“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah….syukur ku ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menghirup udara_NYA. Selawat dan salam buat Imam seluruh Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. & kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian…
Alhamdulillah…inilah hujung minggu kali ke-2 untuk semester nie ana ada dibilik sepanjang hari menghabiskan assignment juga paperwork yang perlu disiapkan, selalunya menghilangkan diri dengan berbagai program dan kuliah. Ada masanya sang da’ie juga perlukan masa untuk mengumpul kekuatan diri kerna mereka juga punya kehidupan sendiri…Alhamdulillah…(^_^)
Ana ingin kongsikan pengalaman ana seperti yang dijanjikan pada catatan yang lepas. Moga-moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua, insyaAllah…
Kembara Sufi Di Bumi Tuhan, bermula………………(^_^)
XXXXXXXXXXXXX
Satu minggu yang lepas, hari sabtu. Ana dan 2 orang lagi sahabat dijemput untuk menjadi fasilitator bagi program “Semarak Budi Jalinan Kasih” di Asrama Akhlak Perempuan Jitra, Kedah. Waktu tu ada kelas kerohanian tetapi atas keizinan Ustaz, kami diberi pelepasan untuk menyertai program nie.
Hati ini berdebar tika sampai disana, memandang wajah-wajah yang pernah berada dalam dunia kegelapan tetapi dipilih oleh Allah s.w.t. untuk kembali semula ke jalan yang benar dengan diselamatkan oleh insan yang prihatin terhadap remaja yang bermasalah. Alhamdulillah…
Saat tiap dari mereka dibahagikan kumpulan untuk slot latihan dalam kumpulan (LDK) bagi sesi ice breaking juga ‘setenang air dikali’ dan ‘indahnya hidup bersyariat’. Ana dan sahabat-sahabat diberi amanah untuk memegang satu kumpulan tiap seorang dengan dibantu oleh ajk program.
Kami diamanahkan untuk mengajarkan kepada mereka berkaitan wuduk dan solat. Tetapi sebelum acara itu tiba, sempat juga kami berta’ruf satu sama lain. Mereka semua dalam lingkungan belasan tahun. Rupanya-rupanya baru ana tahu, kebanyakan dari mereka tinggal di luar Kedah. Ada dari Timur, Selatan juga disemenanjung Borneo. Terasa pelik kenapa dari jauh dihantar ke Utara Malaysia.
Ajk program yang bersama ana meminta beberapa orang dari kalangan mereka menceritakan berkaitan pengalaman sepanjang berada di rumah akhlak ini juga di luar secara sukarela. Dan ada seorang dari kalangan mereka sanggup menceritakan pengalamannya setelah keluar dari rumah akhlak ini.
Dia memulakan bicaranya,“saya nie anak bongsu dalam keluarga, umur 18 tahun, masuk sini sebab terlalu sosial hingga tak dapat dikawal. Lepas keluar dari rumah akhlak nie, semua orang ejek saya. Diaorang cakap saya nie runtuh akhlak dan macam-macam lagi. Sebab malu dan tak sanggup berdepan dengan diaorang saya mintak untuk masuk sini balik”
Berdesing telinga ana saat dia sebut, “Lepas keluar dari rumah akhlak nie, semua orang ejek saya. Diaorang cakap saya nie runtuh akhlak dan macam-macam lagi”
Hati ana berbisik,“Ya Allah, apa nak jadi la ngan masyarakat sekarang. Patut la gejala sosial nie makin teruk, salah satu penyumbangnya inilah. Masyarakat memandang seorang kepada mereka yang sudah ‘kotor’, walhal mereka sudah insaf”.
Lepas dengar luahan salah seorang dari mereka, ajk yang mintak diceritakan pengalaman adik-adik nie cepat-cepat ubah topic serta meminta ana teruskan slot yang seterusnya. Ana faham kenapa dia berbuat demikian.
Segala ilmu yang ana pelajari dari Murobbi ana, ana curahkan kepada mereka. Sabar melayan segala pertanyaan mereka berkaitan wuduk dan solat nie. Bermula dari amali hinggalah ke praktikalnya. Nampak kesungguhan mereka mencatat segala yang keluar dari mulut ana. Alhamdulillah..moga-moga mereka mengamalkannya…
Selepas selesai slot tersebut, masa yang masih berbaki ana bentukkan mereka dalam halaqah. Ana katakan ada sesuatu yang ingin ana pesankan sebelum mereka makan tengahari.
“adik-adik akak, akak harap kamu semua dapat amalkan apa yang akak berikan kepada kamu. Solat inilah yang akan menjaga dan mencegah kamu daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Rasailah kehadiran Allah s.w.t. tika kamu rukuk dan sujud kepada_NYA… Allah s.w.t. itu amat dekat sekali dengan adik-adik sekalian, DIA Maha Pengampun juga Maha Penyayang kepada hamba-hamba_NYA”
“akak sedih bila mendengar kawan adik ceritakan pengalamannya, tak sanggup untuk mendengar kawan adik yang lain ceritakan pengalaman sendiri. Mungkin adik rasakan kami ini tidak memahami apa yang kamu rasakan , kamu silap jika fikirkan sedemikian. Akak juga punya adik sebaya dengan kamu.”
“ Percayakah kamu jika akak katakan, akak pernah lihat orang yang sedang mabuk minum arak, orang yang sedang khayal tika hisap gam, remaja punk dengan pakaian yang tak senonoh, pernah ke pusat karaoke melihat anak-anak melayu Islam melepak tanpa hala tujuan hidup, pernah ke sarang maksiat dengan dipenuhi gambar-gambar lucah serta tinggalan barang penagih dadah, penghisap gam, peminum arak?”. Mereka semua memandang ana dengan muka yang terkejut termasuk ajk program yang bersama ana.
“tetapi sedikit pun tidak terdetik di hati akak menyatakan mereka yang terjebak dengan gejala sosial nie “kotor” atau sampah masyarakat. Akak turun ke tempat-tempat yang disyaki dengan niat untuk membawa mereka semua ke jalan kebenaran, menyedarkan mereka bahawa semua masalah yang mereka hadapi tidak akan selesai dengan memberontak seperti itu malah hanya membinasakan diri”
Ana tanya kepada mereka,“adik-adik kenal Rasulullah s.a.w.?”
Mereka semua mengangguk, “tidak pernah sekali Baginda s.a.w. melupakan umatnya hatta disaat kematiaannya juga. Bibirnya menyebut ummati…ummati…ummati.. sehingga Baginda s.a.w. meminta ditimpakan semua kesakitan sakaratul maut umatnya keatas dirinya. Renunglah betapa kasihnya Baginda s.a.w. kepada umatnya, kepada adik-adik…tapi…adakah adik-adik ingat Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. tika buat maksiat??”
Mereka semua tunduk memandang lantai surau dengan diam seribu bahasa. Hati ana sebak untuk meneruskan bicara, tiap kali teringat kasih Rasulullah s.a.w. kepada umatnya.
“masih belum terlambat untuk adik-adik semua berubah, Allah s.w.t. itu Maha Pengampun adik-adik, bertaubatlah kepada_NYA. Teruskanlah perjalanan adik-adik yang tertangguh buat seketika, pedulikan apa yang masyarakat katakan kepada adik-adik…buktikan kepada mereka bahawa orang seperti adik-adik juga berguna untuk Islam”.
XXXXXXXXXXXXX
Diakhir program, kami semua bersalam dengan mereka. Terasa berat dihati untuk meninggalkan mereka, ingin sahaja ku minta untuk tinggal bersama-sama mereka. Membimbing mereka ke jalan yang benar, menjadi pendengar setia segala masalah yang mereka alami. Namun apa daya, ana juga masih perlu meneruskan kehidupan sebagai pelajar juga da’ie.
Saat bersalaman dengan mereka, tiap dari mereka ana titipkan pesanan ditelinga mereka. Ana katakan, “akak nak adik janji ngan akak yang adik akan berubah, kejar semula cita-cita dan impian yang tertangguh, adik kena bantu akak tarik kawan-kawan adik yang masih hanyut ke jalan kebenaran” mereka mengangguk sambil berkata,“akak doakan kami ye”…
Ana jawab,“akak sudah doakan kamu semua sejak akak jejak kaki kesini dari pagi tadi lagi”…ana lap air mata tiap dari mereka. Mahu mereka rasakan bahawa masih ada yang sayang dan prihatin terhadap mereka.
XXXXXXXXXXXXX
Ya Allah…memori bersama dengan mereka masih segar diminda ana walaupun sudah seminggu berlalu. Ana nak letak gambar saat bersama dengan mereka tapi semua gambar ana tak dapat ambil lagi dari sahabat ana memandang minggu nie teramat sibuk.
Mereka sumber kekuatan ana, tiap kali teringat kenangan bersama mereka rasa lemah semangat dengan apa yang berlaku sepanjang minggu nie terus hilang. Hati yang resah dan kepala yang berserabut kembali aman sambil hati berkata, “Allah s.w.t. memilih aku untuk berada dijalan da’wah ini, macam mana aku boleh terfikir untuk mengalah sedangkan mereka semua memerlukan aku…”
Tidak henti-henti ana menyatakan kesyukuran kepada Allah s.w.t….. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah Ya Allah….(^_^)
~IKLAN~
Selamat Pengantin Baru Buat
Kak Khalidah dan suami,
Sahabat seperjuangan ana,
Mantan Timb. President Rakan Masjid Imam as-Syafie.
Ana doakan moga kekal hingga ke syurga, insyaAllah akan lahir generasi acuan Al-Quran menyambung perjuangan da’wah umie dan abinya nanti..ameen..
Wassalam…..