“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah….syukur ku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa kerna masih memberi peluang kepada insan kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk dan sujud padaNya. Selawat dan salam buat idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Sudah hampir dua minggu internet tak dapat kat rumah, sebelum ana pulang lagi. Banyak kerja tergendala, termasuk juga untuk post artikel nie. Terpaksa ke Cyber Café sekiranya nak online. Cabaran untuk ana supaya tetap istiqomah dengan 9 artikel tiap bulan. Artikel nie sudah lama ditulis namun punya halangan untuk menyiarkan dalam blog nie.
Apa pun, Alhamdulillah…jadi ana harap, perkongsian ana sepanjang berada di Perlis Indera Kayangan memberi seribu makna juga buat para pembaca sekalian…^_^
XXXXXXXXXXXX
“saya ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan juga komitmen yang telah kalian lakukan, saya tahu elaun yang diberi tidak setanding dengan jasa yang telah kalian curahkan untuk membantu pihak pentadbiran dalam menguruskan Minggu Pengurusan Pelajar Baru………………………”
Seingat ana, itulah kata-kata yang diluahkan oleh penyelaras Ahli Jawatan Kuasa Orientasi (AJKO) kepada kami. Dirinya cukup menjaga kebajikan kami, mahu kami semua berada cukup selesa sepanjang menjalankan tugas. Dari sekecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Tidak hairanlah sekiranya beliau masih diberi amanah sebagai penyelaras AJKO kerna beliau cukup berwibawa orangnya.
Bagi ana, niat untuk terus berkhidmat kepada matrikulasi bukan kerna mahukan duit atau yang seangkatan dengannya. Tapi diri ini mahukan pengalaman, kerna itu adalah “guru” yang mengajar ana erti sebuah kehidupan. Pengalaman itu adakalanya tidak akan datang bergolek tapi ianya perlu dicari.
Peluang juga kepercayaan yang diberikan oleh beliau tidak mungkin ana dan sahabat lain sia-siakan. Ilmu yang tidak mungkin tercatat dalam buku tapi terukir sepanjang perjalanan menjadikan pengalaman itu “guru” dalam kehidupan kerna ia mengajar dan mendidik kita secara tidak langsung.
XXXXXXXXXXXX
Ana jugak teringat kata-kata seorang ustaz semasa menghadiri kuliah berkaitan kewangan Islam, beliau bertanya kepada ana sekarang tahun berapa pengajian di Universiti. Bila ana khabarkan masih berada di tahun dua, beliau seolah-olah tidak percaya.
“laa..ustaz ingat awak dah tahun tiga atau tahun akhir, rupanya baru tahun dua. Nampak terlalu matang juga berkeyakinan bila bercakap. Matang awal nie…”
Ana tunduk malu, dalam hati cakap…“nampak tua sangat ke aku nie…”
Akhirnya ana setuju dengan kata-kata nie.
“Umur tidak menjadikan seseorang itu matang..
Dewasa mungkin, tetapi belum tentu matang..
Orang yang matang dinilai dari segi percakapan, perbuatan serta pemikirannya…”
Benarlah, pengalaman itu “guru” kehidupan kerna pengalaman itulah yang mematangkan pemikiran kita. Lantas terbentuk melalui percakapan juga terukir melalui perbuatan diri. Jika difikir juga direnung perjalanan hidupku, sudah banyak yang ku lalui dan kebanyakannya ditemani dengan air mata.
“Kerna ku sedari bahawa tidak ada satu musibah pun yang ditimpakan Allah kepadaku kecuali musibah itu telah menimpa orang lain sebelum ku..”
Alhamdulillah… Terasa begitu bertuah diuji seawal usia setahun jagung, pengalaman yang ana sendiri lalui juga apa yang orang lain lalui tertulis dalam blog nie. Menjadi tatapan umum buat para pembaca sekalian supaya ianya menjadi teladan buat diri kita untuk terus menjadi hamba yang terbaik. insyaAllah…
XXXXXXXXXXXX
Pernah tak pembaca sekalian lihat iklan dalam televisyen yang menyatakan “biarkan kotoran demi pengalaman”? Iklan sabun breeze kalu tak silap ana. kerna si anak mahukan pengalaman dalam bermain bola sepak hingga bajunya kotor. Si ibu pula membiarkan sahaja baju anaknya kotor kerna dia tahu ada sesuatu yang anaknya akan perolehi nanti iaitu pengalaman.
Selalunya begitulah…ibarat layang-layang, saat diawal untuk menaikkan layang-layang, kita memegangnya dengan erat. Bila tiba saat yang sesuai, kita perlu lepaskan tali sedikit demi sedikit untuk layang-layang terbang tinggi di udara. Namun jangan lupa, kerna ada masa dan ketika kita perlu menarik semula tali tersebut supaya layang-layang tidak leka dan alpa.
Kerna itu….Allah s.w.t. tidak menimpakan sesuatu kepada kita tanpa hikmah yang tersembunyi didalamnya. Bersyukurlah saat diri diuji kerna pengalaman itu adalah “guru” kehidupan…
Wassalam….(^_^)