“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, baru punya kesempatan untuk menulis. Walau sesibuk mana sekalipun, walau sepadat mana jadual dan aktiviti harian ana. InsyaAllah ana akan cuba untuk terus istiqomah dalam menulis. Ameen…
Doa-doakan ana ye…wahai sahabat-sahabat pembaca sekalian.
Sedikit perkongsian dari ana untuk artikel kali ini. Alhamdulillah, nasihat buat hati sewaktu kembara ilmu pagi tadi. Ringkas sahaja nasihatnya, namun sungguh mendalam maksudnya.
Benarlah kata sang bijaksana, “sucinya hati seseorang maka terpancarlah hikmah dilidahnya”. Makin banyak bicara, makin banyak pula kesalahannya. “mukmin itu diamnya fikir..bicaranya zikir”.
XXXXXXXXXXX
Kata-kata nasihat buat hati adalah…
“Dan engkau perangkan nafsu dengan perlaparkan dia dan jaga dia”
Kata-kata hikmah ini terbit takkala mengingati kisah para sahabat Rasulullah s.a.w. baru sahaja pulang dari berperang dengan musuh Islam. Baginda menyatakan, “ini baru sahaja jihad yang kecil, sebaliknya jihad yang paling besar adalah memerangi hawa nafsu”
Ayat ini juga memberi solusi kepada kita bagaimana untuk berperang dengan hawa nafsu. Ini di ambil dari kisah angkuhnya nafsu kepada Allah s.w.t.
Kisahnya bilamana Allah s.w.t. menciptakan akal, dimana Allah s.w.t. bertanya kepada akal, “Aku siapa, dan engkau siapa?”. Lalu akal menjawab, “Engkau adalah Tuhanku, dan aku adalah hamba Mu”.
Selepas itu Allah s.w.t. pula mencipta nafsu, maka Allah s.w.t. bertanya juga kepada akal, “Aku siapa, dan engkau siapa?”. Lalu nafsu menjawab, “Engkau…engkaulah, aku..akulah”. Akibat dari kebiadapannya dan keangkuhan nafsu, maka Allah s.w.t. mencampakkan nafsu ke dalam neraka jahanam selama 100 tahun.
Selepas nafsu dikeluarkan dari neraka jahanam, Allah s.w.t. bertanya lagi kepada nafsu, “Engkau siapa, aku siapa?”. Seperti juga sebelum ini, nafsu menjawab, “Engkau..engkaulah, aku..akulah…”. Lalu Allah s.w.t. mengazabnya lagi, kali ini dalam neraka kelaparan selama 100 tahun.
Sebaik sahaja tempoh tersebut tamat, Allah s.w.t. bertanya lagi kepada nafsu, “Aku siapa dan engkau siapa?”. Barulah nafsu mengaku dengan berkata, “Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hamba Mu”
Lebih kurang begitulah kisahnya. Oleh itu, untuk berperang dengan nafsu, sudah semestinya kita mesti hentikan bantuan kepada nafsu.
Bak kata cendekiawan Islam, “Adakah engkau ini hendak berperang dengan nafsu?, sedangkan engkau membantu dan menurut keinginan nafsu. Sehinggakan dia dapat mengalahkan engkau….”
Jadi, bagaimana untuk menyekat bantuan tersebut? Iaitu dengan mengurangkan makan, mengurangkan tidur, mengurangkan bercakap perkara yang sia-sia dan banyak lagi. Hentikan menyalur bantuan kepada nafsu, sekatlah sedaya yang mampu.
Sehebat mana pun seorang pahlawan menghayun senjata, setangkas mana pun seorang pahlawan menunggang kuda tetapi belum tentu ia dapat mengalahkan nafsunya sendiri.
Didik nafsu dan kawal ia sehingga dia menurut keinginan kita. Syeikh Abdul Qadir mengambil masa hampir 50 tahun untuk mujahadah. Kita pula bagaimana?? Ikhlas ana katakan, diri ini juga agak sukar untuk berjihad menentang hawa nafsu hatta lantang bersuara menegakkan kalimah Allah s.w.t.
Namun, kita perlu cuba dan terus mencuba untuk mendidik nafsu kita supaya dia terbiasa dengan perkara-perkata yang disukai Allah s.w.t. dan akhirnya Iman dan hati kita akan sentiasa dekat denganNya..insyaAllah..ameen..
Moga-moga perkongsia ringkas ini mampu memberi seribu manfaat buat para pembaca sekalian..ayuh..kita tingkatkan amal kita kernaNya..