“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah….syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menghirup udaranya..selawat dan salam buat Imam Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa buat para sahabat & anbiya’ yang dikasihi..
Alhamdulillah, masih punya kesempatan untuk menulis. Menjadi “pencuri” masa untuk seketika kerna masih ada tugas yang perlu dilakukan. Ana ingin kongsikan perjalanan kehidupan seseorang, bagaimana beliau menganggap tiap ujian itu adalah tarbiyah dari Allah s.w.t. Moga dapat mengambil iktibar darinya..insyaAllah..
XXXXXXXXXXXXXX
Sejak dari kecil, dirinya tidak seperti adik beradik yang lain. Dirinya hanya mampu memandang dari jauh saat adik beradiknya yang lain “menikmati” zaman keriangan kanak-kanak kerna dirinya selalu sahaja terlantar di atas katil.
Selalu sahaja diserang penyakit yang di hadapi sejak dari lahir, tidak mampu untuk bangun menguruskan diri apatah lagi bermain sepertimana adik beradiknya yang lain. Tidak terhitung berapa banyak ubat yang sudah berada dalam darahnya, terpaksa berpantang sewaktu makan kerna takut penyakitnya menyerang lagi.
Keadaannya begitu sehinggalah dirinya meningkat dewasa, hanya air mata menjadi penemannya yang setia. Kadang kala, dirinya terasa berputus asa, kesakitan dan keperitan yang dialaminya tidak mungkin dapat difahami oleh orang lain sehingga dia fobia untuk berada di hospital, apatah lagi melihat ubat-ubat yang berada di depan matanya.
Akhirnya, dia sedar bahawa Allah s.w.t. berada bersama orang yang bersabar sepertimana firman Allah s.w.t.:
“....................Dan Allah itu bersama orang-orang yang sabar”
( Surah Al-Baqarah, ayat 249)
Saat itu, dirinya mula mengatur langkah melawan penyakit yang dihadapinya. Dari insan yang biasa menjadi luar biasa hasil dari “tarbiyah” Allah s.w.t. yang disediakan buat dirinya. Dirinya menjadi atlet sukan serta wakil sekolah sejak berumur 9 tahun, walaupun kerap kali pengsan selepas bermain dirinya tekad untuk membuktikan bahawa penyakit yang dialaminya adalah “nikmat” dan tidak ada apa yang boleh menghalangnya.
Dirinya sedar, ibu dan ayahnya sudah berikhtiar bermacam cara untuk melihat dirinya sembuh. Namun, Allah s.w.t. mahu dirinya merasai “tarbiyah kesakitan” itu. Untuk melihat adakah dirinya termasuk dalam golongan yang bersabar atau sebaliknya.
Dirinya pernah ditanya, “adik beradik yang lain tak de ke penyakit yang sama macam awk?”.
Dirinya tersenyum lalu menjawab,“sya merasai kesakitan dan keperitan sejak dari kecil, jadi sya selalu berdoa moga semua kesakitan nie hanya sya yang tanggung kerna sya tak sanggup untuk melihat adik beradik yang lain turut merasai apa yang sya rasa” ada nada sebak disitu kerna dia tahu betapa “sakitnya” tiap kali dirinya diserang penyakit.
Hasil dari “tarbiyah” inilah, dirinya punya kekuatan semangat yang luar biasa dari orang lain. Pantang menyerah sebelum berjuang. Orang disekelilingnya melihat, betapa hebatnya gerak kerja da’wah yang dilaksanakan. Namun, mereka tidak tahu bahawa dirinya ibarat air.
Air yang tenang mengalir walaupun berjuta batu menghalang di depannya. Tetap tenang dan mengalir walaupun didalam air tersebut sudah banyak “tarbiyah” yang hadir.
Kesakitan yang dialami tidak lagi dikesalkan malah dianggap sebagai “nikmat” dan disambut dengan Alhamdulillah…bersyukur kerna dia mengerti itu juga salah satu cara untuk menghakis dosa-dosanya sekiranya dia bersabar…
Dirinya kini menjadi kekuatan sahabat-sahabatnya yang lain, “aura” yang dia ada dijadikan sebagai sumber kekuatan oleh sahabat-sahabatnya. Tidak terlintas dihatinya untuk mengundur diri dari kerja da’wah walaupun penyakitnya semakin teruk.
Kerna hatinya berkata,“Ya Allah, ini adalah tanda syukur ku ke atasMU kerna memberi “tarbiyah” ini sehingga ku punya kekuatan semangat yang luar biasa dari orang lain. Aku tidak akan pernah serik untuk meneruskan perjuangan yang telah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tinggalkan walaupun kesakitan ini masih ku alami. Tidak akan ada kerehatan buat pejuang MU ini kerna aku tidak tahu saat bila pula aku akan kembali terlantar di atas katil semula kerna roda kehidupan itu berputar. Masa yang ada ini akan ku teruskan sehingga ku tidak mampu lagi untuk menggerakkan anggotaku yang lain, akan ku teruskan hingga titisan nafas yang terakhir kerna……..aku begitu rindukan syahid…….
KEHIDUPAN
Nasyid: In-Team & Nazrey Johari
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
XXXXXXXXXXXXXX
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
(-Surah al-baqarah ayat 155-)
Benar…setelah diuji dengan sedikit dugaan, Allah s.w.t. memberikan khabar gembira bagi hambaNYA yang bersabar diatas ujian yang diberikan. “Tarbiyah” yang diberikan oleh Allah s.w.t. tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menguji setakat mana diantara kita yang benar-benar beriman kepadaNYA. Sepertimana Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu, dan akan kami uji perihal kamu….”
(Surah Muhammad, ayat 31)
Di awal permulaan tika diuji, berbagai persoalan yang menerjah difikiran. Kenapa aku yang diuji sedangkan ramai lagi yang lalai, terasa diri begitu berat untuk menerima “tarbiyah” dariNYA .Namun begitu, Allah s.w.t. Maha Mengetahui kerna DIA tidak akan menurunkan ujian tersebut melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNYA. Sepertimana firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(-Surah al-Baqarah ayat 286-)
Yakin, percaya dan bersangka baiklah dengan “tarbiyah” yang Allah s.w.t. turunkan. Kita akan merasai “nikmat” ujian tersebut setelah hati mula merasai disentuh nur hidayah dariNYA…Allahuakbar….
“kerana janji Allah,
Tiap Orang-orang beriman itu akan diuji…
Oleh itu setiap kepayahan,
bayarlah dengan senyuman syuhadah…
Moga redha Allah mengiringi tiap langkahmu
Mengibarkan panji-panji Islam…
Dunia di tangan, akhirat di hati..
Bila ditanya mengapa berjuang itu pahit,
Maka jawablah…kerna syurga itu manis…