“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…ku panjatkan ke syukuran kepada Allah s.w.t. kerna masih diberi kesempatan untuk terus beribadat kepadanya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. & kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & tabi’in sekalian.
Beberapa hari yang lepas, adik junior ana datang bilik untuk belajar matematik pengurusan dengan ana. ana memang tak teringat langsung temu janji yang dibuat nie. Dalam keadaan kalut, ana mintak izin untuk membersihkan diri dahulu Sementara menunggu ana berciap, ana syorkan supaya dia tengok dan baca blog ana kebetulan waktu tu ana baru post artikel yang lepas.
Bila ana masuk bilik semula lepas membersihkan diri dan siapkan tempat untuk belajar. Ana pandang dia dan tanya, “macam mana dik, ok tak akak tulis?”
Dia pun cakap, “sedih kak” sambil lap air mata.
Ana pun cakap,“laa…awk menangis ke?”. Macam tak percaya, hati ana berbisik waktu tu,“betul ke apa yang aku tengok nie, dia menangis..subhanallah”.
Ana pun tengoklah kat skrin laptop, nak tahu apa yang dia baca sampai boleh nangis macam tu skali. Terpampang la gambar para syuhada yang mati terbunuh kerna syahid. Ana ingatkan sebab tu dia nangis.
Lepas habis belajar, ana pun tanya lagi untuk kepastian. “awk nangis sebab tengok gambar para syuhada yang syahid ke?”.
Dia pun cakap, “ masa artikel yang pertama tu lagi sya dah nangis kak, sedih…”
Ana pun tersenyum. Hati berbisik,“masa aku tulis artikel tu pun dah tak tahan nak nangis, yang baca tu tak taulah macam mana agaknya..”.
XXXXXXXXXXXX
Itulah jiwa yang masih punya kasih sayang dan cinta pada Nabi Muhammad s.a.w., kehilangannya masih dirasainya hingga kini walau sudah beratus tahun pergi meninggalkan kita. Perasaan rindu untuk bertemu dengan Baginda tetap akan ada dalam jiwa mereka yang taat dan mengikut sunnahnya.
Ana pun terfikir,“ermmm..kalu tulis sikit je pasal Nabi Muhammad s.a.w. pun dia dah teresak-esak nangis, maybe boleh cuba buat modul kesedaran berkaitan Nabi Muhammad s.a.w… tak perlu susah-susah beli kain kapan dan balut buat jadi jenazah. Cukup hanya tanamkan perasaan cinta kepada Rasul mulia ini”
Erm..apa pendapat sahabat-sahabat pembaca sekalian?
Teringat ana waktu Ustaz Masridzi Bin Sat (Pengerusi PERKID), salah sorang aktivis da’wah juga murobbi ana cite pengalamannya waktu turun ke lapangan. Beliau dan aktivis lain menyiapkan kenderaan jenazah, alunan surah yasin dan kapur barus yang sudah siap dibancuh sewaktu menjalankan operasi cegah maksiat sekitar Klang.
Nampak je pasangan yang sedang bermadu asmara, ditangkap dan disuruhnya naik dan duduk dalam van jenazah tu sambil hidu bau kapur barus dan mendengar alunan surah yasin. Masing-masing bila turun dari van jenazah tu, biru habis muka. Ketakutan…
Tahu pulak takut, buat maksiat dalam keadaan diziarahi Malakat Sakaratul Maut tak takut pulak. Lepas tu, diberi khutbah cukup-cukup. Mengalir air mata tak henti-henti. Menangisi dosa-dosa yang telah dilakukan. Bertaubatlah… sesungguhnya Allah itu mengasihi hambanya yang bertaubat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“……..Sesungguhnya Allah itu Mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri”
(Suran Al-Baqarah, ayat 222)
Aktivis yang menjalankan kerja da’wah ini sentiasa berdoa moga orang yang diserunya itu benar-benar bertaubat dengan Taubat Nasuha dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sepertimana Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya (Taubat Nasuha), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai,…..
(Surah At-Tahrim, ayat 8)
XXXXXXXXXXXX
Tapi ada jugak yang tak tersentuh pun jiwanya bila tengok jenazah depan mata. Kerasnya hati. Tu yang ana fikir nak cuba buat modul berkaitan Nabi Muhammad s.a.w. nie. Mungkin ada sahabat-sahabat pembaca yang boleh berkongsi idea.
Teringat jugak waktu jadi fasilitator untuk Kem Remaja Harapan. Sebelum majlis penutup, kami rancang buat satu sketsa pendek dan pelakonnya adalah para peserta. Yang paling nakal dalam kem tu la kami plan akan jadi jenazah. Skrip yang diajarkan kepada peserta untuk dilakonkan hanya takat ayahnya mati. Yang kena kapan betul-betul sampai direnjis air mawar, kapur barus dan lain-lain fasilitator yang buat.
Semua orang nangis, insaf rasa…termasuklah fasilitator sendiri [ana jugak..(“,)].. tapi..yang jadi jenazah tu sikit pun tak berubah wajahnya apatah lagi mengalirkan air mata malah boleh pulak ketawa lepas habis sketsa tu. Orang yang melihat pulak tak henti-henti nangis sampai kena pujuk supaya berhenti menangis.
Betullah…Hidayah itu milik Allah s.w.t., kita hanya mampu mengetuk pintu hati mereka..yang akan masukkan hidayah itu hanyalah Allah s.w.t. sepertimana Firman_NYA yang bermaksud:
“sungguh , engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”
(Surah Al-Qasas, ayat 56)
Jadi, kepada sahabat-sahabat pembaca yang punya pandangan untuk dikongsi bersama dengan ana..dipersilakan.. sama-sama kita menegakkan agama Islam yang mulia ini…
Wassalam…
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)