Rabu, 29 Jun 2011

♥ Bidadari Collection ♥


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah  Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam dan Ihsan yang telah Engkau kurniakan kepada hamba ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dunia dan akhirat, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, akhirnya punya kesempatan juga untuk menulis. Syukur ku padaNya, berdoa semoga Dia terus menerus mengatur dan mentadbir hidup ini…ameen.

Baiklah, mungkin ada dalam kalangan pembaca sudah dapat mengagak apa yang ana mahu kongsikan setelah membaca tajuk artikel kali nie. Sudah lama sebenarnya ana mahu menulis tentangnya, namun belum bersedia dan akhirnya hari itu tiba jua. Alhamdulillah…(^_^)

Bidadari Collection dibuka secara rasmi pada 4 Jun 2011 (sabtu) dan menawarkan perkhidmatan jualan secara online dengan menjual barangan atau produk khusus untuk buat Muslimah sahaja seperti tudung labuh bidang 60, niqob biasa dan yang ikat didahi dan sarung lengan jejari.
 
Masih setahun jagung menjalankan perniagaan secara online. Pada mulanya, ana memang sudah terima banyak tempahan tudung labuh sejak di zaman matrikulasi dan hinggalah di alam universiti.

Ana melihat, agak ramai muslimat yang sudah mula mengenakan tudung labuh dan cuba istiqomah dengan memakainya dalam kehidupan seharian. Malah, ada juga yang berkeinginan untuk memakainya, cuma tidak tahu dimana boleh membeli atau mendapatkan kain untuk membuatnya.

Maka, ana mengambil insiatif untuk membuka kedai secara online dengan menjual barang atau produk untuk muslimat. Alhamdulillah tempahan makin banyak dan stok kain juga makin bertambah.

Yang membuatkan ana makin mahu majukan perniagaan nie adalah bilamana ada pelanggan yang meluahkan isi hatinya kepada ana. Katanya, tudung yang ana jahit itulah tudung pertamanya. Dia begitu kagm dengan muslimat yang bertudung labuh apatah lagi untuk menepis tudung-tudung dengan pelbagai fesyen yang ada di pasaran sekarang.

Kerna itu, dia mahu mencuba untuk memakainya dan juga mahu istiqomah. Dia juga sudah lama mencari kain untuk dibuat tudung labuh namun tidak ketemu, dan apabila ana mula promosikan dalam facebook dan blog, akhirnya impian dan cita-citanya menjadi kenyataan.

Lalu, ana ucapkan syukur kepada Allah s.w.t. kerna memberi peluang untuk tangan ini menjahit tudung buatnya. Terasa mahu mengalir air mata menahan sebak takkala membaca bait-bait ayat yang ditulisnya…Subhanallah…

Ana masih ingat pada semester lepas, ada yang menempah tudung labuh untuk sahabatnya. Sebaik sahaja tudung itu siap, yang memakainya tidak pernah kenal dan bertemu dengan ana. Cuma hanya tahu nama ana sahaja.

Dengan izin dari Allah s.w.t… kami bertemu ketika makan di cafeteria, ana hanya senyum sahaja kepadanya dan dia terus datang bertegur sapa dengan ana. Dan ana terus sebak bila dia katakan, “ana memang dah lama nak bertemu dengan orang yang jahit tudung kat ana, dan alhamdulillah Allah s.w.t. pertemukan ana dengannya hari ini…”.

Dari situlah kekuatan itu datang untuk membuka “Bidadari Collection”. Umie dan adik ana selalu cakap, “berapalah sangat untuk yang dapat, buat penat je ke hulu ke hilir tapi untungnya tidak seberapa…”.

Ana segera membalasnya, “bukan keuntungan yang ku pandang tapi kerna keinginan hati yang mahu melihat muslimat menutup aurat dengan sempurna. Tiada keuntungan yang lebih bernilai melainkan keredhaan Allah s.w.t…”

Sebelum membuka gerai, ana bertanya kepada sahabat yang sudah berniaga melalui online dan juga menziarahi blog dan laman web yang menawarkan jualan secara online untuk ana sendiri membuat kajian dan penilaian, juga sebagai persediaan sebelum membuka kedai online.

Alhamdulillah, ada sahabat yang tidak putus-putus membantu ana. Antara tips yang diberikan, “akak cuba cari kelainan bila nak jual sesuatu barangan dan berbeza dari orang lain yang membuatkan kita mampu bersaing, gambar yang diambil untuk tatapan pelanggan juga mesti menarik disamping maklumat yang berguna. Selain tu, harga mestilah berpatutan tapi janganlah sampai takde untung langsung…”

Ada juga tips berguna yang sempat ana baca dalam laman web yang sempat diziarahi, “apabila jual barang, mestilah jual yang kita suka dan jangan jual barang yang kita tak suka. Dan saya takkan jual barang yang saya sendiri rasa tak elok dan buruk…”

Daripada semua itulah ana mula mencipta system sendiri dalam menerima tempahan, pembelian stok, penghantaran melalui pos, duit yang dibank in oleh pelanggan dan juga akaun untuk mengetahui aliran keluar masuk tunai.

Alhamdulillah ana dari latar belakang pelajar perakaunan dan perniagaan. Jadi, semua itu tidak jadi masalah buat ana kerna ana sudah mula berjinak-jinak dalam perniagaan sewaktu umur sekitar 10 tahun…(^_^)

Jadi, bagi para pembaca yang mahu melihat barang atau produk yang ana tawarkan. Boleh la melayari laman web Bidadari Collection atau boleh tekan link sebelah kiri  yang terletak di bahagian atas diari ana nie. Doakan moga usaha ana ini diberkati Allah s.w.t…ameen ya robb…Wallahua’lam…

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus