Selasa, 20 April 2010

~Moga Allah s.w.t. Redha~


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba Mu ini untuk terus mengabdikan diri kepada Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian.
Terasa ingin nukilkan sesuatu untuk tatapan pembaca juga peringatan khusus buat diri ini.  Alhamdulillah…akhirnya punya kesempatan untuk menulis selepas tertangguh beberapa kali. Faham-fahamlah musim exam nie..(^_^)..
Ana ingin kongsikan sesuatu dengan para pembaca sekalian. Moga ianya menjadi manfaat buat kita bersama, insyaAllah… Sebenarnya, beberapa hari yang lepas ana teringat pesanan cikgu ana waktu di zaman persekolahan dulu. Masa tu exam SPM bakal kunjung tiba hampir 1 bulan lagi.
Waktu tu subjek ekonomi, subjek yang ana minat hingga kini. Cikgu ana pesan, untuk kuatkan ingatan dan tak mudah lupa tika menghafal atau mengulang kaji pelajaran, jaga segala pancaindera dari berbuat maksiat kepada Allah s.w.t… selalu sucikan diri sebab semua itu akan beri kesan tanpa kita sedari sebenarnya.
Cikgu ana juga cerita satu kisah yang membuatkan semua sahabat-sahabat ana terdiam. Maklum la, sekolah aliran biasa…
XXXXXXXXXXXX
Ada seorang pelajar perempuan disebuah sekolah, dia dinobatkan sebagai pelajar paling pintar antara semua pelajar kerna tiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Pasti dia mendapat keputusan yang paling cemerlang, semua cikgu kagum dengannya.
Pabila keputusan peperiksaan percubaan SPM diumumkan, ternyata masih tiada sesiapa pun yang mampu menewaskannya kerna dia mendapat semua “A” dalam setiap subjek aliran sains yang diambilnya.
Entah dimana silapnya, 1 minggu sebelum exam akhir SPM. Dia ditangkap kerna sedang melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan teman lelakinya ditempat duduk belakang bas sekolah tika gurunya membuat rondaan selepas mendapati ada pelajar yang belum mendaftar masuk ke asrama selepas keluar pada sebelah paginya.
Hal itu tidak dihebohkan kerna tidak mahu memalukan pihak pentadbiran sekolah, apatah lagi dia merupakan pelajar cemerlang peringkat negeri juga tidak mahu emosinya terganggu seterusnya mengganggu tumpuannya pada peperiksaan SPM sekiranya hal itu mendapat liputan meluas.
Dipendekkan cerita, apabila keputusan SPM diumumkan. Dia tetap mendapat “A” bagi setiap subjek bagi mata pelajaran yang diambilnya kecuali subjek Bahasa Melayu dapat “E”. Ini bermakna, dia tetap tidak dapat sambung pengajian di mana-mana IPTA kerna dia perlu mengulang untuk mengambil semula peperiksaan Bahasa Melayu pada bulan April.
Sistem pengajian yang dibuat, bilamana ada subjek wajib iaitu Bahasa Melayu mendapat “E” atau tidak lulus. Segala “A” yang ada bagi tiap subjek mata pelajaran yang diambil tiada gunanya.
Kuasa Allah s.w.t……sehebat mana pun kita, tidak mampu untuk menandingi kehebatan Allah s.w.t….pengajaran yang amat bermakna buat dirinya. Juga buat diri ana dan sahabat-sahabat yang lain…
XXXXXXXXXXXX
Ada juga yang bagitahu ana… “saya pelik, perangai teruk macam tu pun result still mantap”…
Ana akan tersenyum sendirian tiap kali ada yang berkata begitu kerna ana yakin, mustahil Allah s.w.t. laksanakan sesuatu tanpa ada hikmahnya tersendiri. Mungkin juga Allah s.w.t. masih memberikannya nikmat kejayaan kerna mahu membalas kebaikan yang pernah dilakukan kepadaNYA suatu masa dulu serta menghakis pahalanya…mungkin juga kerna mahu terus mengujinya untuk terus hanyut dengan nikmat duniawi…
Nauzubillah…ku tidak mahu tergolong dalam golongan tersebut..
Lantas ana teringat kisah dua orang Raja yang memerintah di negeri yang berasingan….
XXXXXXXXXXXX
Suatu masa dulu…ada seorang Raja yang memerintah negaranya dengan begitu zalim kepada rakyat jelatanya, hampir tiap orang merasai dizalimi oleh Raja tersebut. Tiba satu masa Raja tersebut jatuh sakit, dipanggilnya kesemua doktor yang handal dan dipaksa untuk mengubati penyakitnya. Sekiranya tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang boleh mencari penawarnya, kesemua daripada mereka akan dibunuh.
Akhirnya, selepas melakukan berbagai penyelidikan untuk mencari penawar bagi penyakit Raja tersebut. Salah seorang daripada doktor tersebut menyatakan, penyakit Raja tersebut hanya boleh sembuh selepas makan sejenis ikan dilaut. Tetapi pada waktu itu, bukan musim ikan tersebut untuk membiak dan berada diperairan negeri pemerintahan Raja tersebut.
Peliknya, nelayan yang diarahkan untuk mencari ikan tersebut menjumpai berpuluh-puluh ekor ikan tersebut sedangkan waktu itu bukan musim ikan itu membiak. Akhirnya, Raja yang zalim itu pun sembuh dari penyakit yang dialaminya..
Di negeri yang berlainan pula, penyakit yang sama menimpa Raja yang adil dan saksama dalam memerintah negerinya. Rakyat jelata berdukacita pabila mengetahui Raja kesayangannya jatuh sakit, ramai doktor dari pelbagai negera datang menghulurkan bantuan dengan sukarela.
Kebetulan doktor yang pernah merawat Raja yang zalim itu turut serta menghulurkan bantuan, ternyata penawarnya sama dengan sebelum ini iaitu sejenis ikan dilaut. Mereka tidak bimbang kerna yakin ikan tersebut boleh ditangkap secepat mungkin kerna itu adalah musim ikan tersebut membiak ditempatnya juga berada diperairan negara Raja yang baik hati itu.
Ternyata, tanggapan mereka silap bilamana tidak seekor ikan pun berjaya ditangkapnya sehinggalah Raja yang baik hati itu mangkat kerna tidak mendapat penawarnya. Makin sedihlah rakyat jelatanya kerna kehilangan seorang Raja yang cukup terkenal dengan keadilannya dalam memerintah negari taklukannya.
Melihatkan dua peristiwa ini, penduduk langit iaitu para Malaikat kehairanan mengapa Allah s.w.t. menyembuhkan Raja yang zalim itu sedangkan Raja yang adil itu tidak. Lalu ditanyakan persoalan itu kepada Allah s.w.t.
dijawabNYA, “Aku melakukan sedemikian kerna Raja yang zalim itu pernah melakukan satu kebaikan suatu masa dulu dan Aku membalasnya didunia supaya bila tiba saat dia menghadapKu, tidak ada satu lagi pahala yang tinggal dan Aku boleh terus mencampakkannya ke neraka.”    
“sedangkan Raja yang adil itu pernah berbuat satu dosa kepadaKu, lalu Aku membalasnya didunia supaya bila tiba saat dia menhadapKu, tidak ada lagi dosa yang tinggal dan Aku boleh menempatkan dia terus dalam SyurgaKu”.
Subhanallah…
XXXXXXXXXXXX
Oleh itu…marilah kita sama-sama taat dan bertakwa kepada Allah s.w.t. supaya kita mencapai kemenangan dalam berjuang dengan mata pena di dewan peperiksaan sepertimana Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Dan barang siapa taat kepada Allah dan RasulNya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”
(Surah An-Nur, ayat 52)
Rukuk…sujud…dan berdoalah kepadaNya supaya dipermudahkan segala urusan ketika mengulangkaji pelajaran juga tika menjawab peperiksaan. insyaAllah..kalian akan sentiasa berada dalam kalangan yang beruntung jika kalian yakin denganNya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, Sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung”
 (Surah Al-Hajj, ayat 77)
~Moga Allah s.w.t. Redha~
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(",)
blog comments powered by Disqus