“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in.
Sudah beberapa hari “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini tidak diupdate. Alhamdulillah Allah s.w.t. kurniakan kelapangan dan kesempatan buat hamba yang lemah ini untuk menulis. Maaf wahai pembaca sekalian kerna tidak berkesempatan untuk mengupdate blog nie, juga tidak sempat membalas komen di shout box.
Ana dan sahabat seperjuangan sedang membantu Pusat Islam UUM dalam menguruskan Minggu Suai Kenal, kemasukan pelajar baru sesi 2010/2010. Punya matlamat dan azam yang kukuh untuk mengislahkan kampus, juga syariat Islam yang wajib kami angkat dan julang setingginya. Doa-doakan ye..InsyaAllah…
Kami menggalas amanah yang berat kerna tidak semua orang mampu untuk melakukannya. Diberi kursus “teori” selama dua hari sebelum orientasi sebenar bermula. Kami di asuh dan diberi energy sebagai da’ie juga kepercayaan oleh Pengarah Pusat Islam serta staf yang lain untuk membantu misi mereka dalam mengislahkan kampus.
Dan orientasi ini adalah permulaanya, manakala program susulan akan dilaksanakan supaya misi ini akan berjaya. InsyaAllah, itulah harapan kami semua. Berbagai cabaran yang kami terima sejak hari pertama lagi sehinggalah saat ini. Itulah lumrah bagi insan yang memilih jalan ini.
XXXXXXXXXXXX
Sebaik sahaja kursus tamat, kami semua pulang ke kolej masing-masing. Namun, tidak semua daripada kami dapat menarik nafas lega kerna ada dikalangan kami terpaksa berpindah randah. Atas bantuan dari sahabat seperjuangan, masalah itu dapat diatasi untuk sementara waktu. Tapi itu bukan jalan penyelesaian.
Sehari sebelum orientasi, kami sudah menghadapi masalah penginapan dan makanan. Ada dikalangan kami terpaksa menumpang bilik fasilitator Pusat Islam yang lain dan fasilitator kolej. Tindakan yang lambat dari pihak atasan yang sudah dimaklumkan lebih awal menyebabkan kami menerima kesulitan itu sebagai “tarbiyah” dari Allah s.w.t.
Keesokan harinya, beberapa orang sahabat seperjuangan berada di Pusat Islam untuk menyiapkan kerja yang ada. Masing-masing membawa cerita dan ada sesi luahan perasaan tentang apa yang mereka alami. Saling menguatkan antara satu sama lain supaya semua kepayahan, kesusahan dan kesulitan itu dihadapi dengan penuh kesabaran.
Ana yang mendengar khabar tentang masalah tersebut tidak sanggup untuk duduk diam. Sebaik sahaja kunci kereta ditangan, terus ke kolej berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. semua itu mampu disettlekan dalam masa beberapa jam sahaja.
Selesai sahaja urusan di kolej berkenaan, ana mengadakan sedikit perkongsian muhasabah diri untuk mereka yang menghadapi masalah ini. Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah supaya mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya.
Ana ceritakan juga bagaimana pengalaman ana yang sebelum ini sewaktu menguruskan Minggu Suai Kenal yang lepas. Terlepas destinasi yang dituju akibat terlalu keletihan dari program yang sebelumnya, mahu turun di Alor Star, Kedah tetapi terlepas ke Kangar, Perlis seperti yang ditulis pada artikel yang sebelum ini.
Terpaksa bertegas dengan beberapa orang yang hanya “Islam” pada nama supaya taat untuk tidak melengahkan masa supaya adik-adik dapat solat pada waktunya sehingga nama ana jadi sebutan kerana begitu keras menentang. Dan banyak lagi.
Akhirnya, pengalaman yang lepas itulah membuatkan ana masih mampu berdiri dengan kukuh hingga kini kerana sebenarnya kesulitan dan kepayahan itu adalah kekuatan untuk kita terus melangkah.
Ana kuatkan mereka juga dengan berkata,“ini adalah jalan yang kita pilih, sudah wajib kita sebagai pejuang merasai semua kesulitan kerna itu jalan da’wah ini bukan untuk orang yang manja. Itu adalah janji Allah s.w.t., mereka yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. sudah pasti akan diuji olehNya. Jadikan semua keperitan yang kita rasa itu sebagai kekuatan, sabarlah kerna ada hikmahnya.”
Seorang pejuang tidak akan dihamparkan dengan red carpet, ditabur dengan ros merah dan disambut dengan tepukan gemuruh dari orang lain sebaliknya akan dihamparkan dengan tikar yang koyak rabak dengan ditabur duri diatasnya dan disambut dengan cacian, kritikan juga kehinaan dari orang lain.Itulah realitinya, kerna jalan menuju ke Syurga Allah s.w.t. juga tidak mudah.
“Biarlah kita menangis disisi manusia, tetapi tersenyum bahagia disisi Allah s.w.t.” .
Alhamdulillah, selepas sesi muhasabah itu. Mereka sudah mampu tersenyum dan cabaran yang datang seterusnya sudah mampu dihadapi dengan penuh redha.
Ana ingatkan hanya mereka yang menghadapi masalah tersebut, tetapi masih ramai sahabat seperjuangan ana yang menghadapi masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh mereka. Alhamdulillah, ana sudah mampu menarik nafas lega hari ini selepas sahabat seperjuangan ana sudah berada dalam kondisisi yang selesa untuk terus berjuang. Syukur kepada Allah s.w.t.
XXXXXXXXXXX
Kami semua ini punya mimpi yang sama, mimpi yang indah untuk melihat kampus berada dalam keadaan penuh terjaga dengan syariatNya. Mahu melihat semua lelaki dan perempuan Islam memakai “uniform Islam” dengan aurat yang penuh terjaga.
Pergaulan juga terjaga, apatah lagi Masjid yang sentiasa penuh meriah dengan jemaah, program yang pengisiannya sentiasa menjurus ke arah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan banyak lagi.
Berharap yang amat sangat supaya suatu hari nanti tika membuka mata dan terjaga dari tidur, mimpi yang indah itu akan menjadi kenyataan. insyaAllah…ameen…^_^
Ana tujukan nasyid ini buat semua fasilitator Pusat Islam UUM supaya segala kesulitan yang dihadapi itu menjadikan kita terus kuat untuk menghadapi cabaran yang akan datang. Ayuh sang pejuang! Kita gencarkan da’wah…
Mimpi Yang Indah
Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian…
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian..
Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan…
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti…