“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerna masih punya kesempatan untuk sujud menyembah Yang Maha Esa. Selawat & salam buat kekasih yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & tabi’in sekalian.
Seperti biasa, sebelum murobbi ana mulakan kelasnya pada hari ini. Pasti insan pendidik ini akan memberi kata-kata peringatan juga nasihat buat anak-anak didik yang berada di depan matanya. Semuanya bermula dengan sepasang kasut.
Ana doakan moga apa yang bakal para pembaca sekalian baca selepas ini akan mendapat manfaatnya…amen..insyaAllah…(“,)
Kisahnya bermula…………………….
XXXXXXXXXXXXXX
“kamu semua nak dengar cerita tak?” tanya ustaz.
Dengan serentaknya kami menjawab,“nak….” Tak kurang juga ada yang mengangguk kepala.
“ustaz pakai kasut baru hari nie, dah la mahal”. Semua pun ketawa saat mendengarkannya, mana tidaknya. Dengan muka yang serius, hanya itu yang ingin dikhabarkan.
“ada kisah disebalik kasut yang ustaz pakai nie, rasa seronok sangat. Tak pernah lagi ustaz pakai kasut mahal macam nie. Selalunya harga RM 14 ke bawah, tu pun dapat discound 20%”. Nak pijak pun takut sebab mahal sangat” tawanya pula kedengaran.
“semalam, ustaz dijemput untuk jadi ahli panel forum. Kebetulan, kawan ustaz ada. Ustaz pun ajak dia ikut sekali. Dalam perjalanan, kawan ustaz kata. Allah, syeikh... Kasut ana pakai nie kasut pi jamban. Tak jadi ahli panel pun, sahabat ahli panel. Mesti smart..” bergema lagi kelas dengan gelak tawa kami.
“ustaz pun berhenti la kat kedai kasut. Ustaz tunggu kawan ustaz tengok-tengok kasut yang dia nak beli. Masa duk tunggu, pemilik kasut tu datang peluk ustaz. Terkejut ustaz, dia cakap dia kenal ustaz sebab slalu mengajar kat masjid kampung dia”
“lepas tu, dia pun cakap. Ustaz tak nak beli kasut ke? Ustaz cakap tak nak, teman kawan beli kasut je, ada forum kejap lagi”
“dia pun bawa sepasang kasut nie kat ustaz, dia cakap mesti segak ustaz pakai kasut nie. Dia pun mintak ustaz duduk. Ustaz pun duduk la” kami semua khusuk dengar, tak ada yang mencelah pun.
“dia pun buang kasut yang ustaz pakai dua-dua belah, ustaz pun cakap tak payah la. Malu ustaz bila dia wat gitu sebab dia tua dari ustaz, lepas tu dia pakaikan pulak kasut nie kat ustaz”
“dia pun suruh ustaz tengok depan cermin, segak sungguh ustaz bila pakai kasut nie…he..he..” kelas yang sunyi tadi, kembali bergema dengan tawa kami.
“lepas tu dia pun bungkus kasut yang ustaz pakai sebelum nie dalam plastic. Dia pun cakap, ustaz pakai kasut nie masa gi forum. Saya bagi hadiah kat ustaz”
“terkejut ustaz, tengok bawah tapak. Harga kasut nie, RM179. Terharu tak leh nak kata. Dah la tolong buang dan pakaikan kasut kat ustaz, lepas tu hadiahkan pulak kasut nie kat ustaz”
“inilah habuan orang yang berilmu, akan disanjung oleh masyarakat. Ilmu yang ada disampaikan kepada orang lain.”
XXXXXXXXXXXXXX
Setakat itu hendak diceritakan, selebihnya. Ana sendiri yang akan huraikan. Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“……..Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”
(Surah Al-Mujadalah, ayat 11)
Lihatlah kata-kata Allah s.w.t. ini, DIA lah yang mengangkat darjat orang yang berilmu. Jadi, sudah tentu tidak ada seorang manusia pun dalam kalangan kita yang mampu merendahkan atau menjatuhkan darjat tersebut.
Ilmu itu wajib dituntut bagi tiap manusia yang bergelar muslim sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“mencari ilmu pengetahuan adalah wajib ke atas setiap orang muslim”
(Riwayat Ibnu Abdul Barr)
Bagi ana, ilmu itu teramat suci, besar nilainya dan tinggi darjatnya. Seringkali ana katakan kepada sahabat-sahabat, ilmu Allah s.w.t. sudah pun bertebaran di merata dunia sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi dan hanya insan terpilih yang benar-benar ikhlas, istiqomah dan dikehendaki Allah s.w.t. akan memperolehinya. Seperti mana Sabda Rasulullah s.a.w., bermaksud:
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, maka dia dipintarkan dalam agama dan diilhamkan oleh_NYA kepandaian dalam perkara itu”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Murobbi ana juga pernah mengatakan, jalan dalam menuntut ilmu tidak semudah yang difikirkan oleh akal manusia. Ianya memerlukan pengorbanan yang besar tika mencarinya. Beliau juga menceritakan pengalamannya tika belajar di Mesir, 4 tahun menadah ilmu disana.
Tidak pernah sekali pun dalam tempoh tersebut beliau pulang, kerinduannya kepada ayah dan bonda serta adik-beradik ditahannya. Begitu juga tiap kali tiba hari raya, air mata menjadi pengubat kerinduan kerna tiba sahaja musim cuti. Meratalah beliau mencari murobbi untuk mendalami ilmu agama. Sesaat pun tidak dibazirkan, hatta ke pasar untuk membeli keperluan sekalipun dibawanya kitab untuk di telaah.
Tidak seperti kita pada hari ini, pensyarah kita pula yang bersungguh-sungguh untuk memberi dan mengajar ilmu kepada kita tapi sayangnya…ada sesetengah di kalangan kita tidak menghargainya.
Kerna menuntut ilmu ini terpaksa menempuh berbagai dugaan dan cabaan juga memerlukan pengorbanan yang besar. Sudah tentu ganjaran yang besar menanti dihadapan sepertimana Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju ke syurga”
(Riwayat Muslim)
Walaupun umat zaman kini tidak mendapat ilmu secara langsung dari Nabi Muhammad s.a.w. tetapi para alim ulama’ lah mewarisinya sepertimana sabda Rasulullah s.aw. bermaksud:
“Para alim ulama’ adalah pewaris nabi”
(Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)
Sudah jelaslah bahawa tiada lagi pangkat yang lebih tinggi dari pangkat Nabi dan tiada kemuliaan yang lebih tinggi dari kemuliaan pewaris Baginda iaitu ulama’.Tapi INGAT wahai pembaca sekalian, ilmu yang ada wajib disampaikan kepada orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud;
“barangsiapa yang mengetahui sesuatu ilmu, tetapi ia menyembunyikannya (tidak mengajarkannya), maka Allah akan mengikatnya pada hari kiamat nanti dengan tali ikatan dari api neraka”
(Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
Saidina Ali r.a. pernah ditanya soalan yang sama berulang kali sebanyak 3 kali. Apakah beza antara ilmu dan harta? Maka, jawab pemuda yang dimuliakan oleh Rasulullah s.a.w. ini:
1. Ilmu, dia yang menjaga kita tetapi harta, kita yang menjaganya.
2. Ilmu, banyak sahabatnya tetapi harta, banyak musuhnya.
3. Ilmu adalah warisan Para nabi, tetapi harta adalah warisan para Fir’aun.
Renungkan….
XXXXXXXXXXXXXX
Ana pun teringat sewaktu diakhir program, selepas habis program sudah tentu penceramah akan dijamu dengan makanan. Pengarah projek bagitahu,“minum atau makan bekas yang sudah dijamah oleh murobbi ada berkatnya”. Tanpa fikir panjang, dia pun minum air yang lebih tu. Yang menarik perhatiaan ana, diambil lebihan air yang masih ada dan diberikan kepada AJK muslimin lain untuk turut mendapat berkatnya. Bukan dikongsi seorang diri.
Ana yang perhatikan perbuatannya apa lagi, terus ambik kuih yang dicubit sedikit oleh murobbi tersebut terus dikongsi dengan AJK muslimat yang lain. Supaya semua peroleh berkatnya. Sehingga kini masih diamalkan. Cubalah, banyak berkatnya…insyaAllah…
Wassalam…
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)