Ahad, 30 Mei 2010

Keseronokan Memberi…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah….syukur ku panjatkan kepada Yang Maha Esa kerna masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus rukuk dan sujud kepadaNya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Badan agak kurang sihat semalam, selsema. Namun, Alhamdulillah kerna Allah s.w.t. kurniakan ilham kepada hamba ini untuk menulis dan berkongsi ilmu kepada sahabat pembaca sekalian…Alhamdulillah….(^_^)
Pagi semalam, masa kami sekeluarga diisi dengan mendengar tazkirah dari siaran “tanyalah ustaz” yang disiarkan di TV9. Tajuknya amat menarik minat ana untuk turut sama mengulasnya iaitu “keseronokan memberi”.
Kata ustaz, memberi bukan sahaja dari segi kewangan malah memberi juga boleh ditunjukkan dengan memberi senyuman, bantuan, tenaga, dan yang seangkatan dengannya. Semua itu akan diberi ganjaran pahala sekiranya disusuli dengan niat yang ikhlas kerna Allah s.w.t…insyaAllah..
XXXXXXXXXXXX
Yang lebih menarik minat ana adalah bilamana ada yang bertanya kepada ustaz tentang situasi sahabatnya iaitu tidak punya waktu atau masa untuk memberi. Lantas ustaz kemukakan satu hadis yang menggambarkan bahawa tidak punya waktu itu ada kaitan dengan iman yang dimiliki oleh seseorang.
Masakan tidak begitu, Rasulullah s.aw. yang jauh lebih sibuk sebagai seorang Rasul, panglima perang, pentadbir negara Islam Madinah, Imam, pemimpin rumah tangga dan sebagainya. Namun, Bagindalah yang banyak mengingati Allah s.w.t. jua yang begitu banyak memberi kepada umatnya.
Di ajak beri sedekah, katanya ada benda lain lagi yang ingin dibeli. Di jemput ke majlis ilmu, katanya perlu waktu untuk menyiapkan tugasan. Di undang untuk membantu insan yang memerlukan, dikatanya badan kepenatan dan perlukan rehat. Fikirkanlah…
Diberikan juga perumpamaan sebagai pakaian yang diletakkan dalam sebuah beg tika mahu bermusafir ke tempat yang jauh dan perlu membawa bekalan pakaian sepanjang musafir. Beberapa helai baju dimasukkan dalam beg dan saat ingin menutupnya, ia tidak dilakukan kerana tidak muat, padat dan sendat sedangkan semua baju itu diperlukan sewaktu bermusafir nanti.
Namun, sekiranya kita mengeluarkan semua baju yang dimasukkan dalam beg tadi dan melipatnya dengan cara yang betul untuk memaksimumkan ruang yang ada. Ternyata, baju tadi muat dalam beg tersebut hingga masih punya ruang untuk mengisi keperluan lain.
Masa yang diberikan kepada tiap orang sama sahaja, tidak lebih atau kurang dari 24 jam dalam satu hari. Bagi mereka yang tidak menghargai masa didunia dengan memenuhinya dengan amal ibadat kepada Allah s.w.t., amat rugilah diakhirat kelak. Kerana kita tidak mungkin akan kembali ke dunia setelah “bertemu” denganNYA.
“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
(surah Al-Asr, ayat 1-3)
XXXXXXXXXXXX
Pengalaman ana, memberi adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Tak tergambar dek kata-kata, hanya insan yang mengalaminya sahaja dapat merasai kemanisannya. Diri ini masih bergelar pelajar, tidak punya wang yang cukup untuk memberi kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan beban mereka.
Namun, diri ini punya tenaga juga waktu untuk dicurahkan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Ana tidak sanggup hanya berpeluk tubuh melihat maksiat demi maksiat dilakukan didepan mata mahupun dikaca televisyen. Malu untuk berdepan dengan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sekiranya tidak mampu memberikan apa-apa pada ummah.
Biarlah saat ada insan sudah bergembira kerana dapat berjumpa semula dengan keluarga tercinta setelah sekian lama tidak pulang ke kampung halaman, ana dan sahabat-sahabat yang lain masih setia bersama insan yang memerlukan untuk diketuk pintu hatinya supaya sedar Islam adalah kehidupan yang sempurna.
Biarlah saat ada insan yang senang hati kerana punya banyak wang untuk berbelanja dengan membeli barang mengikut kehendak hatinya juga kenyang dengan makan mengikut hawa nafsunya, ana dan sahabat-sahabat berpuasa juga makan bila terasa lapar kerana mahu berjimat cermat untuk menggunakan wang bagi aktiviti gerakan Islam.
Biarlah saat ada insan lain menghabiskan masa dengan keluar ke tempat-tempat hiburan untuk bersukaria serta menonton wayang dan video pada malam hari, ana dan sahabat-sahabat lain berpenat lelah merancang aktivit mengajak yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar serta bersengkang mata juga mengurangkan masa tidur dan bersosial untuk melaksanakannya.
Teringat ana pada tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya “Secakir Teh, Pengubat Letih”.
“Maafkan Abi wahai anak-anakku, andai ketika anak-anak orang lain girang di padang permainan, tasik dan taman di hujung minggu, gelanggang riangmu hanyalah di celah-celah kerusi dewan dan meja program. Moga kalian membesar sebagai pejuang kerana seseungguhnya Abi mahu kalian hayati, bahawa ERTI HIDUP….PADA MEMBERI!”
XXXXXXXXXXXX
Kagum dengan seorang sahabat ana nie. Saat itu ana sedang mengulang kaji pelajaran, masa yang ada begitu dihargai bagi seorang da’ie.
Dia mesej ana, tanya… “ukhty, hari nie ada apa-apa program tak?”
Ana pelik, jadi balas mesejnya juga dengan soalan. “ada program apa hari nie?”
Dia membalas kembali. “program apa-apalah, meting ke, ceramah, kuliah, pengajian kitab atau apa-apa sahaja…”
Ana jadi bertambah pelik, “hari nie tak de apa-apa program, ana pun tengah study sekarang..kenapa tanya nie?”
Akhirnya ana tahu jawapannya selepas dia membalas mesej ana, “entahlah, selalunya hari ana terisi dengan semua tu..hari nie terasa kosong pulak..tak pelah ukhty..”
Subhanallah…ana memang tahu, masanya memang terisi dengan semua itu. Mengalahkan perdana menteri. Hidupnya penuh dengan aktiviti untuk dekat dengan Allah s.w.t., mindanya sentiasa mengatur langkah untuk mengislahkan kampus, tiada erti penat lelah dalam hidupnya hatta diminta sahabat-sahabat supaya duduk sebentar untuk berehat.
Walau satu hari sahaja tiada apa yang perlu diberikan kepada Islam, hidupnya terasa kosong..itulah keseronokan dalam memberi…sahabat-sahabat sekalian bagaimana pula??? Fikir-fikirkan…..
Wassalam….(^_^)
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(“,)
blog comments powered by Disqus