Khamis, 20 Mei 2010

Akhirnya...


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ku panjatkan kepada Yang Maha Esa kerna masih memberi peluang kepada insan kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih hatiku Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah Ya Allah…akhirnya diri ini pulang juga ke kampung halaman selepas beberapa bulan merantau dan mengembara di negeri orang. Ingatan ku sepanjang berjuang di tempat orang masih jelas bermain di minda. Susahan dan keperitan yang ku alami, air mata menjadi pengubat duka tika terasa “kesakitan” akan ku jadikan kekuatan untuk terus melangkah. InsyaAllah…
Terlalu banyak ingin ana kongsi bersama pembaca sekalian. Sudah berhabuk blog nie tanpa artikel terbaru dari ana. maaf wahai pembaca sekalian….
Tidak pernah ana tinggalkan “catatan kembara sufi” nie tanpa diupdate dalam tempoh yang lama seperti ini. Ana tetapkan piawaian supaya tiap bulan wajib istiqomah dengan memaparkan 9 artikel dan tidak boleh kurang, sekiranya lebih tak mengapa. Mampukah ana? insyaAllah boleh sekiranya punya kemahuan walaupun sudah berada di penghujung bulan.
Ana baru sahaja pulang dari menjadi Ahli Jawatan Kuasa Orientasi (AJKO) bagi kemasukan baru Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) sesi 2010/2011. Keletihan masa terasa kerna amanah dan kepercayaan yang dipikul amat berat juga lebih mencabar berbanding sebelum ini.
Namun ana terima amanah tersebut sebagai anjakan paradigma untuk menguji setakat mana diri ini mampu pergi lebih jauh. Ana memperoleh kepuasan yang sukar digambarkan oleh kata-kata….Alhamdulillah Ya Allah kerna memilih diri ini untuk memikul amanah tersebut walau pada mulanya ana ketakutan.
Terlalu banyak ilmu yang ana perolehi secara tidak langsung. Ilmu yang tidak ditulis dalam buku tapi dipelajari melalui teguran, nasihat, gelagat juga pengalaman dari sahabat-sahabat AJKO yang lain. Ilmu ini akan ku praktikkan tika berada di kampus nanti, insyaAllah..
Akan ana nukilkan dalam catatan yang akan datang dan pasti punya beberapa episod pengembaraan ku sepanjang berada di Perlis Indera Kayangan kerna tiap detik berada disana memberi seribu makna buat diri ini. Alhamdulillah…masa cuti ku tidak disia-siakan dengan begitu sahaja.
~Semusim Bersama, Sedetik Ku Rasa~

hadiah terakhir tika berada di KMP

blog comments powered by Disqus