, bagaimana diri ini dan sahabat yang lain mampu menguruskan masa seharian supaya tidak satu pun misi dan amanah yang ada terabai.
Ana katakan, “jika jiwa sentiasa berada dekat dengan Allah s.w.t….tidak ada satu pun yang mustahil kerna Allah s.w.t. itu penuh dengan kejutan dan keajaiban hingga membatasi akal fikiran manusia yang lemah ini.”
Idola hatiku membuatkan diri ini untuk terus kuat dan terus melangkah. Baginda bukan sahaja seorang Rasul, malah juga sebagai panglima perang, pentadbir negara Islam Madinah, Imam, pemimpin rumah tangga dan banyak lagi tetapi Baginda lah insan yang jiwanya sentiasa dekat dengan Allah s.w.t…..Subhanallah…
Ya…ku harus mencari semula rentak yang semakin pudar dan kembalikan jiwa yang hilang sebelum terlambat…insyaAllah…
Esok merupakan hari ulang tahun yang pertama buat “diari” kembara sufi di bumi Tuhan ini. Moga ianya akan terus bernyawa, bukan sahaja sentiasa di update malah punya jiwa yang ikhlas untuk terus menulis dan mengajak orang lain untuk sentiasa dekat denganNya…insyaAllah…ameen..
Doakan ana ye wahai pembaca sekalian…(^-^)

 
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI....(",)
blog comments powered by Disqus