Selasa, 2 Mac 2010

Jalan Da’wah Bukan Untuk Orang Yang Manja..


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerna masih memberi peluang untuk hamba yang hina lagi kerdil ini untuk terus sujud menyembah_NYA. Selawat & salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…satu lagi amanahku selesai hari ini bila mana Sambutan Maulidur Rasul peringkat Universiti berjaya dilaksanakan.. Alhamdulillah…Ya Allah….(“,)
Saat menulis artikel ini, badan ana masih berada dalam keadaan keletihan juga kondisisi suhu badan yang panas mendadak serta kaki yang masih terasa kekejangannya.. demam lagi…(“,).. minggu lepas sudah 3 kali ana demam…nikmat “tarbiyah”…(“,)..
Mungkin juga, sahabat seperjuangan ana juga mengalami hal yang sama. sebelum program berlangsung, sudah berbagai cabaran diterima..tambahan pula, peruntukan kewangan dipotong dengan banyak. Itu dari sudut pegawai dan staf Pusat Islam. Bagi kami pula sebagai pelajar, selepas cuti pertengahan semester inilah banyaknya assignment yang perlu dihantar juga exam pertengahan semester. Semua itu, dilalui dan ditelan bersama sahabat seperjuangan.
Semasa program berlangsung, sahabat ana baru sampai ke tempat program. Ana tanya,“macam mana exam tadi?”.
Sahabat ana jawab. “baru separuh jawab soalan exam tadi, pensyarah lain telefon bagitahu..kalu awk tak datang present sekarang, subjek nie awk fail. Akak pun gi lah present…”
Ana pun tanya lagi,“habis tu, exam tadi?”
“senyum je lah…habis je, terus datang sini”. Katanya sambil bibir terukir senyuman.
Dalam hati ana berbisik,“Ya Allah…bantulah dia”.
Itu bukan kali pertama ana dengar, sahabat ana yang lain juga begitu. Program bakal berlangsung disamping assignment juga exam dan kuiz menunggu dengan setia. Kesabaran sang pejuang menghadapinya, akhirnya sahabat ana yang mengalaminya demam satu minggu kerna terlalu kepenatan. Sebaik sahaja rasa dapat bangun dari katil, terus melangkah laju melaungkan jihad. MasyaAllah…
Dua hari lepas, sewaktu dalam perjalanan balik ke kolej selepas habis meting bersama AJK untuk program nie. Sahabat-sahabat lain yang masih ada meting bersama AJKnya panggil ana.
Soalan pertaman yang diajukan kat ana,“sihat tak?”
Ana pun senyum,“Alhamdulillah, beginilah sang pejuang”. Adik-adik junior yang masih baru berjinak-jinak dalam perjuangan da’wah nie tersenyum pandang ana. Memahami maksud disebalik kata-kata ana. Mahu sahaja ana sambung kata-kata nie,“tidur sang da’ie tak lena, makan sang da’ie tidak kenyang, serta rehat sang da’ie tidak pernah cukup….kerna memikirkan ummah..”.tapi didiamkan.
Kakak senior ana yang sudah tamat pengajian di kampus pernah cerita kat ana. Suatu masa dulu, dikampus nie kopiah dan tudung labuh diharamkan pakai, pintu surau dikunci, Pelajar yang berkumpul lebih dari empat orang akan ditangkap atau sekiranya didapati buat usrah, dan banyak lagi.
Namun kini, kami bebas melakukan semua itu kerna hasil dari perjuangan ikhwan dan akhowat terdahulu dari kami. Walaupun nampak senyap dari Universiti lain, ana tetap bangga belajar dan berjuang disini. Walaupun banyak projek kami disekat kewangannya dan tidak diluluskan dari pihak atasan, semua itu tidak mematahkan semangat kami.
Tapi membuatkan hati-hati kami menjadi keras ibarat besi dan terus menuntut supaya tetap dilaksanakan dengan strategi tersendiri dan bukan tunduk pada kemahuan mereka.
Ana teringat apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman Ikhwanul Muslimin ketika itu. Beliau menjawab, “sekiranya ianya diharamkan, maka tanganku inilah yang akan menggerakkannya”. Begitu mendalam kata-katanya.
Pantang menyerah sebelum berjuang. Sekiranya sang pejuang begitu hebat mengencarkan da’wah, sudah semestinya punya murobbi yang juga mantap gerak kerjanya. Salah seorang Murobbi ana yang juga pensyarah kerohanian ana, sepatutnya beliau perlu menjalani operasi pembedahan di bahagian tekak tetapi ditangguhkannya kerna sekiranya pembedahan itu dibuat, beliau tidak dapat lagi mengajar.
Sampai begitu sekali sanggup berkorban untuk melihat Islam itu tertegak. Jika diri tidak mampu, katakan sahaja pada ikhwan & akhowatnya. InsyaAllah akan ada yang bangkit berdiri mendokong dibelakangnya. Subhanallah…
Namun, perjuangan kami ini hanyalah secebis dari pengorbanan dan perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat terdahulu tika mana Islam mula disebarkan. Lagi hebat tentangannya diterima. Itulah tarbiyah langsung yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada sahabat-sahabatnya sehingga Islam mampu tersebar ke 2 per 3 dunia. Subhanallah…
Siapakah mereka yang hebat itu? Sudah tentu orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t. dan juga bukan dikalangan orang yang manja. Jalan da’wah yang penuh berliku tidak mungkin akan disahut oleh orang yang manja. Tanyalah kepada mana-mana pejuang, wajib akan merasai keperitannya kerna dihujungnya punya kemanisan.
Buat para sahabat sekalian, janganlah pernah berputus asa…teruskanlah, tamadun Islam bukan dibina dalam 1 hari tetapi beratus-ratus tahun. Jadi, bangkitlah semula. Carilah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan berjuanglah dijalan_NYA sepertimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung”
(Surah Al-Maidah, ayat 113)
Wassalam…
XXXXXXXXXXXX
5 Prinsip As_syahid Imam Hassan Al-Banna
Allah s.w.t. matlamat kami
Rasulullah s.a.w. ikutan kami
Al-Quran perlembagaan kami
Al-Jihad itu jalan kami
Mati pada jalan Allah itulah cita-cita kami…. 


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus