Isnin, 12 Julai 2010

Alhamdulillah….(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini. Selawat dan salam kepada kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ya Allah…. Alhamdulillah….(^_^)
Hanya itu yang mampu ku ucap sebagai tanda syukur kepadaNya. Alhamdulillah, hari ini baru berkesempatan untuk membaiki sistem yang ada dalam “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan nie…
Ana sudah lama perasan ada yang tak kena dengan sistem dalam blog nie beberapa minggu yang lepas, tetapi ana mengandaikan mungkin ana seorang sahaja yang mengalaminya. Sehinggalah ada seorang sahabat yang memberi komen di shout box menyatakan agak sukar untuk post komen. Syukran ye Ikin atas perhatian ukhty..(“,)
Selepas itu, ana cuba untuk membaikinya. Maklumlah, budak baru belajar…hehe.. dah la tak de guru plak nak mengajar untuk ubah sistem dalam blog nie, jadi ana cuba kaedah matematik..try and error…(“,).. sayangnya tak jadi. Bertambah teruk adalah…hehe..

Disebabkan jadual ana agak padat beberapa minggu lepas, hari ini baru punya kesempatan untuk mencuba lagi selepas beberapa kali gagal. Sebelum ini, ana cuba untuk kembali kepada sistem lama yang disediakan secara automatic dalam semua blog, tapi tak berkesan kerna sistem komen yang baru telah menyahkan sistem yang lama.
Akhirnya, ana cuba search dalam google untuk mencari sistem komen yang lebih baik dari sebelum ini. Alhamdulillah ana jumpa satu website yang mengadakan turtorial berkaitan blog nie. Ana cuba ikut step yang telah diberikan tetapi tidak juga berhasil. Tidak tahu dimana silapnya. Tak terkira sudah beberapa kali gagal.
Berpegang pada prinsip “tidak ada sesiapa pun yang dapat kalahkan ku melainkan diri sendiri juga tanpa izin dari Allah s.w.t.” ana cuba lagi. Dengan lafaz basmalah, ana mulakan semula dari A hinggalah Z. Akhirnya dapat kesan dimana silapnya, Alhamdulillah… insyaAllah sistem komen ini lebih baik dari sebelumnya berdasarkan survey yang dibuat oleh pengguna lain.
Ana juga sudah membuang beberapa alat yang mungkin melembabkan atau memberatkan sistem dalam blog nie. Juga sudah tukar di tempat catatan kepada baca lagi supaya tidak terlalu panjang dan boleh mempaparkan lebih banyak artikel yang sebelumnya.
Ana sayangkan “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan nie, itu sebabnya ana cuba untuk buat yang terbaik. Bukan sahaja sebagai salah satu wadah untuk sebarkan da’wah dan mengajak orang lain untuk lebih dekat kepadaNya, malah ianya juga berkaitan perjalanan hidup ana.
Pabila ana sudah di jemput Ilahi nanti, ianya akan tetap kekal untuk menjadi tatapan buat orang lain juga buat mereka yang berada di sekeliling ana. insyaAllah…ameen…
Jadi, bagi sesiapa yang ingin mengubah beberapa sistem yang ada dalam blog. Bolehlah ziarah sambil mengutip ilmu dalam blog nie ye.. www.azmanishak.com                               
Selamat mencuba….(^_^)

 
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI....(",)
blog comments powered by Disqus