Khamis, 30 Jun 2011

Ukhuwah Alam Maya


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk menghirup udara malam, terasa ketenangan menusuk kalbu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa diingati, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan untuk menulis lagi. Takkala menulis artikel ini, “si comel” Amirah Fasihah ada disebelah ana, sedang lena atas katil. Alhamdulillah dia sudah beransur sembuh setelah jatuh sakit selama 3 hari.

Lena benar dia tidur takkala bacaan ayat-ayat suci al-Quran meniti di bibir ana. Sememangnya untuk tidurkannya jadi mudah pabila dialunkan zikrullah dan juga ayat al-Quran… alhamdulillah, kakakmu ini berdoa moga dikau menjadi hafizah dan arif tentang Kitab suci ini, ameen ya robb.

Ukhuwah alam maya…pasti ada dalam kalangan pembaca sekalian yang punya teman atau kenalan di alam maya bukan? Tidak kira samaada mengenalinya dalam blog, facebook, friendster , twitter atau apa sahaja. Bak kata orang moden, “semuanya dihujung jari”.

Ana juga begitu. Punya ramai kenalan adalah suatu anugerah bagi ana, masakan mungkin Allah s.w.t. izinkan sesuatu itu berlaku dengan sia-sia. Pasti ada hikmahnya, untuk kita saling kenal mengenali.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Sungguh hebat ciptaan Allah s.w.t. kan? Dicipta dengan pelbagai bangsa, berbeza negara dan warna kulit. Namun kerna satu akidah dan menyembah Tuhan yang satu, kita semua adalah bersaudara. Ia….saudara seIslam.

Ana tersenyum takkala membaca perbualan kenalan di facebook. “itulah…ini baru punya waktu untuk singgah di facebook sahabat-sahabat, membaca khabar berita tentang kehidupan masing-masing…”

Nah….alam maya juga mengeratkan hubungan sesama kita. Dan ana sedar, facebook jugak punya manfaat jika ianya betul penggunaannya. Membaca kehidupan orang lain yang ditulis pada status facebook yang kadang-kala penulisannya tentang kisah suka duka hidupnya, itulah warna warni dalam kehidupan.

Dalam blog pula, masing-masing mencurahkan idea untuk menulis. Samaada menceritakan tentang kehidupan yang dilaluinya sehari-hari, soal jawab tentang hukum hakam dalam Islam, motivasi diri dan banyak lagi. Dan ana yakin, pasti ada pembaca yang mahu mengenali penulisnya. Dari situlah wujudnya ukhuwah.


Alhamdulillah, Allah s.w.t. pertemukan ana dengan ramai kenalan di alam maya, bertahun-tahun hanya berbicara dalam alam maya tetapi tidak pernah sekali bertemu dan bertentang mata.

Teringat perbualan ana dengan seorang kenalan yang baru sahaja ta’ruf beberapa hari yang lalu. Dia berada nun jauh di Borneo Utara sedangkan ana pula berada di Pantai Timur. Jika dihitung, sememangnya jarak tersebut teramatlah jauh, namun kerna teknologi yang ada kini, alam maya mendekatkannya.

Dan sudah pasti, setiap ukhuwah itu pasti akan diduga dengan kejujuran, kepercayaan, toleransi, prasangka dan sebagainya. Hatta badai dan ombak yang melanda deras mana pun, jika ukhuwah itu kerna Allah s.w.t…pasti ia akan tenang selembut tiupan bayu pantai…(^_^).

Ana juga begitu teringin sekali untuk kenal dengan pembaca diari kehidupan ana nie. Saban hari, pengunjung makin meningkat. Namun tidak ramai yang meninggalkan jejak atau komen, dengan kata lain hanya menjadi silent reader. 

Walauapa pun, terima kasih kerna sudi singgah ke blog ana yang tidak seberapa ini. Dan moga suatu masa nanti, Allah s.w.t. izinkan untuk kita bertemu ye…Wallahua'lam...(^_^)


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)

Rabu, 29 Jun 2011

♥ Bidadari Collection ♥


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah  Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam dan Ihsan yang telah Engkau kurniakan kepada hamba ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dunia dan akhirat, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, akhirnya punya kesempatan juga untuk menulis. Syukur ku padaNya, berdoa semoga Dia terus menerus mengatur dan mentadbir hidup ini…ameen.

Baiklah, mungkin ada dalam kalangan pembaca sudah dapat mengagak apa yang ana mahu kongsikan setelah membaca tajuk artikel kali nie. Sudah lama sebenarnya ana mahu menulis tentangnya, namun belum bersedia dan akhirnya hari itu tiba jua. Alhamdulillah…(^_^)

Bidadari Collection dibuka secara rasmi pada 4 Jun 2011 (sabtu) dan menawarkan perkhidmatan jualan secara online dengan menjual barangan atau produk khusus untuk buat Muslimah sahaja seperti tudung labuh bidang 60, niqob biasa dan yang ikat didahi dan sarung lengan jejari.
 
Masih setahun jagung menjalankan perniagaan secara online. Pada mulanya, ana memang sudah terima banyak tempahan tudung labuh sejak di zaman matrikulasi dan hinggalah di alam universiti.

Ana melihat, agak ramai muslimat yang sudah mula mengenakan tudung labuh dan cuba istiqomah dengan memakainya dalam kehidupan seharian. Malah, ada juga yang berkeinginan untuk memakainya, cuma tidak tahu dimana boleh membeli atau mendapatkan kain untuk membuatnya.

Maka, ana mengambil insiatif untuk membuka kedai secara online dengan menjual barang atau produk untuk muslimat. Alhamdulillah tempahan makin banyak dan stok kain juga makin bertambah.

Yang membuatkan ana makin mahu majukan perniagaan nie adalah bilamana ada pelanggan yang meluahkan isi hatinya kepada ana. Katanya, tudung yang ana jahit itulah tudung pertamanya. Dia begitu kagm dengan muslimat yang bertudung labuh apatah lagi untuk menepis tudung-tudung dengan pelbagai fesyen yang ada di pasaran sekarang.

Kerna itu, dia mahu mencuba untuk memakainya dan juga mahu istiqomah. Dia juga sudah lama mencari kain untuk dibuat tudung labuh namun tidak ketemu, dan apabila ana mula promosikan dalam facebook dan blog, akhirnya impian dan cita-citanya menjadi kenyataan.

Lalu, ana ucapkan syukur kepada Allah s.w.t. kerna memberi peluang untuk tangan ini menjahit tudung buatnya. Terasa mahu mengalir air mata menahan sebak takkala membaca bait-bait ayat yang ditulisnya…Subhanallah…

Ana masih ingat pada semester lepas, ada yang menempah tudung labuh untuk sahabatnya. Sebaik sahaja tudung itu siap, yang memakainya tidak pernah kenal dan bertemu dengan ana. Cuma hanya tahu nama ana sahaja.

Dengan izin dari Allah s.w.t… kami bertemu ketika makan di cafeteria, ana hanya senyum sahaja kepadanya dan dia terus datang bertegur sapa dengan ana. Dan ana terus sebak bila dia katakan, “ana memang dah lama nak bertemu dengan orang yang jahit tudung kat ana, dan alhamdulillah Allah s.w.t. pertemukan ana dengannya hari ini…”.

Dari situlah kekuatan itu datang untuk membuka “Bidadari Collection”. Umie dan adik ana selalu cakap, “berapalah sangat untuk yang dapat, buat penat je ke hulu ke hilir tapi untungnya tidak seberapa…”.

Ana segera membalasnya, “bukan keuntungan yang ku pandang tapi kerna keinginan hati yang mahu melihat muslimat menutup aurat dengan sempurna. Tiada keuntungan yang lebih bernilai melainkan keredhaan Allah s.w.t…”

Sebelum membuka gerai, ana bertanya kepada sahabat yang sudah berniaga melalui online dan juga menziarahi blog dan laman web yang menawarkan jualan secara online untuk ana sendiri membuat kajian dan penilaian, juga sebagai persediaan sebelum membuka kedai online.

Alhamdulillah, ada sahabat yang tidak putus-putus membantu ana. Antara tips yang diberikan, “akak cuba cari kelainan bila nak jual sesuatu barangan dan berbeza dari orang lain yang membuatkan kita mampu bersaing, gambar yang diambil untuk tatapan pelanggan juga mesti menarik disamping maklumat yang berguna. Selain tu, harga mestilah berpatutan tapi janganlah sampai takde untung langsung…”

Ada juga tips berguna yang sempat ana baca dalam laman web yang sempat diziarahi, “apabila jual barang, mestilah jual yang kita suka dan jangan jual barang yang kita tak suka. Dan saya takkan jual barang yang saya sendiri rasa tak elok dan buruk…”

Daripada semua itulah ana mula mencipta system sendiri dalam menerima tempahan, pembelian stok, penghantaran melalui pos, duit yang dibank in oleh pelanggan dan juga akaun untuk mengetahui aliran keluar masuk tunai.

Alhamdulillah ana dari latar belakang pelajar perakaunan dan perniagaan. Jadi, semua itu tidak jadi masalah buat ana kerna ana sudah mula berjinak-jinak dalam perniagaan sewaktu umur sekitar 10 tahun…(^_^)

Jadi, bagi para pembaca yang mahu melihat barang atau produk yang ana tawarkan. Boleh la melayari laman web Bidadari Collection atau boleh tekan link sebelah kiri  yang terletak di bahagian atas diari ana nie. Doakan moga usaha ana ini diberkati Allah s.w.t…ameen ya robb…Wallahua’lam…

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)

Sabtu, 25 Jun 2011

Langkah Pertama

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan, moga hamba ini menjadi hamba yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang dirindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih diberi kesempatan dan keizinan untuk terus menulis, moga-moga diri ini sentiasa istiqomah untuk menulis. Mendapat ilham, cuma menunggu masa  untuk minda dan badan ini betul-betul bersedia kerna terasa keletihan yang amat…(^_^)

Bagi pembaca yang masih belum membaca cerpen yang ana tulis pada post yang lepas, ana sarankan supaya kalian baca terlebih dahulu dan buatlah penilaian kerna artikel kali ini ada kaitan dengannya.

Sebaik sahaja cerpen “Makna Hidup Untuk Memberi” siap dan ana letak di pautan Facebook untuk tatapan sahabat di Facebook, alhamdulillah mendapat respon yang baik. Syukur ku padaNya dan terus berdoa moga ianya sentiasa memberi manfaat buat yang membacanya.

Cerpen tersebut merupakan cerpen ke-4 yang pernah ana tulis dan sememangnya cerpen-cerpen sebelum ini ditulis dengan punya kaitan dengan ana cuma jalan ceritanya sahaja tidak serupa namun punya motif yang sama kerna hati ini yang berbicara, akal yang mentafsir dan tangan menterjemahkan melalui penulisan…(^_^)

Apa yang mahu ana katakan disini, tiap insan punya peluang untuk cuba menulis atau menukilkan sesuatu samaada menulis sajak, puisi, kata-kata hikmah, kritikan, cerita dan apa-apa sahaja dan orang lain tidak punya hak untuk menghalang melainkan Allah s.w.t..

Maka, katakan pada diri…“aku juga boleh lakukan…”


Yakinlah pada keupayaan diri. Begitu juga dalam hal yang benar-benar kita mahu dan impikan. Setiap orang punya matlamat dan impian dalam hidup bukan? walaupun ianya hanya nampak kecil dan remeh di mata orang lain. Bohonglah sekiranya ada diantara kita tidak punya impian, matlamat mahupun cita-cita.

Ia…mungkin ada diantara kita masih ragu-ragu untuk laksanakannya kerna takut sekiranya mengalami kegagalan ataupun berhenti sekerat jalan. Namun, bagaimana kita tahu sesuatu itu akan jadi sebegitu jika kita tidak pernah sekali-kali untuk mencuba.

Keupayaan setiap insan berbeza, mungkin ada sahabat kita yang pandai dalam bidang kedoktoran mahupun perniagaan, tetapi kita pula hanya tahu untuk melukis. Usah khuatir kerna Allah s.w.t. itu tidak pernah menzalimi kerna Dia tahu keupayaan dan kekuatan hambaNya.

Cuma…keupayaan dan kelebihan itu mesti kita keluarkan dan didik supaya ianya sentiasa diperbaiki dari semasa juga semasa. Ana juga mengalami proses itu. Sejak dari kecil, apa yang ana lakukan lebih banyak temui kegagalan berbanding kejayaan.

“ku juga merasai peritnya kegagalan…Namun, ku mahu jadi umat yang kuat & kental daripada hanya menangis tanpa apa-apa usaha kerna dunia ini terlalu banyak ruang dan peluang untuk senyum kembali dan mengukir sejarah kegemilangan… Yakinlah dengan keupayaan diri mu…” 

Maka, mesti berani untuk mulakan langkah pertama. Cabar keupayaan diri kalian untuk terus maju ke hadapan. Asah hati dan jiwa supaya tidak pernah kenal erti putus asa dan kecewa kerna setiap insan punya peluang yang sama rata. Jadi, gunakan ia dengan sebaik mungkin.

Melaksanakan sesuatu dengan rela hati dan penuh minat pasti mengundang kepuasan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata dan hasil yang cukup lumayan. Juga melatih diri untuk ikhlas. Senyumlah walau apa pun cabaran di hadapan…

Langkah pertama…ia, tiap insan punya peluang dan harapan untuk berjaya dalam sesuatu perkara yang diimpikan, semuanya terpulang pada kita samaada mahu mencabar keupayaan diri atau masih duduk di tempat yang sama. Gagal itu lumrah, namun ana respect kepada insan yang dapat bangkit semula dari kegagalan.

Ayuh, mulakan langkah! (。◕‿◕。)


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)

Khamis, 23 Jun 2011

Cerpen: Makna Hidup Untuk Memberi


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

“Fasihah…kita berhenti minum air dulu ye, ana haus la…”, kata Balqis sambil mengambil sapu tangan dalam poketnya dan mengesat peluh di muka.

“ia…ana pun dahaga nie. Kat sana ada gerai, jom kita singgah…” jawab Fasihah pula sambil menunjukkan arah ke sebuah kedai di tepi jalan.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kedai menjual minuman. Balqis duduk disebuah meja dan Fasihah pula ke kaunter untuk membuat pesanan. Setelah selesai, dia duduk berhadapan dengan Balqis.

“erm…selepas nie kita nak ke mana pula ye?”, tanya Balqis setelah mereka berdua diam seketika.

“selepas nie kita ke rumah Puan Annur untuk tentukan menu semasa program tu berlangsung nanti...” balas Fasihah sambil matanya memandang seorang budak perempuan yang berada tidak jauh dari tempat duduknya.

Sedang mereka berdua berbual, datang seorang pelayan ke meja mereka dan meletakkan pesanan yang telah dibuat.

“Eh…ais-krim???”, Balqis bersuara dengan matanya yang sengaja dibesarkan sambil memandang ke arah Fasihah.

“hehe…kalau ye pun, jangan la besarkan mata tu. Tadi memang nak pesan air, tapi bila tengok ada ais-krim, nampak macam sedap je…hihi..” jawab Fasihah.

“ada-ada je ukhty. Nie mesti masa kecil-kecil dulu tak dapat makan ais-krim, tu yang dah besar panjang jadi hantu ais-krim..hehe”, gurau Balqis dan akhirnya mereka sama-sama ketawa.

Fasihah perasan yang budak tadi asyik memandangnya makan. Fasihah tersenyum sendiri, lalu dia bangun dari tempat duduk dan ke kaunter. Setelah itu, dia kembali duduk di mejanya dan berbual dengan Balqis berkaitan program yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Erm..kak, berape ye semua?”, tanya Fasihah kepada pekerja yang bertugas di kaunter.

“kalau termasuk ais-krim yang nie, semuanya RM 15.50…” jawab pekerja tadi sambil meletakkan ais-krim yang paling special yang ada terjual di kedainya.

“Ais-krim lagi. Fasihah..Fasihah…” kata Balqis sambil dia menggelengkan kepala. Fasihah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Lantas dia berlalu dari kaunter dan berhenti betul-betul di hadapan budak yang asyik memandangnya ketika makan.

“Assalamualaikum dik. Ais-krim nie untuk adik…akak belanja ye”, Fasihah menghulurkan ais-krim kepadanya sambil mengukir senyuman.

Tiba-tiba, budak tadi terus memeluknya dengan erat. Fasihah jadi kaget seketika dengan tindakan spontan budak tadi. Lalu dia mengusap kepala dan belakangnya.

“terima kasih kak…saya teringin sangat nak makan ais-krim tapi takde duit nak beli, ayah masih ada kerja jadi tak nak kacau dia…” luah hatinya dengan nada terharu.

“sama-sama dik. Macam tu rupanya, patut la asyik tengok akak makan tadi..hehe… Nama adik siapa ye?”

“erm…nama saya Aleeya Amiera. Akak boleh panggil saya, leeya..”,

“Cantik nama Leeya, secantik tuannya. Leeya boleh panggil akak, kak Fasihah. Baiklah dik, akak masih punya urusan. InsyaAllah jika ada jodoh, kita jumpa lagi ye. Akak pergi dulu, assalamualaikum…”, kata Fasihah sambil dia bersalam dengan Leeya dan terus berlalu menuju ke Balqis yang asyik memerhatinya dari tadi.

“Baiknya hati ukhty. Tapi kalau ye pun, bagilah yang murah sikit kat adik tu…hehe”, kata Balqis sambil menepuk bahu Fasihah.

“Hehe…kalau nak memberi, berilah yang terbaik antara yang terbaik. Nilai sesuatu pemberian akan lebih mahal sekiranya kita memberi apa yang kita sayang dan suka” respon Fasihah sambil senyuman tidak lekang di bibirnya.

“alhamdulillah…itulah sahabat yang ana kenali, masih tetap seperti dulu. Moga Allah s.w.t. redha…” Balqis juga turut tersenyum, bangga dikurniakan sahabat seperti Fasihah.

“ameen…Jom Balqis kita pergi rumah Puan Annur, nanti dia tertunggu-tunggu plak”, ajak Fasihah dan mereka berjalan beriringan ke stesen bas.

XXXXXXXXXXXXXX

“Bismillahirrahmanirrahim….kita buka mesyuarat kita malam nie dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah”, kata Fasihah selaku pengarah projek.

“Alhamdulillah…pertama sekali ana mahu ucapkan terima kasih atas komitmen dan keikhlasan sahabat sekalian bagi program “Masih Ada Yang Sayang” yang tidak putus-putus hingga ke saat ini. Baiklah, untuk agenda mesyuarat kali nie, ana mohon kepada setiap AJK untuk bagi laporan berkaitan tugas masing-masing mengikut unit”. sambung Fasihah lagi.

Bismillahirrahmanirrahim…bagi unit protokal, surat jemputan yang sudah dihantar kepada tetamu VIP dan penceramah jemputan dua minggu lepas mendapat respon yang baik dan insyaAllah kesemuanya akan hadir. Bilangan peserta di Rumah Akhlak Wanita pula ana dah confirmkan dengan pengurus iaitu seramai 150 orang dan semuanya adalah Muslim. Berkaitan dengan tentatif  pula, masih dalam perbincangan dengan unit aktiviti. Jadi, ana persilakan Ukhty Sakinah dari unit aktiviti untuk terangkan lebih detail berkaitan aktiviti dan pengisian sepanjang program berlangsung…”, jelas Hafizah selaku ketua bagi unit protokol.

Bilik mesyuarat diam buat seketika. Hampir kesemua akhowat memandang ke arah Ukhty Sakinah yang diam seribu bahasa. Masing-masing menunggu Ukhty Sakinah memulakan bicara.

Balqis yang kebetulan berada di sebelah Sakinah segera menyiku dan memanggil namanya, “sakinah….”.

“errr…ye..maaf-maaf…”,Sakinah tersipu malu saat melihat mata-mata yang memandang tepat ke arahnya.

Ada sesuatu yang bermain di mindanya, disebabkan itu dia tidak dapat tumpukan sepenuh perhatian ketika mesyuarat sedang berlangsung. Tanpa membuang masa, Sakinah segera membelek kertas yang ada dihadapannya, lalu dia menerangkan aktiviti dan pengisian yang bakal diadakan sepanjang program berlangsung.

Fasihah hanya tersenyum melihat gelagat Sakinah. “selalunya dia tidak begitu, pasti ada sesuatu yang sedang dia lalui…” bisik hati Fasihah.

Akhirnya setelah hampir satu jam lebih, mesyuarat ditangguhkan lagi hingga minggu depan dengan bacaan Tasbih kaffarah dan masing-masing berpuas hati mendengar laporan dari kesemua unit. Kesemuanya berdoa dan berharap supaya program yang bakal berlangsung dua minggu lagi dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

XXXXXXXXXXXXX

Fasihah membuka kotak yang mengandungi t-shirt labuh muslimat yang baru sahaja sampai ke kedainya pagi tadi. Lalu dia menyusun t-shirt labuh mengikut saiz dan warna yang ada. Setelah itu, dia melipat dan menyangkut t-shirt labuh dengan teliti bagi memudahkan pelanggan melihatnya.

Akalnya masih ligat memikirkan bagaimana untuk membantu Ukhty Sakinah. Dia tahu yang Sakinah tidak akan sesekali menceritakan masalah yang dihadapinya, kerana itulah dia dan Balqis ke rumah Sakinah untuk bertanya khabar keluarganya disamping mengetahui masalah yang dihadapi oleh sakinah.

Masih Fasihah ingat kata-kata umie Sakinah semalam, “adiknya yang bakal ambil SPM tahun nie disahkan mengidap penyakit barah otak dan memerlukan kos pembedahan yang tinggi. Doktor bagi tempoh dalam satu minggu sahaja untuk dapatkan wang tersebut kerana pembedahan perlu dibuat dengan segara untuk mengelakkan barah makin merebak…”.

Balqis melihat Fasihah duduk termenung dari tadi. Dia faham benar dengan perangai Fasihah. “mungkin tengah fikirkan cara untuk bantu Sakinah agaknya…”,bisik hati Balqis.
“Sudah dapat solusinya?”, tanya Balqis kepada Fasihah. Suaranya memecahkan kesunyian setelah kedua-duanya berdiam diri dari tadi.

Fasihah membalas pertanyaan Balqis dengan menggelengkan kepala.

“erm…kalau kita guna duit yang orang ramai derma untuk program kat Rumah Akhlak Wanita tu untuk bantu Sakinah macam mana? kita ceritakan hal sebenar kat Pengurus rumah tersebut, manalah tahu dia sudi untuk bantu…” Balqis cuba memberikan cadangan.

“cadangan tu bagus ukhty, cuma kalau boleh ana tidak mahu campurkan urusan peribadi dan keluarga kita dengan urusan da’wah seperti ini. Lagipun Rumah Akhlak Wanita juga memerlukan dana untuk perbaiki bangunan dan harta benda lain yang rosak semasa banjir baru-baru nie”, jelas Fasihah kepada Balqis.

Suasana kedai kembali sunyi setelah kedua-duanya diam memikirkan solusi terbaik untuk membantu Ukhty Sakinah.

“hmm…macam mana dengan pendapat ukhty kalau kita guna keuntungan yang kita dapat dari hasil jualan kedai untuk bantu Sakinah dan kalau masih tidak cukup, ana ada sedikit wang simpanan dalam bank…”, Fasihah pula yang memberikan cadangan.

“Benar nie ukhty? Bukan ke sebelum nie ukhty bagitahu nak guna keuntungan yang kita dapat nie untuk kembangkan perniagaan dengan buka kedai di tempat lain? Dan wang simpanan ukhty tu untuk tunaikan haji dan umrah?”, bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut balqis.

“iaaa…sememangnya itulah matlamat ana. Tetapi, sahabat kita lebih memerlukan duit dari ana. Sekiranya kesemua matlamat itu Allah s.w.t. izinkan, insyaAllah akan tercapai juga. Ana tidak boleh berpeluk tubuh sahaja tanpa menghulurkan apa-apa bantuan.

Ukhty Sakinah pernah bagitahu yang dia mahu menghantar adiknya itu untuk sambung pengajian di Universiti Madinah. Anggaplah ini sebagai satu pelaburan akhirat. Jadi, buat masa ini, itulah solusi yang terbaik”, terang Fasihah sambil dia membuka laptop dan mengambil buku kira-kira untuk melihat hasil  keuntungan  yang diperolehinya.

Balqis segera duduk di hadapan Fasihah sambil memandangnya, “ukhty serius nie?”, tanya Balqis yang mahukan kepastian.

Fasihah mengangkat kepalanya memandang temannya itu sambil tersenyum dan mengangguk dengan penuh yakin bahawa dia akan lakukannya seperti yang dikatakan tadi.

Balqis pula tersenyum sendiri, lantas dia membantu Fasihah mengira hutang dan stok yang masih berbaki. Setelah hampir 30 minit, Fasihah bersuara, “alhamdulillah…keuntungan juga lumayan lepas kita buka beberapa gerai jualan di tapak ekspo. Tapi, ana rasa kita kena bekerja keras lagi minggu nie dan buat tinjauan sekiranya ada tempat yang menawarkan tapak gerai untuk kita sewa…”.

“InsyaAllah boleh ukhty…nanti ana cuba tanya sahabat-sahabat yang lain pula, manalah tahu mereka boleh bantu…” Balqis menyokong kata-kata Fasihah.

Masa terus berlalu, siang dan malam silih berganti. Fasihah dan Balqis bekerja keras menjual produk yang ada dikedai milik mereka berdua. Persiapan untuk program “Masih Ada Yang Sayang” di Rumah Akhlak Wanita juga diuruskan dengan baik supaya tidak ada kelompangan di mana-mana semasa program berlangsung.

Khamis, 16 Jun 2011

Sama Tapi Tak Serupa


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah, syukur ku ke hadrat Mu atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau berikan kepada hamba ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dunia & akhirat, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Subhanallah…alhamdulillah…Allahuakbar… terima kasih Ya Allah atas keizinan untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian. Mendapat ilham untuk menulis dalam diari kesayangan ana nie…(^_^)

Hari nie sahabat sekerja umie dan mak saudara datang ziarah untuk melihat keadaan umie dan Amirah Fasihah disamping bertanya khabar. Ana yang entah macam mana boleh “pengsan” atas sofa terus bangun kemas ruang tamu yang agak bersepah…hehe..

Dalam keadaan masih sedar tak sedar, terus bersiap-siap dengan hijab dan ke dapur untuk sediakan santapan untuk tetamu yang datang. Setelah selesai, ana duduk sekejap dengan para ibu sambil mendengar mereka berbual. Tiba-tiba, anak mata ana terpandang nie..hehe

Team Hero bersama askar "kenit"...hihi..
Dua hero bersama sahabatnya dengan askar “kenit” masing-masing, bersiap sedia untuk berperang disaat para ibu dengan diskusi mereka..hehe.. Tapi bukan itu yang ana mahu perkatakan, sekadar iklan dan selingan..hehe..

Setelah sahabat umie balik, datang pula mak saudara umie dengan anaknya. Adik ana masuk bilik dan bagitahu, “kak ngah, ada orang datang. Umie suruh buat air..”.

Dan seperti tadi, ana pakai hijab dan keluarkan ais batu dari peti sejuk untuk buat air oren. Sebaik sahaja beberapa sudu gula dimasukkan dalam jug kaca, umie pun cakap, “kak ngah, buat air panas ye..teh pun takpe..”.

Tangan ana yang tengah menceduk gula terus kaku, dalam hati terus bermonolog “macam mana nie, kalau nak buat air panas kena dalam teko bukan dalam jug…tapi gula dah bubuh, nanti membazir air plak nak basuh bekas…”

“hmm…takpelah, mana-mana pun sama, boleh minum jugak…huhu..”

Dah siap, ana bawa air dan keropok ke ruang tamu. Tiba-tiba umie bersuara, “kenapa tak letak dalam cawan?”.

Ana pun diam, lepas tu tersenyum sendiri dalam hati. Ana mendapat suatu hikmah dari gelas dan cawan tersebut. Mungkin bagi sesetengah insan, ianya perkara kecil dan remeh sahaja. Tetapi tidak bagi ana. Lalu ku lafazkan alhamdulillah atas peringatan dan muhasabah yang Allah s.w.t. aturkan…(^_^)

Dan ana mahu tanya para pembaca sekalian, apa persamaan dan perbezaan antara gambar di bawah?

Cawan & gelas
 Jika ditanya kepada ana, persamaan dua objek nie adalah untuk menakung air untuk memudahkan kita minum. Perbezaannya pula adalah, air yang diletakkan dalam dua objek ini perlu mengikut kesuaian.

Jika air tersebut panas, maka ianya mesti diletakkan dalam cawan kerna ada tempat untuk pegang disisi cawan tersebut supaya tangan tidak rasa panas. Jika air tersebut sejuk pula, ianya mesti diletakkan dalam gelas.

Jadi, ianya punya fungsi yang sama iaitu untuk memudahkan kita minum dan air yang diletakkan tidak serupa antara keduanya. Begitu juga dengan gambar ini.


Kedua-duanya sudah memakai tudung, juga sudah menutup apa yang sepatutnya ditutup. Tetapi sayangnya, tidak serupa dalam menutup aurat. Ada sesetengah wanita Islam yang meletakkan aurat hanya pada rambut dan kepala sahaja tetapi memakai lengan pendek dan menampakkan kaki.

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir”
(Surah An-Nur, ayat 31)


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
 
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Dari laman web Ustaz Zaharuddin. (aurat wanita apa sudah jadi)

Amat rugi sekali sekiranya kita memakai pakaian yang disangka sudah menutup aurat sewaktu keluar dari rumah atau berada bersama dengan lelaki ajnabi sedangkan ianya mengundang azab Allah s.w.t…alangkah baiknya jika kita mahu buat sesuatu, buatlah betul-betul dan bukan sekadar tangkap muat.

Begitu juga para da’ie di luar sana, jika mahu menegur insan yang tidak menutup aurat, tegurlah dengan selembut dan sehikmah mungkin. Pastikan hati itu terlebih dahulu dimuhasabah dan ikhlas untuk menegur kerna Allah s.w.t…

Nasihatlah dia ketika dia bersendirian dan bukan dikhalayak ramai kerna itu hanya akan membuatkan dia makin jauh dan “panas”, apatah lagi mahu berubah kearah kebaikan. Begitu juga seperti cawan dan gelas tadi.

Antara menegur selembut air dengan menegur sekeras batu. Ianya sama-sama sudah memberi nasihat, tetapi pendekatan dan gaya yang tidak serupa. Pasti akan memberi kesan yang berbeza kepada yang mendengarnya. Tidak rugi sedikit pun jika kita berkata dengan baik dan lemah lembut.

“gaya bahasa dan percakapan seseorang menggambarkan peribadi dan akhlaknya”

.:: Tertutup Itu Indah::.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)