Ahad, 28 Februari 2010

Jiwanya Tersentuh…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…ku panjatkan ke syukuran kepada Allah s.w.t. kerna masih diberi kesempatan untuk terus beribadat kepadanya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. & kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & tabi’in sekalian.
Beberapa hari yang lepas, adik junior ana datang bilik untuk belajar matematik pengurusan dengan ana. ana memang tak teringat langsung temu janji yang dibuat nie. Dalam keadaan kalut, ana mintak izin untuk membersihkan diri dahulu Sementara menunggu ana berciap, ana syorkan supaya dia tengok dan baca blog ana kebetulan waktu tu ana baru post artikel yang lepas.
Bila ana masuk bilik semula lepas membersihkan diri dan siapkan tempat untuk belajar. Ana pandang dia dan tanya, “macam mana dik, ok tak akak tulis?
Dia pun cakap, “sedih kak” sambil lap air mata.
Ana pun cakap,“laa…awk menangis ke?”. Macam tak percaya, hati ana berbisik waktu tu,“betul ke apa yang aku tengok nie, dia menangis..subhanallah”.
Ana pun tengoklah kat skrin laptop, nak tahu apa yang dia baca sampai boleh nangis macam tu skali. Terpampang la gambar para syuhada yang mati terbunuh kerna syahid. Ana ingatkan sebab tu dia nangis.
Lepas habis belajar, ana pun tanya lagi untuk kepastian. “awk nangis sebab tengok gambar para syuhada yang syahid ke?”.
Dia pun cakap, “ masa artikel yang pertama tu lagi sya dah nangis kak, sedih…”
Ana pun tersenyum. Hati berbisik,“masa aku tulis artikel tu pun dah tak tahan nak nangis, yang baca tu tak taulah macam mana agaknya..”.
XXXXXXXXXXXX
Itulah jiwa yang masih punya kasih sayang dan cinta pada Nabi Muhammad s.a.w., kehilangannya masih dirasainya hingga kini walau sudah beratus tahun pergi meninggalkan kita. Perasaan rindu untuk bertemu dengan Baginda tetap akan ada dalam jiwa mereka yang taat dan mengikut sunnahnya.
Ana pun terfikir,“ermmm..kalu tulis sikit je pasal Nabi Muhammad s.a.w. pun dia dah teresak-esak nangis, maybe boleh cuba buat modul kesedaran berkaitan Nabi Muhammad s.a.w… tak perlu susah-susah beli kain kapan dan balut buat jadi jenazah. Cukup hanya tanamkan perasaan cinta kepada Rasul mulia ini”
Erm..apa pendapat sahabat-sahabat pembaca sekalian?
Teringat ana waktu Ustaz Masridzi Bin Sat (Pengerusi PERKID), salah sorang aktivis da’wah juga murobbi ana cite pengalamannya waktu turun ke lapangan. Beliau dan aktivis lain menyiapkan kenderaan jenazah, alunan surah yasin dan kapur barus yang sudah siap dibancuh sewaktu menjalankan operasi cegah maksiat sekitar Klang.
Nampak je pasangan yang sedang bermadu asmara, ditangkap dan disuruhnya naik dan duduk dalam van jenazah tu sambil hidu bau kapur barus dan mendengar alunan surah yasin. Masing-masing bila turun dari van jenazah tu, biru habis muka. Ketakutan…
Tahu pulak takut, buat maksiat dalam keadaan diziarahi Malakat Sakaratul Maut tak takut pulak. Lepas tu, diberi khutbah cukup-cukup. Mengalir air mata tak henti-henti. Menangisi dosa-dosa yang telah dilakukan. Bertaubatlah… sesungguhnya Allah itu mengasihi hambanya yang bertaubat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“……..Sesungguhnya Allah itu Mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri”
(Suran Al-Baqarah, ayat 222)
Aktivis yang menjalankan kerja da’wah ini sentiasa berdoa moga orang yang diserunya itu benar-benar bertaubat dengan Taubat Nasuha dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sepertimana Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya (Taubat Nasuha), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai,…..
(Surah At-Tahrim, ayat 8)
XXXXXXXXXXXX
Tapi ada jugak yang tak tersentuh pun jiwanya bila tengok jenazah depan mata. Kerasnya hati. Tu yang ana fikir nak cuba buat modul berkaitan Nabi Muhammad s.a.w. nie. Mungkin ada sahabat-sahabat pembaca yang boleh berkongsi idea.
Teringat jugak waktu jadi fasilitator untuk Kem Remaja Harapan. Sebelum majlis penutup, kami rancang buat satu sketsa pendek dan pelakonnya adalah para peserta. Yang paling nakal dalam kem tu la kami plan akan jadi jenazah. Skrip yang diajarkan kepada peserta untuk dilakonkan hanya takat ayahnya mati. Yang kena kapan betul-betul sampai direnjis air mawar, kapur barus dan lain-lain fasilitator yang buat.
Semua orang nangis, insaf rasa…termasuklah fasilitator sendiri [ana jugak..(“,)].. tapi..yang jadi jenazah tu sikit pun tak berubah wajahnya apatah lagi mengalirkan air mata malah boleh pulak ketawa lepas habis sketsa tu. Orang yang melihat pulak tak henti-henti nangis sampai kena pujuk supaya berhenti menangis.
Betullah…Hidayah itu milik Allah s.w.t., kita hanya mampu mengetuk pintu hati mereka..yang akan masukkan hidayah itu hanyalah Allah s.w.t. sepertimana Firman_NYA yang bermaksud:
“sungguh , engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”
 (Surah Al-Qasas, ayat 56)
Jadi, kepada sahabat-sahabat pembaca yang punya pandangan untuk dikongsi bersama dengan ana..dipersilakan.. sama-sama kita menegakkan agama Islam yang mulia ini…
Wassalam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)

Jumaat, 26 Februari 2010

KEKASIH YANG AMAT KU RINDUI..



“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerna masih memberi kesempatan untuk terus beribadat kepada_NYA. Selawat & salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in yang amat ku kagumi.
Hari ini merupakan hari lahir kekasih yang amat-amat ana rindui. Teramat cinta dan kasih kepadanya, benar-benar ingin bertemu dengannya. Ya Allah…ku begitu mencintainya, begitu kasih kepadanya. Ku benar-benar berharap dapat bertemu dengannya tika “di sana” nanti. insyaAllah..ameen..
Kelahirannya dinantikan oleh penduduk langit dan bumi. Membawa berjuta rahmat dan cahaya kebenaran saat masyarakat jahiliah berada dalam kegelapan dan kesesatan yang nyata. Namanya meniti di bibir Umat Islam seluruh dunia, dari mula kelahirannya sehingga kini. Menjadi contoh dan teladan kepada Umat Islam.
Walaupun tidak pernah bersua dengannya, tidak pernah mendengar suaranya, tidak pernah menatap wajahnya, hati ini benar-benar terpautnya. Sukar ku ungkapkan dengan kata-kata, hanya Allah s.w.t. yang tahu betapa ku merindui untuk bertemu dengannya.
Tiap kali tiba hari lahirnya, sejarah kelahiran dan kerasulannya kedengaran di segenap majlis ilmu juga selawat keatasnya berkumandang di corong-corong radio dan televisyen. Kisah perjalanan hidup Baginda diceritakan semula bagi mengenang kembali betapa besarnya pengorbanan yang telah Baginda s.a.w. lakukan buat umatnya. Subhanallah..
Terkenang sewaktu di zaman persekolahan, sambutan untuk menyambut kelahirannya menjadi acara wajib. Penceramah diundang ke sekolah untuk memberikan ceramah berkaitan perjalanan hidup Baginda. Diceritakan dari awal kelahiran dan kerasulannya, tentangan hebat yang diterimanya serta kewafatannya.
Air mata ku pasti mengalir saat mendengar Baginda s.a.w. dikasari, dihina, dicaci, dimaki, difitnah, malah mahu dibunuh walaupun sudah banyak kali ku dengar. Ingin sahaja ku bangun dan menyatakan pada tuan penceramah,“cukuplah ustaz, usah diceritakan lagi penderitaan yang Rasulullah s.a.w. terima..walaupun sudah banyak kali saya membaca dan mendengar kisahnya, saya tetap tidak sanggup untuk mendengarnya lagi”
Dan ingin sahaja ku keluar daripada majlis ilmu tersebut kerna tidak sanggup mendengar lagi kekasih Allah s.w.t. disakiti dan dikasari sebegitu rupa. MasyaAllah… Maka, ku memahami kenapa ada sahabat sanggup bermati-matian melindungi Rasulullah s.a.w. seperti mana Abu Bakar as-Siddiq.
XXXXXXXXXXXX
Peristiwa Abu Bakar ra. Menemani Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah diabadikan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Rasulullah s.a.w. diminta untuk menunggu sejenak, sebelum masuk ke gua. Abu Bakar masuk terlebih dahulu untuk memeriksa keadaan di dalam gua. Beliau takut kalau-kalau di dalam gua itu terdapat ular dan kalajengking yang dapat menggigit dan mematuk Rasulullah s.a.w.  Abu Bakar memasukkan tangannya ke sela-sela rongga yang terdapat di dalam gua, tanpa memikirkan keselamatan dirinya.
Cuba bayangkan, bagaimana jadinya di saat sedang memasukkan tangan ke sela-sela rongga tersebut, terdapat ular atau kalajengking. Tentu, tangannya itu akan dipatuk oleh ular dan kalajengking. Hal ini terus dilakukan olehnya, hingga beliau merasa yakin keadaan gua itu selamat. Tapi ternyata tidak sampai disitu, Abu Bakar mengoyak bajunya hingga menjadi beberapa potong kain dan kain itu digunakan untuk menutup rongga-rongga yang ada di sana. Baru setelah itu beliau memanggil Rasulullah Saw untuk masuk ke dalam gua.
            Di dalam gua, Rasulullah tidur di atas paha Abu Bakar ra.. Tiba-tiba datang seekor kalajengking dan menggigit Abu Bakar. Beliau merasakan sakit yang teramat sangat, sampai-sampai air matanya jatuh di atas Rasulullah. Abu Bakar tidak berteriak kesakitan, tidak mengaduh dan tidak menggerakkan kakinya sedikitpun (karena sakit). Ini dia lakukan agar tidur Rasulullah tidak terganggu. Rasulullah Saw bangun karena air mata Abu Bakar yang menitis padanya. Subhanallah..
XXXXXXXXXXXX

Diceritakan juga betapa kasih dan sayangnya Rasulullah s.a.w. pada umatnya sehinggalah pada akhir hayatnya.

Saat Malaikat maut datang menghampiri, Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
XXXXXXXXXXXX

Sebenarnya, banyak lagi ingin dinukilkan. Tapi hati ana jadi sebak saat menulis artikel ini. Tak dapat teruskan..asif ye semua…

Semaklah...
Lembaran-lembaran kisah nan indah
Bertutur tentang perjalanan hidup Rasul termulia Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam
Beliau adalah pembawa panji Islam
Utusan Allah penyampai wahyu Ilahi.
Menebarkan petunjuk, mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya.
Menyebarkan tauhid, membanteras kesyirikan.
Perjuangannya menegakkan agama Allah dipenuhi dengan tentangan dan rintangan.
Keberaniannya menjadi teladan bagi ummatnya, dalam menghadapi musuh-musuh Allah sang durjana pembawa angkara murka.
Kesabarannya dalam mengembangkan risalah, mengantarkannya pada kemenangan dan pertolongan Allah
Nabi yang penuh kasih sayang terhadap ummatnya, lagi penuh semangat dalam mendakwahi kaumnya.
Nabi yang diutus sebagai rahmat bagi semesta alam.
Menebarkan perdamaian, ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Akhlaknya yang begitu agung diakui kawan dan lawan serta dipuji oleh Allah Subhaanahu wa ta'ala
Musuh yang penuh dengan kekejaman dibalas dengan kearifan
Sehingga berbondong-bondong manusia masuk ke dalam agamanya.
Kenalilah beliau, niscaya engkau akan mencintainya melebihi cintamu kepada anak, suami, isteri, orang tua dan seluruh manusia.
Pelajarilah perjalanan hidupnya nescaya engkau akan berjiwa tegar menghadapi cubaan yang menerpa.
Hanyalah orang yang tidak mengenalnya akan membencinya.
Menjadi hinalah manusia yang mencelanya , apalagi menolok-olok ajarannya dan menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan dusta.

Ya Allah…aku merinduinya…benar-benar rindu…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)

Khamis, 25 Februari 2010

Kesenangan VS Ketenangan


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…ku panjatkan rasa syukur kerna masih diberi kesempatan untuk terus beribadat kepada_NYA. Selawat & salam buat Imam Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & tabi’in sekalian.
Alhamdulillah..menjadi “pencuri” waktu buat seketika kerna masih banyak urusan yang perlu ana uruskan. Minggu yang amat-amat sibuk bagi ana, tapi insyaAllah akan cuba istiqomah untuk menulis.
Ana ingin kongsikan pengisian yang telah diberikan oleh murobbi ana. sebelum mula kuliah, ustaz khadafi masuk dan memberikan sedikit pengisian sebelum kumpulan lain membentangkan kerja mereka. Insan yang tidak jemu-jemu mendidik, memberi nasihat jua berkongsi ilmu.
Katanya,“ Cuba kamu lihat situasi sebentar tadi, sebelum Ustaz masuk. Kamu berada dalam kegelapan tetapi bila Ustaz masuk kelas dan letak kad, sistem bilik kuliah nie terus berfungsi dan terus kamu berada dalam cahaya. Ini bermakna ustaz bawa cahaya kepada kamu untuk menuju jalan yang lurus. Jadi, Cuba kamu merenung sejenak, apa yang kamu cari sebenarnya dalam hidup ini?”
“kebanyakan manusia hari ini mengejar kekayaan. Siapa yang tidak mahu kaya, dengan duit yang melimpah ruah kita mampu membuat apa sahaja. Apa yang kita mahukan pasti akan berada di depan mata. Tapi jangan kita lupa, adakah mereka bahagia dan tenang dengan kehidupan sebegitu? Sibuk mengejar kekayaan hingga lupa pada yang Maha Memberi Rezeki. Terpesona dengan kehidupan duniawi yang sementara Cuma.”
“dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui”
-Surah al-Ankabut ayat 64-
“sebenar-benar kekayaan adalah bilamana seseorang itu mampu mengunakan harta yang dimilikinya itu untuk mendapat ketenangan hidup”
Ana stuju bila Ustaz mengatakan begitu, cuba kita lihat. Berapa ramai Umat Islam_Melayu yang sanggup berkongsi kekayaan yang mereka ada dengan orang ramai? Berapa ramai orang Islam pada hari ini dapat mengikut jejak langkah Uthman Bin Affan, Abu Bakar As-siddiq, Khadijah Binti Al-Khuwalid yang sanggup menyerahkan semua kekayaan yang dimiliki untuk melihat Umat Islam terus maju.
 Bila ditanya pada Sahabat Rasulullah s.a.w. ini, cukupkah harta yang kamu ada selepas memberi semua harta yang dimiliki? Jawapan Sahabat, cukuplah Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. bagiku. Subhanallah..
Jadi, apa sebenarnya yang manusia kini cari dalam hidup? Jika ditanya pada ana, sudah tentu ana akan jawab…“ketenangan”..
Benar, ketenangan ini hanya akan diperolehi bilamana hidup kita berada di naungan Allah s.w.t.. Mencari dan mengejar cahaya ketenangan, keredhaan dan rahmat Allah s.w.t… apa yang sahabat Nabi lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. dan mendapat ketenangan didunia & juga akhirat.
Ana ingin kongsikan juga kisah saudagar kaya. Renungkan..
XXXXXXXXXX
sejak dari kecil lagi, Iqbal sudah menikmati kemewahan dan kesenangan hidup sehinggakan susu tepung yang diminumnya sewaktu masih bayi dulu ditempah khas dari New Zealand. Sudah bermacam makanan mewah dari dalam dan luar negara dimakannya. Sebut sahaja makanan apa, masakan Itali, Jepun, Thai, Arab, Melayu, Cina? Semuanya sudah dirasa oleh lidahnya.
Sehingga suatu masa, ibu dan ayahnya melihat anaknya Iqbal begitu kurus kerna anaknya itu tidak mahu makan. Ibunya begitu risau lalu berkata kepada anaknya,“anakku, badanmu begitu kurus sekali berbanding dahulu. Kenapa kamu tidak mahu menjamah apa-apa makanan yang ibu belikan?. Sayang mahu apa, katakan sahaja. Akan ibu tunaikan, mahu makan masakan laut? Masakan Itali?”
Lalu anaknya menjawab, “tidak ibu, Iqbal sudah jemu dengan semua makanan itu. Iqbal mahukan makanan yang lain dari apa yang Iqbal sudah makan
Maka, ibu dan ayahnya menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang mampu membuatkan anaknya makan. Hari demi hari, tidak ada seorang pun yang berjaya kerna kebanyakan dari tukang masak yang hadir memasak makanan mewah.
Suatu ketika, datang seorang lelaki yang berpakaian yang cukup bersederhana dan lusuh. Melihat keadaan itu, terdetik dihati ibu dan ayahnya. “boleh ke dia nie buat anak aku makan sedangkan yang datang dengan berbagai ramuan dan resepi masakan yang berkualiti pun tidak mampu”.
Dengan keadaan serba tak kena, ibunya membenarkan juga lelaki tadi memasak. Setelah itu, dipanggilkan anaknya Iqbal untuk merasa makanan tersebut. Saat Iqbal masuk sahaja ke ruang dapur, dia terus duduk di meja makan lantas mengambil sudu dan garpu untuk makan.
Lelaki itu segera menahan Iqbal dari meneruskan niatnya lantas berkata,“letakkan sudu dan garpu mu, basuh tanganmu dan makanlah dengan tangan kanan”.
Iqbal terasa janggal kerna selama ini, dia tidak pernah menggunakan tangan bila makan. Setelah dibasuh tangannya, Iqbal mahu menjamah makanannya. Sekali lagi, lelaki itu menahan Iqbal dari meneruskan niatnya lantas berkata,“sudikah tuan sekiranya menjemput saya untuk makan sepinggan dengan tuan kerna saya belum menjamah apa-apa makanan lagi pada hari ini?
Iqbal tersentak kerna selama ini belum ada sesiapa pun yang berkongsi apa-apa kepunyaannya. Dengan keadaan acuh tak acuh, Iqbal mengangguk. Lelaki itu pun berkata,“kalau begitu, kita berdoa memohon keberkatan dan syukur kepada Allah s.w.t. diatas rezeki yang telah diberikan”.
Saat Iqbal menjamah makanan tersebut, dia berasa begitu berselera lagi. Ditambah pula disaat lelaki itu menyuapkan nasi ke mulutnya dan Iqbal jua melakukan hal yang sama. Ibu dan ayahnya yang melihat kejadian tadi dari awal hingga akhir, tertanya-tanya bagaimana lelaki tadi mampu membuatkan anaknya makan.
Setelah itu, dipanggil lelaki tersebut untuk mengetahui apa ramuan dan resepi yang digunakan dalam masakannya. “Tuan, puan..saya hanya masak nasi goreng biasa sahaja, mengunakan perencah ini.. juga cara penyediaan yang telah ditulis dibelakangnya”. Kata lelaki tersebut sambil menunjukkan perencah nasi goreng yang digunakan tadi.
 “maaf sekiranya kata-kata saya ini bakal mengguris hati tuan dan puan. Nasi yang saya masak tadi terdapat di seluruh dunia dan boleh dimasak oleh sesiapa sahaja tidak kira yang kaya mahupun miskin serta  dimakan oleh kebanyakan orang tetapi disebabkan anak tuan dan puan diasuh makan masakan mewah, dia jadi jemu. Sebanyak mana pun harta dimiliki oleh seseorang itu, dia tetap manusia dan juga perlu makan untuk terus hidup.
Anak tuan dan puan tidak diajar untuk mensyukuri nikmat Yang Maha Pemberi berikan sehinggakan lidahnya tidak dapat merasai kelazatan makanan yang masuk dalam mulutnya kerna dia berkongsi makanan dengan syaitan dan hilang keberkatannya. Anak tuan dan puan begitu gembira saat makan bersama dengan saya walau pada mulanya dia tidak berapa setuju kerna dalam harta orang kaya ada hak untuk orang miskin dan yang meminta.
“Sesiapa yang berpaling daripada ajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya,”
-Surah az-Zukhruf, ayat 36-
Tidak ada seorang pun yang mampu membeli “ketenangan hidup” walau sebanyak mana pun duit yang dimilki kerna “ketenangan” itu hanya akan diperolehi bilamana Allah s.w.t. redha dengan apa telah dilakukan oleh hamba_NYA. Hidup di dunia ini hanyalah sementara Cuma, jadi…binalah syurga di dunia sebelum kita benar-benar merasai syurga akhirat.
“(iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”
-Suran ar-Ra’d, ayat 28)
Tidak ada satu pun cara hidup yang dimuliakan selain daripada Islam. saya doakan moga tuan sekeluarga mendapat cahaya ketenangan hidup dengan mensyukuri nikmat kekayaan yang diberikan serta menggunakan dengan seadilnya.
“wahai orang yang beriman, janganlah harta-harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang yang rugi”
-Surah al-Munafiqun, ayat 9-
XXXXXXXXXX
Tidak kira manusia itu kaya mahupun miskin, dia tetap tidak dapat lari daripada lima perkara ini iaitu makan & minum, pakaian, tempat tinggal, dan kenderaan. Kesenangan yang diperolehi belum tentu dapat menjamin ketenangan jiwa.
Namun, sekiranya tiap insan yang bergelar manusia mendapat ketenangan jiwa…insyaAllah, dia akan mendapat kesenangan hidup di dunia dan akhirat..
Wassalam..

Jumaat, 19 Februari 2010

Aku Memburu Syahid..


Alhamdulillah..syukur ku panjatkan kepada Maha Pencipta seluruh alam semesta kerna masih diberikan kesempatan kepada insan kerdil ini untuk terus menghirup udaranya. Selawat & salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & tabi’in sekalian.
Terasa ingin mencoret sesuatu sebelum ana bertolak ke kampus semula malam nie. Doakan ye moga ana selamat sampai ke destinasi yang dituju. Entah kenapa, sejak beberapa hari yang lalu. Wajah-wajah para syuhada yang gugur terbunuh kerna syahid bermain-main di minda. Mungkin kerna diri ini juga begitu ingin memperolehinya seperti mereka.
Lihatlah…
 
  
  
 

Subhanallah..sungguh bercahaya wajah mereka dengan senyuman yang terukir dibibir. Mungkin sudah melihat kehidupan yang sedang menunggu mereka “disana”, hanya Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berkata bagi org yg terbunuh pada jalan Allah, mati bahkan mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya”.
(Surah AlBaqarah:154)
Saat terpandang wajah-wajah para syuhada. Air mata ini gugur, hilang segala kepayahan, keperitan dan kepenatan yang ku alami sepanjang menempuh perjalanan sebagai pejuang. Terasa damai menusuk kalbu ku. Subhanallah..
Kata temanku,
Wahai sahabat..
Dulu, semalam dan hari ini,
Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari Allah..
Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan,
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya:
“apa yang harus ku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini?”
Jawabku:
“bukankah engkau adalah da’ie dan mujahid??”
Katamu lagi:
“tapi langkahku terlalu lambat…”
Jawabku:
“kau lambat kerna kau terlalu sibuk dengan urusan duniamu”
“mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan”
Pada hari itu,
Amalmu terbentang dan tubuhmu terbuka…
Apakah disana ada bekalmu?
“Pada akhir zaman,
Orang-orang yang memegang tali perjuangan itu
Bagaikan menggengam bara api..
Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya..
Namun, andai dilepaskan hancurlah dunia.
Jangan takut untuk berjuang kerna
Orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian..
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar..
Kita hidup untuk perjuangan
Dan
Mati untuk kehidupan..
~Syurga Impian~
Imam Nawawi..
Adakah diri ini termasuk dengan golongan yang menggenggam bara api? insyaAllah..akan ku teruskan walaupun ku tahu, berbagai dugaan dan rintangan sedang menungguku di hadapan.
Allah s.w.t. kekuatanku,
Redha_NYA sumber inspirasiku,
Dunia ditanganku,
Akhirat dihatiku..
~Sesungguhnya aku memburu syahid~
Semangat nak balik ke kampus meneruskan agenda perjuangan yang tertangguh kerna persinggahan sementara untuk memuhasabahkan diri. Moga-moga kerehatan sementara ini memberiku “energy” untuk terus melangkah dengan semangat yang membara..insyaAllah..
 
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(",)

Selasa, 16 Februari 2010

Kan Macam Nie Lebih Baik..


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi peluang untuk menghirup udara malam. Selawat & salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in yang amat dikagumi.
Lepas solat maghrib tadi, ana masuk bilik adik perempuan ana. Ada sesuatu yang buatkan hati ana tak tenang kalu tak diluahkan. Ana ubah sikit perbualan tu, ana cakap.“tahu tak, dalam diam ada sesuatu yang buat kita jauh dari Allah s.w.t. tanpa kita sedar?”.
Adik ana diam, lepas tu ana sambung.“muzik”. Terus adik ana senyum, mungkin tahu apa yang ingin diucapkan oleh kak ngah nya…
Ana bukan nak haramkan dari dengar muzik, cuma yang ditadah oleh telinga tu lagu yang melalaikan dari mengingati Allah s.w.t dengan lirik yang entah apa-apa…bukan nasyid, zikir dan ayat suci al-Quran..sebaliknya lagu-lagu yang semakin hebat dimainkan oleh kebanyakan radio dan televisyen.
Ana juga dengar muzik, tapi semestinya selari dengan fikrah Islam ini. Hendak berhibur ada caranya. Ana sudah lalui detik yang melalaikan dari mengingati_NYA tanpa disedari. Oleh kerana terlalu ingin menguasai bahasa Inggeris, ada yang memberikan tips supaya dengar lagu inggeris dengan mengingati lirik lagunya.
Ana cuba dan lama kelamaan muzik sebegitu menjadi sebati dalam diri sehinggakan bila dengar lagu nasyid sekejap rasa muak dan jemu, dengar zikir dan ayat suci al-Quran tak berkesan dihati..Nauzubillah..
Terus ana tersentak..MasyaAllah..sudah jauh ana terlanjur, hanya kerna inginkan sesuatu..ana kehilangan sesuatu yang amat-amat bernilai. Terasa amat jauh dari Allah s.w.t…terus ana istighfar, mohon keampunan diatas kelalaian yang dilakukan tanpa disedari…
Seperti juga bila kita lakukan maksiat. Mula-mula hati rasa tak tenang, rasa bersalah dan lain-lain. Tapi bila dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya..akhirnya jadi sebati dalam jiwa dan menjadi makanan roh tiap hari..Nauzubillah..

Always Be There
Album : thank you ALLAH
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com

Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar
                                                                                                                                    
Antara nasyid yang ana suka dengar sekarang, Maher Zain, Sami Yusuf & lain-lain lagi... 1..dapat terus perbaiki bahasa inggeris ana..2..liriknya cukup membuatkan ana rasa dekat dengan Allah s.w.t… jadi, kepada sahabat-sahabat yang nak cuba dengar. Boleh la, download dalam internet. Cuba ubah sedikit demi sedikit. Kan macam nie lebih baik…
Wassalam..
 
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(",)

Isnin, 15 Februari 2010

Pemilik Jiwaku..


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah..masih diberi nikmat untuk terus beribadat kepada_NYA, Pemilik jiwa ini..tidak lupa juga buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Juga buat para sahabat Baginda & tabi’in..
Ya Allah..entah kenapa hambaMU ini benar-benar rindu untuk berjumpa dengan Mu..namun, diri ini tertanya-tanya…adakah diriku ini layak untuk mendapat kurniaan sebesar itu jika hendak dihitung dengan dosa-dosa yang telah ku lakukan samaada sedar atau tidak..
Rindunya Ya Allah..
Betapa hebatnya perasaan ini sehingga membuatkan hati ini bergetar saat mendengar NamaMU Ya Allah..ku berharap perasaan ini akan kekal begini dah tidak akan berubah walaupun sekecil zarah..
Ku tidak sanggup kehilangan MU…Ya Allah…
Janganlah Engkau tarik kembali hidayah setelah Engkau berikan kepadaku ini Ya Allah..tiap tindakan yang ku lakukan semata-mata untuk MU, untuk mendapat redha MU…Ya Allah…
Cukuplah Tuhan bagiku Allah maha agung
Tiada di dalam hatiku kecuali Allah…
Cahaya Muhammad selamat atasnya..
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak DISEMBAH melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah”
“sesungguhnya, solatku, dan ibadatku, dan hidupku, dan matiku, hanyalah untuk Allah…Tuhan Sekelian Alam
Ya Allah….
Ku terjaga dari lena yang panjang..
Sudah banyak masa yang telah terbuang selama ini,
Kerna terpesona dengan hiasan duniawi yang sementara cuma,
Kini ku sedar….
Kaki ku terus melangkah penuh makna,
Aku mula mendambakan redha_MU,
Akan ku teruskan pengembaraan di syurga dunia ini..
Untuk ku mengapai syurga akhirat…insyaAllah..

Sabtu, 13 Februari 2010

~Muhasabah Time~


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi masih diberi kesempatan untuk mengembara di bumi_NYA dalam mencari bekalan ke destinasi abadi. Selawat dan salam buat Imam Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda serta tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in..
Alhamdulillah…ana selamat sampai rumah lepas subuh semalam. Bersyukur sangat sebab akhirnya dapat menghirup semula udara di tanah tumpahnya darahku…(“,)
Waktu cuti inilah masa yang ana tunggu sebab inilah saat yang sesuai untuk kembali merenung perjalanan hidupku selama berada di perantauan. Benar..bak kata akak senior ana,“Muhasabah time”
“Pendekar yang hebat itu pun, ada masanya perlu berehat untuk mengumpul tenaga, mengasah kekuatan, agar tidak tumpul kehebatannya”
 (Hilal Asyraf)
Na’am..ada masanya tiap insan itu perlu berhenti seketika untuk melihat adakah dirinya berada di “zon tarbiyah” atau sudah hanyut dan lalai dari_NYA buat seketika. Begitu juga tiap kali kita buat program, selepas program tersebut tamat sudah semestinya akan ada “post_moterm”. Untuk apa?
Untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan sewaktu melaksanakannya supaya segala kekurangan yang ada akan dapat diatasi dan tidak berulang untuk program yang bakal menyusul serta kelebihan yang ada akan diupgrade lagi.
Begitu juga kita yang bergelar hamba Allah s.w.t. ini. Segala gerak langkah kita tiap saat yang berlalu akan dihitung oleh teman setia kita di kanan dan kiri serta pada masa tertentu akan diziarahi pula oleh Malaikat Sakaratul Maut. Tidak terlintaskah dihati kita, apakah yang masa yang berlalu itu mendapat redha Allah s.w.t. atau tidak?
Itulah pentingnya muhasabah, untuk melihat sejauh mana perjalanan hidup kita ini benar-benar berada di landasan yang dihendaki_NYA. Ana tidak bermaksud mengatakan muhasabah sebelum tidur itu tidak cukup, cuma muhasabah kali ini memerlukan penelitian yang mendalam.
“Da’ie itu ada masanya kena berhenti untuk bermuhasabah, melihat belakang untuk mencari di mana salah, agar saat dia bergerak, dia hanya melakukan kesalahan baru bersama pergerakan yang berkadar terus dengan pengalaman”
(Hilal Asyraf)
Ya..tapi bagaimana? Cuba kita renung perubahan diri kita, adakah masih sama seperti dulu atau sudah ada peningkatan atau makin kebelakang? Bagaimana pula dengan ilmu yang kita miliki, sudah mencukupi atau masih berada di tahap yang sama? Dan bagaimana pula amalan ibadat kita sehari-hari, ikhlaskah kita melakukannya, masih tidak ada peningkatankah?
Itu semua perlu direnungkan semula...tapi yang paling penting, adakah dengan pertambahan umur kita dari sehari ke sehari menambahkan juga keimanan kita kepada Allah s.w.t.? tepuk dada, tanya hati...
Ana teringat kata-kata seorang ikhwan yang juga seorang pejuang,“hebatnya seorang pejuang Muslim itu bilamana, hatinya benar-benar “tertaut” kepada Allah s.w.t.. Sehebat mana gerakan da’wahnya dalam menegakkan agama_NYA, sehebat itu jugalah ibadatnya kepada Allah s.w.t”.
Ana teringat kisah semasa zaman Salahuddin Al-Ayubi. Beliau meronda setiap khemah para tenteranya pada sebelah malam untuk melihat khemah manakah yang terang benderang dengan cahaya lampu. Ternyata, hampir keseluruhan khemah yang ada terang benderang dan cuma beberapa khemah sahaja gelap gelita.
Pada keesokan harinya tika berkumpul untuk ke medan perang, Salahuddin Al-Ayubi berkata,“khemah siapa  yang gelap gelita pada malam tadi, Sila bangun..”. beberapa orang tenteranya bangun.
“baik, yang berdiri itu keluar dari barisan...!”, selepas memberikan arahan, Salahuddin Al-Ayubi serta tenteranya yang masih tinggal terus meluru ke medan perang.
Salahuddin Al-Ayubi bertindak sedemikian kerana tenteranya yang berdiri itu tidak bangun untuk qiamullai sepertimana yang lain. Jadi, tidak hairanlah Salahuddin Al-Ayubi dan tenteranya mampu menawan kembali BaitulMaqdis suatu ketika dulu kerana tiap hati dari mereka sudah “tertaut” dengan Allah s.w.t... Subhanallah....
Inilah sebenar-benarnya hamba yang beriman, sepertimana firman Allah s.w.t. bermaksud,
“sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat_NYA kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal”
(Surah Al-Anfal, ayat 2)
Ku merenung….
adakah diri ini mampu menjadi sehebat mereka…
yang benar-benar berjuang atas nama Allah s.w.t…
kerna diri ini hanyalah insan kerdil lagi hina,
yang tidak punya apa-apa melainkan Islam dalam diriku…
 SeLaMaT BeRaMaL....(",)