Jumaat, 30 April 2010

Tiada Langkah Kedua..


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ku ke hadrat Allah s.w.t. kerna masih memberi kesempatan kepada hambaNYA ini untuk terus rukuk dan sujud kepadaNYA. Selawat dan salam buat kekasih yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian...
Alhamdulillah Ya Allah…..hati ini begitu teringin untuk menulis namun terpaksa ku pendam untuk sementara waktu kerna mesti tumpukan pada exam akhir nie. Alhamdulillah… 5 paper sudah selesai, tinggal lagi 1. Masa yang dekat antara 4 paper juga subjek yang “mungkin membunuh” result ku membuatkan niat untuk menulis dipendamkan. Apa pun, Alhamdulillah hajat kesampaian juga…(^_^)
Banyak benda yang ingin ana kongsikan bersama pembaca sekalian sepanjang perjalanan ana yang lepas, tapi sebelum tu ana mohon ampun dan maaf kepada pengunjung yang menziarahi blog ana tapi tetap tidak diupdate dengan artikel yang baru, komen juga tidak dibalas…maaf ye semua..(“,)
Jadi, kali nie ana kongsikan kisah ini dulu ye. Sudah menjadi kebiasaan, tiap kali nak exam mesti ada part “sesi luahan perasaan” tidak kira la dari perempuan kepada lelaki atau dari lelaki kepada perempuan. Maklum la, dah akhir semester dan semester depan mungkin sudah tidak satu kelas. Ana cakap nie dari pengalaman sendiri juga sahabat yang lain.
Dengan itu, ana reka cerita ini untuk dijadikan pengajaran juga peringatan khusus buat diri juga pembaca sekalian.
XXXXXXXXXXXXX
“tut…tut..tut…” bunyi mesej masuk. Balqis segera mengambil telefon bimbitnya.
 “astaqhfirullahhalazim…”, kata Balqis selepas membaca mesej tersebut, walaupun perlahan..sahabat baiknya yang duduk disebelahnya dapat mendengarnya.
Waktu itu mereka sedang mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan hari Isnin nanti. Lantas Syauqah bertanya kepadanya, “kenapa Balqis? Ada yang tak kena ke?”.
Balqis mengambil telefon bimbitnya lalu diberikan kepada Syauqah seraya berkata, “nie dah masuk kali ketiga……”
Syauqah membaca kandungan mesej tersebut,“salam….maaf kalau ganggu enti nak study…ana tahu ini bukan masa yang sesuai…ana cuma nak berkenalan dengan enti dengan lebih dekat lagi, boleh? Ana selalu perhatikan enti masa dalam kelas, lain dari pelajar perempuan yang lain. Kalau punya kelapangan, balaslah mesej nie ya..ana mengharap sangat….(“,)”
“so, balas tak?”. Tanya Sauqah
“macam biasa la….” Jawab Balqis sambil tangannya mengambil telefon bimbitnya dari tangan syauqah dan memadam mesej tadi.
“Alhamdulillah…..” kata Syauqah sambil bibirnya tersenyum indah kepada sahabatnya. Terasa bangga dengan sahabatnya, punya rupa yang menawan, pintar akalnya malah akhlak juga peribadinya cukup bagus.
“ha…cik srikandi Islam dua orang tu yang duk tersengih-sengih tu apa apasal, faham tak apa yang saya terangkan tadi?”. tegur Humairah dalam nada usikannya.
“Eh…cakap apa tadi?”, tanya Balqis, malu dibuatnya saat semua mata memandang ke arahnya.
“Ermm…dah agak pun, tak pa…saya ulang, soalan 2 tu berkaitan dengan perundangan Islam. Bagaimana penetapan hukum dibuat, asasnya ada lima iaitu dari segi agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Contohnya, kenapa Allah s.w.t. meletakkan hukuman bunuh kepada orang Islam yang murtad, sebab nak jaga agama. Begitu juga yang lain, kenapa Allah s.w.t. menghukum orang yang berzina dengan sebatan 100 kali bagi yang belum kahwin dan direjam sampai mati bagi yang sudah kahwin sebab nak jaga keturunan. Semua yang Allah s.w.t. tetapkan ada hikmahnya, bukan saja-saja dan sia-sia.” Terang Humairah dengan panjang lebarnya.
Balqis dan Syauqah mencatat apa yang perlu.
“ha..sekarang cerita kenapa tersengih-sengih tadi” semua mata memandang mereka.
“haa…eerrr…” Balqis jadi serba salah nak bagitahu ataupun tidak.
“tadi, ada orang hantar mesej lagi kat Srikandi kita nie…nak berkenalan katanya..” Sayuqah mencelah.
Oowwhhh….” Kata mereka dengan serentak.
lepas tu akak balas tak? Tanya juniornya.
“tak…akak tak balas pun..” jawab Balqis.
“kesian kat dia…tertunggu mesej akak” kata juniornya lagi.
“tak pa..biar kesian sekarang, jangan kesian di kemudian hari bila dah terlajak. Akak deleta je mesej tu” kata Balqis sambil membelek nota yang dicatatnya tadi.
“awak delete?” Humairah pula menyampuk.
“A’aaa…baik delete terus, buat apa nak simpan. Saat nie boleh la saya kata tak nak sebab iman masih utuh, tapi macam mana saat iman saya rapuh. Mungkin saya akan balas mesej tu, jadi baik delete terus. Biar berlalu bak angin lalu….”
“tak de la…sekurang-kurangnya bagitahulah yang awak tak berminat” kata Humairah lagi.
“tak pa tak balas mesej dia pun….mungkin dia dah mengerti yang kita tak nak…jangan ambik risiko dengan langkah kedua” jawab Balqis sambil mengangkat tangan membentuk jarinya menandakan dua.
“langkah kedua?” semua yang ada berkata serentak.
a’aaa…langkah kedua tu bermaksud kita balas mesej tu la… tak kira la samaada bagitahu nak ataupun tak nak. Biar dia fikir yang nombor yang dia mesej tu silap, delete terus supaya kita tak terfikir pasal nie dah….sebab langkah ketiga yang akan dia buat nanti akan diiringi oleh bisikan syaitan” jawab Balqis. Itulah pendiriannya dari dulu hingga kini.
“hai…kalu bab nie semua suka ye…dah, jom sambung study..” celah Syauqah pula.
“okeyy…jommm…..tiada langkah keduaaa..” usik mereka semua sambil memandang Balqis dengan jari membentukkan dua.
Bergema bilik tersebut dengan tawa mereka semua.
XXXXXXXXXXXXX
Kata-kata nie ana ambil dari facebook sahabat ana.
“Sekarang ni, senang-senang je nak declared 'couple'..ingat couple tu hubungan sah ke?Ingatlah wahai sahabat2, bercinta lepas kawen tu, ada kenikmatan dan keberkatan padanya. Couple ni wat rugi masa je, dahlah hilang kenikmatan bahagia selepas kawen, dosa pun dapat.. Jangan percaya janji syaitan, syaitan tidak mampu menolongmu dan tidak akan menolongmu di akhirat kelak..Percayalah pada janji Allah,janjiNya PASTI!!!”
(Wardatul Syifa')
Betul….ana setuju dengannya, ana juga sedar…tiada cinta paling indah juga cinta paling agung yang penuh dengan keajaiban melainkan hanya pada Allah s.w.t.
Ada yang tanya ana, macam mana kalau ada muslimin yang meluahkan masalah dia kat kita yang muslimat nie. Nak tanya pendapat kita. Ana cakap, “tak ada muslimin ke untuk dia kongsi masalah tu, dah la tak kenal pun sebelum nie..tetiba je mesej.. kalaulah betul perlu pendapat dari kita, ringkaskan secepatnya lepas tu delete terus mesej tu.”.
Tempat yang sepatutnya layak untuk kita mengadu segala masalah kita hanyalah pada Allah s.w.t. kerna DIA mengetahui segala isi hati kita, apa yang terbaik buat hambaNYA. Ana pernah cerita pada artikel lepas macam mana seorang isteri boleh tahu masalah suaminya sedangkan suaminya tidak pernah luahkan padanya. Kerna dia mendengar suaminya merintih, mengadu dan menadah tangan memohon pertolongan kepada Allah s.w.t…
Maaflah andai yang tidak setuju dengan kenyataan ana ini.
“manusia hanyalah tempat untuk kita menghilangkan kesedihan juga rasa terbeban di hati kita tapi tidak mampu tunjukkan jalan penyelesaiannya dan kadang kala insan yang menjadi tempat luahan perasaan itu menyakitkan hati kita pula”
Kerna DIA adalah tempat selayaknya, mengadulah kepadaNYA dengan menghinakan diri diatas hamparan sejadah.
XXXXXXXXXXXXX
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Renungkanlah hadis tersebut wahai para muslimat sekalian. Kita membawa fitnah terbesar kepada Muslimin, jadi sekiranya mereka mengundang bala dan musibah dengan cuba menagih cinta dari kita. Hapuskanlah jejak itu wahai akhowat sekalian…
Mata ini sudah banyak kali melihat, ramai para pejuang Islam gugur bukan di medan tempur tapi kerna wanita. Itulah hebatnya kuasa wanita, mampu mengoyahkan iman kaum adam kerna nafsunya yang satu itu terletak pada wanita. Tidak kiralah ustaz ke…tok imam ke…tok lebai ke…semuanya sama…hatta namanya lelaki…itulah dia..
Yahudi Laknatullah punya agendanya bagaimana untuk menjatuhkan dan menghapuskan umat Islam iaitu “rosakkan wanita Islam”.
Tempatkanlah dirimu dalam kalangan Mawar berduri terpilih yang tumbuh di taman larangan dan hanya yang terpilih sahaja mampu memetiknya.
Duhai puteriku….
Tanpa kau sedari,
Keremajaan mu bisa menakluk dunia
Dalam lalai dan leka….
Berkatalah dalam diri…………….
“kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia,
Kesegaran dan kejelitaan mu adalah fana belaka,
Salutilah tubuhmu dengan iman….
Kerna ia sangat manis pada pandangan dan jua perhiasan…”
Duhai Muslimat terpuji…
Berfikirlah untuk menjadi insan berguna
Agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiran mu…..
XXXXXXXXXXXXX
Wassalam……Jom study….doakan ana ye semua….(^_^)
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI....(",)

Selasa, 20 April 2010

~Moga Allah s.w.t. Redha~


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba Mu ini untuk terus mengabdikan diri kepada Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian.
Terasa ingin nukilkan sesuatu untuk tatapan pembaca juga peringatan khusus buat diri ini.  Alhamdulillah…akhirnya punya kesempatan untuk menulis selepas tertangguh beberapa kali. Faham-fahamlah musim exam nie..(^_^)..
Ana ingin kongsikan sesuatu dengan para pembaca sekalian. Moga ianya menjadi manfaat buat kita bersama, insyaAllah… Sebenarnya, beberapa hari yang lepas ana teringat pesanan cikgu ana waktu di zaman persekolahan dulu. Masa tu exam SPM bakal kunjung tiba hampir 1 bulan lagi.
Waktu tu subjek ekonomi, subjek yang ana minat hingga kini. Cikgu ana pesan, untuk kuatkan ingatan dan tak mudah lupa tika menghafal atau mengulang kaji pelajaran, jaga segala pancaindera dari berbuat maksiat kepada Allah s.w.t… selalu sucikan diri sebab semua itu akan beri kesan tanpa kita sedari sebenarnya.
Cikgu ana juga cerita satu kisah yang membuatkan semua sahabat-sahabat ana terdiam. Maklum la, sekolah aliran biasa…
XXXXXXXXXXXX
Ada seorang pelajar perempuan disebuah sekolah, dia dinobatkan sebagai pelajar paling pintar antara semua pelajar kerna tiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Pasti dia mendapat keputusan yang paling cemerlang, semua cikgu kagum dengannya.
Pabila keputusan peperiksaan percubaan SPM diumumkan, ternyata masih tiada sesiapa pun yang mampu menewaskannya kerna dia mendapat semua “A” dalam setiap subjek aliran sains yang diambilnya.
Entah dimana silapnya, 1 minggu sebelum exam akhir SPM. Dia ditangkap kerna sedang melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan teman lelakinya ditempat duduk belakang bas sekolah tika gurunya membuat rondaan selepas mendapati ada pelajar yang belum mendaftar masuk ke asrama selepas keluar pada sebelah paginya.
Hal itu tidak dihebohkan kerna tidak mahu memalukan pihak pentadbiran sekolah, apatah lagi dia merupakan pelajar cemerlang peringkat negeri juga tidak mahu emosinya terganggu seterusnya mengganggu tumpuannya pada peperiksaan SPM sekiranya hal itu mendapat liputan meluas.
Dipendekkan cerita, apabila keputusan SPM diumumkan. Dia tetap mendapat “A” bagi setiap subjek bagi mata pelajaran yang diambilnya kecuali subjek Bahasa Melayu dapat “E”. Ini bermakna, dia tetap tidak dapat sambung pengajian di mana-mana IPTA kerna dia perlu mengulang untuk mengambil semula peperiksaan Bahasa Melayu pada bulan April.
Sistem pengajian yang dibuat, bilamana ada subjek wajib iaitu Bahasa Melayu mendapat “E” atau tidak lulus. Segala “A” yang ada bagi tiap subjek mata pelajaran yang diambil tiada gunanya.
Kuasa Allah s.w.t……sehebat mana pun kita, tidak mampu untuk menandingi kehebatan Allah s.w.t….pengajaran yang amat bermakna buat dirinya. Juga buat diri ana dan sahabat-sahabat yang lain…
XXXXXXXXXXXX
Ada juga yang bagitahu ana… “saya pelik, perangai teruk macam tu pun result still mantap”…
Ana akan tersenyum sendirian tiap kali ada yang berkata begitu kerna ana yakin, mustahil Allah s.w.t. laksanakan sesuatu tanpa ada hikmahnya tersendiri. Mungkin juga Allah s.w.t. masih memberikannya nikmat kejayaan kerna mahu membalas kebaikan yang pernah dilakukan kepadaNYA suatu masa dulu serta menghakis pahalanya…mungkin juga kerna mahu terus mengujinya untuk terus hanyut dengan nikmat duniawi…
Nauzubillah…ku tidak mahu tergolong dalam golongan tersebut..
Lantas ana teringat kisah dua orang Raja yang memerintah di negeri yang berasingan….
XXXXXXXXXXXX
Suatu masa dulu…ada seorang Raja yang memerintah negaranya dengan begitu zalim kepada rakyat jelatanya, hampir tiap orang merasai dizalimi oleh Raja tersebut. Tiba satu masa Raja tersebut jatuh sakit, dipanggilnya kesemua doktor yang handal dan dipaksa untuk mengubati penyakitnya. Sekiranya tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang boleh mencari penawarnya, kesemua daripada mereka akan dibunuh.
Akhirnya, selepas melakukan berbagai penyelidikan untuk mencari penawar bagi penyakit Raja tersebut. Salah seorang daripada doktor tersebut menyatakan, penyakit Raja tersebut hanya boleh sembuh selepas makan sejenis ikan dilaut. Tetapi pada waktu itu, bukan musim ikan tersebut untuk membiak dan berada diperairan negeri pemerintahan Raja tersebut.
Peliknya, nelayan yang diarahkan untuk mencari ikan tersebut menjumpai berpuluh-puluh ekor ikan tersebut sedangkan waktu itu bukan musim ikan itu membiak. Akhirnya, Raja yang zalim itu pun sembuh dari penyakit yang dialaminya..
Di negeri yang berlainan pula, penyakit yang sama menimpa Raja yang adil dan saksama dalam memerintah negerinya. Rakyat jelata berdukacita pabila mengetahui Raja kesayangannya jatuh sakit, ramai doktor dari pelbagai negera datang menghulurkan bantuan dengan sukarela.
Kebetulan doktor yang pernah merawat Raja yang zalim itu turut serta menghulurkan bantuan, ternyata penawarnya sama dengan sebelum ini iaitu sejenis ikan dilaut. Mereka tidak bimbang kerna yakin ikan tersebut boleh ditangkap secepat mungkin kerna itu adalah musim ikan tersebut membiak ditempatnya juga berada diperairan negara Raja yang baik hati itu.
Ternyata, tanggapan mereka silap bilamana tidak seekor ikan pun berjaya ditangkapnya sehinggalah Raja yang baik hati itu mangkat kerna tidak mendapat penawarnya. Makin sedihlah rakyat jelatanya kerna kehilangan seorang Raja yang cukup terkenal dengan keadilannya dalam memerintah negari taklukannya.
Melihatkan dua peristiwa ini, penduduk langit iaitu para Malaikat kehairanan mengapa Allah s.w.t. menyembuhkan Raja yang zalim itu sedangkan Raja yang adil itu tidak. Lalu ditanyakan persoalan itu kepada Allah s.w.t.
dijawabNYA, “Aku melakukan sedemikian kerna Raja yang zalim itu pernah melakukan satu kebaikan suatu masa dulu dan Aku membalasnya didunia supaya bila tiba saat dia menghadapKu, tidak ada satu lagi pahala yang tinggal dan Aku boleh terus mencampakkannya ke neraka.”    
“sedangkan Raja yang adil itu pernah berbuat satu dosa kepadaKu, lalu Aku membalasnya didunia supaya bila tiba saat dia menhadapKu, tidak ada lagi dosa yang tinggal dan Aku boleh menempatkan dia terus dalam SyurgaKu”.
Subhanallah…
XXXXXXXXXXXX
Oleh itu…marilah kita sama-sama taat dan bertakwa kepada Allah s.w.t. supaya kita mencapai kemenangan dalam berjuang dengan mata pena di dewan peperiksaan sepertimana Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Dan barang siapa taat kepada Allah dan RasulNya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”
(Surah An-Nur, ayat 52)
Rukuk…sujud…dan berdoalah kepadaNya supaya dipermudahkan segala urusan ketika mengulangkaji pelajaran juga tika menjawab peperiksaan. insyaAllah..kalian akan sentiasa berada dalam kalangan yang beruntung jika kalian yakin denganNya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, Sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung”
 (Surah Al-Hajj, ayat 77)
~Moga Allah s.w.t. Redha~
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(",)

Sabtu, 17 April 2010

Salam Imtihan


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ku panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerna masih memberi peluang kepada hamba yang hina ini untuk terus rukuk & sujud kepadaNYA. Selawat & salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian.
Hari nie bermulanya peperiksaan akhir bagi pelajar UUM, 16hb April hingga 6 Mei 2010. Masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran termasuk juga diri ana, esok bermulanya paper yang pertama. Doakan ana ye semua, moga ana dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan olehNYA..ameen..
Sekiranya blog nie lama tidak diupdate, faham-fahamlah ye…(“,).. Maafkan ana andai tersalah tulis, tersilap bicara selama blog ini “bernyawa” juga sepanjang perkenalan kita. ana tinggalkan kata-kata nie buat sahabat-sahabat ana yang sedang menduduki peperiksaan akhir juga buat para pembaca yang seangkatan dengannya.
Andai ada yang berjaya,
Maka sambutlah dengan iringan senyuman kepada Yang Maha Esa bersama-sama linangan air mata kesyukuran…
Dan andainya ada yang tergugr,
Jangan lupa kembali kepada Maha Pencipta,
Kerna disitulah bermula segalanya…
Bersujud dan bersyukurlah,
Kerna Allah s.w.t. pendamping kita,
Tiap saat dan ketika dalam medan perjuangan…
~ SaLaM iMTiHaN, BiTTaUFiQ WaNNaJaH~

Selasa, 13 April 2010

DiLaMuN CiNTa…..(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada diri ini untuk beribadat kepada Mu, rukuk & sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian.
Ana tengah fikir, apa agaknya persepsi para pembaca sekalian bila baca tajuk artikel nie??? Mesti macam-macam persoalan timbul kan… think positive ok….(^_^)
Ana terfikir untuk post artikel berkaitan nie masa berbual dengan sahabat ana pagi tadi. Jadi ana reka cerita berkaitan dengannya…selamat membaca ye semua…..
XXXXXXXXXXXX
Kawannya Miska tak senang melihat kelakuan sahabatnya Sakinah, sekejap-kejap tengok jam ditanggannya, lepas tu tengok lagi..macam ada sesuatu yang penting ingin dilakukannya. Sebaik sahaja tamat perbincangan, Sakinah lantas bangun dan bersalam dengan mereka. Kemudian hilang dari pandangan.
Miska yang pelik dengan kelakuan Sakinah lantas menghantar mesej kepadanya, “salam..ukhty, nak ke mana? Nampak kalut je, perlukan bantuan ke?”
Tut..tut..tut…bunyi mesej masuk.
“wslm…dating..he..he..”..balas Sakinah.
“astaghfirullah halazim….” Terpacul dari mulutnya, terkejut saat membaca mesej yang dibalas oleh Sakinah. “betul ke apa yang aku baca nie?”
Beberapa hari berlalu, persoalan yang bermain dalam minda Miska masih belum terjawab. Dia ingin dengar pengakuan dari mulut sahabatnya sendiri, samaada memang benar sahabatnya bercinta.
Dalam perjalanan ke perpustakaan, dia ternampak Sakinah sedang ulangkaji pelajaran seorang diri. Miska berjalan mendekatinya.
“assalamualaikum…sorang je?” sambil tangannya dihulurkan untuk bersalam.
“waalaikummussalam…na’am..sorang je” Sakinah menyambut salam sahabatnya dengan senyuman.
“waa…makin nampak bahagia sekarang..ada apa-apa ke?”tanya Miska.
Sakinah tersenyum dengan pertanyaan sahabatnya,“ Ye…ana rasa teramat bahagia sekarang..ana dilamun cinta ukhty…”
Miska tersentak, lantas hatinya terdetik. “sah dia bercinta…Ya Allah..”. Miska memandang tepat ke dalam anak mata sahabatnya mencari kepastian disebalik kata-katanya.
“betul….?”. tanya Miska lagi.
“betul ukhty..ana sentiasa fikir tentangnya, tak boleh lupakan dia hatta sesaat pun…terasa selalu nak jumpa dengannya, nak berada dekat dengannya…sentiasa nak baca surat dari cintanya.. Bahagianya perasaan nie ukhty” terpancar kebahagiaan di wajah Sakinah.
“Ya Allah…..” mengalir air mata Miska saat mendengar kata-kata sahabatnya.
“Eh….ukhty, nape nangis? Ana ada silap cakap ke?” Sakinah jadi kaget melihat sahabat baiknya menangis.
“ukhty dah berubah…nape ukhty boleh jadi macam nie..bukan ke ukhty selalu ingatkan ana yang cinta sebenar hanyalah pada Allah s.w.t…tetapi kenapa ukhty berpaling tadah pada kata-kata ukhty…”. Tudung yang dipakai Miska basah dengan air mata.
“Ya Allah….ukhty dah silap faham nie”. Sakinah ketawa kecil, kelakar meihat telatah sahabatnya juga terharu punya sahabat yang slalu mengingatkannya.
Dahi Miska berkerut seolah-olah mahukan kepastian.
“he..he…ukhty, ana dilamun cinta dengan Allah s.w.t. bukan dengan mana-mana lelaki…salah ana juga kerna terlalu bersastera…he..he..” Sakinah lap air mata sahabatnya.
“laa…ya ka…ukhty nie…buat ana tak senang duduk fikir pasal nie..rupanya silap faham…he…he..” kali nie, Miska pula ketawa kecil.
 Sakinah memandang mushaf Quran dihadapannya. “makin lama ana dekat denganNYA, makin bertambah rasa cinta ana padaNYA…bila hati rasa tidak tenang, ana akan luahkan padaNYA…kasih sayangNYA pada ana tidak berbelah bagi..DIA lah cinta sejati ana…sentiasa membuatkan ana jatuh cinta denganNYA…”
“ana dilamun cinta ukhty…” Sakinah menggengam tangan Miska.
Azan zohor berkumandang.
“ana juga ukhty…jom jumpa kekasih hati kita…DIA dah panggil kita tu…” ajak Miska.
Sakinah mengemas semua peralatannya dan berjalan menuju ke Masjid sambil mulut menjawab azan yang berkumandang.
XXXXXXXXXXXX
Ya…ana juga dilamun cinta Allah s.w.t….makin hari, makin bertambah cinta padaNYA…sangat indah perasaan ini…terlalu bahagia…
Saat berjumpa denganNYA adalah kenangan manis dalam hidup ana. Moga-moga hati kita sentiasa ditetapkan keimanan kepadaNYA, takut sekiranya kehilangan cinta dariNYA..
Pernah tak dalam kehidupan kita, kita terasa terlalu rindu untuk bertemu denganNYA? Dan ku pasti, jawapannya sudah semestinya adalah YA… tidak pernah muak atau jemu saat membaca “surat cinta” serta maknaNYA.
Demi kekuasaan_Mu…
Engkau tidak pernah memungkiri janji_Mu,
Engaku tidak pernah mengeruhi kecintaanku
Sesudah Engkau menganugerahkannya kepadaku,
Engkau telah memenuhkan jiwa ragaku dengan kesayangan_Mu
Bagaimana bisa aku tunduk kepada selain_Mu?
Bagaimana bisa aku puja selain daripada_Mu?
Wahai Tuan yang tiada Tuan lain selain_Mu….
~Inilah hamba_Mu yang berlumuran dosa, bersimpuh di pintu_Mu untuk merasakan nikmat berdekatan dengan_Mu~ 
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)

Ahad, 11 April 2010

SATU KEPUASAN...


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu..selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat & tabi’in skalian..
Baru sahaja berlaku tadi…ku merenung hikmah disebalik kejadiannya kerna mana mungkin Allah s.w.t. jadikan sesuatu dengan sia-sia. Beberapa hari yang lepas, ada seorang junior hantar mesej dan dia minta tolong ana untuk ajarkan subjek pengiraan yang ada dalam kos kami. Ana stuju walaupun hati pada mulanya berat untuk menerima sedangkan ana juga perlu waktu untuk study.
Tetapi ana berfikir, hati ini tidak akan tenang sekiranya menolak permohonan orang yang perlukan bantuan. Dan ku juga yakin yang Allah s.w.t. akan menolongku pula..insyaAllah..dan memang benar, hati ini terasa puas dapat membantu mereka.
Ada kisah disebaliknya…
Y a Allah..aku khabarkan semua ini bukan untuk menyatakan diri ini bagus maka jauhkanlah diri ini dari perasaan riak’ dan sombong, diri ini berkongsi kisah ini khusus peringatan untuk diriku juga untuk orang lain supaya semakin dekat dengan Mu..ameen..  
Renungkan wahai pembaca sekalian…
XXXXXXXXXXXX
Selepas ana menyatakan persetujuan untuk mengajar mereka, ana tetapkan tarikh dan tempat untuk kami berkumpul. Sengaja ana letakkan masa pada pukul jam 8 pagi kerna ada sesuatu yang ingin ana terapkan kepada mereka tanpa mereka sedari.
Pagi tadi, ana tiba awal. 3 minit sebelum jam 8 pagi dan tidak ada seorang pun lagi yang sampai awal. Ana tunggu…selang 8 minit, datang la sorang iaitu orang yang minta tolong ana. ana tanya, mana yang lain dan dia jawab dalam perjalanan. Dia dah tersipu malu, kalu ana pun ana malu. Minta tolong orang tapi kita pula yang lambat…(^_^)
Jam hampir menunjukkan 8.30 pagi barulah yang lain mula tiba seorang demi seorang. Tanpa membuang masa, study group nie pun dimulakan dengan bacaan doa semoga Allah s.w.t. memberkati apa yang dipelajari. Ana ajarkan segala ilmu yang ana tahu, macam mana bentuk soalan yang akan keluar dan teknik untuk mudah faham sebab ana dah ambil paper tu 1 tahun yang lepas, jadi boleh tahu.
Ana juga mohon supaya Allah s.w.t. ikhlaskan hati ini untuk mengajar mereka, diberi kesabaran untuk terus membuatkan mereka faham tentang apa yang diajar serta buang perasaan negative atas kelewatan mereka kerna ana tahu semua itu ada kesannya.
Akhirnya..setelah semuanya selesai, kami tetapkan tarikh untuk berjumpa lagi bagi bab yang seterusnya. Ana juga berikan peringatan tentang masa, hati mohon kepada Allah s.w.t. supaya kata-kata ana ini menyedarkan mereka. Ana cakap,
“baik, kita jumpa lagi dengan waktu yang sama iaitu 8 pagi. Jadi, minta tepati masa. Bagi sesiapa yang sanggup membuatkan ana tunggu anda semua macam tadi, silalah buat lagi. Ana datang tadi 3 minit sebelum jam 8 pagi, sepatutnya orang yang ingin menadah ilmu menunggu orang yang nak memberi ilmu kepadanya..ini terbalik pula..apa pun, kalu hati itu sanggup buat ana tertunggu dan ternanti macam tadi..silalah buat lagi ye…” ana pun senyum dan ternyata ada yang tunduk sebab terasa malu…
Peringatan melalui perbuatan ana sendiri sebab ana teringat kata-kata seorang ulama’ tapi lupa namanya…
“aku tidak akan ajarkan bab yang belum aku sendiri amalkan kepada kamu”
Ini bermaksud, amalan seorang Murobbi atau pendidik…amalan mendahului kata-katanya….
Buat dulu…baru cakap…barulah orang akan cakap, “cakap serupa bikin”…ana teringat pula seorang pensyarah ana, beliau buat dulu sebelum hal itu keluar dari mulutnya… pensyarah ana nie cukup tepati masa, sebelum jam 8 pagi beliau sudah ready dengan slide yang ingin diajarkan dan menunggu kedatangan kami sedangkan kebanyakan studentnya baru sahaja nak masuk kelas. Ana yang kelewatan, malu dengannya.
Lepas pada itu, ramai sahabat-sahabat ana bersiap awal untuk ke kelas supaya kami masuk dulu sebelum beliau. Ana respect dengannya, dia tidak pernah menegur kelewatan kami..tetapi kami menerima tegurannya melalui perbuatannya. Subhanallah…
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugiaan, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
(surah Al-Asr, ayat 1-3)
Dan ana merenung pula kehidupan kita sebagai Hamba Allah s.w.t…kalau kita boleh tepati masa tidak membuat temu janji dengan manusia, 5 hingga 10 minit awal semata-mata tidak mahu dia menunggu kedatangan kita…kenapa kita tidak boleh tepati masa tika membuat temu janji dengannya??? Allah s.w.t. menyeru kita untuk “berdating” denganNYA, tapi kenapa kita tangguhkan sehingga ke akhir waktu??? Nauzubillah…diri ini juga kadang-kadang begitu, lebih suka selesaikan urusan dunia dahulu walaupun seruan azan sudah memanggil…
Jom Muhasabah diri….(^_^)
 
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(",)

Selasa, 6 April 2010

Perjalanan ku....


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…kerna masih beri peluang kepada diri ini yang kadang-kadang leka dan alpa dalam mengingatiMu untuk terus rukuk dan sujud kepadaMu. Selawat & salam buat idola hati ku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian.
Ku tersenyum sendiri takkala menulis artikel ini sambil mata memandang ke luar jendela melihat langit yang masih redup kerna baru lepas membasahkan bumi dengan rahmat_NYA. Ingatankan ku pada peristiwa pagi tadi masih segar diminda, membuatkan diri ini makin kuat untuk terus melangkah walaupun ku tahu “sayangNYA” kadang-kadang membuatkan manik-manik jernih membasahkan pipiku ini.
Ku menusuri jalan sendirian menuju ke bilik pensyarah kerna janji yang sudah dibuat untuk ku temu dengannya. Sepanjang perjalanan, ku ambil peluang untuk koreksi diri sambil memandang alam ciptaan ilahi yang sememangnya menenangkan jiwa sambil dendangan lagu kedengaran di telinga…Subhanallah….
Hati tiba-tiba jadi sebak, betapa mudahnya aku ini alpa dalam mengingatiNYA. DIA begitu meyayangi ku, sekali pun DIA tidak pernah meninggalkan ku hatta sesaat cuma, masih setia memberi peluang kepada diri ini untuk terus memperbaiki diri..
“Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas”
hadith riwayat Muslim.
Ya Allah….mana mungkin aku hidup tanpa MU…
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan “diriMU”
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintaMU
Janganlah KAU tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua ini
Hanya bersamaMU ku akan bisa
KAU “genggam” tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
KAU bisikkan kata dan hapus semua sesalku
XXXXXXXXXXXX
Sebaik ku temu dengan pensyarah dan menadah ilmu daripadanya. Dengan rela hati beliau menceritakan pengalaman hidupnya, katanya ana lah orang pertama yang tahu perjalanan hidupnya sebelum ini. Jujur ku katakan, saat pertama kali memandang wajahnya tika di dalam kelas. Firasat hati mengatakan ada “sesuatu” dalam hidupnya yang membuatkan wanita dihadapan ku ini terus kuat menghadapi semua yang ditentukan buat dirinya.
Dan hari ini baru ku temui persoalan yang sering berlegar di mindaku selama ini. Memang benar, dia juga seperti ku. Berhati “besi”, pantang menyerah selagi hayat dikandung badan hatta bercurah-curah dugaan datang bertamu tanpa diundang.
Kata-katanya yang masih lekat di fikiran ku:
sya bersyukur Allah berikan dugaan hidup ini buat sya, kerna inilah sya makin dekat denganNYA, bangun solat malam untuk mengadu dan merintih di hadapanNYA, terasa kasih sayangNYA datang bertamu berkat kesabaran sya selama 13 tahun ini. Kalau bukan ujian yang diberikan ini, tak mungkin sya akan bangun solat malam, sentiasa ingat pada_NYA, sentiasa mengharap pada_NYA moga diberi kekuatan juga ketenangan hidup. Awk janganlah tinggal solat malam, itulah suatu ketenangan yang sebenar-benar saat dapat “berdua-duaan” dengan Allah s.w.t.”
Sambungnya lagi…..
“sya paling takut diuji dengan kesenangan, kemanisan, juga kebahagiaan…kerna takut semua itu buatkan sya semakin jauh dengan_NYA tanpa disedari. Sya bersyukur jika diuji dengan kesusahan dan keperitan hidup kerna sya ada Allah s.w.t. untuk mengadu, merintih dan memohon pertolongan daripada_NYA. Kalu sya nie beragama lain, sudah tentu sya bunuh diri kerna sudah tidak sanggup hadapi semua itu…tapi kita ada Allah s.w.t…..dekat dengan_NYA….insyaAllah, ketenangn akan menjelma dalam hati..akan ada jalan untuk semua ujian ini….mana mungkin Allah s.w.t. berikan semua ini tanpa hikmah disebaliknya…kerna Allah s.w.t. begitu sayang pada hambaNYA…”
Hatiku cuma mampu berkata,“subhanallah….juga Alhamdulillah dipertemukan orang sepertinya saat ini supaya ku terus kuat menghadapi semua dugaan ini. Perjalanan hidup kami sama, diuji dengan berbagai dugaan tanpa punya titik noktahnya..cuma situasi yang berbeda..
Dan yang pasti…ku tidak dapat hidup tanpaNYA...  
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(",)

Isnin, 5 April 2010

Muhasabah Cinta……..


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah....syukur ku ke hadrat ilahi kerna masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Yang Maha Esa. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian.
Hari sudah larut malam, hari ini terasa kepenatan sangat dengan berbagai kerja. Namun, Alhamdulillah kerna dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa… ana ada sesuatu yang ingin dikongsi dengan sahabat pembaca semua. Sejak mendengar lagu nie waktu tazkirah mingguan, hati terus terpaut pada bait liriknya. Sungguh mendalam maksudnya…
Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. adalah anugerah yang tak ternilai. Tidak guna panjang umur kalu sakit, tidak guna banyak harta tapi sakit………….tapi akan terbit rasa damai dihati saat diri redha dan menerima semua ketentuan yang telah ditetapkan oleh-NYA.. bak kata lirik nie…….
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku”
Pernah tak kita terfikir, satu hari…kita bangkit dari tidur…..
pandangan mata kita jadi gelap gelita kerna buta..? 
tidak dapat merasai anggota badan kita kerna lumpuh?
Pendengaran kita menjadi sunyi sepi kerna pekak?
Tidak mampu berkata-kata kerna bisu?
Ya Allah…adakah aku akan menerima semua ini dengan hati yang redha dan pasrah seandainya diuji sebegini hebat? Mampukah aku menerima semua ini dan meneruskan kehidupan dengan “dunia baru’?
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Walau apa pun, hidup mesti diteruskan kerna janji Allah s.w.t., mereka yang beriman akan diuji oleh_NYA untuk mengetahui siapakah diantara kita yang benar-benar beriman kepada_NYA. Moga kita tidak berputus asa tika diuji…
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
( Az-Zumar ayat 53)

Dan bait kata yang amat menyentuh hati ini dan buat diri ini merenung sejenak…….

Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Ya…tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..sekiranya diri ini diuji dengan ditarik nikmat kesihatan serta merta…
aku mohon pada MU Ya Allah…
“Lindungilah diri ini dari putus asa atas rahmatMu, jika ku harus mati….matikanlah aku dalam keadaan beriman kepadaMu, juga ambillah nyawaku tika sedang melaksanakan gerak kerja Islam dan bukan tika terlantar di atas katil..dan pertemukanlah aku denganMu Ya Allah…”
Wahai pembaca sekalian…amenkanlah doa ku ini…
~Muhasabah Cinta Ku~
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)