Sabtu, 8 Mei 2010

Yang Teristimewa…(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…syukur ku panjatkan kepada Mu kerna masih memberi kesempatan untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…ana sudah meninggalkan UUM tiga hari lepas, kini berada di Matrikulasi untuk meneruskan perjuangan. Menjadi Fasilitator bagi kemasukan baru sesi 2010/2011. Terasa begitu cepat masa berlalu, sedih untuk meninggalkan sahabat-sahabat di UUM. Walau apa pun, perjuangan mesti diteruskan. InsyaAllah.
Artikel kali nie agak istimewa kerna ana menulis artikel ini buat insan yang teristimewa di hati ana. Insan yang banyak membantu ana dalam susah dan senang, sentiasa berada di sisi saat ana perlukan bantuan, sanggup berkorban untuk melihat ana kembali kuat dan senyum, juga yang tidak putus-putus mendoakan ana supaya terus istiqomah dalam perjuangan.
“Ya Allah..ku mohon pada Mu Ya Rabb..satukanlah hati kami ini, kuatkanlah ukhuwah diantara kami ini..Engkau permudahkanlah kerja mereka sepertimana mereka mudahkan kerja ku..dan tempatkanlah mereka dikalangan orang soleh dan solehah…”
Wahai pembaca sekalian, ameen kanlah doa ini untuk mereka….
XXXXXXXXXXXXXX
Kak Hasuna
Insan yang sama-sama berjuang dengan ana. Walaupun berlainan persatuan tetapi matlamat kami sama. Dialah yang mengelap air mata ana saat ana rasa terlalu sedih, dialah yang membakar kembali semangat ana saat ana rasa ingin mengundur diri dari perjuangan ini, insan yang tidak putus-putus memberi nasihat kepada ana.
Walaupun Kak Hasuna sudah habis belajar, mesejnya tetap bersama ana. Tiap-tiap hari menghantar mesej kepada ana, selalu mengingatkan ana dengan mesejnya. Juga insan yang tidak putus-putus mendoakan ana untuk terus istiqomah dalam perjuangan ini. Doanya mengiringi tiap langkah dalam perjuangan ini supaya dipermudahkan olehNya.
Akak…saya cukup bertuah dikurniakan sahabat sejati seperti akak… syukran akak kerna sudi terima diri ini yang penuh dengan kekurangan…  
Kak Liyana
Insan yang sama-sama dalam satu jemaah Sekretariat Pusat Islam. Waktu ana jatuh sakit saat hampir seluruh dunia diserang H1N1, kerna badan ini terlalu letih dengan program dan tidak cukup rehat. Ana sakit teruk hingga terpaksa masuk wad, insan inilah yang sanggup menjaga ana sehingga ana kembali sembuh.
Kolejnya sangat jauh dari kolej ana, tapi sanggup datang untuk menjaga ana. Juga sanggup berjaga malam dengan seorang lagi sahabat ana untuk menjaga ana. Terharu punya sahabat seperti mereka.
Walaupun jarang bersua muka, kata-kata semangat terus diberikan kepada ana juga doa yang tidak putus-putus supaya ana terus isitiqomah juga kuat dalam menghadapi dugaan yang Allah s.w.t. sediakan kepada ana.
Alhamdulillah Ya Allah…aku bersyukur punya sahabat seperti mereka.
Kak Asfa
Insan yang juga sama-sama berjuang dalam kepimpinan Kelab Pentadbiran Muamalat, banyak membantu ana dari segi akademik. Ana ingat lagi, ana tak dapat mengikuti pengajian Bahasa Arab untuk Muamalat sepenuhnya berbanding pelajar-pelajar STAM yang sudah pun mahir.
Lepas habis exam mid-term Bahasa Arab untuk Muamalat, ana menangis dan mengadu kat umie ana. ana cakap ana tak mampu untuk ikut dan memahami apa yang diajar oleh ustaz. Akhirnya, ana jumpa dengan Kak Asfa. Sehingga kini, tiap kali ana minta pertolongan untuk membantu ana dari segi akademik. InsyaAllah dia akan membantu.
Juga exam semester ini yang baru sahaja berakhir, sanggup sama-sama iktikaf di surau bersama dengan ana untuk mengajar ana. Insan yang tidak putus-putus memberi semangat kepada ana, juga doanya mengiringi langkah ana untuk diri ini terus istiqomah dan kuat dalam meneruskan perjuangan.
Ya Rabb…kuatkanlah ukhuwah antara kami ini dan kekalkanlah hingga akhir hayatku..
XXXXXXXXXXXXXX
Sekiranya ana punya 3 orang abang kandung, pasti ku mintak pada mereka untuk menjadikan 3 srikandi ini isteri mereka. Insan yang ditarbiyah, punya peribadi dan akhlak yang bagus, mampu mendidik anak-anak untuk jadi insan yang soleh dan solehah, juga pejuang yang gigih menegakkan syiar Islam.
“Orang yang beriman….
Selalu ada Rabithah hati antara mereka,
Tak perlua bersua,
Kerna mreka sering bertemu dalam cintaNYA….
Ia ditakdirkan dengan kebetulan yang sering tak disengaja…
Hadiah dari Pencipta….
Buat hambaNya tersenyum gembira..
Ku bersyukur…itulah nikmat kasih sayangNYA..”
~Ukhty ku sayang, diri ini menyayangi kalian semua…..ku berdoa moga ukhuwah ini berkekalan walaupun diri ini sudah dijemput Ilahi….(^_^)…~
blog comments powered by Disqus