Selasa, 2010 Februari 09

Rindu……………


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk terus mengembara di bumi Allah s.w.t. dalam mencari bekalan ke destinasi abadi. Selawat & salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan anbiya’ sekalian.
Alhamdulillah..masih dapat terus menulis. Entah kenapa hati nie rasa rindu sangat nak balik rumah, maklum la…hari khamis nie dah mula cuti..bestnya…(“,)..tak sabar rasanya nak balik jumpa ngan family. Tapi macam biasalah, sebelum cuti nie ada je kerja yang mesti disettlekan. Kalu tak, balik nanti bertimbun la kerja.
Sesibuk mana pun seorang pejuang itu dengan gerak kerja da’wahnya, family tetap yang utama. Ana teringat kata-kata seorang akak senior,“masa mak ngan ayah kita ada lagi nie la kita kena slalu balik rumah jumpa diorang, bila dah tak de nanti perasaan nak balik rumah tu dah tak sama” .
Ana akui, ada benarnya juga. Sebab tu tiap kali ada cuti ana cuba juga untuk balik kampung, tidak kira walaupun hanya beberapa hari kerna sibuk menguruskan program sebelum balik. Teringat sewaktu menguruskan Minggu Suai Kenal (orientasi) bagi pelajar baru, waktu itu ana baru sahaja balik dari menyertai program di Utara semenanjung.
Beberapa jam sampai dirumah, ana menerima panggilan kecemasan dari Pegawai Pusat Islam yang meminta supaya segera kembali ke kampus kerna tidak ada yang berpengalaman untuk menguruskan Minggu Suai Kenal. Ana jadi serba salah waktu itu samaada mahu menerima atau menolak.
Akal ana ligat memikirkan macam mana nak bagitahu umie dan abah sedangkan ana baru je balik dari program. Akhirnya, ana buat keputusan untuk terbang semula ke Utara demi akidah adik-adik yang baru masuk. Saat ana memberitahu umie dan abah yang ana perlu segera kembali ke kampus, berubahlah air muka umie walaupun tidak menampakkan riak muka yang sedih.
Sampai sahaja di kampus, hati ana tak tenang kerna merasakan umie tak rela melepaskan anaknya pergi. Akhirnya, petang tu ana ke stesen bas untuk beli tiket balik semula ke Kelantan. Alhamdulillah, masih ada…syukur sangat…
Ana bagitahu kat abah yang ana akan balik semula ke rumah. Abah cakap, “tak berbaloi balik kalu dapat rest 2 hari je, buat letih badan.”
Hati ana pun bermonolog,“tak kisah la abah, asalkan dapat senangkan hati umie”.
Lepas Minggu Suai Kenal melabuhkan tirai, malamnya ana bertolak balik ke rumah dengan harapan dapat mengembirakan hati umie. Masa ana balik tu, umie cakap,“kat atas rak tu ada biskut, umie simpan. Makanlah…”.
Mulut ana tak putus-putus menyebut Alhamdulillah, bersyukur sebab Allah menyejukkan hati umie. Memang tiap kali nak balik rumah, mesti ada makanan atau apa-apa yang umie akan simpan untuk ana atau akak dan adik lelaki ana. Pernah sekali, ana balik rumah. Teringin sangat nak makan laksa, ana cakap kat umie. “umie, nak makan laksalah.”
Umie ana jawab,“umie tahu dah, tu…umie dah siap rebus ikan, nanti buatlah…”. Terharu tak terkata…indahnya saat tu…(“,)
Selang 2 hari, ana bersiap untuk kembali semula ke kampus untuk meneruskan pengajian semester baru juga menunaikan amanah yang telah diberikan. Masa sibuk mengemas barang, adik bongsu ana masuk bilik. Dia cakap,“kak ngah nak gi dah ke?”
Ana senyum je, lepas tu umie menyampuk,“a’aa..nak gi dah…macam chipsmore, kejap ada, kejap tak de”.
Ana pun gelak bila umie cakap gitu. Ana sedar, hidup sebagai seorang pejuang bukan mudah. Mesti sanggup berkorban, sanggup korbankan masa cuti bersama family, sanggup korbankan kepentingan peribadi juga sanggup ketepikan masa bersuka ria demi melihat Islam tertegak tidak kira walau dimana kita berada.
Dimana sahaja “dia” berada,
Pasti Islam akan agung semula…
Bila sahaja “dia” berbicara,
Pasti syaitan akan membencinya…
Bagaimana sahaja “dia” mentadbir alam maya,
Tersenyumlah Malaikat dengan bangga…
Untuk apa sahaja tujuan “dia” melangkahkan kaki,
Nur_NYA tak kan pernah terhenti menerangi insane disekelilingnya….
Semoga “dia” itu adalah kita semua….InsyaAllah…amen
Wahai umie dan abahku, anakmu ini memohon restu darimu supaya segala perjalananku sebagai seorang da’ie dipermudahkan oleh_NYA. Doakanlah moga semangat jihad dalam diri anakmu ini tidak akan pudar sehingga titisan nafas yang terakhir…insyaAllah…
Jadi, kepada sahabat-sahabat ana yang masih sibuk dengan program dan tak rasa nak balik tu…baliklah walaupun sekejap…mana la tahu, tetiba hati tu teringin juga nak balik lepas baca tulisan ana nie…(“,)
Wassalam…
 
USRATI  JANNATI

Ahad, 2010 Februari 07

Ujian Adalah Tarbiyah Dari Allah s.w.t.


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah….syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menghirup udaranya..selawat dan salam buat Imam Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa buat para sahabat & anbiya’ yang dikasihi..
Alhamdulillah, masih punya kesempatan untuk menulis. Menjadi “pencuri” masa untuk seketika kerna masih ada tugas yang perlu dilakukan. Ana ingin kongsikan perjalanan kehidupan seseorang, bagaimana beliau menganggap tiap ujian itu adalah tarbiyah dari Allah s.w.t. Moga dapat mengambil iktibar darinya..insyaAllah..
XXXXXXXXXXXXXX
Sejak dari kecil, dirinya tidak seperti adik beradik yang lain. Dirinya hanya mampu memandang dari jauh saat adik beradiknya yang lain “menikmati” zaman keriangan kanak-kanak kerna dirinya selalu sahaja terlantar di atas katil.
Selalu sahaja diserang penyakit yang di hadapi sejak dari lahir, tidak mampu untuk bangun menguruskan diri apatah lagi bermain sepertimana adik beradiknya yang lain. Tidak terhitung berapa banyak ubat yang sudah berada dalam darahnya, terpaksa berpantang sewaktu makan kerna takut penyakitnya menyerang lagi.
Keadaannya begitu sehinggalah dirinya meningkat dewasa, hanya air mata menjadi penemannya yang setia. Kadang kala, dirinya terasa berputus asa, kesakitan dan keperitan yang dialaminya tidak mungkin dapat difahami oleh orang lain sehingga dia fobia untuk berada di hospital, apatah lagi melihat ubat-ubat yang berada di depan matanya.
Akhirnya, dia sedar bahawa Allah s.w.t. berada bersama orang yang bersabar sepertimana firman Allah s.w.t.:
“....................Dan Allah itu bersama orang-orang yang sabar”
( Surah Al-Baqarah, ayat 249)
Saat itu, dirinya mula mengatur langkah melawan penyakit yang dihadapinya. Dari insan yang biasa menjadi luar biasa hasil dari “tarbiyah” Allah s.w.t. yang disediakan buat dirinya. Dirinya menjadi atlet sukan serta wakil sekolah sejak berumur 9 tahun, walaupun kerap kali pengsan selepas bermain dirinya tekad untuk membuktikan bahawa penyakit yang dialaminya adalah “nikmat” dan tidak ada apa yang boleh menghalangnya.
Dirinya sedar, ibu dan ayahnya sudah berikhtiar bermacam cara untuk melihat dirinya sembuh. Namun, Allah s.w.t. mahu dirinya merasai “tarbiyah kesakitan” itu. Untuk melihat adakah dirinya termasuk dalam golongan yang bersabar atau sebaliknya.
Dirinya pernah ditanya, “adik beradik yang lain tak de ke penyakit yang sama macam awk?”.
Dirinya tersenyum lalu menjawab,“sya merasai kesakitan dan keperitan sejak dari kecil, jadi sya selalu berdoa moga semua kesakitan nie hanya sya yang tanggung kerna sya tak sanggup untuk melihat adik beradik yang lain turut merasai apa yang sya rasa” ada nada sebak disitu kerna dia tahu betapa “sakitnya” tiap kali dirinya diserang penyakit.
Hasil dari “tarbiyah” inilah, dirinya punya kekuatan semangat yang luar biasa dari orang lain. Pantang menyerah sebelum berjuang. Orang disekelilingnya melihat, betapa hebatnya gerak kerja da’wah yang dilaksanakan. Namun, mereka tidak tahu bahawa dirinya ibarat air.
Air yang tenang mengalir walaupun berjuta batu menghalang di depannya. Tetap tenang dan mengalir walaupun didalam air tersebut sudah banyak “tarbiyah” yang hadir.
Kesakitan yang dialami tidak lagi dikesalkan malah dianggap sebagai “nikmat” dan disambut dengan Alhamdulillah…bersyukur kerna dia mengerti itu juga salah satu cara untuk menghakis dosa-dosanya sekiranya dia bersabar…
Dirinya kini menjadi kekuatan sahabat-sahabatnya yang lain, “aura” yang dia ada dijadikan sebagai sumber kekuatan oleh sahabat-sahabatnya. Tidak terlintas dihatinya untuk mengundur diri dari kerja da’wah walaupun penyakitnya semakin teruk.
Kerna hatinya berkata,“Ya Allah, ini adalah tanda syukur ku ke atasMU kerna memberi “tarbiyah” ini sehingga ku punya kekuatan semangat yang luar biasa dari orang lain. Aku tidak akan pernah serik untuk meneruskan perjuangan yang telah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tinggalkan walaupun kesakitan ini masih ku alami. Tidak akan ada kerehatan buat pejuang MU ini kerna aku tidak tahu saat bila pula aku akan kembali terlantar di atas katil semula kerna roda kehidupan itu berputar. Masa yang ada ini akan ku teruskan sehingga ku tidak mampu lagi untuk menggerakkan anggotaku yang lain, akan ku teruskan hingga titisan nafas yang terakhir  kerna……..aku begitu rindukan syahid…….
KEHIDUPAN
Nasyid: In-Team & Nazrey Johari
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
XXXXXXXXXXXXXX
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
(-Surah al-baqarah ayat 155-)
Benar…setelah diuji dengan sedikit dugaan, Allah s.w.t. memberikan khabar gembira bagi hambaNYA yang bersabar diatas ujian yang diberikan. “Tarbiyah” yang diberikan oleh Allah s.w.t. tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menguji setakat mana diantara kita yang benar-benar beriman kepadaNYA. Sepertimana Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu, dan akan kami uji perihal kamu….”
(Surah Muhammad, ayat 31)
Di awal permulaan tika diuji, berbagai persoalan yang menerjah difikiran. Kenapa aku yang diuji sedangkan ramai lagi yang lalai, terasa diri begitu berat untuk menerima “tarbiyah” dariNYA .Namun begitu, Allah s.w.t. Maha Mengetahui kerna DIA tidak akan menurunkan ujian tersebut melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNYA. Sepertimana firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(-Surah al-Baqarah ayat 286-)
Yakin, percaya dan bersangka baiklah dengan “tarbiyah” yang Allah s.w.t. turunkan. Kita akan merasai “nikmat” ujian tersebut setelah hati mula merasai disentuh nur hidayah dariNYA…Allahuakbar….
“kerana janji Allah,
Tiap Orang-orang beriman itu akan diuji…
Oleh itu setiap kepayahan,
bayarlah dengan senyuman syuhadah…
Moga redha Allah mengiringi tiap langkahmu
Mengibarkan panji-panji Islam…
Dunia di tangan, akhirat di hati..
Bila ditanya mengapa berjuang itu pahit,
Maka jawablah…kerna syurga itu manis…
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(^_^)

Rabu, 2010 Februari 03

Buatmu Yang Bergelar Sahabat..


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk beribadat kepada Maha Penciptaku yang amat-amat ku cintai sepenuh jiwa. Selawat & salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & anbiya’ sekali.
Hati ini terasa ingin menulis tentang sahabat. Sudah lama niat nie terbit namun baru kini terlaksana…Alhamdulillah…ana ingin lontarkan satu kata-kata yang akak senior ana bagi. Sungguh indah bait kata-katanya:
Ukhuwah yang dibina atas nama Allah
Tidak akan mengharapkan balasan apabila memberi…
Tetapi akan selalu berkongsi air mata
Dikala suka dan duka…
Kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam…
Keceriaan sahabatnya bagai pelangi yang tidak akan hilang..
Kehilangan sahabat bagai hilangnya permata termahal didunia..
Itulah SUNNAH jalinan persahabat…
Ya..itulah erti persahabatan yang sebenar..ana akui kadang-kadang diri ini juga tidak mampu untuk menjadi sahabat yang terbaik buat mereka yang berada disekeliling ana, namun itu tidak mustahil untuk kita cuba beri yang terbaik…insyaAllah..
Semalam, dalam meredah arus kesibukan yang masih tidak kunjung tiba. Ana masih sempat belanja sahabat sekolah ana dulu sewaktu di Maahad Muhammadi, hubungan kami waktu disekolah dulu teramat erat termasuk tiga lagi rakan yang lain. Tapi sayang, kami masing-masing terputus hubungan selepas masing-masing meneruskan agenda kehidupan.
Tidak putus-putus bibir ini mengucapkan Alhamdulillah…Alhamdulillah Ya Allah… mulanya ingatkan tidak sempat untuk belanja sahabat ana nie air batu campur sempena hari lahirnya. Alhamdulillah, dalam kepenatan melaksanakan amanah ana cuba juga lawan kerna begitu teringin menatap wajahnya, rindu untuk mendengar suara dan gelak tawanya.
Ana akui, dengan kesibukan melaksanakan amanah ini. Banyak yang ana abaikan, tidak semua ana mampu puaskan hati sahabat-sahabat ana. Sahabat ana ramai, namun jarang bermesej sebab tu tiap kali jumpa mesti berpelukan satu sama lain..subhanallah, indahnya saat tu…(“,)
Yang berada dekat dengan ana pula kadang-kadang terkena tempias kesibukan ana, nak jumpa pun kena buat temu janji. Juga kadang-kadang terpaksa melayan kerenah ana yang kadang-kadang “angin”. Ana amat bertuah kerna punya sahabat yang memahami walaupun kadang-kadang sahabat ana terasa hati dengan ana.
Ana mohon ampun dan maaf buat sahabat-sahabat dengan hati yang ikhlas, janganlah pernah serik bersahabat dengan ana kerna yang sanggup “bersusah” dengan ana itulah sahabat sejati ana. syukran jazilan wahai sahabat.
Bibir ini juga tidak akan pernah serik mendoakan kalian tiap kali selepas solat, moga hubungan yang dibina atas nama Allah s.w.t. akan kekal hingga ke Syurga…insyaAllah…
Sahabat yang baik hatinya tenang,
Akalnya teguh penuh ketaqwaan dan kesantunan,
Kebaikannya tersebar dan petunjuknya
Mengakar dimana pun dia berada,
Nasihat-nasihatnya seperti air bah yang mengalir,
Yang menembus sekatan batasan hati sahabatnya yang lalai,
Jika dia berkata, maka akan didengarkan,
Jika dia memberi nasihat nescaya akan ditaati,
Langkahnya penuh kesungguhan….
Syukran atas kurniaan sahabat ini Ya Allah…

Selasa, 2010 Februari 02

KONVENSYEN PEMIKIRAN HASSAN AL-BANNA


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi peluang untuk mengembara dibumiNYA. Tidak lupa juga buat kekasih yang amat ku cintai Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda serta para sahabat & anbiya’. 

Alhamdulillah, pada 30 Januari 2010 ana dan beberapa orang sahabat telah menghadiri Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa yang telah diadakan di UNITEN. Suatu program yang cukup membuka minda para hadirin yang hadir bagaimana hebatnya pemikiran insan yang diberi nama Hassan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna ini.
Tidak ku bilang berapa ribu ikhwan wa akhowat yang hadir dari pelbagai negeri untuk mendengar pembentangan kertas kerja hasil kajian daripada mereka yang ahli dalam bidang tersebut. Saat tiba di UNITEN, ana merasakan seolah-olah sedang berada di negara Islam tika memandang muslimin dan muslimat yang hadir. Subhanallah…
XXXXXXXXXXXXXXXXX
Pihak penganjur mengambil Hassan Al-Banna sebagai rujukan kerna pemikiran beliau kekal segar sebagai pelapor pemikiran alternative yang mendominasi pemikiran perubahan pada abad ini serta seorang yang hebat memahami cabaran pada zamannya. Pemikirannya merupakan gagasan kebangkitan sebuah ummah atau bangsa yang dikaji daripada sejarah perjuangan berbagai-bagai bangsa di dunia sama ada Timur dan Barat.
Kajian yang dibuat membuktikan betapa hebatnya Imam Al-Banna Al-Mulham Al-Mauhub (orang yang diberikan ilham oleh Allah dengan idea yang hebat) ini dari sudut agenda pembangunan bangsa dan Nasionalisme. Bagaimana beliau berhujah menyatakan “Dakwah agama tanpa asobiah tidak sempurna” melalui satu hadis sahih yang bermaksud:“Allah s.w.t. tidak membangkitkan seorang nabi kecuali didokong oleh kaumnya”
Sejarah menunjukkan bahawa kuasa-kuasa Islam ditujangi oleh sebuah bangsa yang kuat. Tanpa bangsa yang kuat yang mendokong risalah Islam, agenda umat tidak mungkin akan dapat ditegakkan. Sepertimana kata-kata ini:
Islam lemah di Tanah Arab kerana bangsa Arab lemah
Islam lemah di Turki kerana bangsa Turki lemah
Islam lemah di Tanah Melayu kerana bangsa Melayu lemah
Dan begitulah seterusnya.
Daripada kajian yang dibuat inilah, pihak penganjur mencadangkan perdamaian antara Islam dengan Nasionalis atas satu agenda  membangunkan sebuah bangsa yang kuat kerna salah satu factor yang menghalang kepada bangsa Melayu hari ini untuk menjadi bangsa kehormat dan memimpin ialah isu perpecahan.
Malaysia adalah sebuah negara yang dihuni oleh berbagai bangsa dan agama. Orang Melayu merupakan golongan majoriti. Mereka sepatutnya boleh memaksa kehendak mereka dalam hal ehwal kenegeraan, apa lagi sejarah dan struktur masih sedikit sebanyak memihak kepada mereka.
Tetapi itu tidak berlaku kerna isu perpecahan dan kepartian yang melampau. Dengan sebab perpecahan ini, mereka hilang kekuatan pengaruh dan dominasi yang mengizinkan mereka memaksa kehendak, menjaga kedaulatan negara dan mempertahankan kehormatan.
Jadi, bersatu atas satu agenda merupakan satu kefardhuan yang mesti dilaksanakan.
XXXXXXXXXXXXXXXXX
Itulah rumusan yang dapat ana rumuskan dari kertas kerjanya dan berkongsi dengan para pembaca. Jadi, nilailah sendiri dan bukalah minda seluasnya.
Dari sudut pandangan ana pula, Hassan Al-Banna adalah seorang pemimpin yang berjiwa kental sehingga mampu mengasaskan Ikhwanul Muslimin di zamannya sekaligus menggegarkan negara Islam pada masa itu. Dengan berbekalkan ilmu yang dimiliki serta pengaruh yang begitu kuat membuatkan ramai yang menyokong usaha beliau dalam membawa perubahan paradigm kepada negara Islam.
Pandangan Hassan Al-Banna:
sesungguhnya perkara pertama yang ditujui ikhwan muslimun ialah mentarbiyah jiwa, memperbaharui roh, memperkuatkan akhlak, membangunkan al-rujulah (kejantanan) yang betul pada diri umat. Mereka menganggap ia adalah asas pertama kepada kebangkitan mana-mana umat dan bangsa. Mereka (ikhwan) telah membentangkan semua wasilah dan jalan untuk sampai kepadanya, mereka tidak temui jalan yang paling hampir dan berkesan selain fikrah agama dan berpegang pada perca-percanya”
Beliau jugalah yang membawa manhaj perubahan dan inti darinya adalah membentuk “individu Muslim” lalu “keluarga Islam”, “Masyarakat Islam”, lalu “pemerintahan Islam”, “Negara dan Khilafah Islam” dan akhirnya tercapailah “ustadziyatul alam”.
Begitulah hebatnya Muslim yang professional. Ayuh sahabat-sahabat, sama-sama kita bangkit mendukung agenda yang telah dilakar oleh Imam al-Syahid Hassan Al-Banna ini dengan membina individu muslim yang hebat tarbiyahnya, mulia akhlaknya, dan mantap imannya supaya sejarah kegemilangan Islam kembali berulang…insyaAllah…

Ahad, 2010 Januari 31

“Gugurnya” Sang Pejuang…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi nikmat untuk menghirup bayu malam. Selawat & salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & anbiya’ yang amat ku rindui.
Alhamdulillah Ya Allah…hanya itu mampu ku ucapkan betapa bersyukurnya hamba MU ini kerna ari nie ana baru dapat laptop selepas 3 minggu dihantar ke “klinik” untuk dibaiki…Alhamdulillah…insyaAllah lepas nie, tak de dah terbantut niat untuk menulis lagi…insyaAllah dengan izin dariNYA…Alhamdulillah….
Hati ini begitu rindu yang amat-amat untuk menulis, hanya Allah yang tahu…maaflah duhai sahabatku yang sudi datang menziarahi blog ana tetapi tidak ada artikel yang baru untuk dibaca…asif ya…
Sebenarnya, hati ini merasa suka dalam duka. Baru sahaja dikhabarkan tentang “gugurnya” pejuang yang amat ku kagumi suatu masa dulu. Walaupun diri dan jasadnya berada didepan mata, namun jiwanya sudah mula menerima bisikan syaitan laknatullah sehingga imannya jatuh merudum. Nauzubillah….
Dahulunya, diri itulah yang amat ku kagumi. Laungan jihad tidak pernah lekang dibibirnya…namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Dirinya sudah tidak seperti yang ku kenal dahulu. Sudah jauh berubah, bak kata orang…hipokrik!
Melakukan ibadah semata-mata mahu orang merasa kagum kepadanya, tidak ubah seperti orang munafik. Bilamana, berada di khayalak ramai dialah yang paling wara’. Namun, jika di belakang orang dialah yang paling penderhaka.
“Gugurnya” bukan kerna mati syahid tapi hanyut dibawa arus dunia. Tenggalam tika belayar di tengah lautan. Terlalu egois untuk mengaku dirinya sudah melakukan kesilapan kerna menurut kehendak syaitan laknatullah. MasyaAllah..
Teman…
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Aku bangga mendengar tangisanmu kerna pengorbanan,
Dari mendengar tawamu dalam pengkianatan..
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran,
Dari hidup dalam kesesatan..
Kerana jangan lupa wahai teman,
Mulianya mu bukan kerna pangkat dan nama,
Tapi kerna ISLAM….
Diri ini “menangisi” pemergiannya, sungguh menyedihkan bilamana pejuang yang menerima tarbiyah tidak mampu untuk menghiasi dalam kehidupannya. Benarlah, iman manusia itu ada turun dan ada naiknya serta hidayah itu milik Allah s.w.t. Bukan kali pertama ana melihat pejuang “gugur” didepan mata, sudah berkali-kali. Ada yang mampu bangun dari kesilapan silam dan ada juga yang masih hanyut dibuai “hiasan” dunia…Nauzubillah…
“Ya Allah…hamba ini benar-benar takut sekiranya diri ini menjadi seperti mereka. Janganlah Engkau cabut hidayah setelah Engkau berikan kepadaku. Kukuhkanlah imanku Ya Allah, matikanlah aku dalam iman Ya Allah. Lindungilah daku dari bisikan syaitan laknatullah. Berikanlah hidayah kepada hambaMU yang telah lalai Ya Allah supaya mereka kembali kepadaMU…”
“Tidak ada upaya, tidak ada kekuatan melainkan pertolongan dariMU Ya Allah…sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekelian alam”…amen…
Wassalam…

Ahad, 2010 Januari 24

Bukan Mudah Untuk Istiqomah..


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerna masih diberi peluang untuk bernafas dan mengembara mencari bekalan ke destinasi yang pasti. Selawat dan salam buat kekasih yang amat ku rindui Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & anbiya’ yang amat ku ingati…
Alhamdulillah juga kerna masih diberi keizinan olehNYA untuk menulis. Keinginan untuk menulis membuak-buak, namun apakan daya diri ini dihambat kesibukan yang amat sangat dengan amanah sebagai seorang pelajar juga sebagai pejuang agamaNYA. Maafkan daku duhai pembaca sekalian kerna ternanti-nanti artikel yang baru dariku.
Ikhlas ana katakan, bukan mudah untuk istiqomah dalam menulis nie. Sejak blog ini “bernyawa”, ana cuba untuk memasukkan artikel yang memberi manfaat sebagai peringatan dan pesanan untuk kebenaran jua kesabaran buat diri dan juga para pembaca sepertimana firman Allah s.w.t.:
“ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
(Surah Al’Asr ayat 3)
Walaupun dihambat dengan kesibukan yang tiada titik noktahnya, insyaAllah ana akan cuba untuk terus istiqomah dengan berkat doa dari sahabat-sahabat jua pembaca sekalian…insyaAllah…
Bagi ana, menulis juga merupakan satu amanah iaitu amanah dalam menyampaikan serta menyebarkan risalah yang telah dibawa sejak dulu lagi oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan berkongsi ilmu yang kita ada kepada saudara kita yang tidak mengetahui supaya kita sama-sama dapat merasai nikmat iman dan Islam.
Hati ini juga semakin tenang tiap kali menziarahi blog-blog yang berunsurkan Islam kerna dari situ jugaklah ana kutip sedikit sebanyak ilmu yang tidak diketahui untuk diamalkan serta dihiasi dalam kehidupan seharian. Sewaktu menulis juga, apa yang dipelajari dapat diluahkan melalui penulisan supaya ilmu itu tidak “lupus” begitu sahaja kerna tiap kali menulis mesti dirujuk pada buku atau kitab serta al-Quran supaya tidak menyampaikan sesuatu yang tidak betul.
Ana juga mengharapkan sahabat-sahabat yang mempunyai amanah yang berat seperti ana untuk terus istiqomah dalam menulis kerna ini juga merupakan suatu medan da’wah walapun kita hanya mengenali pembaca melalui maya sahaja. insyaAllah….doa2kan ye…amen..

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)


Rabu, 2010 Januari 20

Bersangka Baik…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk terus bernafas menghirup udara malam. Selawat & salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & anbiya’ yang amat ku ingati…
Segala Puji Bagi Allah kerna masih punya kesempatan untuk menulis. Rindunya untuk terus menulis selepas beberapa hari menyibukkan diri dengan berbagai aktiviti, tambahan pula laptop ana masih di “klinik”. Nie pinjam laptop sahabat baik ana..syukran ye ukhti…“Doktor” yang merawatnya bagitahu kritikal juga “sakitnya”…rindunya kat laptop….(“,)

Ana ingin kongsikan sesuatu dengan pembaca tika usrah dengan barisan kepimpinan minggu lepas. Bagi ana, usrah dengan wakil-wakil pemimpin tidak sama dengan usrah yang lain kerna pada sesi tersebut perlu diadun dengan ramuan ukhuwah + kepimpinan disamping menyerapkan dalam jiwa mereka dengan semangat jihad.
Ana memang amat menggalakkan persatuan atau kelab Islamic untuk mereka mengadakan usrah sesame mereka kerna disitulah saat manis untuk mengenali rakan seperjuangan kita dengan lebih mendalam selain sewaktu program ingin dijalankan. Dan perkara yang ana tekankan di permulaan usrah sebelum ke step yang seterusnya adalah BERSANGKA BAIK.
Nampak mudah, namun sukar untuk dilaksanakan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang”
(Surah Al-Hujurat, ayat 12)
Inilah masalah dalaman yang amat sukar untuk diselesaikan sekiranya wujud konflik antara pimpinan iaitu sifat prasangka buruk terhadap sahabat seperjuangan. Bermula pada wujudnya “penyakit” syak wasangka inilah, diri seseorang itu akan mula merasakan tidak senang dengan sahabat yang lain. Ada sahaja kesalahan yang akan dicari dan diungkit sehinggakan hal yang kecil itu akan dibesar-besarkan malah mula meniti dibibir orang lain.
Inilah juga punca perpecahan dan perbalahan dalam kepimpinan jika tidak ditangani dengan baik. Semuanya bermula hanya dengan berprasangka buruk kepada orang lain. Kerna itulah, di permulaan usrah ku mulakan dengan bab bersangka baik kepada sahabat-sahabat sebelum menyebut hal-hal yang lain.
Ada beberapa tips yang disyorkan oleh Syeikh Abdulkadir Al-Jailani supaya hati kita sentiasa bersangka baik kepada orang yang kita temui. Ana ambil nie dari blog akak sulung ana.
1.      Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Maka, ucapkanlah (dalam hatimu):
“Mungkin kedudukannya disisi Allah s.w.t. jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”
2.      Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“anak ini belum bermaksiat kepada Allah s.w.t., sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada_NYA. Tentu anak ini lebih baik dariku”
3.      Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“dia telah beribadat kepada Allah s.w.t. jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku”
4.      Jika kamu bertemu orang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“orang ini memperolehi kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik dariku”
5.      Jika kamu bertemu dengan seorang yang bodoh, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“orang ini bermaksiat kepada Allah s.w.t. kerana dia bodoh (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepada_NYA padahal aku mengetahui akibatnya dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku”
6.      Jika bertemu dengan orang kafir, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“aku tidak tahu bagaimana kelak, mungkin dia diakhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh dan mungkin boleh jadi diakhir usia diriku kufur dan berbuat jahat”
Ana juga ada menyelitkan beberapa kisah di zaman para sahabat yang sudah ditulis dalam catatan yang lepas untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat seperjuangan ana. Alhamdulillah, permulaan usrah ini diterima baik oleh mereka. Kami juga mula mengenali hati budi masing-masing kerna salah satu rukun usrah adalah memahami iaitu saling memahami antara satu sama lain.
Ana teringat kata-kata seorang sahabat pada meting semester lepas. “walaupun sahabat kita tidak dapat hadir meting atau apa-apa program yang dianjurkan, mungkin dia mendoakan kita supaya segala urusan kita semua dipermudahkan oleh_NYA”.
Itulah pentingnya bersangka baik supaya hati kita tidak termakan bisikan syaitan laknatullah sehingga menyebabkan hubungan kita dengan sahabat seperjuangan menjadi renggang.
Semoga perkongsian ana pada kali ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian setelah lama meyepikan diri dari menulis… cubalah bersangka baik pada orang yang kita temui dan tidak terus menilainya dengan mata kasar. insyaAllah hati kita akan sentiasa disinari dengan cahaya iman….selamat beramal…(“,)