Ahad, 30 Mei 2010

Secangkir Teh Pengubat Letih


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah..kerna punya kesempatan untuk terus menghirup udara Mu juga punya waktu untuk terus menulis. Selawat dan salam buat idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana baru sahaja habis membaca buku hasil karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil iaitu “Secangkir Teh Pengubat Letih”. Ana sememangnya meminati semua buku hasil tulisannya, penuh dengan ilmu serta membuka minda ana untuk terus berfikir ke hadapan. Ini sinopsisi yang tertulis di belakang buku tersebut.
“Sebuah buku yang merakam catatan kembara Abu Saif di bumi Khilafah Othmaniyyah, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan. Semua itu adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji_NYA”
Catatan kembaranya itu menceritakan jatuh bangunnya bumi Khilafah Othmaniyyah hingga membawanya begitu tenang bila berada di sana. Tambahan pula, beliau mengkaji sejarah berkaitan Khilafah Othmaniyyah. Begitu banyak pengajaran juga pedoman yang boleh diambil dari buku ini.
Jujur ana katakan, tulisannya samaada dalam blognya sendiri juga buku hasil tulisannya banyak mengajar ana untuk menulis. Menjadi salah seorang Murobbi ana secara tidak langsung. Bagi sahabat-sahabat yang belum memiliki buku ini, ana sarankan untuk membelinya. Baca dan renungkanlah apa yang beliau ingin sampaikan.
~Selamat Membaca…(“,)~
blog comments powered by Disqus