“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah
wa syukrillah atas nafas ini, moga masa yang masih berbaki memberi peluang dan
ruang untuk bertaubat kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang
dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. s.a.w… Tidak lupa jua
buat kaum muslimin dan muslimat.
Ana
tersenyum sendiri apabila teringat satu mesej yang masuk dalam pesanan di
telefon bimbit. Pesanan yang dihantar oleh seorang muslimat yang sudah membeli
dan memakai tudung yang ana jahit. Syukur Ya Allah.
Indahnya
aturan Allah s.w.t… Tidak menyangka niat diawalnya teringin membantu dan
melihat para wanita Islam mengenakan pakaian paling ‘selamat’ (tudung labuh)
akhirnya membawa kepada penubuhan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM).
Tidak
menyangka juga ianya menjadi sumber pendapatan yang utama kepada ana saat ini.
Tambahan pula pinjaman untuk "Kelisa Dakwah” dibayar penuh setiap bulan hasil
daripada untung jualan dari Bidadari Solehah Enterprise. Allahu Allah.
Beberapa
hari lalu, ana buka inbox di facebook. Entah macam mana boleh tertekan satu
link ‘lain-lain’ dan amat terkejut apabila melihat ada pesanan yang tidak ana
balas berbulan-bulan. Terus ana respon sambil meminta maaf kerana langsung tidak
tahu, mereka yang tidak tersenarai sebagai ‘friendlist’, pesanannya akan masuk
disitu.
Aturan
Allah, rupanya ada satu pesanan dari seorang muslimat kelahiran Mesir yang
mengikuti suaminya sambung belajar di USM. Beliau mesej dan bertanya adakah ana
jual tudung labuh. Ana respon pesanan tersebut dalam bahasa Melayu dan dia
berkata beliau tidak fasih berbahasa Melayu. Maka, kami berbual dalam bahasa
Inggeris walaupun ana sendiri masih merangka menulisnya…:p
Dalam
ayatnya beliau mengatakan bahawa beliau tidak lama lagi berada di Malaysia dan
akan pulang semula ke Mesir pada pertengahan bulan Januari. Beliau mendapat
tahu ana menjual tudung labuh apabila ada seorang pelajar khabarkan padanya.
Katanya,
tudung labuh amat popular di Mesir dalam kalangan penduduk di sana. Ana
tersenyum sendiri kerana tudung Mesir juga popular di Malaysia, begitu juga
dengan jubah dan Abaya dari sana…(^^,)
Kata-kata
yang amat terkesan dihati ana adalah apabila beliau mengatakan, “kalau
saudari tidak dapat jahitkan tudung untuk saya pun tidak mengapa, tetapi kita
masih boleh jalinkan silaturrahim kerana kita saudara seIslam”. Allahu
Allah. Benarlah, kita memang bersaudara.
Ana
membalas mesejnya dengan berkata bahawa ana sudi jahitkan tudung buatnya dan
itu sebagai hadiah untuknya. Beliau begitu teruja dan berulang kali dia
mengatakan bahawa beliau tidak mahu menyusahkan ana.
Beliau
menyambung lagi, “satu penghormatan buat saya jika saudari sudi untuk saya jadi
pelanggan saudari. Jadi, saya tetap mahu beli satu helai tudung dengan Saudari”.
Bahasanya sungguh puitis dan ana dapat rasa itu lahir dari hatinya. Indah
sungguh ukhuwah kerana Allah.
Akhirnya
ana setuju dan beliau memilih warna yang dimahukan. Beliau mahu cari tudung
yang tidak menarik perhatian dan pudar saja tanpa menyerlah. Katanya mahu mencari
tudung yang padan dengan abaya purple gelap yang beliau ada.
Berulang
kali beliau tanya apakah kain yang ana gunakan untuk buat tudung labuh itu
bukan jenis Lycra. Ana katakan tidak dan beliau terus berkata, “I HATE THAT”
dengan huruf besar semuanya. Kali ini ana bukan setakat senyum
tetapi terus ketawa depan laptop. hehe.
Untuk
pengetahuan umum dan kaum adam. Kain lycra adalah sejenis kain yang cukup selesa, tebal dan sejuk ketika memakainya.
Namun kelemahan utamanya adalah ianya melekat ditubuh. Ibarat memakai baju
ketat, nampak segala susuk badan.
Bagi
pereka pakaian yang menitik beratkan soal ini, dia akan mengubah design tudung
tersebut menjadi dua lapis dengan kain jenis lain supaya tidak menampakkan
susuk badan. Maka, kain yang paling sesuai untuk buat tudung labuh adalah kain
jenis koshibo, chiffon dan satin. Cuma perlu hati-hati supaya ianya tidak
nipis.
Ana
minta beliau berikan tinggi dan beratnya. Tepat tekaan ana bahawa susuk
tubuhnya sedikit besar dari penduduk Malaysia, maka ana minta jurujual kain
lebihkan sikit kain tersebut dari biasa supaya ianya tidak singkat dan tetap
labuh apabila memakainya. Moga beliau selesa ketika memakainya nanti.
![]() |
Jenis jahitan tengah yang ana buat (^^,) |
Apabila
cuti sekolah seperti ini, ana baru dapat selesaikan kerja-kerja menjahit,
bungkus barang dan pos seawal 9 pagi setelah selesai bantu ummi di dapur. Agak
lewat dari biasa, itulah salah satu cabaran jika bekerja di rumah. Jika
adik-adik tidak bermacam ragam, lagi mudahkan kerja ana.
Ada
seorang sahabat mesej ana dalam inbox. Katanya teringin kerja macam ana yang
bebas tanpa terikat dengan waktu dan urusan di pejabat. Bebas untuk memilih
persekitaran yang bagaimana dimahukan. Juga terjaga dari ikhtilat (percampuran
lelaki dan perempuan).
Ana
setuju dengannya. Masa agak fleksibel apabila kerja sendiri dan kesemuanya
dibuat atas keputusan sendiri tanpa campur tangan dari orang lain. Cuma ianya
tidak mudah yang disangka kerana risiko untuk menjadi seorang usahawan
sangatlah besar berbanding makan gaji.
Ana sukakan cabaran. Suka cabar kemampuan diri. Mahu lihat setakat mana diri ini mampu pergi lebih jauh. Mahu memberi sebanyaknya dan bukan menerima sebanyaknya.
Satu
lagi cabaran sebagai tukang jahit adalah ini…(^^,)
![]() |
Tercucuk jarum :p |
Sudah
ada beberapa parut di jari ana akibat tercucuk jarum. Sakitnya akan hilang
dalam 3 hingga 4 hari. Tidaklah seteruk mana, cuma akan terasa pedih sedikit
apabila jarum ditarik keluar dari jari. Kecil je tapi ‘berbisa’.
Pernah sekali tercucuk jarum, darah tak berhenti keluar dan jari mula membengkak. Ketika itu masih banyak kain yang perlu dijahit. Terpaksa balut dengan kain dan teruskan menjahit walaupun pergerakan menjadi perlahan sambil menahan pedih. Sangat bahaya
apabila guna jarum yang berkarat, kuman akan masuk dalam badan. Jadi, hati-hati
ya para tukang jahit…:p
Apalah
sangat jika nak dibandingkan dengan luka-luka para penduduk Palestin, Syira,
Rohingya, Selatan Thai dan penduduk Islam yang lain. Moga kesakitan yang
dirasakan ini menjadi bukti dan saksi betapa hati ini teringin untuk melihat
para wanita Islam menutup aurat dengan sempurna.
Sangat
kesian melihat para wanita Islam yang menjadi ‘mangsa’ fesyen dan kosmetik.
Langsung tidak sedar diri itu sedang ‘dimurahkan’ oleh media massa dan arus
kemodenan. Nauzubillah. Moga Allah berikan hati ini hidayah dan wanita lain
untuk sentiasa dalam fitrah Islam sebenar.
Ketika
ini masih membantu beberapa muslimat yang masih cuba membina empayar perniagaan
sendiri. Sangat suka apabila dapat berkongsi pendapatan dengan para pengedar yang
berada di bawah Bidadari Solehah Enterprise. Masih berharap, berdoa dan
berusaha semoga ana mampu untuk membuka lagi peluang pekerjaan kepada orang
lain untuk jana pendapatan sendiri. Allahuma ameen.
Jika
sebelum ini sekadar menyalurkan dana kewangan kepada badan pertubuhan Islam yang
mahu membuat program, ana mula menjinakkan diri dengan turut memberikan pakaian
yang Bidadari Solehah Enterprise keluarkan kepada mereka yang membuat program
dakwah. Teringin juga mahu turun padang dan lakukan sendiri. Moga Allah izin
suatu hari nanti.
Wallahua’lam.
JOM KITA MENGEMBARA
LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI
(^^,)