“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih terus menerus memberi nikmat kepada hamba ini untuk terus bernafas di bumi Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Juga yang diingati, para sahabat dan tabi’in sekalian.
Kerinduanku terhadap sahabat-sahabat AJKO datang bertamu. Terasa ingin kembali pada saat dan ketika itu. Ya Allah…kuatkanlah ukhuwah antara kami…apatah lagi hari ini, tidak putus-putus ana terima mesej ini dari sahabat-sahabat AJKO.
“Pass this SMILE..:) to anyone who made you smile at KMP (AJKO 10/11). It may surprise you how many comes back. Thank you for making me smile..:) Thank you..!!!”
Tidak sempat memikirkan ayat yang sesuai untuk membalas mesej tersebut kerna hari ini ana agak sibuk dengan beberapa urusan yang wajib disettlekan dengan segera. Ana mahu berikan kata-kata yang lebih istimewa dari itu.. Ya Allah..rindunya pada kalian semua.
Ini adalah kali ke-3 ana diberi kepercayaan oleh pihak pentadbiran Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) untuk sama-sama membantu pihak kolej menguruskan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bersama-sama sahabat-sahabat yang lain. Hampir dua minggu berada disana, dimulakan dengan kursus AJKO, persiapan untuk hari jadi (pendaftaran) seterusnya menyambut kedatangan adik-adik baru masuk untuk sesi 2010/2011.
Jujur ana katakan, umie agak keberatan untuk membenarkan ana kembali ke KMP saat mengkhabarkan kepada umie tentang permohonan ana diterima untuk menjadi AJKO. Maklumlah, sudah agak lama ana tidak pulang ke kampung halaman kerna menghadiri berbagai program. Kebetulan pula adik lelaki ana yang sedang menuntut di matrik asasi UIAM juga cuti waktu itu.
Alhamdulillah…takdir Allah s.w.t. mengizinkan juga ana untuk terus menabur bakti kepada KMP walaupun sudah bergelar “alumni KMP” kerna sepupu ana juga dapat sambung belajar di KMP. Salah satu sebab umie ana izinkan kerna beberapa orang anak didiknya turut mendapat tempat di KMP juga sepupu ana.
Sehari sebelum ana pulang ke kampung halaman, adik lelaki ana pula pulang ke kampusnya kerna terlibat juga untuk orientasi kemasukan baru di tempatnya… Hurmm.. “dimana tumpahnya kuah, kalau bukan di nasi”..betul tak?
XXXXXXXXXXXX
Entah kenapa, walaupun hampir 3 tahun meninggalkan KMP, perasaan rindu untuk kembali ke sana masih wujud malah makin bertambah. Mungkin kerna di matrikulasi diri ini mula mengenali dunia baru. Dunia yang makin mencabar juga menguji kemampuan diri seiring dengan bertambahnya umur juga usia.
“ujian hidup adalah “guru” yang tidak bercakap,
Tetapi ia sangat mengajar dan mendidik…
Hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian,
Agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada “kesenangan”,
Tapi juga selesa dengan “kepayahan”…”
Bila diri ini memandang ibu dan ayah serta seisi keluarga hadir untuk menghantar anak-anak mereka tika hari pendaftaran, ana teringat saat kali pertama melangkahkan kaki ke Kolej Matrikulasi Perlis sebagai pelajar. Hanya dihantar oleh abah juga pak cik saudara. Sebaik sahaja selesai urusan pendaftaran, mereka terus bertolak pulang ke Kelantan.
Diri ini mengerti, itulah pengorbanan seorang ayah yang ingin melihat anaknya berjaya. Walau jauh nun di Utara, tetap sanggup sama-sama meredahnya walaupun beberapa kali sesat jalan untuk sampai ke KMP. Ana juga teringat bilamana Pengarah Kolej mengkhabarkan ada seorang anak yatim yang mendapat tawaran sambung belajar di KMP.
Namun tidak punya kenderaan untuk ke KMP, tidak punya wang untuk membeli peralatan termasuk juga keperluan asas seperti pakaian, kelengkapan mandi, alat tulis dan sebagainya. Atas nekad dirinya juga ihsan dari jirannya, akhirnya dia sampai juga ke KMP dengan hanya membawa dua helai pakaian (satu yang dipakainya dan satu lagi dalam beg) dan dokumen sewaktu pendaftran. Hanya itu sahaja bekalan yang dia ada.
Semangatnya yang jitu mendapat perhatian dari Pengarah Kolej dan akhirnya beliau sudi membantu pelajar tersebut. Alhamdulillah, pelajar tersebut sudah berada di menara gading. Ku jadikan kisah tersebut sebagai teladan buat pelajar-pelajar yang lain bahawa kemiskinan hidup bukan penghalang tapi sebagai dorongan untuk terus maju ke hadapan. Yakin pada diri walau akal mengatakan sesuatu itu mustahil untuk direalisasikan.
XXXXXXXXXXXX
Ana masih ingat, seorang sahabat AJKO (perempuan) menangis saat terpaksa meninggalkan kami meneruskan amanah yang diberikan. Beliau terpaksa pulang ke kampus kerna wajib menghadiri kem yang dianjurkan oleh fakulti di kampusnya. Itu sudah cukup membuktikan pada diri ini bahawa ukhuwah antara kami sudah terikat kukuh di hati masing-masing.
Ku berdoa kepada Mu.. “Ya Allah..pertemukanlah kami kembali setelah perpisahan ini..moga-moga tiap insan dalam kalangan kami mencapai cita-cita yang diinginkan…ameen.. “