Khamis, 23 Jun 2011

Cerpen: Makna Hidup Untuk Memberi


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

“Fasihah…kita berhenti minum air dulu ye, ana haus la…”, kata Balqis sambil mengambil sapu tangan dalam poketnya dan mengesat peluh di muka.

“ia…ana pun dahaga nie. Kat sana ada gerai, jom kita singgah…” jawab Fasihah pula sambil menunjukkan arah ke sebuah kedai di tepi jalan.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kedai menjual minuman. Balqis duduk disebuah meja dan Fasihah pula ke kaunter untuk membuat pesanan. Setelah selesai, dia duduk berhadapan dengan Balqis.

“erm…selepas nie kita nak ke mana pula ye?”, tanya Balqis setelah mereka berdua diam seketika.

“selepas nie kita ke rumah Puan Annur untuk tentukan menu semasa program tu berlangsung nanti...” balas Fasihah sambil matanya memandang seorang budak perempuan yang berada tidak jauh dari tempat duduknya.

Sedang mereka berdua berbual, datang seorang pelayan ke meja mereka dan meletakkan pesanan yang telah dibuat.

“Eh…ais-krim???”, Balqis bersuara dengan matanya yang sengaja dibesarkan sambil memandang ke arah Fasihah.

“hehe…kalau ye pun, jangan la besarkan mata tu. Tadi memang nak pesan air, tapi bila tengok ada ais-krim, nampak macam sedap je…hihi..” jawab Fasihah.

“ada-ada je ukhty. Nie mesti masa kecil-kecil dulu tak dapat makan ais-krim, tu yang dah besar panjang jadi hantu ais-krim..hehe”, gurau Balqis dan akhirnya mereka sama-sama ketawa.

Fasihah perasan yang budak tadi asyik memandangnya makan. Fasihah tersenyum sendiri, lalu dia bangun dari tempat duduk dan ke kaunter. Setelah itu, dia kembali duduk di mejanya dan berbual dengan Balqis berkaitan program yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Erm..kak, berape ye semua?”, tanya Fasihah kepada pekerja yang bertugas di kaunter.

“kalau termasuk ais-krim yang nie, semuanya RM 15.50…” jawab pekerja tadi sambil meletakkan ais-krim yang paling special yang ada terjual di kedainya.

“Ais-krim lagi. Fasihah..Fasihah…” kata Balqis sambil dia menggelengkan kepala. Fasihah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Lantas dia berlalu dari kaunter dan berhenti betul-betul di hadapan budak yang asyik memandangnya ketika makan.

“Assalamualaikum dik. Ais-krim nie untuk adik…akak belanja ye”, Fasihah menghulurkan ais-krim kepadanya sambil mengukir senyuman.

Tiba-tiba, budak tadi terus memeluknya dengan erat. Fasihah jadi kaget seketika dengan tindakan spontan budak tadi. Lalu dia mengusap kepala dan belakangnya.

“terima kasih kak…saya teringin sangat nak makan ais-krim tapi takde duit nak beli, ayah masih ada kerja jadi tak nak kacau dia…” luah hatinya dengan nada terharu.

“sama-sama dik. Macam tu rupanya, patut la asyik tengok akak makan tadi..hehe… Nama adik siapa ye?”

“erm…nama saya Aleeya Amiera. Akak boleh panggil saya, leeya..”,

“Cantik nama Leeya, secantik tuannya. Leeya boleh panggil akak, kak Fasihah. Baiklah dik, akak masih punya urusan. InsyaAllah jika ada jodoh, kita jumpa lagi ye. Akak pergi dulu, assalamualaikum…”, kata Fasihah sambil dia bersalam dengan Leeya dan terus berlalu menuju ke Balqis yang asyik memerhatinya dari tadi.

“Baiknya hati ukhty. Tapi kalau ye pun, bagilah yang murah sikit kat adik tu…hehe”, kata Balqis sambil menepuk bahu Fasihah.

“Hehe…kalau nak memberi, berilah yang terbaik antara yang terbaik. Nilai sesuatu pemberian akan lebih mahal sekiranya kita memberi apa yang kita sayang dan suka” respon Fasihah sambil senyuman tidak lekang di bibirnya.

“alhamdulillah…itulah sahabat yang ana kenali, masih tetap seperti dulu. Moga Allah s.w.t. redha…” Balqis juga turut tersenyum, bangga dikurniakan sahabat seperti Fasihah.

“ameen…Jom Balqis kita pergi rumah Puan Annur, nanti dia tertunggu-tunggu plak”, ajak Fasihah dan mereka berjalan beriringan ke stesen bas.

XXXXXXXXXXXXXX

“Bismillahirrahmanirrahim….kita buka mesyuarat kita malam nie dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah”, kata Fasihah selaku pengarah projek.

“Alhamdulillah…pertama sekali ana mahu ucapkan terima kasih atas komitmen dan keikhlasan sahabat sekalian bagi program “Masih Ada Yang Sayang” yang tidak putus-putus hingga ke saat ini. Baiklah, untuk agenda mesyuarat kali nie, ana mohon kepada setiap AJK untuk bagi laporan berkaitan tugas masing-masing mengikut unit”. sambung Fasihah lagi.

Bismillahirrahmanirrahim…bagi unit protokal, surat jemputan yang sudah dihantar kepada tetamu VIP dan penceramah jemputan dua minggu lepas mendapat respon yang baik dan insyaAllah kesemuanya akan hadir. Bilangan peserta di Rumah Akhlak Wanita pula ana dah confirmkan dengan pengurus iaitu seramai 150 orang dan semuanya adalah Muslim. Berkaitan dengan tentatif  pula, masih dalam perbincangan dengan unit aktiviti. Jadi, ana persilakan Ukhty Sakinah dari unit aktiviti untuk terangkan lebih detail berkaitan aktiviti dan pengisian sepanjang program berlangsung…”, jelas Hafizah selaku ketua bagi unit protokol.

Bilik mesyuarat diam buat seketika. Hampir kesemua akhowat memandang ke arah Ukhty Sakinah yang diam seribu bahasa. Masing-masing menunggu Ukhty Sakinah memulakan bicara.

Balqis yang kebetulan berada di sebelah Sakinah segera menyiku dan memanggil namanya, “sakinah….”.

“errr…ye..maaf-maaf…”,Sakinah tersipu malu saat melihat mata-mata yang memandang tepat ke arahnya.

Ada sesuatu yang bermain di mindanya, disebabkan itu dia tidak dapat tumpukan sepenuh perhatian ketika mesyuarat sedang berlangsung. Tanpa membuang masa, Sakinah segera membelek kertas yang ada dihadapannya, lalu dia menerangkan aktiviti dan pengisian yang bakal diadakan sepanjang program berlangsung.

Fasihah hanya tersenyum melihat gelagat Sakinah. “selalunya dia tidak begitu, pasti ada sesuatu yang sedang dia lalui…” bisik hati Fasihah.

Akhirnya setelah hampir satu jam lebih, mesyuarat ditangguhkan lagi hingga minggu depan dengan bacaan Tasbih kaffarah dan masing-masing berpuas hati mendengar laporan dari kesemua unit. Kesemuanya berdoa dan berharap supaya program yang bakal berlangsung dua minggu lagi dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

XXXXXXXXXXXXX

Fasihah membuka kotak yang mengandungi t-shirt labuh muslimat yang baru sahaja sampai ke kedainya pagi tadi. Lalu dia menyusun t-shirt labuh mengikut saiz dan warna yang ada. Setelah itu, dia melipat dan menyangkut t-shirt labuh dengan teliti bagi memudahkan pelanggan melihatnya.

Akalnya masih ligat memikirkan bagaimana untuk membantu Ukhty Sakinah. Dia tahu yang Sakinah tidak akan sesekali menceritakan masalah yang dihadapinya, kerana itulah dia dan Balqis ke rumah Sakinah untuk bertanya khabar keluarganya disamping mengetahui masalah yang dihadapi oleh sakinah.

Masih Fasihah ingat kata-kata umie Sakinah semalam, “adiknya yang bakal ambil SPM tahun nie disahkan mengidap penyakit barah otak dan memerlukan kos pembedahan yang tinggi. Doktor bagi tempoh dalam satu minggu sahaja untuk dapatkan wang tersebut kerana pembedahan perlu dibuat dengan segara untuk mengelakkan barah makin merebak…”.

Balqis melihat Fasihah duduk termenung dari tadi. Dia faham benar dengan perangai Fasihah. “mungkin tengah fikirkan cara untuk bantu Sakinah agaknya…”,bisik hati Balqis.
“Sudah dapat solusinya?”, tanya Balqis kepada Fasihah. Suaranya memecahkan kesunyian setelah kedua-duanya berdiam diri dari tadi.

Fasihah membalas pertanyaan Balqis dengan menggelengkan kepala.

“erm…kalau kita guna duit yang orang ramai derma untuk program kat Rumah Akhlak Wanita tu untuk bantu Sakinah macam mana? kita ceritakan hal sebenar kat Pengurus rumah tersebut, manalah tahu dia sudi untuk bantu…” Balqis cuba memberikan cadangan.

“cadangan tu bagus ukhty, cuma kalau boleh ana tidak mahu campurkan urusan peribadi dan keluarga kita dengan urusan da’wah seperti ini. Lagipun Rumah Akhlak Wanita juga memerlukan dana untuk perbaiki bangunan dan harta benda lain yang rosak semasa banjir baru-baru nie”, jelas Fasihah kepada Balqis.

Suasana kedai kembali sunyi setelah kedua-duanya diam memikirkan solusi terbaik untuk membantu Ukhty Sakinah.

“hmm…macam mana dengan pendapat ukhty kalau kita guna keuntungan yang kita dapat dari hasil jualan kedai untuk bantu Sakinah dan kalau masih tidak cukup, ana ada sedikit wang simpanan dalam bank…”, Fasihah pula yang memberikan cadangan.

“Benar nie ukhty? Bukan ke sebelum nie ukhty bagitahu nak guna keuntungan yang kita dapat nie untuk kembangkan perniagaan dengan buka kedai di tempat lain? Dan wang simpanan ukhty tu untuk tunaikan haji dan umrah?”, bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut balqis.

“iaaa…sememangnya itulah matlamat ana. Tetapi, sahabat kita lebih memerlukan duit dari ana. Sekiranya kesemua matlamat itu Allah s.w.t. izinkan, insyaAllah akan tercapai juga. Ana tidak boleh berpeluk tubuh sahaja tanpa menghulurkan apa-apa bantuan.

Ukhty Sakinah pernah bagitahu yang dia mahu menghantar adiknya itu untuk sambung pengajian di Universiti Madinah. Anggaplah ini sebagai satu pelaburan akhirat. Jadi, buat masa ini, itulah solusi yang terbaik”, terang Fasihah sambil dia membuka laptop dan mengambil buku kira-kira untuk melihat hasil  keuntungan  yang diperolehinya.

Balqis segera duduk di hadapan Fasihah sambil memandangnya, “ukhty serius nie?”, tanya Balqis yang mahukan kepastian.

Fasihah mengangkat kepalanya memandang temannya itu sambil tersenyum dan mengangguk dengan penuh yakin bahawa dia akan lakukannya seperti yang dikatakan tadi.

Balqis pula tersenyum sendiri, lantas dia membantu Fasihah mengira hutang dan stok yang masih berbaki. Setelah hampir 30 minit, Fasihah bersuara, “alhamdulillah…keuntungan juga lumayan lepas kita buka beberapa gerai jualan di tapak ekspo. Tapi, ana rasa kita kena bekerja keras lagi minggu nie dan buat tinjauan sekiranya ada tempat yang menawarkan tapak gerai untuk kita sewa…”.

“InsyaAllah boleh ukhty…nanti ana cuba tanya sahabat-sahabat yang lain pula, manalah tahu mereka boleh bantu…” Balqis menyokong kata-kata Fasihah.

Masa terus berlalu, siang dan malam silih berganti. Fasihah dan Balqis bekerja keras menjual produk yang ada dikedai milik mereka berdua. Persiapan untuk program “Masih Ada Yang Sayang” di Rumah Akhlak Wanita juga diuruskan dengan baik supaya tidak ada kelompangan di mana-mana semasa program berlangsung.


“Fasihah…cepatlah, nanti kita terlewat ke hospital…” Balqis berkata kepada Fasihah yang masih tidur sebaik sahaja dia masuk ke bilik Fasihah. Sudah tiga malam Fasihah tidak tidur kerana begitu sibuk dengan urusan da’wah dan perniagaannya.

“Ia…sudah siap pun ukhty…”, jawab Fasihah sambil membetulkan niqob yang dipakainya. Lalu dia mengambil kunci motor yang terletak di atas meja ruang tamu.

Setelah pintu rumah dan pagar dikunci serta doa menaiki kenderaan dibaca, Fasihah segera memecutkan motornya ke Hospital dimana adik Sakinah berada. Dia dan Balqis punya sesuatu yang mahu diberikan kepada Sakinah.

Sebaik sahaja sampai di hospital, dia dan Balqis segera menuju ke wad adik Sakinah berada. Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah saat memandang Sakinah dan umminya berpelukan sesama mereka.

Sakinah sudah tidak punya abi sewaktu umurnya 8 tahun, dia hanya tinggal bertiga dengan adik dan umminya. Kerana itu Sakinah begitu sayang dengan adik lelakinya itu dan dialah yang mengambil alih mencari nafkah buat keluarganya setelah umminya disahkan mengidap kencing manis dan sakit jantung.

Hati Fasihah berdegup kencang, bermacam perkara yang tidak baik bermain di mindanya. Lalu dia melangkah perlahan ke arah Sakinah dan umminya, Balqis hanya mengikut dari belakang.

“Errr…assalamualaikum….”, kata Fasihah dengan teragak-agak.

“Waalaikummussalam…owh, Fasihah…”, jawab ummi Sakinah sambil meleraikan pelukan anaknya dan bersalam dengan Fasihah.

“Sakinah, ummi nak pergi bilik air sekejap. Berbuallah dulu dengan Fasihah ye…”, katanya sambil menggosok belakang anaknya.

Sakinah pula bersalam dengan Fasihah. Kedua-duanya nampak begitu letih, seorang sibuk menjaga dan menemani adiknya disamping urusan da’wah. Manakala seorang lagi sibuk dengan perniagaan dan juga urusan da’wah.

“erm….ukhty dah sarapan? kalau belum, ana ada bawa roti sandwich dan kopi radix yang ukhty suka…”, Fasihah memulakan bicara sambil mengambil beg kertas yang berisi makanan.

“erm…takpelah ukhty…ana belum ada selera untuk makan…”, jawab Sakinah sambil mengukir senyuman kepada Fasihah.

Fasihah hanya mengangguk. Dia tidak tahu bagaimana untuk teruskan bicara setelah melihat Sakinah diam membisu. Hati Fasihah sebak melihat sahabat baiknya itu. Dalam hatinya berdoa moga Sakinah terus diberi kekuatan untuk tempuhi ujian yang berat seperti ini.

“tadi, ana dan ummi jumpa doktor pakar yang merawat adik ana. Kata doktor, dia tidak boleh tunggu lagi. Duit untuk kos pembedahan mesti disediakan dengan segera sebab penyakit barah otak adik ana semakin merebak jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera…” Sakinah mula berbicara sambil matanya memandang ke langit.

“sudah bermacam cara ana cuba lakukan untuk dapatkan duit termasuklah pergi minta tolong dari saudara mara ana, tetapi pelbagai alasan yang mereka berikan, tidak kurang juga ada yang menghalau dan mengherdik ana.  Dia satu-satunya adik ana ukhty, ana sayang sangat kat dia….. ana buntu ukhty, ana tidak tahu nak buat apa lagi….” akhirnya, air mata Sakinah tumpah lagi. Dia menangis teresak-esak. Mata Fasihah juga sudah mula bertakung dengan air mata. Tetapi dicubanya untuk tidak menangis di depan Sakinah.

“sabar ukhty…pasti ada caranya…”, Fasihah memegang bahu sahabat baiknya.

Dengan tiba-tiba Sakinah menepis tangan Fasihah,“sabar..sabar…itu sahaja yang keluar dari mulut ukhty!! Ana sudah puas bersabar hingga ke saat ini, ukhty sama juga macam sahabat yang lain. Hanya tahu berkata sabar tapi langsung tidak mahu berikan solusi, apatah lagi pinjamkan ana duit!!”

“pang!!” satu penampar hinggap di pipi Sakinah. Balqis yang memerhatikan gelagat mereka berdua dari tadi tiba-tiba sahaja hilang sabar takkala mendengar Sakinah meninggikan suara kepada Fasihah.

Sakinah tercengang dengan respon Balqis yang menampar pipinya. Fasihah yang masih terkejut dengan reaksi Sakinah yang menengkingnya terus kaku takkala melihat Balqis menampar pipi Sakinah. Semuanya berlaku dengan pantas.

“itu solusi ana untuk kata-kata ukhty tadi!” Balqis mula meninggikan suara kepada Sakinah. Fasihah yang cuba menenangkan keadaan dengan menarik tangan Balqis terus kaget apabila tangannya ditepis oleh Balqis.

“sepatutnya ukhty berterima kasih kepada ukhty Fasihah dan bukan berkelakuan seperti tadi. Dia sanggup menggeluarkan semua wang simpanannya yang dia simpan bagi merealisasikan impiannya bagi mengerjakan haji dan umrah untuk diberikan kepada ukhty. Tidak cukup dengan itu, dia bekerja keras menjual produk dan barang yang ada dikedainya dan hasil dari segala keuntungan yang diperolehi diberikan kepada ukhty…dan ini cara ukhty berterima kasih kepadanya?!” Balqis menjelaskan apa yang  dilakukan oleh Fasihah untuk sahabat baiknya.

“dia sanggup berikan apa sahaja kepada orang lain asalkan orang tersebut bahagia tanpa mendahulukan dirinya. Dalam beg kertas yang berisi makanan tu sebenarnya berisi duit sebanyak RM18 ribu, dia tidak mahu ukhty tahu yang duit itu dari dia. Hatinya yang sanggup memberi tanpa minta untuk dibalas sepatutnya dihargai. Kasihah sungguh Ukhty Fasihah punya sahabat seperti ukhty…” sambung Balqis lagi.

“tenanglah sahabat….”, kata Fasihah sambil mengosok belakang Balqis untuk menenangkannya.

“maaf Fasihah, ana tidak sanggup melihat Sakinah bersikap sedemikan kepada ukhty setelah apa yang ukhty lakukan untuk bantu dia…” kata Balqis, nadanya sudah lembut kembali menandakan dia sudah dapat bertenang.

Fasihah tersenyum sendiri sambil berkata kepada Balqis, “insan yang benar-benar ikhlas lakukan kerna Allah s.w.t. tidak akan terkesan dengan kritikan mahupun pujian…ana tidak apa-apa ukhty, tidak terluka sedikit pun dengan kata-kata Sakinah, ana faham situasi sekarang membuatkan dia boleh berkata seperti itu…”.

“Maafkan ana…..”, Sakinah tiba-tiba bersuara, tangisannya semakin laju. Menyesal sekali hatinya berkata sedemikian kepada Fasihah.

“Sudah la….” Fasihah menyapu air mata yang mengalir keluar dari pipi Sakinah. Dengan spontan, Sakinah memeluk sahabatnya itu dengan begitu erat.

“terima kasih ukhty atas segalanya, sekali lagi ana mohon maaf kerna salah faham dengan ukhty…”.

“tidak ada apa-apa ukhty…tiada apa yang perlu ana maafkan, ukhty tidak buat apa-apa silap pun dengan ana. Ana mengerti apa yang ukhty sedang lalui sekarang malah ana kagum dengan ukhty kerna mampu bertahan hingga kini. Maka teruskan bertahan hingga ke nafas terakhir ye…” kata Fasihah kepada sahabat baiknya.

hidup sebagai seorang da’ie mahupun pejuang Allah s.w.t. tidak akan pernah sunyi dari diuji dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan kerna seorang da’ie itu begitu istimewa di mata Allah s.w.t. dan penghuni langit. Disebabkan kita semua ini istimewalah Dia mahu uji kita dengan semua itu, supaya kita sentiasa dekat dan ingat kepadaNya…”

“Kerna janji Allah s.w.t….setiap hamba yang mengaku beriman kepadaNya pasti diuji. Dan Allah s.w.t. tidak pernah menzalimi hambaNya kerna Dia yang menciptakan kita, Dia melihat dan memerhati kesusahan yang kita alami, Dia mendengar segala rintihan dan doa dari kita, Dia yang berikan ujian ini dan pasti Dia juga ada solusi dan jawapannya….dengan syarat kita mesti sentiasa istiqomah untuk sabar dan bersangka baik dengan ujian dariNya, kerna setiap yang berlaku pasti dengan izin dariNya…”

“Laplah air mata mu sahabat…Masih ingat kata-kata ini ‘walaupun aku sendiri, aku tetap perlu berdiri…’?” tanya Fasihah kepada Sakinah. Dan Sakinah memberi respon dengan hanya menganggukkan kepala.

“Maka, teruskan langkah mu sahabat. Usah katakan, Allah…aku punya masalah..tetapi katakanlah, masalah aku ada Allah…” Fasihah meleraikan pelukan sahabatnya. Dia melihat Sakinah sudah kembali tenang dan mampu mengukir senyuman dengan ikhlas berbanding tadi.

Balqis yang hanya memerhatikan kedua sahabatnya itu juga turut mengukir senyuman sambil hatinya melafazkan kesyukuran kepada Allah s.w.t…

“sakinah….” terdengar satu suara dari arah belakang. Semua berpaling ke arah suara tersebut. Sakinah melihat umminya diringi oleh seorang doktor dan dua orang jururawat serta dengan sebiji katil dan beberapa peralatan perubatan yang lain.

“Ia ummi…” jawab sakinah.

Doktor dan dua jururawat tadi masuk ke wad adiknya dan mengangkat adiknya ke katil yang disediakan. Setelah itu mereka segera ke bilik pembedahan. Sakinah dan dua orang lagi sahabatnya yang masih terpinga-pinga dan tidak menahu apa yang berlaku hanya mengikut dari belakang. Sebaik sahaja adiknya berada di bilik pembedahan, umminya menjelaskan apa yang berlaku.

“Tadi lepas ummi keluar dari bilik air, ummi mahu pergi beli sarapan. Tiba-tiba sahaja doktor panggil ummi dan bagitahu yang pembedahan akan dilakukan dengan segera. Ummi juga tidak tahu macam mana boleh jadi macam tu, rupanya ada seorang ahli perniagaan yang baik hati mahu menanggung segala kos pembedahan Luqman”, terang ummi sakinah.

“Assalamualaikum…macam mana puan, Luqman dah ada dalam bilik pembedahan ke?”, sapa seorang lelaki yang baru sahaja tiba disitu.

“Ye Encik Faiz, Luqman baru sahaja masuk bilik pembedahan dan doktor suruh kami semua tunggu di luar…terima kasih atas bantuan dan pertolongan Encik Faiz, saya tidak mahu macam mana nak balas jasa baik Encik….”

“alhamdulillah…baguslah kalau macam tu… sebenarnya, puan patut berterima kasih kepada Fasihah….” jawab Encik Faiz sambil mengukir senyuman.

“Berterima kasih dengan ana? Tapi kenapa ye?”, tanya Fasihah yang masih tercengang.

kalau nak memberi, berilah yang terbaik antara yang terbaik. Nilai sesuatu pemberian akan lebih mahal sekiranya kita memberi apa yang kita sayang dan suka”, terdengar satu suara dari arah belakang yang seolah-olah Fasihah kenal.

Lalu dia berpaling ke belakang. Terkejut melihat insan yang berada dihadapannya kini, “leeya…..?”

“erm…akak nak ais-krim…? hehe….”. kata Leeya sambil menghulurkan bungkusan yang mengandungi ais-krim.

Fasihah kaget, masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“sebenarnya, Leeya nie anak saya. Fasihah pernah jumpanya sebelum nie dan pernah belanjanya ais-krim. Masih ingatkan?”,

Fasihah hanya mengangguk menandakan dia masih ingat peristiwa pada hari tersebut.

“Leeya sudah menceritakan semuanya apa yang berlaku masa tu dan saya memang tercari-cari orang yang memerlukan bantuan untuk saya berikan zakat bagi perniagaan saya. Kebetulan hari ini ada ada seorang client yang di rawat disini dan saya datang menziarahinya. Ketika mahu ke wad client, saya terdengar perbualan kalian semua…dan maaf, saya tidak berniat untuk curi-curi mendengar perbualan kalian. Dan Leeya bagitahu yang dia kenal seorang dari kalian iaitu Ukhty Fasihah yang pernah belanjanya ais-krim dulu. Kerna itu hati saya terdetik untuk bantu dengan menanggung kos pembedahan Luqman….” terang Encik Faiz dengan panjang lebar.

“Subhanallah….apabila hati teragak-agak atau takut mahu memberi, berusahalah untuk yakin bahawa rahmat kebaikanNya sentiasa setia menanti pada yang memberi….”, luah Fasihah.

Jika sebelum ini Leeya yang memeluknya kerna terharu dengan pemberiannya, kali ini dia pula yang memeluk Leeya kerna terharu dengan kebaikannya….

.::The End::.
blog comments powered by Disqus