“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ku ke hadrat Allah s.w.t. kerna masih memberi kesempatan kepada hambaNYA ini untuk terus rukuk dan sujud kepadaNYA. Selawat dan salam buat kekasih yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in skalian...
Alhamdulillah Ya Allah…..hati ini begitu teringin untuk menulis namun terpaksa ku pendam untuk sementara waktu kerna mesti tumpukan pada exam akhir nie. Alhamdulillah… 5 paper sudah selesai, tinggal lagi 1. Masa yang dekat antara 4 paper juga subjek yang “mungkin membunuh” result ku membuatkan niat untuk menulis dipendamkan. Apa pun, Alhamdulillah hajat kesampaian juga…(^_^)
Banyak benda yang ingin ana kongsikan bersama pembaca sekalian sepanjang perjalanan ana yang lepas, tapi sebelum tu ana mohon ampun dan maaf kepada pengunjung yang menziarahi blog ana tapi tetap tidak diupdate dengan artikel yang baru, komen juga tidak dibalas…maaf ye semua..(“,)
Jadi, kali nie ana kongsikan kisah ini dulu ye. Sudah menjadi kebiasaan, tiap kali nak exam mesti ada part “sesi luahan perasaan” tidak kira la dari perempuan kepada lelaki atau dari lelaki kepada perempuan. Maklum la, dah akhir semester dan semester depan mungkin sudah tidak satu kelas. Ana cakap nie dari pengalaman sendiri juga sahabat yang lain.
Dengan itu, ana reka cerita ini untuk dijadikan pengajaran juga peringatan khusus buat diri juga pembaca sekalian.
XXXXXXXXXXXXX
“tut…tut..tut…” bunyi mesej masuk. Balqis segera mengambil telefon bimbitnya.
“astaqhfirullahhalazim…”, kata Balqis selepas membaca mesej tersebut, walaupun perlahan..sahabat baiknya yang duduk disebelahnya dapat mendengarnya.
Waktu itu mereka sedang mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan hari Isnin nanti. Lantas Syauqah bertanya kepadanya, “kenapa Balqis? Ada yang tak kena ke?”.
Balqis mengambil telefon bimbitnya lalu diberikan kepada Syauqah seraya berkata, “nie dah masuk kali ketiga……”
Syauqah membaca kandungan mesej tersebut,“salam….maaf kalau ganggu enti nak study…ana tahu ini bukan masa yang sesuai…ana cuma nak berkenalan dengan enti dengan lebih dekat lagi, boleh? Ana selalu perhatikan enti masa dalam kelas, lain dari pelajar perempuan yang lain. Kalau punya kelapangan, balaslah mesej nie ya..ana mengharap sangat….(“,)”
“so, balas tak?”. Tanya Sauqah
“macam biasa la….” Jawab Balqis sambil tangannya mengambil telefon bimbitnya dari tangan syauqah dan memadam mesej tadi.
“Alhamdulillah…..” kata Syauqah sambil bibirnya tersenyum indah kepada sahabatnya. Terasa bangga dengan sahabatnya, punya rupa yang menawan, pintar akalnya malah akhlak juga peribadinya cukup bagus.
“ha…cik srikandi Islam dua orang tu yang duk tersengih-sengih tu apa apasal, faham tak apa yang saya terangkan tadi?”. tegur Humairah dalam nada usikannya.
“Eh…cakap apa tadi?”, tanya Balqis, malu dibuatnya saat semua mata memandang ke arahnya.
“Ermm…dah agak pun, tak pa…saya ulang, soalan 2 tu berkaitan dengan perundangan Islam. Bagaimana penetapan hukum dibuat, asasnya ada lima iaitu dari segi agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Contohnya, kenapa Allah s.w.t. meletakkan hukuman bunuh kepada orang Islam yang murtad, sebab nak jaga agama. Begitu juga yang lain, kenapa Allah s.w.t. menghukum orang yang berzina dengan sebatan 100 kali bagi yang belum kahwin dan direjam sampai mati bagi yang sudah kahwin sebab nak jaga keturunan. Semua yang Allah s.w.t. tetapkan ada hikmahnya, bukan saja-saja dan sia-sia.” Terang Humairah dengan panjang lebarnya.
Balqis dan Syauqah mencatat apa yang perlu.
“ha..sekarang cerita kenapa tersengih-sengih tadi” semua mata memandang mereka.
“haa…eerrr…” Balqis jadi serba salah nak bagitahu ataupun tidak.
“tadi, ada orang hantar mesej lagi kat Srikandi kita nie…nak berkenalan katanya..” Sayuqah mencelah.
“Oowwhhh….” Kata mereka dengan serentak.
“lepas tu akak balas tak? Tanya juniornya.
“tak…akak tak balas pun..” jawab Balqis.
“kesian kat dia…tertunggu mesej akak” kata juniornya lagi.
“tak pa..biar kesian sekarang, jangan kesian di kemudian hari bila dah terlajak. Akak deleta je mesej tu” kata Balqis sambil membelek nota yang dicatatnya tadi.
“awak delete?” Humairah pula menyampuk.
“A’aaa…baik delete terus, buat apa nak simpan. Saat nie boleh la saya kata tak nak sebab iman masih utuh, tapi macam mana saat iman saya rapuh. Mungkin saya akan balas mesej tu, jadi baik delete terus. Biar berlalu bak angin lalu….”
“tak de la…sekurang-kurangnya bagitahulah yang awak tak berminat” kata Humairah lagi.
“tak pa tak balas mesej dia pun….mungkin dia dah mengerti yang kita tak nak…jangan ambik risiko dengan langkah kedua” jawab Balqis sambil mengangkat tangan membentuk jarinya menandakan dua.
“langkah kedua?” semua yang ada berkata serentak.
“a’aaa…langkah kedua tu bermaksud kita balas mesej tu la… tak kira la samaada bagitahu nak ataupun tak nak. Biar dia fikir yang nombor yang dia mesej tu silap, delete terus supaya kita tak terfikir pasal nie dah….sebab langkah ketiga yang akan dia buat nanti akan diiringi oleh bisikan syaitan” jawab Balqis. Itulah pendiriannya dari dulu hingga kini.
“hai…kalu bab nie semua suka ye…dah, jom sambung study..” celah Syauqah pula.
“okeyy…jommm…..tiada langkah keduaaa..” usik mereka semua sambil memandang Balqis dengan jari membentukkan dua.
Bergema bilik tersebut dengan tawa mereka semua.
XXXXXXXXXXXXX
Kata-kata nie ana ambil dari facebook sahabat ana.
“Sekarang ni, senang-senang je nak declared 'couple'..ingat couple tu hubungan sah ke?Ingatlah wahai sahabat2, bercinta lepas kawen tu, ada kenikmatan dan keberkatan padanya. Couple ni wat rugi masa je, dahlah hilang kenikmatan bahagia selepas kawen, dosa pun dapat.. Jangan percaya janji syaitan, syaitan tidak mampu menolongmu dan tidak akan menolongmu di akhirat kelak..Percayalah pada janji Allah,janjiNya PASTI!!!”
(Wardatul Syifa')
Betul….ana setuju dengannya, ana juga sedar…tiada cinta paling indah juga cinta paling agung yang penuh dengan keajaiban melainkan hanya pada Allah s.w.t.
Ada yang tanya ana, macam mana kalau ada muslimin yang meluahkan masalah dia kat kita yang muslimat nie. Nak tanya pendapat kita. Ana cakap, “tak ada muslimin ke untuk dia kongsi masalah tu, dah la tak kenal pun sebelum nie..tetiba je mesej.. kalaulah betul perlu pendapat dari kita, ringkaskan secepatnya lepas tu delete terus mesej tu.”.
Tempat yang sepatutnya layak untuk kita mengadu segala masalah kita hanyalah pada Allah s.w.t. kerna DIA mengetahui segala isi hati kita, apa yang terbaik buat hambaNYA. Ana pernah cerita pada artikel lepas macam mana seorang isteri boleh tahu masalah suaminya sedangkan suaminya tidak pernah luahkan padanya. Kerna dia mendengar suaminya merintih, mengadu dan menadah tangan memohon pertolongan kepada Allah s.w.t…
Maaflah andai yang tidak setuju dengan kenyataan ana ini.
“manusia hanyalah tempat untuk kita menghilangkan kesedihan juga rasa terbeban di hati kita tapi tidak mampu tunjukkan jalan penyelesaiannya dan kadang kala insan yang menjadi tempat luahan perasaan itu menyakitkan hati kita pula”
Kerna DIA adalah tempat selayaknya, mengadulah kepadaNYA dengan menghinakan diri diatas hamparan sejadah.
XXXXXXXXXXXXX
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Renungkanlah hadis tersebut wahai para muslimat sekalian. Kita membawa fitnah terbesar kepada Muslimin, jadi sekiranya mereka mengundang bala dan musibah dengan cuba menagih cinta dari kita. Hapuskanlah jejak itu wahai akhowat sekalian…
Mata ini sudah banyak kali melihat, ramai para pejuang Islam gugur bukan di medan tempur tapi kerna wanita. Itulah hebatnya kuasa wanita, mampu mengoyahkan iman kaum adam kerna nafsunya yang satu itu terletak pada wanita. Tidak kiralah ustaz ke…tok imam ke…tok lebai ke…semuanya sama…hatta namanya lelaki…itulah dia..
Yahudi Laknatullah punya agendanya bagaimana untuk menjatuhkan dan menghapuskan umat Islam iaitu “rosakkan wanita Islam”.
Tempatkanlah dirimu dalam kalangan Mawar berduri terpilih yang tumbuh di taman larangan dan hanya yang terpilih sahaja mampu memetiknya.
Duhai puteriku….
Tanpa kau sedari,
Keremajaan mu bisa menakluk dunia
Dalam lalai dan leka….
Berkatalah dalam diri…………….
“kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia,
Kesegaran dan kejelitaan mu adalah fana belaka,
Salutilah tubuhmu dengan iman….
Kerna ia sangat manis pada pandangan dan jua perhiasan…”
Duhai Muslimat terpuji…
Berfikirlah untuk menjadi insan berguna
Agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiran mu…..
XXXXXXXXXXXXX
Wassalam……Jom study….doakan ana ye semua….(^_^)
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI....(",)