Selasa, 4 Mei 2010

Epilog Silam


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…kerna masih memberi peluang kepada insan kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk dan sujud kepadaNya. Selawat & salam kepada kekasih hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah….Alhamdulillah…Alhamdulillah… Hanya itu yang mampu ku ucapkan kepada Yang Maha Esa…Hebat aturanNya, cukup tersusun malah membuka minda ini berfikir bahawa banyak lagi insan yang memerlukan ku.
Sebenarnya, sudah beberapa hari ana memikirkan pengisian yang bakal ditulis bersesuaian dengan tajuk artikel kali nie. Idea datang dan pergi begitu sahaja, bukan tidak ku pinta moga Allah s.w.t. kurniakan ilham untuk ku menulis. Tapi tetap tidak hadir. Ana risau ada sahabat-sahabat pembaca tertunggu-tunggu artikel dari ana.
Alhamdulillah…akhirnya ilham itu bertandang dengan penuh hikmah. Ada seorang sahabat meminta pandangan dari ana, meluahkan masalah dirinya, kisah silamnya membuatkan seolah-olah dirinya tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Ana sudah minta izin darinya untuk menulis tentang epilog silam hidupnya. Alhamdulillah, dia bersetuju.
Renungkanlah perjalanan hidupnya untuk jadi pedoman buat kita semua……
XXXXXXXXXXXXXXX
Tahun Pertama

Tahun pertama adalah tahun kebudak budakan. Lucu sekali bila difikirkan. Masa ini ana baru nak berjinak jinak bergaya. Apalagi masa orientasi wajib pakai tudung. Inilah yang paling ana tak suka. Nauzubillah min zalik. Ana bertudung hanya pergi kelas, lepas tu luar kelas buka. Malah sampai suatu ketika pun ana dah tak mahu bertudung ke kelas. Tahun pertama juga dipenuhi dengan penyakit cintan cintun. Lucu juga kalau diingatkan.
Masa inilah gila betul beli baju, nak pakai cheong sam lah, beli beg, beli kasut .. Bila terkenangkan kembali.. lucu. memang minah gila bergaya!! Masa ini juga dapat pengalaman tinggal rumah sewa. Kami tak dapat hostel. Tinggal dirumah sewa memang mencabar. Perlukan kesabaran dan perancangan.. satu pengalaman yang menyeronokkan

Tahun Kedua

Tahun kedua bermula lah era CHEERLEADER!! Tentu antuna sekalian terkejut yang ana merupakan cheerleader captain kat kolej. Terkinja sana, terkinja sini. Teriak sana, teriak sini. Habis semua kawan-kawan ana, ana paksa masuk cheers. Poco poco adalah tarian rasmi kami. Rasa lawak pula bila ingat kembali. Lepas cheers pula, sibuk menari. Menari tradisional lah. Dan paling lawak menari tarian hindi. Ana dan tarian sememangnya tidak dapat dipisahkan. Dancing is my life!
Lepas tu yang paling lucu ialah Ana selalu berangan hendak ikut ratu cantik. Nak jadi paling cantik. Nauzubillah min zalik. Betapa ana tertipu dengan tipu daya dunia. Surau adalah tempat yang paling jarang pergi dan paling takut pergi. Segan pun ada. Pakaian belum cerita lagi. Sesungguhnya masa yang penuh kejahilan bila diimbas kembali.. tahun yang paling sia sia dalam hidupku

Tahun Ketiga

INI adalah tahun yang getir buat ana. Di sinilah ana belajar hidup berorganisasi dan hidup bukan khayalan. Ana terpilih untuk menjadi naib presiden sebuah organisasi. Dalam masa yang sama, ana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan rapat yang menjadi housemate ana. Ana terpaksa tinggal berasingan. Betapa ana rasa disinilah cabaran. Apabila sahabat baik kita tidak ada disisi. Terlalu banyak cabaran dalam mengepalai sebuah organisasi.
Malah ana lihat, apa yang ana inginkan dalam hidup. Kenapa ana sentiasa tidak tenang dan berpuas hati. Ana lihat banyak bencana, malapetaka dan kematian berlaku. Malah ada antara sahabat-sahabat yang mendapat penyakit yang tidak dijangka. Disitulah hati ana terdetik tentang hidup bertuhan. Betapa ana selama ini mengabaikan rasa bertuhan. Ana sembahyang pun tidak faham erti sebenarnya. Tidak mendalami sebenarnya. Malah di tahun ketiga ini ana ditemukan dengan insan yang membuka mata ana.
Seperti ana katakan bahawa selama ini ana takut dengan tudung labuh, jubah. Ana rasa bertudung tidak akan menampakkan seorang wanita itu cantik. Alhamdulillah, ada seorang junior yang baru masuk pada tahun ini, dan dia sangat istiqomah berjubah dan bertudung labuh. SubhanALLAH. Dialah orang yang paling cantik pada pandangan mata ana. Pertama kali ana lihat dia, ana tertarik dengan cara pemakaiannya sehingga ana berazam untuk berpakaian seperti dia.
Selain itu, ana suka mendengar kawan-kawan ana yang baca quran. Masa itu ana tak pandai baca, alhamdulillah, ALLAH gerakkan hati ana untuk minta ajar dengan seorang sahabat dan sekarang dialah akhwatku dan cermin ajaibku yang sangat ku kasihi. Dia sanggup datang malam malam untuk ajar ana baca QURAN. padahal dia tidak tinggal dihostel. Beliau sanggup meredah laut malam dengan menaiki motor untuk mengajar ana baca Quran.
Dan sesungguhnya bila kita dekat dengan ALquran, kita dekat dengan ALLAH. Malah ana merasakan ada sesuatu yang memanggil ana untuk pergi ke surau setiap hari. Bukan bertujuan untuk riak tetapi untuk berkongsi kebesaran ALLAH. Ana adalah muka paling jarang untuk pergi surau tetapi digerakkan hati untuk datang tiap hari. Ana rasa keruan kalau ana tak pegi. Malah penerimaan adik-adik di surau juga turut membuka hati ana. Mereka tidak melayan ana berbeza. Itu salah satu faktor ana mula mencintai ISLAM.
Selain itu, Allah mengerakkan hati untuk membaca isi makna AL quran dan itulah datangnya kepahaman untuk mengubah imej. Masa nak ubah imej pun susah hati sebab ana ini jenis yang suka melaram. Takut tak ada baju, Huhu.. haha.. lucukan. Tapi alhamdulillah.. ALLAH bagi hidayah dan taufiq. Berubah imej pada tahun ketiga ini ...

Tahun Keempat


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. hanya itu mampu diucapkan dari lidahku. Ana merasakan telah menemui apa yang dicari. Ana suka berkongsi pengalaman ini kerana sesungguhnya maghfirah ALLAH itu terlalu luas untuk hamba hambaNYA dan betapa lembutnya hati manusia. Doakan ana terus istiqomah. Tetapi kadang kadang rasa tercabar juga.

"Akak tak rasa akak drastik sangat pakai tudung labuh?"

"Tak drastik ke pakai jubah selalu?"

" Baru je pakai tudung, janganlah terus pakai tudung labuh'"

Ini adalah pernyataan lazim yang ana dengar. Ana gembira kerana mereka mengambil berat pada ana. InsyaALLAH sahabiyah, doakan ana. Tegurlah ana jika melakukan kesilapan, bimbinglah ana, tetapi kerana pakaian inilah, kerana jubah dan tudung bidang besar inilah ana jatuh cinta pada imej ISLAM.

Namun yang paling indah dan bermakna di tahun akhir ini dipertemukan dengan cermin ajaibku dan merasai hidup bertarbiyah .Cermin ajaibku ini hebat2 belaka. dan supercantik. (promote cermin ajaibku) Bertuahlah muslimin yang mendapat mereka ini. Cantik akhlak, cantik hati dan cantik peribadi. Cermin ajaib inilah yang telah, terus dan akan mentarbiyah ana. Ana sayang dengan antuna sekalian..Moga kita semua terus tsabat di jalan ini.
XXXXXXXXXXXXXXX
Subhanallah….insan terpilih untuk menerima hidayah Allah s.w.t… ana mengambil kisah hidupnya ini dari blognya sendiri, biarlah menjadi rahsia antara kami dan Allah s.w.t. siapakah insan terpilih ini.
Dia berasa susah hati kerna merasakan perubahan dirinya untuk menjadi “Mawar Berduri” tidak dapat diterima oleh sahabat-sahabat silamnya dan dalam masa yang sama cuba untuk mengajak sahabatnya untuk merasakan nikmat Iman dan Islam ini.
Ya…ana tahu dia menangis…sedih kerna sahabat-sahabat tidak dapat memahami niat baiknya..dia katakan pada ana bahawa dia penat dengan semua itu, malah ada sahabat-sahabat mendelete  facebooknya dari akaun mereka.
Katanya…“ana bukan manusia kalis dosa
Ya…ana juga…dan ana pujuk hatinya dengan kata-kata ini…
“Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan”
(Redhuwan Zakaria)
Benar….ana juga punya perjalanan hidup masa lampau…hidupku juga ada turun dan naik, air mata sering sahaja mengalir. Hanya mampu memandang dari jauh saat kanak-kanak seusia denganku bermain. Kerna perjalanan hidupku yang penuh dengan onak dan duri inilah, Allah s.w.t. menganugerahkan “kekuatan besi”.
Ukhty ku sayang…..
Ikhlas dari hatiku ini berkata….diri ini kagum dengan mu, diuji dengan nikmat dunia yang sementara cuma..mampu bangkit dari kisah silam…menjadi role model buat sahabat-sahabat yang masih hanyut…kerna perubahan itu, dirimu kehilangan banyak benda…
Namun jangan dikau lupa wahai ukhty ku sayang….dirimu punya sahabat-sahabat yang sentiasa disisimu, punya kekentalan jiwa yang jitu hasil tarbiyah dari Allah s.w.t…juga punya tempat di hati ana………..(^_^)
“Kita adalah suatu golongan yang Allah muliakan dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah menimpakan kehinaan ke atas kita”
-Umar al-Khatab-
XXXXXXXXXXXXXXX
Ana dedikasikan nasyid ini buatmu ukhty ku sayang…
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
Epilog Silam..

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku
Tuhan…Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan…Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan…Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan…Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur
Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya…
XXXXXXXXXXXXXXX
Kata-kata akhirnya sebelum kami berhenti chat…
semoga tiada insan yang membuat kesilapan seperti ku
Wassalam……
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",) 
blog comments powered by Disqus