“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya
“empat perkara yang membawa kebahagiaan
iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang
selesa” (Riwayat
Ibnu Hibban)
Masa 'mandikan' dia semalam...(^^,) |
Alhamdulillah
wa syukrillah atas anugerah dan nikmat yang telah Allah s.w.t. kurniakan. Ana
sudah memperolehi satu daripada hadis tersebut iaitu kereta yang selesa, ‘My
Kelisa Dakwah’. Bahagia dengan kehadirannya disisi…(^^,)
Ada
kisah disebaliknya dan bila direnungkan semula, rasa nak menangis pun ada…:p
Terharu dengan aturan yang Allah s.w.t. tetapkan. Unik dah teratur sekali. Dan
ana akui kata-kata ini.
“Penantian
bukan suatu yang menyeksakan, tetapi ianya adalah suatu proses tarbiyah”
Ana
masih ingat sewaktu di semester pertama, ana suarakan hasrat hati. “Ummi,
nanti angah nak beli kereta la sebelum tamat belajar…”. Namun, hasrat ana
itu dibalas dengan sindiriran…(^^,).
Maka,
ana lupakan hasrat tersebut. Semester demi semester berlalu hinggalah satu hari
ada sahabat berkata kepada ana, “beli keretalah, mudah sikit nak bergerak ke
mana-mana”. Ana hanya tersenyum.
Diwaktu
yang lain pula, dia bertanya lagi, “bila nak ambil lesen nie?”. Respon
ana tetap sama. Jadual harian yang begitu sibuk sejak diberi amanah semasa
ditahun pertama lagi membuatkan ana tidak punya waktu yang cukup untuk fikirkan
semua itu.
Mungkin
kasihan melihat ana berjalan kaki ke sana ke mari yang ambil masa yang lama
untuk sampai. Dari kolej ke dewan kuliah mengambil masa kira-kira 15 hingga 20
minit. Dari dewan kuliah mahu ke Pusat Islam UUM jika ada mesyuarat atau
program mengambil masa kira-kira 20 hingga 25 minit.
Ana
tidak gemar naik bas untuk ke tempat yang mahu dituju, tidak gemar berhimpit
dan berebut-berebut dengan pelajar lain. Lebih rela berpeluh dan berpanas
dengan berjalan kaki. Itulah hari-hari ana ketika di kampus.
Mahu
tergelak bila ada sahabat berkata, “kalaulah
kaki tu tak pakai kasut, haus macam kasut nie juga agaknya. hehe!”. Masakan
tidak begitu, baru satu bulan pakai sudah tercabut tapak sebab kuat sangat
berjalan.
Setelah
beli kasut baru, ana minta sahabat pergi kedai kasut untuk jahitkan tapat
supaya tahan lebih lama. Tapi terpaksa tukar juga dengan yang baru selepas tiga
bulan sebab tapaknya sudah berlubang…:p
Bila
balik ke bilik, kepenatan yang teramat sangat dan kaki memang akan terasa
kejang dan lenguh. Hampir setiap malam terpaksa urut kaki, apatah lagi lepas ‘kemalangan’
kira-kira 5 tahun dulu. Akhirnya terlena begitu.
Tetapi,
selepas kesihatan semakin jatuh menjunam dan selalu kena ‘bebel’…:p ana
beransur-ansur naik bas untuk ke dewan kuliah supaya tenaga semasa berjalan
kaki dapat dijimatkan bagi digunakan untuk program dan mesyuarat disebelah
malamnya.
Aturan
Allah, semasa cuti akhir semester 6, Amirah Fasihah bakal menjenguk ke dunia.
Maka, ana batalkan program dan kajian yang mahu dilaksanakan ketika itu dan
duduk dirumah hampir 4 bulan. Ketika itu ummi minta ana buat lesen kereta bagi
memudahkan ana jika ada apa-apa semasa praktikal nanti.
Dengan
sikap acuh tak acuh, ana turut sahaja walaupun hati tak sudi pada mulanya…:p
Boleh baca kisah ana dapat lesen kereta kat sini ya. Lulus! (^^,)
Sebaik
sahaja dapat lesen kereta, ana mula membuat latihan memandu dengan menggunakan
kereta ummi. Semasa praktikal di Pusat Islam UUM, ana tidak lagi minta bantuan
sahabat untuk pandu kereta, tetapi ana sendiri yang pandu dan bawa sahabat ke
tempat program dengan menyewa kereta.
Hasrat
untuk miliki kereta sendiri, ana suarakan sekali lagi pada ummi. Kali ini
hasrat itu dipertimbangkan dengan sebaiknya setelah berfikir masak-masak
tentang bayaran pinjaman setiap bulan dan juga kos sekiranya kereta rosak.
Ketika
itu, ana benar-benar perlukan kereta kerana rumah sewa jauh dengan tempat
praktikal. Motor teman serumah pula selalu rosak. Keadaan cuaca juga selalu
hujan. Duit menyewa kereta mengalir laju bila ada program yang memerlukan ana
menyewa kereta.
Abah kurang yakin dengan ana, tetapi ummi
sebaliknya. Ummi kenal anaknya, bila sudah buat satu keputusan, sukar untuk
diubah. Setelah berjaya yakinkan abah yang ana mampu untuk membayar pinjaman
kereta, maka ummi cadangkan untuk ana ambil keretanya dan ummi beli kereta baru.
Ana
bersetuju, maka bermulalah proses pembelian kereta baru ummi dan ana diminta
untuk bayar RM2000,00 bagi duit muka kereta tersebut. Sebaik sahaja urusan
tersebut selesai, abah dan pak cik hantar kereta ummi kepada ana di Kedah dan
mereka pulang ke Kelantan dengan menaiki bas.
'Dating' dengannya...(^^,) |
Bermulalah
hidup baru ana dengan Kelisa Dakwah. Ada yang bertanya, kenapa kereta nie
dinamakan Kelisa dakwah? Banyak sebabnya, hehe!
Satu, ini adalah kereta ummi yang ana ambil secara sah…:p Bila
berjauhan dan sibuk dengan program, ana akan duduk dalam kereta nie dan rasai
yang ummi sedang pandu kereta nie dan membayangkan gelagat adik-adik ana, dari
situ rindu ana akan terubat. Ana akan jaga kereta nie seperti mana ana jaga
keluarga ana. Bak kata ustazah ana, ‘kereta warisan’. ngeh3….:p
Dua, duit pinjaman kereta ini ana bayar dengan menggunakan hasil
keuntungan dari Bidadari Collection juga sumbangan pihak penganjur dari program
yang ana sertai melalui khidmat dan kepakaran yang ana berikan. Ianya hasil
gerak kerja dakwah yang ana lakukan supaya kereta ini terus hidup dijalan
dakwah…(^^,).
Ketiga, kereta ini selalu dengan ana tatkala ana mahu pergi ke program
dakwah. Selalu ada tatkala sahabat-sahabat ana perlukan bantuan. Selalu ada
jika berlaku kecemasan yang memerlukan ana dengan segera. Menjadi sebahagian dari
‘teman seperjuangan’ ana.
Keempat, kereta ini juga dijadikan tempat ana dan sahabat-sahabat ‘berusrah’
dan berkongsi cerita kehidupan. Di cermin belakang kereta, ana tampal sticker
berkaitan aurat dan save gaza. Juga ada senaskah al-quran terjemahan untuk
penumpang baca atau rujuk atau ana sendiri guna. Kereta ini juga ana jadikan
tempat rehat jika kepenatan dengan program.
Kelima, peringatan kepada ana supaya kereta ini terus memecut laju ke
jalan dakwah dan sentiasa terarah kepada akhirat. Moga ianya menjadi nikmat dan
bukannya musibah.
Itu
adalah sedikit sebab yang dapat ana berikan kenapa ana berikan nama itu
kepadanya. Selebihnya, sila tanya kepada yang sudah naik ya….(^^,)
Ada
yang berkata, ‘untunglah ukhty ada kereta’.
Ana
hanya senyum dan berkata, “untuk apa mahu dibanggakan. Orang lain juga punya
kereta, malah lebih besar dan mewah dari ini. Kereta ini milik Allah, ana
pemegang amanah. Jika Dia mahu, dalam sekelip mata Dia boleh ambil dengan
berlaku kemalangan atau rosak yang tidak mampu dibaiki”.
Sebaik
sahaja dapat lesan, Allah izinkan untuk miliki kereta sendiri. Alhamdulillah… Punya
kereta sewaktu masih belajar tidak semudah yang disangka. Tapi tidak mustahil
jika kalian sudah mula mengatur kewangan ketika permulaan sambung belajar lagi.
Cubalah, moga berjaya! ^^
Ana
tidak tahu apakah ana mampu membayar pinjaman tersebut hingga habis, tetapi ana
tetap akan berusaha semampunya untuk pastikan Kelisa Dakwah sentiasa disisi
kerana ianya sudah menjadi sebahagian daripada hidup ana. Moga Allah redha
dengannya.
Berdasarkan
hadis dipermulaan coretan, ana sudah memperolehi satu dengan izin Allah s.w.t…
Masih ada tiga yang perlu diusahakan. Wallahua’lam…
----------------------------------------------------------------
Ada
yang menyapa, “bestkan jadi orang kaya?”, sapanya memecah kesunyian.
Saya
senyum.
“Orang
yang paling kaya adalah bilamana dia merasa cukup dengan apa yang dimiliknya….”
Bahagia
itu pilihan…^^
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)