Selasa, 27 Julai 2010

Ulang Tahun Pertama “Kembara Sufi Di Bumi Tuhan”


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini yang tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa hati ini rindui untuk bertemu dengan mu, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat Baginda dan tab’in sekalian.
Akhirnya punya kesempatan untuk menulis juga kali ini. Takdir Allah s.w.t. untuk memberi ana kerehatan. Jika difikir semula jadual ana hari ini, bermula jam 9 pagi hinggalah 11 malam punya aktiviti. Disebabkan badan sudah “merenggek” meminta direhatkan, ana membatalkan aktiviti yang ada dan diserah kepada orang lain untuk dihandle… Alhamdulillah…
Hari yang penuh barakah… “diari” kembara sufi di bumi Tuhan menyambut ulang tahun yang pertama hari ini iaitu pada 15 sya’ban..alhamdulillah Ya Allah… masih teringat kali pertama niat untuk membuka blog muncul di sanubari setelah melihat ramai sahabat-sahabat punya blog sendiri.
Bermula dari kosong sehinggalah penuh dengan berbagai pengisian. Alhamdulillah Ya Allah… ana melihat artikel yang ditulis di awal blog ini “lahir”, amat berbeza sekali. Maklumlah budak baru belajar….(“,).
Namun, kekuatan semangat yang diberikan oleh seorang sahabat yang ana hormati membuatkan jari ini terus menari-nari di atas papan keyboard laptop. Mencurah idea dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat buat pembaca sekalian.

Apa yang ana lihat dan rasai, ana luahkan dalam “diari” ini. Supaya ianya mendapat manfaat bersama buat diri ini dan orang lain yang membacanya. Terus terang ana katakan, bukan suatu yang mudah untuk istiqomah hingga kini. Kadang-kala mood untuk menulis turun dan naik, ibarat Iman yang ada dalam jiwa ini.
Alhamdulillah, ana berdoa kepada Allah s.w.t. supaya berikan ilham yang suci untuk terus menulis. Sekiranya tersasar, ana istiqhfar kepadaNya supaya tulisan ini menjadi saksi amalan buat diri ana di akhirat sana.
Ramai yang bertanya, kenapa letak nama “Kembara Sufi Di Bumi Tuhan” dan tidak kurang bertanya mengapa nama Bidadari Besi dipilih untuk di letak pada pengenalan diri. Semua persoalan itu ana diamkan kerna ana pernah berjanji pada diri ini hanya akan menulis sebabnya pabila “diari” ini mencecah umur satu tahun.
Alhamdulillah, masa itu tiba akhirnya… ana letak tema blog dengan nama Kembara Sufi Di Bumi Tuhan adalah kerna diri ini hanyalah pengembara yang singgah di BumiNya untuk mencari bekalan ke destinasi yang pasti iaitu akhirat. Nama Sufi dipilih dan bukan diletak nama Hamba kerna diri ini mengerti ahli Sufi adalah insan yang begitu dekat sekali dengan Allah s.w.t.
Jiwa, hati, hidup dan matinya hanyalah untuk Allah s.w.t…mereka begitu mencintai Allah s.w.t. dan segalanya adalah buat DIA. Ana tidak mampu untuk menjadi seperti ahli Sufi, masih terlalu banyak kekurangan. Namun ana mahu ikut jejak langkah mereka dengan “mencintai” Allah s.w.t. dengan cinta yang penuh suci dan terbit dari hati yang tulus dan ikhlas…insyaAllah..
Kerna itu nama Sufi diambil. Dan bercantumlah nama tema blog ini menjadi “Kembara Sufi di Bumi Tuhan”. Nama Bidadari Besi pula, bagi mereka yang berada disekeliling ana. Mereka mengerti kenapa nama itu diberi kepada ana, nama ini sering meniti di bibir seorang teman yang ana kasihi dan dia mengetahui sejarah hidup ana. selalu menemani ana tika diuji olehNya dan cuba untuk “menyembuhkan” ana…
Namun, ana dah bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Kelemahan itu adalah kekuatan buat ana sebenarnya. Ana tidak mahu jelaskan kenapa, tunggulah…akan tiba suatu masa, ada dikalangan mereka yang dekat dengan ana menjelaskan kenapa ana digelar Bidadari Besi.
Cubalah untuk merenung dan mengerti apa yang ingin ana sampaikan dan bukan mempertikai apa yang ana lakukan. Seperti mana ada dikalangan mereka yang tidak mengerti mengejek nama tersebut. Ana tidak terluka malah tersenyum kasihan kerna mereka tidak mengetahui…(“,)
Bukan ana menilai blog ini dimata manusia yang melihat dan membacanya tetapi adalah penilaian Yang Maha Adil dan sebenar-benar hakim yang layak untuk mengadili. Award dan follower yang ada hanyalah penghargaan di mata manusia, namun ana mengharapkan DIA yang menilai semua ini. Menjadi bukti dan saksi tika ana menghadapNya suatu hari nanti…
~Selamat Ulang Tahun Yang Pertama wahai “diari” yang amat ku sayangi~
Moga dikau terus menjadi wadahku untuk ku terus istiqomah menulis…(“,)

 
  
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus